Friday 27 February 2015

Minyak Zaitun bantu rawat GERD - GASTRITIS

Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘GERD’Gastro-Eosphageal Reflux Disease):

Assalammu'alaikum doctor. Mohon pencerahan tentang penyakit GERD acid reflux, apakah senergi yang sesuai dengan pemakanan Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. GERD adalah Gastro-Eosphageal Reflux Disease yang terjadi akibat kemasukkan semula bahan makanan yang bercampur asid dari perut ke esofagus dan ini menyebabkan mukosa esophagus terkena dengan asid perut. Ini adalah akibat kelemahan sfinkter bawah esofagus yang sepatutnya tertutup semasa penghadaman berlaku. Namun, akibat pelbagai faktor terutama makanan hari ini yang merosakkan, maka terjadilah defek. Minyak zaitun amat sesuai diambil sebelum makan bersama madu. Elakkan makanan proses 100% dan jus delima juga membantu. Elakkan juga stress dengan menyerahkan urusan kita kepada Allah S.W.T. Amalkan ruku’ dan sujud dengan sempurna dan khusyuk. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. GERD berlaku apabila pintu perut (sphincter) tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan asid perut mengalir naik ke atas menyebabkan symptom seperti sakit gastrik(gastritis) iaitu pedih di ulu hati dan masam di bahagian tekak(laryngopharyngeal reflux).
Rawatan utamanya ialah mengubah gaya hidup seperti mengurangkan makanan yang pedas dan masam serta mengelakkan makan sebelum tidur. Rawatan biasa ialah Proton Pump Inhibitor yang mengurangkan penghasilan asid.

Bagi rawatan secara alami, pengambilan olive oil boleh menjadi pelindung kepada saluran pemakanan agar tidak terhakis oleh asid perut. Pengambilan cuka tin juga memberi signal kepada tubuh bahawa asid badan sudah mencukupi seterusnya menghalang penghasilan asid berlebihan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 24 February 2015

Minyak Zaitun Bantu rawat masalah rambut

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Rambut Beruban Banyak):

Assalammu'alaikum doktor.  Saya mengalami rambut yang beruban terlampau banyak dan selalu gatal di kepala. Bagaimanakah MZ/SCT atau pemakanan lain yang dapat membantu hilangkan gatal?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Rambut mengandungi pigmen melanin yang dihasilkan oleh sel melanocyte memberikan warna hitam kepada rambut. Proses penuaan akan mengurangkan penghasilan pigmen menyebabkan rambut beruban. Di antara puncanya ialah kekurangan vitamin B12 di dalam diet yang di ambil.

Kulit kepala juga mengalami proses persalinan (desquamation) yang mana bagi sesetengah individu menjadi kelumumur. Jangkitan kulat/fungi juga menyebabkan kegatalan kulit kepala serta kelumumur yang berlebihan seterusnya menyebabkan akar rambut semakin tersumbat dan keguguran rambut.

Pembentukan kelumumur boleh dikawal dengan mengawal tahap asid-alkali di kulit kepala dengan menggunakan cuka tin yang disapu secara terus kepada kulit rambut. Sel melanocyte dapat dibantu untuk menghasilkan melanin dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai perapi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rambut yang beruban menunjukkan proses penuaan (akibat radikal bebas yang banyak) berlaku dengan pantas. Gatal di kepala menunjukkan banyak toksin yang berkumpul. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan berhenti menggunakan segala syampoo kimia dan gantilah dengan syampoo organik. Biasanya terdapat di spa-spa. Amalkan menyapu minyak zaitun ke kulit kepala dan kepala harus dibasuh setiap hari. Jangan biarkan minyak di atas kepala lebih dari 24 jam sebaik-baiknya. Amalkan juga mengambil antioxidant yang tinggi seperti pati minyak zaitun Olivie Plus 30x, jus delima, kurma dan anggur. Elakkan makanan proses. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 23 February 2015

Minyak zaitun bantu atasi masalah Kandungan Songsang

Soalan Dari Pelanggan ( Masalah Kandungan Songsang):

Assalammu'alaikum doktor.  Kawan saya ada satu masalah iaitu dia mengandung anak pertama dan  mengamalkan minyak zaitun juga. Kandungan sekarang 37 minggu dan doktor mengesahkan yang kedudukan anaknya songsang dan uri terletak di bahagian bawah. Doktor hendakk tetapkan tarikh kemungkinan akan dibedah. Saya mahu tahu jika ada apa-apa kaedah lain yang perlu diikhtiarkan untuk mengelakkan pembedahan. Mohon nasihat dari doktor.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Uri di bawah (placenta previa) merupakan keadaan yang berbahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan apabila saluran peranakan mula terbuka dan menghalang penyerapan oksigen kepada bayi. Kes seperti ini biasanya akan dimasukkan di wad bersalin seawal 32 minggu dan hanya dibenarkan bersalin melalui kaedah pembedahan ceaser. Bagi anak songsang, kaedah memusingkan bayi dari luar (manual cephalic version) dilakukan oleh bidan dan sesetengah pakar sakit puan yang berpengalaman tetapi mempunyai risiko tali pusat terbelit pada leher bayi yang menghalang pengaliran oksigen kepada bayi serta tidak boleh dilakukan pada ibu yang mempunyai air mentuban yang sedikit (oligohydramnios). Banyakkan solat hajat dan berdoa kerana bayi masih boleh berpusing kepada kedudukan normal (kepala ke bawah) di dalam air mentuban yang mencukupi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sepatutnya, jika puan ada masalah uri bawah (placenta previa) doktor akan mengetahui perkara ini seawal 28 minggu dan memantau kandungan. Dan berkemungkinan akan dimasukkan ke wad selepas 32 minggu. Agak pelik apabila sudah 37 minggu baru dapat dikesan. Berkemungkinan juga keadaan bayi yang songsang menyebabkan rahim bahagian bawah kurang cekang dan menampakkan imej ultrasound seolah-olah uri berada di bawah menutupi bukan pintu rahim(os).

