Friday 30 October 2015

GOUT DAN SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE

SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE DAN GOUT (Part 1)

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 26.10.2015

"Maksudnya: Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)": (24)

Ayat di atas adalah salah satu ayat dalam Surah ‘Abasa, iaitu surah ke 80 dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim. Surah ‘Abasa merupakan surah Makkiyah, iaitu diturunkan oleh Allah S.W.T sebelum berlakunya peristiwa Hijrah. Ayat di atas adalah permulaan penceritaan bukti-bukti kekuasaan Allah S.W.T di alam semesta ini setelah beberapa ayat sebelumnya berkaitan tentang peringatan Allah kepada manusia yang tidak tahu mengenal hakikat diri hingga engkar kepadaNya padahal nikmat yang Dia telah berikan terus-terusan melimpah-ruah.

Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah lebih kepada pola makanan harian yang hakikatnya Allah sudah memberi peringatan kepada manusia sejak sebelum peristiwa Hijrah lagi.
Jika kita teliti Surah ‘Abasa, ayat 24 di atas, menunjukkan kata kerja ‘arahan’, yakni perintah Allah agar manusia sentiasa melihat kepada makanan seharian. Jadi, aspek penilaian menu makanan amatlah perlu dititikberatkan khasnya oleh manusia yang yakin dan beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Pengakhiran & Ketentuan Dia Yang Maha Esa juga oleh manusia lain amnya. Daripada makananlah akan terbentuk jasmani dan juga terdidiknya aspek rohani pada batang tubuh seseorang.

Malangnya, manusia hari ini sudah tidak lagi mementingkan aspek pemakanan. Asalkan makanan itu rupanya cantik, rasanya sedap, manis dan sebagainya, terus dimasukkan ke dalam mulut. Tanpa memikirkan soal khasiat yang bakal diperoleh dan kandungan di dalam makanan itu. Kesannya, pelbagai penyakit sangat mudah diperoleh, termasuk Gout.

Gout adalah sejenis keradangan yang PALING sakit, berlaku dalam tempoh 6-24 jam yang pertama dan berlarutan hingga antara 3-10 hari. Sakit yang membahang berlaku secara tiba-tiba, membengkak, berlaku kekejangan dan kemerah-merahan pada sendi. Kebanyakannya menyerang di waktu malam seusai menjamah makanan atau ketika hendak merehatkan badan. Serangan ini berlaku kerana lambakan bahan kumuh iaitu Asid Urik yang berasal daripada sumber protein iaitu ‘Purin’. Ia sepatutnya dikumuhkan atau dibuang, tetapi telah berkumpul di urat saraf membentuk Kristal batu gout. Kristal ini boleh juga terbentuk di bahagian buah pinggang dan pundi kencing yang dikenali sebagai batu karang. Apabila serangan gout berlaku, rasanya sungguh menyakitkan, sehinggakan apabila bergeser kaki dengan selimut pun menyeksakan.

Seringkali kita melihat dan membaca artikel-artikel berkaitan gout, akan diceritakan bahawa faktor terjadinya serangan gout ialah pengambilan makanan berprotein tinggi seperti ikan, hidupan laut, daging, kekacang dan sebagainya. Hakikatnya, ada pengidap masalah gout ini, sudah pun menjaga pemakanan harian, namun masih mengalami serangan gout. Rupa-rupanya pengambilan gula berpeluntur @ gula putih @ perasa komersial juga penyumbang kepada peningkatan Asid Urik dalam badan. Contohnya minuman harian kita daripada air berwarna, makanan seperti biskut, roti dan sebagainya turut mengandungi gula putih @ perasa yang dikomersialkan. Hakikat yang bukan semua orang tahu dan sedar bahawa perasa komersial ini sangat menguntungkan bagi sektor perindustrian makanan. Penghasilan perasa ini diubah struktur ikatan kimianya dalam makmal agar menyamai rasa manis gula dengan kos yang rendah, tetapi pulangannya apabila dimasukkan dalam produk untuk dijual sungguh lumayan. Bagi penghidap gout yang makan gula berlebihan ini akan terganggu enzim dalam hatinya yang menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah, seterusnya serangan gout pun berlaku.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan kimia tertentu seperti ubat ‘diuretic’ (ubat merangsang pengeluaran air kencing) dan ‘aspirin’ (ubat cair darah) dengan tujuan untuk mengawal paras tekanan darah turut dikategorikan sebagai faktor berlakunya serangan gout.

