Wednesday 24 December 2014

Testimoni Ghout Darah Tinggi Diabetis Kunak

Testimoni Pengguna Dari Kunak, Sabah.
Nama Pengguna: Lamza Bin Ederic
Umur: 60 Tahun
Alamat: Quaters Guru, SMK Madai, Kunak.
Kerjaya: Pesara Guru
Masalah kesihatan yang dialami: Ghout, Darah tinggi,
Kencing Manis dan kerap masuk wad.

Produk yang diamalkan: Set lengkap (Olivie 30x, Cuka
Teen, Buah Teen)
Cara pengambilan:
*Olivie 30x 1sudu pagi sebelum sarapan dan 1sudu sebelum tidur pada waktu malam
* Cuka teen diamalkan setiap kali selepas makan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Kesan dari pengamalan: Mula-mula amalkan beliau sakit seluruh badan tetapi pengambilan tetap diteruskan. Perubahan ketara dan perkembangan baik selepas seminggu pengamalan produk Olive House. Alhamdulillah bengkak kaki semakin surut dan badan rasa ringan dan
bertenaga. Yang paling menggembirakan anaknya adalah beliau sudah boleh memandu dan berjalan. Amalan masih diteruskan dan sekarang sudah masuk ke set yang ke-3
pengambilan set lengkap produk Olive House. Sekarang
tengah dalam pemulihan untuk luka di kaki akibat kencing
manis. Usaha dan ikhtiar kesembuhan dari Allah swt. Menurut anaknya, bapanya (Cikgu Lamza) sudah terpikat pada Olive House kerana banyak produk yang telah dicuba tetapi tidak dapat mengurangkan
kesakitan yang ditanggung. Dengan set lengkap Olive
House, harapan untuk sembuh semakin bersinar. In Shaa
Allah akan menjadi pengguna tegar produk Olive House.Sesungguhnya penyembuhan dari Allah swt.

Tuesday 23 December 2014

Soalan Pelanggan QuranicFoods vs maslaah hb rendah mengandung

Soalan Dari Pelanggan (Masalah HB Rendah Ketika Mengandung)

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tidak saya hendak tahu kalau HB rendah untuk ibu mengandung disarankan makan apa ya? Which Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. HB rendah untuk ibu mengandung seeloknya makan kurma dan delima. Namun, minyak zaitun, buah teen juga penting demi kesihatan usus kerana zat besi simpanan ada juga disimpan di dinding usus sebagai ferritin dalam enterocyte. Kesihatan usus akan menyebabkan pengawal-aturan zat besi lebih baik. Pastikan juga tidak amalkan air RO (reverse osmosis) yang mungkin menyumbang kepada dilutional anemia. Elakkan gandum dan gula putih. Wallahua'lam.

*Tambahan: Kapsul HB keluaran HPA juga sangat baik untuk masalah anemia.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Anemia atau kekurangan haemoglobin pembawa oksigen di dalam darah merah merupakan perubahan fisiologi bagi wanita yang mengandung kerana tubuh menghasilkan darah merah yang lebih banyak bagi perkembangan bayi. Kekurangan zat besi, folic asid dan vitamin B12 akan menyebabkan darah merah kurang dihasilkan dan jika dibiarkan akan merencatkan perkembangan bayi. Tambahkan makanan yang mengandungi zat-zat tersebut seperti bayam, kerang dan hati. Jika semasa follow-up, tahap darah masih rendah, supplement tambahan diperlukan lebih-lebih lagi Quranic Food.

Sumber: Olive House Medic & Business.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 22 December 2014

Quranic Foods : Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kemerosotan Saraf Otak)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kemerosotan Saraf Otak)

