Monday 8 January 2018

Rahsia olivie plus 30x ganda antioksida dibongkar

*PROF HENRY JOYEUX MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN OLIVIE PLUS 30X*
.
.
Prof Henry Joyeux Pakar Kanser drp Perancis telah mendedahkan antara sebab Olivie 30 berkualiti tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain ialah kerana kandungan antioksidannya
.
.
Menurutnya berikut ialah bukti bagi pakar dan semua orang yang ingin mengetahui apa yang baik dan berguna untuk kesihatan yang terdapat di dalam minyak zaitun Olivie Plus 30X
.
.
Satu ujian telah dibuat terhadap minyak zaitun dari pelbagai negara dan Olivie Plus 30x dalam makmal yang diperakui antarabangsa, analisis terperinci menghasilkan keputusan seperti jadual di bawah
.
.
Kepekatan kompoun fenolik utama Olivie 30x dan minyak zaitun biasa (4mg/kg);
.
.
OLIVIE PLUS 30X (Extra Virgin):
Komponen;
1) Jumlah polifenol =2840
2) Hydroxytyrosol =233
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =1360
4) Tyrosol =78
.
.
MINYAK ZAITUN BIASA (Extra Virgin):
Komponen;
1) Jumlah polifenol =236
2) Hydroxytyrosol =13
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =51
4) Tyrosol =13
.
.
Kadar perbandingan Hydroxytyrosol daripada Tyrosol dan Oleopentandial dalam 22 sampel klasik minyak zaitun dari Itali, Sepanyol, Greece dan Tunisia membawa bukti bahawa OLIVIE PLUS 30X mempunyai sehingga 30 kali ganda lebih polifenol (hydroxytyrosol dan Oleopentandial) atau pada kepekatan 30 kali lebih tinggi daripada dalam apa-apa minyak di dunia (1360mg / kg)
.
.
OLEOPENTANDIAL adalah sebatian yang sangat bioavailable, mudah diserap dari usus ke dalam aliran darah. Ia juga lebih bioavailable untuk penyerapan usus kerana mempunyai kestabilan yang baik di bawah keadaan berasid di dalam perut Selepas penyerapan di gastro intestine, terutamanya di dalam usus kecil, 100% hydroxytyrosol dan tyrosol serta merta muncul di dalam darah dan diedarkan di seluruh tisu badan termasuk otak, kerana kebolehannya memasuki barrier darah otak yang melindungi sel otak disebabkan molekulnya yang kecil
.
.
Hydroxytyrosol dan tyrosol dibuang sepenuhnya dalam masa 3 jam dari badan melalui proses urinary.
.
.
POLIFENOL mempunyai kuasa antioksida yang berperanan sebagai pelindung dan pencegahan penuaan serta menghentikan penyebaran oksidasi
.
.
Drp penjelasan Prof Henry Joyeux dan dibuktikan oleh ujian makmal membuktikan bahawa Olivie 30 sangat penting untuk membantu melindungi organ badan manusia drp serangan pelbagai penyakit
.
.
Marilah beramal dengan pati MINYAK ZAITUN OLIVIE PLUS 30x(Morocco) ini seisi keluarga. Ramai yg telah mengecapi kembali nikmat kesihatan yang telah hilang selama ini
.
.
ANDA PENGGUNA YANG BIJAK
www.oliveasli.blogspot.com

www.facebook.com/QuranicFoods
www.facebook.com/OliveHouseAlorSetar
www.facebook.com/BekamAlorSetar

www.wasap.my/60175750810

Saturday 6 January 2018

Pati Minyak Zaitun asli OLIVE HOUSE

🌳 MINYAK ZAITUN DI PASARAN

.
.

Sememangnya terdapat berbagai jenis dan jenama minyak zaitun di pasaran hari ini.

Anda sebagai pengguna dan pelanggan bijak pastinya dapat memilih yang terbaik diantara yang baik. Ini kerana perbezaan antara yang cukup berkualiti dengan yang tidak berkualiti sedikit sangat perbezaan pada harganya.

.

Pilihlah yang disahkan 'EXTRA VIRGIN OIL'

.

APA ITU EXTRA VIRGIN ??

Extra Virgin ialah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti yang terbaik. Minyak Zaitun hanya dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan.