Bagi individu yang memiliki berat badan berlebihan atau tahap obesiti, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan mengalami serangan gout. Beban berat yang besar terpaksa ditanggung oleh buah pinggang akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik untuk mengkumuhkan asid urik dalam darah. Risiko gout juga turut berlaku kepada individu yang mengalami kegagalan buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Alhamdulillah, kita ada Allah S.W.T untuk mohon diberikanNya kesembuhan. DiturunkanNya ikhtiar penawar, salah satunya dan terbaik melalui ‘Quranic Food’ iaitu makanan yang bernutrisi tinggi yang banyak tempat dinukilkan dalam Al Quran Al Karim. Olive House mengambil inisiatif ini untuk mengajar masyarakat mengamalkan ‘Quranic Food’ untuk sihat dan berkat, insyaAllah.

Sumber: Olive House

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Tuesday 27 October 2015

Pati Minyak Zaitun Olive House : Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Sopak)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Sopak)
 
Assalamu'alaikum. Doktor, saya nak tanya, bagaimanakah produk Quranic Food membantu dalam merawat penyakit sopak? Apakah puncanya dan bagaimana cara mencegah penyakit ini? Mohon pencerahan daripada doktor Olive House. Terima kasih.
 
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
 
Wa’alaikumsalam. Penyakit sopak atau vitiligo adalah sejenis penyakit kulit di mana terdapat kehilangan pigmen di sesetengah kawasan kulit menyebabkan terlihatnya tompokan-tompokan putih di kulit. Sebabnya masih belum diketahui namun ianya dipercayai sangat berkaitan dengan pemakanan dan racun persekitaran. Pati minyak zaitun boleh disapu di seluruh tubuh dan boleh amalkan meminumnya sekali. Antara petua lain adalah menggosok bahagian yang terlibat dengan bahagian dalam kulit pisang atau daun selasih(basil) yang diperah dengan asam limau. Buah teen boleh juga di panggang dan kemudian ditumbuk bersama sedikit minyak zaitun untuk dijadikan pes dan disapu ke bahagian bermasalah. Wallahu a'lam.
 
Sumber: Olive House Medic & Business.
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Soalan Jawapan Arthritis radang sendi Minyak Zaitun Olive House

Jawapan Dari Dr. Salman:

Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku di sebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout,pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.
Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dgn olive oil. Bagi rawatan khusus,rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yg terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu di larut di dalam 1 gelas air di minum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Radang sendi/gout:
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan. Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik. Remedinya: Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita. Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku. Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat. Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan. Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention. Di samping itu, cuka teen juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk. Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Sumber: Olive House Medic & Business.
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Sunday 11 October 2015

Sundrom Apert bantu rawat dengan QuranicFoods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Sindrom Apert):

Assalamualaikum doktor. doktor. Bagaimana untuk merawat penyakit sindrom Apert melalui pemakanan Quranic Food dan lain-lain? Benarkah masalah ini berkaitan dengan masalah kelainan genetik yang menyebabkan kecacatan pada tengkorak, muka, kaki, tangan, jari? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sindrom Apert adalah dikatakan sebagai masalah genetik yang menyebabkan sesetengah tulang dan tisu perantara pada bayi bercantum dengan cepat sebelum proses pemanjangan yang sepatutnya berlaku. Ini menyebabkan struktur tulang menjadi tidak sempurna dan percantuman tulang tengkorak menyebabkan kesukaran bagi otak untuk berkembang. Ia juga menyebabkan jari-jari bercantum. Amatlah sukar bagi saya untuk menyatakan penyakit ini boleh dirawat namun kita sebagai orang Islam haruslah percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya percaya juga penyakit ini disebabkan amalan pemakanan yang tidak betul dan racun persekitaran. Seeloknya, amalkan semua Quranic Food dan jaga pemakanan hariannya dan lihat perkembangan penyakit ini.