Assalammu'alaikum doktor. Sahabat saya disahkan menghidapi spinalcerebellar ataxia (SCA). Penyakit ini adalah penyakit yang mengalami kemerosoton fungsi saraf di mana terdapat saraf yang mati pada otak. Ia akan menyerang saraf-saraf yang lain & menyebabkan organ-organ akan tidak berfungsi sedikit demi sedikit. Sekarang telah tamat belajar & sedang berikhtiar menjalani rawatan terapi dari doktor pakar serta darul syifa' untuk penyakitnya. Apakah kaedah perawatannya dengan Quranic Food? Akupuntur dan bekam bagaimana pula?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ataxia (ketidakseimbangan) berpunca dari apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan cerebellum iaitu pangkal otak yang mengawal keseimbangan tubuh secara umum. Ianya mungkin disebabkan ketumbuhan, nanah atau strok yang melibatkan bahagian tersebut. Sila rujuk pakar neurologi (otak dan saraf). Teruskan pengambilan Quranic Food bagi mengurangkan radang serta bengkak edema di bahagian pangkal otak tersebut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Spinalcerebellar ataxia: penyakit kemerosotan progresif sistem saraf dan penyebab tidak diketahui dan rawatannya tiada yang berkesan. Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib percaya ada rawatan untuk setiap penyakit. Saya cadangkan bekam seminggu sekali pada point-point berlainan. Quranic Food mestilah dijadikan amalan harian seperti biasa. Makan kunyit sebagai ulam atau boleh direbus airnya untuk diminum 2 kali sehari. Pegaga juga herba yang bagus unttk otak. Kacang walnut juga bagus. Yang penting, elakkan bahan kimia sintetik dalam kegunaan seharian atau makanan. Gula putih dan gandum harus dihentikan serta merta. Semoga tabah dan berjaya berjuang dengan penyakit ini. Wallahua'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Thursday 18 December 2014

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketuat ‘Human Papilloma-HPV’)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketuat ‘Human Papilloma-HPV’)

Assalammu'alaikum doktor. Warts atau ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma(HPV) kan doktor? Bagaimana hendak merawat dan mencegah ketuat ini? Apa punca terjadinya ketuat? Adakah MZ/SCT dapat membantu? Mohon penjelasan doktor.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ketuat berpunca dari virus HPV yang menyerang sel serta mengawal pertumbuhannya menyebabkan sel tersebut tumbuh secara tidak normal. Bagi ketuat di bahagian tangan dan kaki, rawatan menggunakan salicylic acid dapat menghalang pertumbuhan ketuat. Kaedah terbaru ialah cryosurgery(membekukan ketuat) ataupun laser yang digunakan oleh pakar dermatology (kulit).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ketuat di bahagian kemaluan dan dubur disebabkan kebanyakannya oleh HPV. Ia disebabkan amalan seks yang tidak selamat dan berdosa. Sari Cuka Teen boleh diletakkan atas kapas dan ditekap pada ketuat dan diplaster. Buat setiap hari sampai mengecut dan minyak zaitun boleh diambil 3 kali sehari. Wallahua'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Wednesday 17 December 2014

Masalah kelamin dan minyak zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kelamin+Mandul)

Assalammu'alaikum doktor. Berkaitan masalah penyakit Gonorrhea & Chlamydia yang disebabkan bakteria itu, bagaimanakah rawatannya dengan MZ/SCT? Jika berlarutan, adakah ia boleh menyebabkan kemandulan? Dan bagaimana rawatan untuk kemandulan? Adakah MZ/SCT juga dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Gonorrhea dan Chlamydia adalah jenis penyakit kelamin. Kami kelaskan dalam STI (sexually transmitted infection), biasanya disebabkan amalan sel yang tidak sihat oleh individu atau pasangan seperti bertukar-tukar pasangan dan sebagainya.

Rawatannya adalah bertaubat sekiranya ada melakukan dosa dengan taubat nasuha dan pohon kesembuhan dari Allah. Berbekamlah 2 minggu sekali dan amalkan pemakanan dalam al-Quran yang halal dan thoyyibah. Habbatussauda juga boleh diminum dan disapu. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Gonorrhea dan Chlamydia merupakan penyakit berjangkit seksual (Sexual transmitted disease) yang berjangkit melalui pasangan seks. Ianya berkait rapat dengan kemandulan kerana proses penyembuhan menyebabkan radang di bahagian peranakan (pelvic inflammatory disease). Rawatan paling utama ialah pencegahan iaitu mengelakkan seks bebas ataupun elakkan dari mengahwini mereka yang telah dijangkiti mana-mana penyakit di atas. Rawatan di peringkat hospital ialah antibiotic bagi membunuh kuman yang berkaitan. Quranic Food yang bersifat anti-microbial mampu mengawal pembiakan bakteria serta memperbaiki sistem pertahanan badan secara umum.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 15 December 2014

Fungsi Hydroxytyrosol membantu otak manusia

...it is very important to note that hydroxytyrosol is the only antioxydant able to passe the blood/brain barrier, and thus he is able to protect neurons and brain cells.
Olive Oil Antioxydants, Prof M.Benlemlih & Dr J.Ghanam, pg 91.