Proses semulajadi ini dipanggil "MECHANICALLY COLD PRESSED".

.

KENAPA MESTI TIDAK DITAPIS ??

Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "POLIPHENOLS" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Poliphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pokok zaitun.

Apabila manusia meminum Poliphenols, ia akan melindungi sel manusia dari serangan free radical, virus, dan bakteria.

.

Keistimewaan Pati Minyak Zaitun Olive House

¤ 100% pati minyak zaitun
¤ Tidak ditapis
¤ Tidak menggunakan proses pemanasan
¤ Tidak dicampur dengan minyak sayuran yang lain

.

Apakah khasiatnya ??

1. Menggalakkan kesihatan jantung
2. Mengurangkan risiko kanser
3. Mengawal paras gula dalam darah
4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
5. Membantu untuk mengurangkan lemak
6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
7. Menggalakkan kebolehan kognitif
8. Membantu sistem penghadaman
9. Melambatkan proses penuaan
10. Meningkatkan imuniti/metabolisme dalam badan

.

Ini hanya sebahagian daripada khasiat minyak zaitun yang disenaraikan. Terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada minyak zaitun yang perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian.

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat.'

.
www.oliveasli.blogspot.com

#PatiMinyakZaitun
#OliveHouse #AlorSetar #TescoStargate
#ProdukTerbaikDunia

🍃 We Begin With Nature

Monday 1 January 2018

Bekam dalam mengurangkan risiko pelbagai penyakit dan masalah jantung

Bekam sebagai rawatan alternatif
Bekam dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
.

Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) sebelum bekam dimulakan.

Ketakutan bertambah apabila memikirkan jarum menusuk ke kulit dan kesan luka pula divakum untuk mengeluarkan darah kotor yang berada di bawah permukaan kulit, mengalir masuk ke dalam cawan sewaktu proses bekam dijalankan.

Barangkali disebabkan ketakutan tersebut, kaedah rawatan ini dalam masyarakat Malaysia seolah-olah dilihat ‘kurang popular’ meskipun telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.

Kajian ini dilakukan pada Oktober 2011 hingga Februari 2014 di bawah Geran Penyelidikan yang diberikan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Tujuan penyelidikan menurut Dr. Ab. Aziz untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).

Sebanyak 93 responden berusia antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian, iaitu 62 responden tiada penyakit kronik yang telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Manakala bagi kumpulan diabetes melibatkan 31 peserta.

Bekam klinikal dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan.

Katanya, semua peserta telah menjalani dua sesi berbekam klinikal iaitu pada permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Berdasarkan kedua-dua sesi tersebut penilaian kajian telah dibuat merangkumi permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.

“Kumpulan bekam difokuskan kepada kelompok tidak menghidap diabetes, menunjukkan terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah semasa berpuasa (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal, iaitu serum urea, kreatinin dan asid urik dari permulaan kajian hingga bulan pertama, ketiga dan keempat menunjukkan penurunan.

Serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik (SBP -bacaan tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama.

“Semua profil serum lipid mengandungi pelbagai jenis lemak dalam darah kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat.

“Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea iaitu paras urea dalam darah dan bahan yang menentukan kesihatan buah pinggang. Jika bacaannya lebih daripada 10, itu menandakan buah pinggang tidak sihat. Dan, kreatinin (satu lagi jenis bahan dalam darah yang menentukan kesihatan buah pinggang dan jika bacaannya lebih 600, rawatan dialisis mesti dilakukan) bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan,” kata Dr. Ab. Aziz.

Penilaian terhadap kumpulan penghidap diabetes pula mendapati, FBS, tekanan darah dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat.

Paras kolesterol peserta bekam secara keseluruhan juga menunjukkan penurunan yang ketara pada bulan ketiga dan ke empat. Bagi serum HDL-C dan LDL-C (kedua-duanya sejenis lemak dalam darah) dan antigen VWF (sama seperti 5), perubahannya dapat dilihat pada bulan keempat.

“Kajian ini mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam klinikal boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular,” ujar beliau.