Apa yang puan patut buat sekarang adalah mengambil MZ dengan dos tinggi 2 sudu besar 3 kali sehari, jus delima 2 sudu besar 3 kali sehari dan  air rebusan kunyit bercampur madu sekali sehari. Tingkatkan solat sunat seharian dan solat dengan perlahan-lahan dan amati setiap pergerakan dan maksud bacaan. Insya Allah, akan dimudahkan Allah jika hati puan mengharapkan pertolongan Allah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Leukemia dan Masalah darah . MINYAK zaitun Quranic Foods

Q&A Rawatan Leukemia

Bagaimana Merawat Leukemia Dengan Quranic Foods & Rawatan Sunnah?

***************
PMZ Turki: Amalkan 2 sudu setiap 3 jam setiap hari.
Cuka Teen: Amal selepas makan.
Habbatussauda: Amal 2-4 gram sehari.
Bekam:
****-**-*******
Jawapan Dr. Hafizah :

Leukemia adalah kanser darah.

Ia bermula di sum-sum tulang. Sum-sum tulang adalah tempat pembentukan sel-sel darah.

Dalam kes leukemia, berlaku penghasilan banyak sel darah putih yang abnormal dan tidak matang maka sel-sel ini akan gagal menjalankan fungsi pertahanan badan.

Cara rawatannya adalah dengan berbekam dan amalkan secara kerap pati minyak zaitun (increasing dose).

Cuka Teen juga harus diamalkan berterusan.

Makanan sunnah yang lain juga patut diambil.

Habbatussa'uda boleh diambil dalam bentuk biji atau minyak dalam 2-4 gram sehari.

Sebaiknya elakkan semua makanan yang ada gula putih, gandum dan susu serta semua makanan proses.

Banyakkan mengingati Allah dan tinggalkan perkara-perkara yang melalaikan.

InsyaAllah..lihat kesannya dalam 6 bulan.
Wallahu'alam.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 17 February 2015

Soalan Hilang Suara sakit tekak vs Minyak Zaitun Cuka Teen

Soalan Dari Pelanggan, (Masalah Kehilangan Suara)

Assalammu'alaikum doktor.  Saya telah 3 hari kehilangan suara. Bagaimana hendak merawat/mencegah masalah suara hilang ini? Kadang-kadang, menganggu tugasan saya untuk bercakap dengan orang ramai. Adakah MZ/SCT dapat pulihkan suara saya?
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Hilang suara boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada jangkitan kuman di bahagian tekak, asid dari perut naik ke tekak ataupun petanda kanser tekak. Bagi jangkitan, biasanya ia didahului demam dan sakit tekak diikuti hilang suara, manakala bagi asid yang naik dari perut, pesakit akan mengalami kepanasan di bahagian dada diikuti rasa masam di tekak. Kes kanser biasanya memakan masa beberapa bulan sebelum pesakit mengalami kesukaran menelan makanan dan perubahan suara. Bagi masalah jangkitan tekak, berkumur dengan cuka tin 3 kali sehari serta pengambilan madu dapat membantu. Untuk masalah asid berlebihan, amalkan cuka tin sebelum makan serta elakkan makan sebelum tidur. Makanan pedas dan masam juga elok dikurangkan. Jika langkah di atas tidak membantu, sila rujuk pakar ENT untuk pemeriksaan peti suara bagi memastikan tiada kanser di bahagian tersebut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah suara hilang, insya Allah, cuba amalkan minyak zaitun secara amalan setiap kali sebelum dan selepas memberi ceramah/syarahan panjang. Cuka tin eloklah diamalkan setiap hari untuk mengalkalikan tubuh demi khasiat yang lebih meluas lagi dan tidak hanya untuk kotak suara sahaja malah seluruh tubuh badan kita.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 15 February 2015

MINYAK ZAITUN : Soalan Dari Pelanggan Masalah Ketumbuhan Salur Darah Hemangioma Tumour

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketumbuhan Salur Darah(Hemangioma Tumour))

Assalammu'alaikum doktor.  Saya ada seorang pelajar yang menghidapi penyakit hemangioma tumour sejak dari kecil hingga sekarang (19 tahun) dan telah buat beberapa kali pembedahan di sekitar lengan dan atas tapak tangan. Menurutnya, ketumbuhan tersebut akan besar semula selepas dibedah, jika dia tidak dapat tahan sakit, doktor akan operate. 
 