Sunday 14 December 2014

Koma : Boleh dibantu dengan minyak zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Rawatan Pesakit Koma)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit koma lebih setahun disebabkan darah beku di otak. Makanan diberi melalui tiub, bolehkah diberi minyak zaitun kepada pesakit ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah boleh. Jika makanan boleh blend masuk ikut tube, MZ pun boleh dan semuanya boleh. Janji, pesakit masih ada usus.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pesakit stroke tidak dapat mengambil makanan melalui cara biasa kerana kehilangan Gag reflex iaitu reflex yang mengelakkan makanan dari masuk ke dalam salur pernafasan akibat pendarahan pada otak. Pesakit mungkin memerlukan Ryle’s tube untuk tempoh yang lama bagi mengelakkan kekurangan nutrisi pada tubuh. Semua makanan berbentuk cecair termasuk olive oil boleh dimasukkan melalui Ryle’s tube kerana penghujung tiub tersebut ialah di dalam perut di mana makanan cair akan diproses melalui proses penghadaman yang normal.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Saturday 13 December 2014

Soalan Dari Pelanggan minyak zaitun (Masalah Kerap Berpeluh Tapak Tangan & Kaki)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Berpeluh Tapak Tangan & Kaki)

Assalammu'alaikum doktor. Seorang lelaki berumur 20 tahun mempunyai masalah senantiasa berpeluh di tapak tangan dan di tapak kaki sehingga ada ketikanya perlukan tuala senantiasa di tangannya. Jika memakai sarung kaki/stoking, boleh basah dengan air peluh. Harap doktor boleh berikan perjelasan dan bagaimana pengambilan MZ, Olivie 30 dan SCT bertindak dan dapat membantu. Untuk pengetahuan doktor, pelangan ini baru sahaja mengamalkan MZ Olive House dan juga SCT. Perlukah pelangan ini diberi minum Olivie 30 juga?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Berpeluh di tapak tangan atau kaki (hyperhidrosis) merupakan biasanya tidak di ketahui puncanya. Rawatan bagi keadaan tersebut ialah:

a) Aluminium chloride hyxahydrate 20%, b) Iontophoresis (tangan dan kaki direndam di dalam arus elektrik rendah), c) Suntikan Botoks pada bahagian yang terlibat untuk merencatkan saraf yang terlibat dengan penghasilan peluh, d) Endoscopic thoracic sympathectomy: Pemotongan saraf yang terlibat dalam penghasilan peluh oleh pakar cardiothoracic (bedah paru-paru).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Keadaan hyperhidrosis kebanyakannya tidak diketahui punca tapi berkemungkinan disebabkan masalah thyroid atau mungkin terdapat tumour tetapi yang utamanya terdapat gangguan keseimbangan kawalan suhu dan elektrolit dalam badan. Sebaik-baiknya, amalkan berbekam sebulan sekali. Elakkan penggunaan sabun antibakteria dan berbahaya kimia sintetik yang kuat (phalates, sulphates, paraben). Quranic Food pasti membantu kerana ia memgembalikan keperluan sel dan membantu membuang ancaman kerosakan sel. Wallahu a'lam.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
Sumber: Olive House Medic & Business.

Kanser Vulva dan Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Vulva)

Assalammu'alaikum doktor. Ada seorang kenalan saya didapati menghidap kanser vulva (hasil pemeriksaan CT Scan). Jadi, bagaimanakah rawatan menggunakan produk Olive House dapat membantu? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva biasanya jarang berlaku, namun dalam kehidupan moden hari ini semuanya mungkin boleh berlaku. Rawatan kanser biasanya sama sahaja, pemakanan yang baik, akhlak yang baik, motivasi yang mantap. Elakkan pakai pad biasa semasa haid dan kalau boleh tukar cloth pad.

Jenis seluar dalam juga harus diambil berat dan tukarlah kepada 100% cotton atau bamboo. Minyak zaitun boleh campur dengan habbatussauda, dipanaskan sedikit sehingga suam dan diletak pada vulva.