Rawatan bekam di hospital

Di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), rawatan bekam klinikal untuk orang awam ditawarkan melalui Klinik Eksekutif USAINS Tech Services Sdn. Bhd., dengan caj RM100 untuk 11 cawan bekam, mengikut keperluan pesakit.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal HUSM, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, sesiapa yang ingin berbekam sama ada bekam angin atau bekam darah di Klinik Eksekutif USAINS, perlu mendapatkan tarikh temu janji dan hadir pada tarikh yang ditetapkan selain perlu mengisi dan menandatangani borang pendaftaran, borang keizinan rawatan, membuat bayaran sebelum menjalani sesi rawatan serta menetapkan temu janji bagi rawatan susulan.

Beliau berkata, kajian pihaknya mendapati bekam klinikal membantu merawat penyakit lain seperti migrain, sinusitis kronik (resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo (penyakit ketidakseimbangan dalam telinga).

“Rawatan bekam klinikal boleh diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa yang diambil oleh pesakit yang dibuat secara berterusan (setiap bulan atau empat bulan sekali) untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

“Pesakit yang menjalani rawatan bekam perlu membuat penilaian penyakit mereka secara berkala (perlu ubahsuai dos ubat atau rawatan yang diambil) sesuai dengan keadaan semasa.

“Kebaikan yang amat ketara mengenai rawatan bekam klinikal ialah tidak ada kesan sampingan, tiada risiko jangkitan penyakit atau berlakunya pendarahan yang tidak terkawal,” katanya.

Sebelum menjalani rawatan, katanya, pesakit hendaklah memastikan tahap kesihatan yang optimum seperti paras darah (Hb) yang mencukupi - tidak terlalu pucat, tidak mengalami keadaan hypoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah) kurang dari 5 mmol/L dan tidak mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti cardiprin, atau walfarin.

Katanya, berbekam sebaik-baiknya dilakukan sebelum makan atau sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

Jurubekam juga perlu dimaklumkan sekiranya menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

Ini penting supaya jurubekam boleh mengasingkan peralatan yang digunakan oleh pesakit-pesakit tersebut untuk mengelak jangkitan penyakit berbahaya ini kepada orang lain.

Tangani pandangan negatif masyarakat

Mengulas kekangan dari aspek undang-undang ataupun peraturan (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam kaedah rawatan bekam klinikal, Dr. Ab. Aziz menjelaskan, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia belum menawarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk bekam darah.

“Yang ada cuma bekam angin. Dengan itu, mereka yang mahir di dalam bekam darah tidak dapat dinilaikan tahap kemahiran mereka.

“Pada masa ini, rawatan bekam tidak disenaraikan oleh kementerian sebagai salah satu rawatan sampingan, berbanding dengan rawatan akupuntur, urutan Melayu, ayurveda dan lain-lain rawatan yang dapat dijalankan di hospital-hospital ataupun premis KKM.

“Saya berharap, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia menyediakan NOSS untuk kemahiran rawatan bekam darah kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam rawatan tersebut yang diiktiraf oleh kementerian,” tambah beliau.

Penerimaan masyarakat terhadap rawatan bekam klinikal yang ditawarkan di HUSM menurut Dr. Ab. Aziz, amat menggalakkan dan setiap kali sesi rawatan dibuka, pihaknya mendapat permintaan yang tinggi daripada orang awam dan juga kakitangan hospital.

Bagaimanapun, untuk menangani stigma negatif segelintir masyarakat bahawa bekam hanya merupakan rawatan alternatif semata-mata, penerangan dalam pelbagai bentuk media perlu dilakukan untuk memberi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan rawatan tersebut.

Jelasnya, pihak media boleh menyalurkan maklumat bahawa berbekam adalah setanding bahkan lebih baik daripada rawatan konvensional, tiada kesan sampingan dan cepat memberi kesan. Ia juga tidak menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit dan tiada risiko yang berbahaya kepada pesakit.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihaknya, Dr. Ab. Aziz berkata, tidak hairanlah berbekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana bekam merupakan satu kaedah nyah toksik untuk mengeluarkan darah yang mengandungi racun yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu ‘Abbas r.a: Dari Nabi Muhammad SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu ada tiga hal: Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (riwaya Bukhari).
.
NORAZLITA MOHD. SIES
20 Oktober 2015 4:00 PM
Utusan Malaysia
.
Pertanyaan atau booking wakyu bekam anda di OLIVE HOUSE ALOR SETAR TESCO STARGATE
CALL 017 4556 998
www.wasap.my/60175750810

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!