Mohon perkongsian para doktor jika produk Olive House dapat membantu pelajar ini dari terus-menerus menderita penyakit ini. Ada juga di kalangan doktor yang mensyorkan dia memotong tangannya hingga lengan, bagaimana pandangan doktor pula?
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Hemangioma adalah ketumbuhan salur darah tidak malignant pada mana-mana bahagian tubuh dan kebiasaannya tidak memerlukan rawatan jika saiznya kecil dan tidak mempunyai symptom (pendarahan, jangkitan kuman, menekan pada organ penting). Kebiasaannya, rawatan yang digunakan adalah menyuntik bahan pengecut (sclerosant agent) kepada salur darah tersebut mengecut kepada normal kerana pembedahan akan mengakibatkan ketumbuhan salur darah tersebut berulang. Olive oil dan cuka teen yang bersifat anti-oksida boleh menghalang pembentukan salur darah baru (angiogenesis) sebagai reflex kepada ketidakcukupan oksigen sel-sel tubuh badan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Hemangioma adalah ketumbuhan salur darah di mana sel endothelial(sel dinding salur darah) terus membahagi di luar yang normal. Menurut akidah umat Islam, sesuatu itu terjadi pasti ada sebabnya dan semuanya adalah tanda yang menceritakan sesuatu.

Menurut satu teori, tisu di sekitar kawasan hemangioma itu tidak mendapat oksigen yang cukup lalu salur darah pun membuat saluran yang lebih bagi mencukupkan bekalan oksigen. Nasihat saya adalah berbekam di kawasan leher dan bahu beberapa sesi bagi membaiki sumbatan yang ada pada salur darah di samping mengambil Quranic Food. Minyak zaitun juga boleh di sapu. Berkenaan memotong tangan kurniaan Allah adalah perbuatan yang merugikan sedangkan Allah telah berjanji adanya kesembuhan yang telah dicipta-Nya. Nauzubillah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Manafaat Minyak Zaitun untuk Ibu Hamil Mengandung

Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil/Mengandung:

Bismillah.

Ibu yang hamil digalakkan untuk mengamalkan pengambilan minyak zaitun kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan hatinya. Manfaat ini juga akan dinikmati oleh anak di dalam kandungan si ibu.

Selain itu, si ibu yang hamil biasanya mengeluh kerana munculnya 'stretch mark' atau perenggangan pada kulit perut, paha dan payudara. Biasanya ia seperti garisan-garisan halus berwarna putih yang kegatalannya luar biasa. Garisan-garisan halus ini sukar untuk dihilangkan bahkan setelah bertahun-tahun lamanya. Untuk mengurangi kegatalan dan mencegah timbulnya 'stretch mark' pada ibu yang hamil, cukup dengan menyapukan minyak zaitun ke permukaan kulit yang mengalami perenggangan iaitu kulit sekitar daerah perut dan paha.

Di samping itu, ibu yang sedang mengandung lazimnya mengalami kesulitan BAB (Buang Air Besar). Selain menggunakan minyak zaitun untuk melancarkan BAB, disarankan pula menambah pemakanan buah-buahan seperti betik, air masak dan kurangkan pengambilan makanan pedas.

Pengambilan minyak zaitun juga sebenarnya dapat meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Oleh sebab itu. ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan pengambillan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk bayi(fetus) selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

InsyaAllah. Dengan izin Allah S.W.T., kita usaha juga yang terbaik. Waallahu'alam..

Sumber: International Facts of Olive Oil.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Saturday 14 February 2015

SAYA TERPAKSA MENULIS APA ITU OLIVIE 30

~SAYA TERPAKSA MENULIS ~

- MOHD ZAHIR GHAZALI
(Penyelaras Agen Olive House Semalaysia)

APA ITU PRODUK OLIVIE PLUS 30x

Kebelakangan ini, saya menerima deretan sms, whatsApp serta PM FaceBook yang bertanya dan ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk Olivie Plus 30x, produk minyak zaitun yang diiktiraf sebagai minyak zaitun yang terbaik di dunia. Maka di sini saya amat menghargai persoalan juga pertanyaan daripada sahabat juga kenalan yang berlokasikan dari seluruh pelusuk tanahair.

Saya kongsikan jawapan di sini agar sama-sama kita dapat mengambil maklumat dan faedah daripada anugerah kurniaan Allah SWT ini. Saya juga memohon maaf di atas kelemahan menyusun ayat dan fakta kerana sudah agak terlalu lama saya tidak menulis melainkan info ringkas dan komen pendek dalam isu-isu sensasi yang menjadi viral semasa di kalangan pengguna media baru.

Olivie Plus 30x adalah produk minyak zaitun yang diiktiraf sebagai minyak zaitun yang paling baik kualitinya di dunia. Ini kerana kandungan Hydroxytyrosol mencapai 30 kali ganda dari kebanyakan minyak zaitun yang ada di pasaran. Minyak zaitun membekalkan Anti-Oksidan yang paling berkuasa bernama Hydroxytyrosol. Olivie Plus 30x membekal 30 kali ganda Hydroxytyrosol berbanding minyak zaitun biasa secara ALAMI bukan EXTRACT. 

Olivie Plus 30x dibekalkan oleh Syarikat Perniagaan Aqallal dari Negara Morocco yang telah menjalankan perniagaan Minyak Zaitun sejak turun temurun lebih 150 tahun yang lalu. 

Olivie Plus 30x adalah produk yang amat dikenali oleh masyarakat Morocco dan Eropah serta diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal di dunia seperti Prof Dr Henry Jeyoux (Bapa kanser Dunia) Dr Brehlemn, Dr Abul Ghanam dan Dr Mohammad Faid (pakar nutrisi dan zaitun). 