Amalkan pemakanan sunnah dan organic, insyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Jika hilang keyakinan terhadap fakta ini maka itulah yang boleh menjadi penyebab keterukan penyakit. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva berlaku di bahagian kemaluan wanita yang biasanya muncul dalam bentuk ulser ataupun ketumbuhan di bahagian tersebut serta sakit semasa kencing dan hubungan seksual. Risiko untuk penyakit ini ialah usia melebihi 50 tahun, jangkitan virus serta kanser servik. Rawatannya bergantung kepada tahap kanser tersebut di kenalpasti. Bagi peringkat awal, pembedahan membuang kanser tersebut dilakukan diikuti radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang tidak kelihatan. Olive oil dikenalpasti mempunyai sifat anti-mitotic yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser pada peringkat awal (pre-cancerous lesion) dan mengembalikan sel yang rosak tersebut kepada kitaran sel yang normal namun bagi rawatan kanser, kajian lebih berbentuk kajian makmal yang belum disahkan ke atas pesakit. Cadangkan Quranic Food sebagai rawatan tambahan kepada rawatan yang dicadangkan oleh pakar kanser lebih-lebih lagi jika tiada rawatan yang ditawarkan bagi peringkat kanser yang telah merebak ke organ-organ lain (distant metastasis).

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Wednesday 10 December 2014

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ulu Hati Masuk Angin)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ulu Hati Masuk Angin)

Assalammu'alaikum doktor. Kenapa ulu hati saya sebu selepas minum MZ? *Sebu bermaksud seolah-olah masuk angin.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Olive oil bersifat cholagogue iaitu merangsang pembentukan serta pengecutan kelenjar hempedu sebagai respon kepada makanan berlemak yang masuk ke dalam sistem perut. Senak ulu hati menandakan sistem hempedu yang tidak efisien bagi mengeluarkan hempedu sama ada terdapat batu hempedu ataupun pesakit yang telah membuang hempedunya melalui pembedahan. Teruskan mengambil olive oil kerana keadaan tersebut hanya sementara dan tidak membahayakan. Hatta, bagi batu hempedu yang kecil, proses pengecutan tersebut mampu memecahkan serta mengeluarkan batu tersebut melalui pemakanan olive oil yang berterusan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rasa sebu biasanya disebabkan pengumpulan gas-gas tertentu dalam gaster. Ini mungkin perubahan kimia yang berlaku dalam baik pulih dinding perut. Harap teruskan amal MZ dan bersangka baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 9 December 2014

Petua tertusuk duri

Petua Untuk MENGELUARKAN DURI.🌿📌

Soalan Dari Pelanggan (Konsep Amalan MZ & Olivie+30)

Soalan Dari Pelanggan (Konsep Amalan MZ & Olivie+30)

Assalammu'alaikum doktor. Bagi pelanggan yang baru hendak amalkan suppplement dan nak memilih pati Olivie Plus 30x atau minyak zaitun Turki, bagaimana MZ atau Olivie dapat membantu kesihatan secara menyeluruh? Pelanggan setakat hari ini tidak mempunyai masalah kesihatan lagi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi yang tiada masalah kesihatan dan amalan pemakanannya baik, memadailah mengambil pati minyak zaitun biasa(EVOO Turki) sahaja. Namun, bagi yang tidak jaga pemakanan, merokok atau ada apa-apa faktor yang berisiko ke arah penyakit, bolehlah diambil/amalkan pati minyak zaitu Olivie+30(Morocco). Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Tubuh badan manusia mengawal kestabilan keadaan dalaman tubuh badan melalui proses homeostasis. Pendedahan tubuh kepada pencemaran luar (udara, makanan) serta proses perkumuhan menyebabkan tubuh badan terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Secara alaminya, tubuh akan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tersebut tetapi jika bahan tersebut melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh tubuh, ia akan tersimpan di dalam tubuh seterusnya mengganggu fungsi organ. Di sinilah, peranan makanan tambahan terutamanya Quranic Food. Ia membantu tubuh menyingkirkan bahan-bahan toksik/beracun kepada badan melalui kandungan polifenol dan hydroxytyrosol yang bersifat anti-oksida dan anti-inflamasi. Pengambilan secara berterusan pasti akan mengurangkan risiko bagi penyakit kronik serta mengembalikan fungsi normal tubuh badan secara alami.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 8 December 2014

Testimoni Bausir dan Sembelit Pati Asli Minyak Zaitun.