Sumber: Olive House Medic & Business

Thursday 8 October 2015

Minyak Zaitun + Olivie30 vs Masalah Resdung & Nasal Polyps

Soalan & Jawapan Doktor Hafizah:
 
Soalan Dari Pelanggan (Masalah Resdung & Nasal Polyps)
 
Assalamualaikum doktor. Saya menghadapi resdung hampir 6 bulan. Baru-baru ini, doktor telah buat scan hidung dan sahkan ada Nasal Polyps dan diminta buat pembedahan segera. Saya masih belum buat pembedahan dan masih terus mencuba rawatan tradisional tetapi tidak berkesan. Minta pandangan dan petua doktor untuk bantu saya. Kata doktor, nasal polyps menghasilkan mukus yang berlebihan sehingga turun ke paru-paru. Malam-malam akan batuk kuat dan masa tidur terganggu. Mohon pencerahan.
 
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
 
Wa’alaikumsalam. Kewujudan nasal polyp menunjukkan sistem mukosa hidung sedang berkerja dengan terlalu aktif akibat terlalu banyak penghasilan bahan merbahaya dari persekitaran atau makanan. Sila amalkan madu asli 1 sudu besar setiap kali sebelum makan. Elakkan makanan segera, makanan bergandum dan bergula putih kerana ini semua adalah racun kepada tubuh. minyak zaitun pada dos tinggi bersama Olivie Plus 30x, 3 kali sehari. Jus delima, 50ml sehari dan juga amalkan
 
Sumber: Olive House

more information
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Jerebu : Produk Olive House / Quranic Foods yang sangat bagus diamalkan Minyak Zaitun Jus Delima Cuka Teen


IMPLIKASI JEREBU

• Muqoddimah = Jerebu ialah situasi di mana cahaya matahari disekat pancarannya ke bumi dan menyebabkan kekurangan jarak pandangan mata kasar atau kabur, menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

• Punca Jerebu :
1.      Peningkatan bahan-bahan terampai dalam atmosfera bumi (tidak boleh dilihat oleh mata kasar) seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang dihasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan
2.      Aktiviti manusia : kegiatan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka
• % terjadi = Hampir setiap tahun di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand
• Kesan Jerebu =
1.      Batuk berkahak
2.      Kegatalan & keradangan di tekak, hidung, mata
3.      Asma
4.      Jangkitan kuman di paru-paru
5.      Melemahkan fungsi jantung
6.      Rosak sistem saraf & otak

• Produk yang sesuai untuk diamalkan =



1.      Pati Minyak Zaitun :
·          Tanpa sebarang tapisan harga yang terlalu murah untuk Gred A, diletakkan dalam kotak bagi pengekalan khasiat yang optimum
·         Kaedah memetik buah zaitun yang tradisional, guna tangan & bukan mesin bagi elak berlaku kekasaran kepada buah. Apabila diperah jadi minyak, khasiatnya kekal terpelihara sehingga ke tangan pembeli
·         Dikendalikan oleh pengilang yang sangat berpengalaman dalam pengeluaran pati minyak zaitun, puluhan tahun
·         Khasiat Antioksida terbaik di dunia iaitu Hydroxytyrosol membungkus atau menjadi pelincir di sekeliling tekak yang berlaku keradangan.
·         Tindakan Hydroxytyrosol adalah 15x ganda lebih baik dari Teh Hijau!! Mampu menembusi saluran darah di otak bagi rawat tindakan bahan kimia Plumbum yang rosakkan sistem di otak
·         Oleuropein juga Antioksida dan Anti Keradangan yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C membantu rawat keradangan di saluran pernafasan
·         Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 sebagai anti keradangan dan menguatkan sistem pertahanan badan
·         Beta Carotene & Vitamin A - melindungi mata, paru-paru dan meningkatkan kecekapan salur darah membawa oksigen ke seluruh badan
·         Vitamin C & E – mengekalkan tisu paru-paru yang sihat

2.      100% Jus Delima :
·         100% Jus Delima sahaja, tanpa tambahan gula, pewarna, pengawet
·         Perahan Kesemua bahagian Buah Delima yang menyebabkan kepekatan khasiatnya
·         Mempunyai Sijil Organik & ditanam di tanah terbaik bagi delima, iaitu Azerbaijan
·         Perahan yang sangat lembut & 360º bagi pengekalan kesemua khasiat
·         Flavonoids sebagai Antioksida & Anti keradangan memelihara fungsi paru-paru & jantung yang sihat
·         Beta Carotene & Vitamin A melindungi mata, paru-paru dan meningkatkan kecekapan salur darah membawa oksigen ke seluruh badan
·         Vitamin C & E mengekalkan tisu paru-paru yang sihat
·         Selenium memelihara sel dari berlaku kerosakan atau perubahan yang abnormal & merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan
·         Magnesium, Vitamin A & Choline – mengawal & merawat asma