Olive House Malaysia mendapat penghargaan yang bernilai dengan dilantik sebagai wakil tunggal bagi memasarkan produk Olivie Plus 30x di Zon Asia Pasiffic. Ianya hasil cadangan dan saranan oleh Profesor Dr Mohammad Faid, pakar nutrisi dunia dari Morocco yang merupakan penasihat kepada perniagaan kami, Olive House.

Walaupun produk Olivie Plus 30x baru berada di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu, banyak testimoni yang menarik dan menakjubkan telah dikongsi oleh ramai di kalangan pengguna produk ini, Alhamdulillah.

Produk Olivie Plus 30x dihasilkan dari buah zaitun hijau yang ditanam di kawasan pergunungan Atlas, Morocco. Syarikat Perniagaan Aqallal menanam lebih sejuta pohon zaitun di kawasan yang kering serta mencabar untuk mana-mana spesis tumbuhan lain melangsungkan kehidupan. 

Subhanallah!! 
Zaitun terbukti mempunyai daya tahan untuk terus berjuang dan hidup walaupun di lokasi sukar, kering, panas dan mencabar. 

Kesukaran ini menyebabkan kandungan polyphenolnya iaitu hydroxtrosol yang terhasil dari minyak zaitun yang diproses didapati berpuluh kali ganda dari zaitun yang ditanam di kawasan biasa. 

Pohon zaitun yang ditanam di kawasan yang lain di Negara Morocco juga gagal menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai kualiti Hydroxytyrosol seperti yang ditanam di kawasan tersebut.

Sepertimana yang difahami oleh mereka yang mengkaji kehebatan dan keistimewaan pohon zaitun, ianya disebut oleh Allah SWT pada 7 ayat di dalam Al –Quran samaada secara sendirian ataupun disebut dengan buah buahan yang lain. Zaitun merupakan sejenis spesies tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang begitu kuat untuk hidup. Sehingga ada maklumat menyatakan ia mampu hidup sehingga ratusan tahun bahkan sehingga ribuan tahun.

Wallahua’lam.

Kajian yang di lakukan menggunakan Olivie Plus 30x mengikut Professor Henri Joyeux;
membantu merawat; Kanser Kolon, Kanser Darah, Kanser PayuDara, Masalah Kardiovaskular, Diabetes, Parkinson, Alzheimer, sebagai agen pembawa kalsium di dalam makanan kepada tubuh, masalah kesuburan kepada lelaki dan wanita, kanser Prostat dan lain-lain. 

Lihat Buku: Olive Oil Antioxydants m/s vii & viii 
Kehebatan produk Olivie Plus 30x telah dinukilkan di dalam sebuah buku berbahasa Perancis yang amat dikenali di Negara Morocco dan Perancis ”POLYPHENOLS d’HUILE d”OLIVE, TRESORS SANTI ! 

Olive House Malaysia telah mengambil usaha menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Inggeris “Olive Oil Anti Oxidants-A Treasure For Your Health ! Buku ini boleh didapati melalui agen-agen rasmi Olive House.

Harga RM85.90 sebotol produk Olivie Plus 30x adalah terlalu rendah, jika dibandingkan kualiti produk dan kebanyakan produk minyak zaitun yang mempunyai gandaan Polyphenols adalah menjangkau ratusan ringgit harganya di Malaysia.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Wednesday 11 February 2015

Khasiat Minyak Zaitun

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

 MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

 Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya.

Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

**
PATI MINYAK ZAITUN ASLI OLIVE HOUSE ADALAH ;
1. EXTRA VIRGIN dan PERAHAN SEJUK
2. TIDAK DITAPIS utk memastikan lebih 30% folipenols
3. Jaminan 100% asli tanpa campuran.

 Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan  penghadaman berbanding lemak lain.

Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

 Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

 Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

 Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.

Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

 Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

 CARA AMALAN TERBAIK ADALAH MINUM SECARA TERUS 2 sudu UNTUK MEMPASTIKAN ANDA MENDAPAT KEPERLUAN GIZI TERBAIK!

Makan 1 Sudu sebelum sarapan.
Dan 1 sudu sebelum tidur

 CARA LAIN PENGAMBILAN:

 1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

 More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 10 February 2015

Soalan Masalah Urin Asid Tinggi Dalam Air Kencing

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Urin Asid Tinggi Dalam Air Kencing)

Assalammu'alaikum doktor. Seorang pengguna MZ amal 3 botol MZ dengan konsisten seperti yang disarankan. Apabila membuat pemeriksaan air kencing, didapati protein keluar dan urine asid dalam badan pesakit tinggi. Bolehkah doktor perjelaskan masalah ini? Baik atau tidak baik?
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Protein yang melalui buah pinggang tidak akan ditapis keluar kerana molekulnya yang besar. Kerana itu, jika protein terdapat di dalam air kencing, ia bermakna terdapat kebocoran pada penapis buah pinggang. Ianya petanda berlaku proses radang pada buah pinggang seperti glomerulonephritis atau komplikasi dari darah tinggi dan kencing manis. Rawatan biasa ialah merawat puncanya seperti darah tinggi menggunakan angiotensin receptor blocker (ARB) atau angiotensin converting enzyme (ACE) dan bagi sesetengah kes menggunakan steroid bagi menghentikan proses radang.