Testimoni Bausir dan Sembelit Pati Asli Minyak Zaitun.
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 7 December 2014

Minyak Zaitun vs Masalah Rabun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata Rabun)

Assalammu'alaikum doktor. Adakah pati MZ ini boleh mengubati mata yang rabun? Sebelum ini, power saya 175 dan hari ini saya pergi check terkejut 100 sahaja powernya. Untuk pengetahuan doktor, saya baru amalkan selama 2 minggu pati MZ dan SCT.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Siapa yang pergi kelas saya dan faham tentang inflamasi pasti akan tahu minyak zaitun akan membantu untuk semua penyakit. Begitu juga untuk mata yang rabun kerana asas penyakit sememangnya adalah inflamasi.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kajian berkenaan peranan olive oil kepada kesihatan penglihatan telah di jalankan di Spain oleh penyelidik dari Universiti Jaen. Mereka menggabungkan olive oil dengan lutein yang diekstrak dari rumpai laut untuk dijadikan suplemen bagi penghidap masalah rabun dekat (Hyperopia) atau rabun jauh (Myopia). Lutein adalah bahan pigmen yang terdapat di dalam sayuran hijau, bersifat anti-oksida dan mampu menyerap ke dalam sel mata (macula dan retina). Hasil kajian menunjukkan perubahan positif terutamanya kepada penyakit age-related macular degeneration (rabun akibat tua).

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 2 December 2014

Psiriasis Sakit kulit semakin gatal vs minyak zaitun dr salman

*sakit kulit info tambhn dr salman
Soalan Dari Pelanggan (Masalah Psoriasis + Semakin Gatal)

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tolang bagi pencerahan kerana saya mengalami penyakit kulit Psoriasis dan setelah saya mengambil Olive House Turki dan Olivie Plus 30x Morocco, kulit saya semakin gatal dan kemerahan atau perlukah ditambah pengambilan dengan Sari Cuka Buah Teen atau tidak perlu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Memang seperti yang dijangka, pesakit Psoriasis akan merasakan simptom yang lebih teruk disebabkan proses inflamasi akan bermula. Apabila proses ini berakhir, kesembuhan akan terjadi secara sunnatullah nya. Cuka Teen memang patut diambil bagi membantu mengalkalikan darah dan boleh ambil 3 kali sehari bersama madu atau tanpa madu juga. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Psorias berasal dari perkataa Greek iaitu ‘psora:gatal dan sis:keadaan’ yang menggambarkan keadaan penyakit kulit tersebut. Ianya terbahagi kepada 5 jenis dan jenis paling utama berbentuk plak iaitu selaput putih pada kulit membentuk sisik. Puncanya dikatakan dari oxidative stress dan biasanya ia berkait rapat dengan penyakit kanser, jantung dan ulser usus. Olive oil sangat baik untuk merawat penyakit ini dari dalam dan luar kerana ia menyingkirkan radikal bebas serta mengurangkan selaput dari kulit dengan melembabkannya secara alami. Keadaan yang bertambah teruk tersebut mungkin bukan berpunca dari olive oil itu sendiri tetapi dari pemakanan harian yang mengandungi pelbagai pencemaran serta radikal bebas. Ubah semua pemakanan kepada jenis organik serta jauhi udara yang tercemar terutamanya di bilik tidur kerana majoriti penyakit kulit dan alergi bertambah akibat tilam yang tercemar.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Minyak Zaitun vs SLE Autoimmun

MINYAK ZAITUN & PENYAKIT SLE

Minyak Zaitun & Penyakit Autoimmun

Penyakit autoimmune adalah penyakit di mana sistem imuniti badan kita menyerang diri sendiri. 

Atas kecelaruan sistem imun dan akibat dari bahan-bahan makanan yang rosak dan tercemar, sistem tubuh mengenalpasti sel tubuh sendiri sebagai sel asing dan harus dimusnahkan. 

Bidang perubatan moden masih buntu dengan punca penyakit ini namun saya yakin kemasukan bahan makanan yang diproses dengan pelbagai bahan kimia dan juga makanan yang tinggi pengawet , pewarna dan penstabil menyumbang kepada keadaan ini. 


Terdapat berpuluh jenis penyakit autoimmune contohnya SLE (systemic lupus erythematosus), " mixed connective tissue disease " , rheumatoid arthritis, psoriasis dan banyak lagi.

Minyak zaitun menyimbangkan kekuatan sistem imun. Hendaklah diketahui bahawa sistem imun manusia belum lagi habis dikaji dan ianya sangat kompleks. Jadi amatlah penting bagi penghidap penyakit ini untuk mengikut tabiat pemakanan semulajadi dan bebas makanan proses.