3.      Sari Cuka Teen
·         Potassium bantu melancarkan fungsi organ jantung serta merawat keradangan di saluran pernafasan.
·         Asid asetik organik - mencuci mata yang terasa gatal-gatal, dengan syarat, perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian, celupkan sedikit kapas ke dalam campuran tadi dan cuci mata tersebut.
*Ketika bercerita tentang produk, guna ayat yang boleh menyampaikan 4 misi utama OHR


• Cara amalkan produk  = 1 sudu besar Pati Minyak Zaitun Pagi & Malam sebelum makan.
                                               1 sudu besar Sari Cuka Teen + segelas air (selepas makan)
                                                2 sudu besar Jus Delima pagi & malam
• Tindakbalas pemulihan = pening, gatal-gatal, cirit birit

More info

www.facebook.com/QuranicFoods 

www.OliveAsli.blogspot.com

 WhatsApp 0175750810




Rujukan :
16.   http://www.livestrong.com/article/543370-olive-potassium-levels/



Monday 5 October 2015

Jerebu ; Jom amal Minyak zaitun Olive House dan QuranicFoods

Jerebu ialah situasi di mana cahaya matahari disekat pancarannya ke bumi dan menyebabkan kekurangan jarak pandangan mata kasar atau kabur. Hal ini berlaku apabila wujudnya peningkatan bahan-bahan terampai dalam atmosfera bumi yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang dihasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

minyak zaitun tinggi antioksida akan bantu rawat kesan dr udara yg tidak bersih sekarang ini yg disedut masuk ke saluran pernafasan, yg menimbulkan pelbagai simptom & penyakit.
Khasiat oleuropein yg ada dalam zaitun syajaroh mubarokah yg 400x ganda terbaik dr vitamin C akan membantu sistem imuniti badan bekerja dengan baik.
Dalam Minyak zaitun juga ada khasiat potassium yang turut bantu.

Minum cuka teen yg dicampur dengan madu dan air masak, jadikan minuman harian.
Asid Asetik Organik yg ada dalam cuka buah Teen sangat bagus merawat masalah di saluran pernafasan.
Cuka Teen juga mengandungi mineral potassium yg turut bantu rawat komplikasi di saluran pernafasan

Jus Delima yg juga tinggi antioksida, vitamin, mineral sangat bagus diamalkan dalam keadaan jerebu yang semakin membimbangkan ini

*kredit Pn Shamimi (Ahli Farmasi Bertauliah)

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Minyak Zaitun vs Alergik

NAMA PENGGUNA: Noor Aziah bt Abdul Ghani

NO KP :760302 02 558*

NO HP : 019424537*

ALAMAT : Jln Suria 5/2 Taman Suria 5 06000 Jitra Kedah.

PEKERJAAN: Pensyarah

MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI :
💥Alergik

SEJAK BILA : lima hari yang lalu

BAGAIMANA MENGENALI PRODUK: Melalui iklan di Facebook

CARA AMALAN PRODUK :
1- Pati minyak zaitun➡️ 2 sudu pagi
2- Olivie➡️ 1 sudu mlm
3- Cuka teen➡️ cuka + air 1 gelas.
4- 5 sudu cuka teen untuk rendaman bersama air suam.

KESAN PENGAMALAN:
    👍🏼Alhamdulillah selepas 2 kali melakukan rendaman (kaki) alergik(tompok merah) dikaki kelihatan nipis dan beransur hilang,bila masuk kali ketiga lakukan rendaman tompok-tompok merah itu hilang terus.Saya campurkan lima sudu cuka teen bersama air suam dan rendam dari betis ke bawah.Saya sebelum ini memang pengamal tegar produk olive house cuma dalam beberapa hari saya menghidapi ekzema saya terus mencuba kaedah rendaman ini.

HARAPAN DAN NASIHAT DARI PENGGUNA :
    Saya harap masyarakat di luar sana tidak lepaskan peluang untuk mencuba produk olive house terutama yang mempunyai masalah kulit beramallah dengan olive dan cuka teen"InshaAllah di situ ada penawarnya".

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!