Bagi rawatan alami, kurangkan makanan berprotein serta garam yang tinggi. Makan sayuran dan buahan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan radang bagi buah pinggang.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Uric acid dalam darah yang tinggi menunjukkan terlalu banyak inflamasi sedang berlaku. Proses inflamasi akan memusnahkan sel yang rosak dan kemudian membaiki dengan syarat cukup segala khasiat yang diperlukan  olehnya. Apa yang boleh saya nyatakan ini adalah keadaan yang baik. Teruskan amalan ini di samping sangat perlu menjaga pemakanan. Janganlah kita mengambil makanan al-Quran (amar maaruf) dan meneruskan amalan pemakanan yang buruk (meninggalkan nahi mungkar) dan lakukanlah bekam sebulan sekali. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Komplikasi penyakit kronik vs Minyak Zaitun dan Cuka Teen

Soalan Dari Pelanggan (Beramal MZ & Demam)

Assalammu'alaikum doktor. Saya Salimah dari Perak. Saya menghidapi penyakit tiroid(goiter), cyst di hati, pundi hempedu, gastrik, & resdung. Saya mula minum pati MZ Olive House pada bulan Disember 2013 (4-6 sudu/hari). Bermula bulan Februari 2014 hingga Jun 2014, saya minum 1 sudu setiap 3 jam. Pada bulan Julai 2014 sehingga sekarang, saya minum 4 sudu/hari. Sejak bulan November 2014, badan saya rasa lemah & mudah dijangkiti demam/selesema/ batuk. Mungkin cara saya merawat penyakit/diet harian saya tidak betul. Harap doktor dapat membantu saya. Selain itu, adakah dengan menitis pati MZ ke dalam telinga dapat membantu merawat resdung dibahagian tersebut? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Banyak masalah puan Salimah, namun penyelesaiannya mudah. Elakkan makanan proses terutamanya  dari gandum, gula dan susu. Apabila puan kerap selesema dan demam ini adalah petanda baik, jangan mudah bersangka buruk. Ini menunjukkan badan puan telah mula 'membuat kerja' mengeluarkan toksin keluar dari organ. Selama ini mereka sangat lemah dan tak mampu berespon. Teruskan sahaja usaha ini dan tambahkan amalan solat puan dan kuatkan keyakinan pada Allah S.W.T. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam.

Hyperthyroidism:
Masalah kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon berlebihan akan menyebabkan symptom seperti panas badan, jantung berdegup kencang, sentiasa berpeluh serta berat badan yang rendah. Pemeriksaan perlu dijalankan bagi memastikan kadar hormon tersebut berada di paras yang normal. Kanser tiroid juga perlu di pastikan tidak wujud. Rawatan biasanya ialah ubat yang mengurangkan pembentukan hormon tiroid. Amalkan juga pemakanan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi seperti olive oil dan cuka teen serta kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi iodin.

Gastritis:
Gastritis ataupun disebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut disebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus. Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah. Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat.

Allergic rhinitis:
Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat. Doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas. Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Soalan ; Jerawat teruk vs Minyak Zaitun dan Sari cuka teen

Soalan Dari Pelanggan(Masalah Jerawat Teruk Di Seluruh Muka)

Assalammu'alaikum doktor.  I ada masalah jerawat boleh dikatakan serious. Jerawat jenis yang bernanah and sakit. I used to consult with Dr.Ko and he gave me accutane. I makan selama 2 bulan and all the pimples are gone. But after a month i stop accutane, the pimples come out non stop. I cant even laugh and kalau buka mulut besar sangat pun sebab sakit. Jerawat the whole face. I tak boleh duduk bawah matahari lama sangat, muka jadi gatal. Now, i telah stop semua skincare. I just basuh guna air bersih and letak madu dekat muka sebab hendak reduce pimples. 
I telah cuba buat bekam wajah. Tetapi maybe baru kali pertama buat, so tidak nampak apa-apa perubahan pun. 

So, i harap doctor boleh advise on how to cure all the pimples. Adakah PMZ, SCT boleh membantu masalah saya?

Thanks.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Accutane(isotretinoin) adalah satu dadah yang sangat kuat dan bahaya. Ianya hanya boleh diberikan oleh yang benar-benar pakar sahaja setelah mengambil kira keperluan pesakit. Ia adalah sejenis dadah yang kononnya menyerupai molekul vitamin A (13-cis-retinoic acid). Mekanisma tindakannya tidak diketahui (jangan terkejut). Tetapi keberkesanannya untuk jerawat sangat mengujakan lalu menyebabkan ubat ini diberikan kepada semakin ramai pesakit.

Apa yang berlaku kepada anda adalah sesuatu yang bagus kerana imuniti badan anda baik dan terus bekerja mengeluarkan toksin dari muka. Selama ini accutane telah merencat proses ini. Jerawat akan terus keluar sehingga habis semuanya. Apa yang anda boleh buat adalah mengambil antioxidant yang tinggi seperti minyak zaitun, pati delima, chia seed dengan dos tinggi dan boleh amalkan juicing setiap hari. Elakkan makanan segera dan makanan proses. Jika boleh, hanya makan makanan raw sahaja. Insya Allah, jerawat itu takkan semakin teruk. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.  Jerawat berlaku apabila kelenjar sebum/minyak tersumbat atau penghasilan sebum yang berlebihan akibat hormon yang tidak seimbang di dalam tubuh seterusnya jangkitan kuman pada sebum yang berkumpul di akar rambut. Keadaan bertambah buruk bagi tubuh yang banyak berpeluh dan pengambilan gula dan susu proses secara berterusan. Di antara rawatan yang biasa gunakan ialah benzoyl peroxide, retinoid, antibiotic tetracyclin, isotretenoin (Accutane) yang bertujuan mengurangkan penghasilan minyak serta membuka liang-liang kelenjar yang tersumbat tetapi mempunyai kesan sampingan seperti kulit yang kering.