Tubuh badan manusia adalah ciptaan Allah, bukannya sesuatu yang terjadi secara kebetulan. Maka, apabila Allah mencipta, Allah juga menurunkan manual penjagaan tubuh badan ini. 

Sedarkah kita yang hari ini kita banyak memasukkan bahan-bahan "bukan makanan"(non-food substance) ke dalam tubuh kita dan menyebabkan fungsinya terganggu? 

Makanan sepatutnya berasal benda-benda hidup dan benda hidup dibezakan dengan benda bukan hidup dengan kehadiran sel. 

Jadi, manusia memerlukan benda hidup lain untuk terus hidup. Namun bahan kimia ciptaan manusia yang tidak wujud di alam ciptaan Allah ini secara semulajadi telah menjadi bahan makanan kita tanpa kita sedari sedangkan tubuh kita akan menjadi sukar untuk meneruskan " hidup " dengan bergantung dengan bahan kimia rekaan ini.

Pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet, penstabil, agen pemekat, agen emulsi, agen antiketul, vitamin dan mineral tiruan dan juga ubat-ubatan kimia telah singgah dalam tubuh manusia abad ini. 

Semua bahan di atas diperlukan dalam industri, namun hukum Allah telah menetapkan yang ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi, akurlah pada ketentuan Allah dan kembali kepada fitrah makanan halal dan thoiyyibah. 

Produk Muslim walaupun dikeluarkan oleh orang Islam, namun tetap mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Tidakkah ini langsung bertentangan dengan konsep halal?

Penyakit autoimmune ini dapat dicegah dan distabilkan dengan makanan semulajadi dan pengambilan " superfood " atau " functional food " yang lain. 

Minyak zaitun amat penting sebagai bahan asas membaiki usus dan meningkatkan aktiviti antioksida pada sel seterusnya membaiki sel yang rosak. 

Apabila usus telah dibaiki, maka pengambilan functional food seperti habbatus sauda akan mudah diserap ke dalam darah.

Bagi penyakit autoimmune yang melibatkan kulit seperti psoriasis, minyak zaitun bukan sahaja perlu dimakan , malah perlu disapu di seluruh kulit. 

Sebaiknya gunakan sabun castile, yang berasaskan minyak zaitun semasa mandi. Selepas mandi kulit eloklah disapu dengan sebatian cuka tin yang telah dicairkan dengan nisbah cuka tin :air sebanyak 1:3. 

Selepas sapuan cuka ini, barulah minyak zaitun disapu dan diurut pada kulit. Lakukan ini 2 kali sehari. Untuk kesan lebih baik, minyak zaitun bolehlah dipanaskan sedikit di mana mangkuk yang berisi minyak zaitun diletakkan di dalam air yang sedang dipanaskan atas dapur. Minyak zaitun yang suam memberi kesan penyerapan yang lebih.

Oleh Dr Hafizah binti Amanulla

More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Monday 1 December 2014

Manafaat minyak zaitun untuk ibu mengandung @ hamil

Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil/Mengandung:

Bismillah.

Ibu yang hamil digalakkan untuk mengamalkan pengambilan minyak zaitun kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan hatinya. Manfaat ini juga akan dinikmati oleh anak di dalam kandungan si ibu.

Selain itu, si ibu yang hamil biasanya mengeluh kerana munculnya 'stretch mark' atau perenggangan pada kulit perut, paha dan payudara. Biasanya ia seperti garisan-garisan halus berwarna putih yang kegatalannya luar biasa. Garisan-garisan halus ini sukar untuk dihilangkan bahkan setelah bertahun-tahun lamanya. Untuk mengurangi kegatalan dan mencegah timbulnya 'stretch mark' pada ibu yang hamil, cukup dengan menyapukan minyak zaitun ke permukaan kulit yang mengalami perenggangan iaitu kulit sekitar daerah perut dan paha.

Di samping itu, ibu yang sedang mengandung lazimnya mengalami kesulitan BAB (Buang Air Besar). Selain menggunakan minyak zaitun untuk melancarkan BAB, disarankan pula menambah pemakanan buah-buahan seperti betik, air masak dan kurangkan pengambilan makanan pedas.

Pengambilan minyak zaitun juga sebenarnya dapat meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Oleh sebab itu. ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan pengambillan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk bayi(fetus) selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

InsyaAllah. Dengan izin Allah S.W.T., kita usaha juga yang terbaik. Waallahu'alam..

# Sumber: International Facts of Olive Oil.
More https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!