Bagi masalah jerawat, kaedah terbaik ialah menyapukan sari cuka tin(SCT) pada bahagian yang terlibat untuk membuka liang kelenjar yang tersumbat serta membunuh bakteria yang menjadi punca jangkitan. Amalkan juga olive oil bagi keseimbangan hormon serta pembinaan antibodi dari dalam tubuh. Amalkan membasuh muka dengan air suam serta elakkan penggunaan bahan mekap kimia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 9 February 2015

Pati Delima Terbaik


Kebaikan Pati Delima

Antara khasiat Pati Delima :-

1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa

2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3-Membantu penghadaman.

4-Membuang lemak-lemak berlebihan.

5-Menambah tenaga.

6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit

15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak2

16-Mengatasi masalah kemandulan

17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah

PENTINGNYA
WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA

1. Menegangkan payudara

2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat

3. Mencerahkan kulit

4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda

5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut

6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur

7. Merawat dan mencegah kanser rahim 

8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)

9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan

10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - 
sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.

11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj
/rawat kegatalan faraj.

12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA

13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

TESTIMONI PENGGUNA

KULIT CERAH

Saya baru minum 1/2botol pati delima, tiba-tiba malam tadi hubby tegur, dia kata nape muka saya nampak lebih cerah...hehe penangan pati delima kot.. - Ani, Pasir gudang

LAWAS BUANG AIR
akak, sejak minum pati delima ni, sy buang air besar mmg lawas, tak perlu lagi nk minum yogurt setiap hari untuk kasi lawas..seronok sgt.. - Suria, Seremban

BADAN BERTENAGA
Akak rasa sekarang ni badan bertenaga, kalau tak..bila petang aje mata asyik rasa ngantuk nk tidur..memang boleh jadikan amalan..buang air besar pun lawas - Haliza, Kota tinggi

PERUT KEMPIS
kak shaini, saya sejak bersalin, badan naik..ni saya amalkan pati delima, rasanya perut saya makin kempis..badan rasa ringan - nurul, singapore

RAWAT KEPUTIHAN
saya mkn pati delima ni untuk rawat keputihan, lps seminggu mkn, keputihan keluar banyak..naik risau juga tp lepas seminggu kemudian, keputihan yang keluar dah semakin kurang..mungkin ni cara ia merawat..sekarang dah tak perlu pakai pantiliner..alhamdulillah..- nilda, pasir gudang

RAWAT RESDUNG
saya ada masalah resdung yang agak serius, pagi2 mesti bersin-bersin..hidung selalu gatal..saya try minum pati delima+sapu minyak jerslin kat hidung 3-4x sehari..lps 2 hari muka saya rasa gatal-gatal..tapi saya teruskan aje minum pati delima n sapu jerslin..2hari kemudian dah takde rasa gatal..tiap pagi juga dah tak bersin..alhamdulillah syukur..- masni, muar.

BADAN BERTENAGA DAN ELAK SELSEMA
Ibu sya berumur 56tahun..katanya bila dia amal pati delima, badan rasa bertenaga, dulu kerap kena selsema ni dah lama xkena selsema..kiranya mmg sesuailah untuk dihadiahkan kat ibu tersayang, biar ibu sentiasa sihat..alhamdulillah - sha, kelantan.

RAWAT DENGKUR
suami mengalami masalah dengkur yang serius sampai anak-anak pun tegur..jadi kak shaini mencadangkan sy kasi suami PATI DELIMA ni..saya siap suapkan suami 1 sudu setiap pagi n malam sebelum tidur..kalau tak,mau dia nk minum sndiri..dan alhamdulillah baru kasi 4hari, dengkurnya tu dah semakin kurang..syukur sesangat..- Aini, Kuala Krai.

PERUT KEMPIS DAN STABILKAN HAID
Kak Ya baru minum 3hari pati delima ni dah nampak perut kempis..rasa kenyang..minum pati delima ni perut rasa selesa..period pun lawas tak macam dulu..- Nik Suria, Guchil Kelantan.

KULIT BERSERI
Mantap kak...tq.suami aza puji2,dia kata muka aza berseri.skrg aza bg dia cuba minum jg sb dia kuat berdengkur.kak aza ada suggest kt kwn aza dia tgl brunei gak - Aza, Brunei

KULIT LEMBUT DAN LICIN
Pati delima baru minum setengah botol..tapi kulit rasa lain..rasa lembut,licin.. - Rose, Kuala Krai.

TAMBAH ANTIBODI BADAN
Saya dah amal pati delima dah 1 botol dah..memang sejak awal lagi dah rasa khasiatnya..kulit cerah, haid lawas, keputihan pun dah takde dah..dan yang saya baru perasan, saya tak mudah dijangkit selesama/batuk. sebelum ni kalau anak-anak tak sihat, lepas diaorg baik, sure saya pulak yang kena..rasanya pasti PATI DELIMA ni dah tambah ANTIBODI dalam bdan saya..hehe..alhamdulillah..- kak sa, Pasir Gudang.

Cara paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan/kecantikan sekaligus

hanya tuang & minum...itu saje

rasanya pun SEDAP !

Cubalah sebotol dan rasai sendiri khasiat 

PATI DELIMA ini.

Ini adalah Pati Delima Asli.. dengan 40% pati berbanding 10% shj kebanyakan yg berada dipasaran..


UNTUK PERINGATAN BAGI 

UMAT ISLAM.... 

SESUNGGUHNYA YANG 

MENYEMBUHKAN PENYAKIT 

HANYA LAH ALLAH S.W.T 

- tiadalah memberi bekas (kesan) 

barang sesuatu tanpa keizinanNya, 

usaha,ihktiar dan doa Insyallah!!

p/s: ini hanya lah satu jalan kita mencuba, jangan terus terus percaya
pati ni boleh bagi kita anak, kita merancang tapi Allah swt yang menentukan :)

INI BUKAN UBAT MAGIC sekali makan terus baik hehehe.. tapi beramalah dgnnya byk manafaatnya..

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Masalah Muka ditumbuhi Biji Benjol Cacar Air

Soalan Dari Pelanggan(Masalah Muka Ditumbuhi Biji+Benjol+Cacar Air)

Assalammu'alaikum doktor.  Kelmarin, saya telah menjumpaa sepasang suami isteri di Naka, Kedah yang mana seluruh tubuh terutama muka ditumbuhi biji/benjol seperti cacar air. Anak-anaknya, Alhamdulillah, baik setakat ini;

1. Apakah penyakit itu? Sejenis penyakit kulit bawaan air?
2. Adakah MZ sesuai untuk merawat? Minum dan sapukan terus?

*Maaf. Tiada gambar jelas.
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Diagnosis bagi penyakit kulit perlu tepat sama ada berdasarkan gambar atau diskripsi kerana setiap penyakit berbeza diagnosis serta rawatannya. Sila dapatkan nasihat pakar dermatology. Mulakan pengambilan olive oil dan fig vinegar yang pasti dapat membantu pemulihan dari dalam tubuh dengan kadar yang tinggi. Untuk masalah kulit, sapukan juga kepada bahagian kulit yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Keadaan di mana seluruh tubuh dan muka ditumbuhi gelembung berkemungkinan neurofibromatosis. Neurofibromatosis adalah keadaan  berkaitan genetik yang  menyebabkan gangguan pada pertumbuhan sel saraf dan menyebabkan ketumbuhan sepanjang jaringan saraf. Bagi saya, semua Quranic Food membantu dan saya amat menekankan kemestian berbekam semasa proses merawat. Boleh juga dicuba meminum gel Aloe Vera bercampur madu dan air kunyit rebus sekali sehari. Elakkan makanan proses. Wallahu a'lam.
 
Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 8 February 2015

Penyakit Kronik bagus amal Minyak Zaitun Unfiltered Turki atau Olivie 30 morocco

Olive 4: Salam,nk tnya klau xde penyakit kronik elok amik olive house atau olive 30..

Paling bagus combine.. sbb masing2 ada keistimewaan.. olive turkey 39.9 tu combine buah hijau dan hitam.. kalu tuan puan tgk di label dia..
Buah hitam ; kaya lipid atau lmk baik.. sgt bgs utk bdn
Buah Hijau ; kaya polifenol antioksida terbaik
**manakala olivie30 pula hanya buah hijau.. dgn 30x gnda antioksida.. krn ia dari pokok yg ditanam d kwsn yg mmaksa pokok bina antibodi berganda2 utk hidup.. jd myk dari buahnya berganda2 antibodi, antioksida spt hydroxytyrosol yg sgt unik dan hebat

Cth combine.. pagi ambil Pati Minyak Zaitun 1@2 sudu
Malam ambil olivie30 1sudu.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Jantung bayi berlubang dibantu dengan minyak zaitun


MASALAH JANTUNG BERLUBANG PADA KANAK-KANAK

31-12-2014 Soal Jawab dari PELANGAN

+Soalan : Assalamualaikum. Nak tumpang tanya sikit, kalau bayi usia 1 minggu mengalami masalah jantung berlubang, apakah cara pemakanan minyak zaitun? Bagaimana?

Jawapan : 
Masalah jantung berlubang biasanya memerlukan pembedahan namun ada juga kes-kes dimana lubang tertutup secara sendiri. Pada saya, yang paling penting adalah penyusuan susu ibu dan ibu harus mengambil superfood (Quranic Food) dalam amaun yang banyak agar khasiat ini dapat disalurkan melalui susu. Kalau ingin mengamalkan minyak zaitun, bolehlah dicuba dengan menyapu ke seluruh anggota badan dari hujung rambut ke hujung kaki setiap kali selepas mandi. Selepas seminggu boleh cuba diberikan setitik ke dalam mulut bayi. Boleh dikerapkan kepada 3 kali sehari. Teruskan pemeriksaan dengan doktor untuk melihat peyembuhan penyakit. 
 
[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA]

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Perbezaan cuka epal dan cuka buah teen

Ada ape2 perbezaan antara cuka epal dan cuka buah tin? Sbb biasa cuka epal yg sy dgr. T.kasih

Salam.. masing2 ada kelebihan.. buah epal pun al-Quran sebut byk kali.. cuma buah teen 1x aja sebut.. tetapi Allah bersumpah dengannya.

Kajian atau info bkaitn epal sgt byk sbb ia dipelopori oleh barat sbb diorg byk epal.. cuka tbaik dunia pun byk fokus kpd cuka epal spt b**gg

Sblm sykt bw masuk cuka buah utk pasaran mmg byk smple buah dibawa masuk test ke lab.. antara yg terbaik utk menyaingi cuka epal ialah cuka buah teen sb ia kaya 3x ganda potasium berbanding epal.. dan buah teen jg dikaji oleh sarjana barat dinamakan disebut sebagai buah yg menghampiri thp kesempurnaan krn kandungan vitamin dan mineral didalamnya.

Fungsi atau khasiat asas cuka buah.. boleh dikatakan hampir sama bg setiap cuka buah.

Saturday 7 February 2015

QuranicFoods bantu Rawat Masalah Pneumonia Paru-Paru

Pati Minyak Zaitun bantu Rawat Masalah Pneumonia-Paru-Paru

pneumonia ni sjnis keradangan yg berlaku pd paru2 manusia disebabkan kehadiran free radical seperti virus & bakteria..

 Jadi, pmz/ olivie & ndf ada kndungan antioksida yg tinggi dpt mmbantu rawat mslh ni

Bertindakbalas trhadap free radicals agar x aktif bind dgn mana2 particles dlm tbh bdn mnusia

Juga mmbantu rawat dgn adanya antiinflamatori seperti oleuropin yg khasiatnya lebih tinggi dri ibuprufen

Sct membantu rawat symptom2 seperti batuk2 & demam.

Juga blh guna kaedah merawat dgn madu, hbs dll.

Bekam 👍

Ada juga Kdg2 dirawat dgn Ubat biasa yg ada bg steroid..

dlm makanan Quranic Foods, sudah ada steroid organic 👍👍👍

 Dan, tbh bdn kita sebenarnya sudah ada kndungn steroid semulajadi.tp,tgn2 mnusia yg rosakkannya..

*rosok sbb pemakanan serta bhn2 yg masuk ke tubuh

**info dari : GroupPanelis OHR

Notakaki.

Mz = minyak zaitun asli

Sct =Sari Cuka Teen

Ndf = Natural Dried Fig

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pneumonia-Paru-Paru):

Assalammu'alaikum doktor. Pesakit ini menghidapi pneumonia, tidak boleh berjalan dan urat-urat keras. Baru keluar dari hospital, bolehkah hendak amal MZ/SCT? Bagaimanakah caranya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk pneumonia, ianya bermakna jangkitan kuman dari salur pernafasan atas sudah melarat ke bawah melibatkan paru-paru. Antibiotik diperlukan bagi membunuh kuman dalam tempoh yang singkat untuk mengelakkan kegagalan paru-paru yang membawa kematian. MZ dengan kemampuan antimicrobial dan anti-inflammatory mempercepatkan proses penyembuhan. SCT pula mengekalkan kadar asid-alkali yang seimbang di dalam badan kerana masalah paru-paru menyebabkan kadar ini terganggu. Bagi masalah urat keras dan tidak boleh berjalan, saya kurang jelas apa yang dimaksudkan. Adakah pesakit pernah mengalami strok yang menyebabkan kelemahan anggota ataupun disebabkan oleh garam elektrolit yang tidak seimbang.

Jawapan Dr. Hafizah:

Waalaikumsalam. Semua manusia boleh amalkan Quranic Food..utk penyakit apa pun..namun kesembuhan itu tetap di tangan Allah..bagi pneumonia..mz dan sct dapat meningkatkan keupayaan sistem imun utk melawan jangkitan paru2...mula kan dengan dos kecil dan naikkan perlahan2. ..wallahu a'lam

Sumber: Olive House Medic & Business.

Jom view www.facebook.com/QuranicFoods

Tuesday 3 February 2015

Apa cara Terbaik amal Minyak Zaitun Cuka Teen Habbatu Sauda dan Madu

** info utk semua..
Atur Terbaik Amalkan MZ+SCT+HB+Madu)

Assalammu'alaikum doktor.  Apakah kaedah dan susun atur terbaik untuk saya amalkan makanan ini;
 
1- Minyak Zaitun 
2- Cuka Buah Teen 
3- Habbatus sauda 
4- Madu

Bagi mereka yang sihat dan yang kurang sihat. Terima kasih.
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk pemakanan Sunnah, tiada aturan yang khusus bagi pengamalannya kerana ianya adalah makanan dan bukan ubatan. Yang terbaik, gantikan bahan makanan yang digunakan setiap hari kepada keempat perkara tersebut bagi manfaat yang optimum.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Berkenaan susun atur dalam pengambilan makanan sunnah adalah sesuatu yang sukar untuk dijawab kerana tiada suatu individu pun yang serupa. Carilah kesesuaian dalam pengambilannya dan buatlah personal experiment. Prinsipnya, makanan sunnah harus diamalkan. Bagaimana? Itu saya serahkan pada individu. Untuk saya, minyak zaitun saya suka campur dalam makanan, cuka tin sebagai minuman selepas makan, habbatus sauda sebagai 'kopi' harian dan madu sebagai pemanis minuman dan makanan. Wallahu a'lam.
 
Sumber: Olive House Medic & Business.


More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods

Web www.QuranicFoods.com

Blog www.oliveasli.blogspot.com

Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!