Friday 30 October 2015

GOUT DAN SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE

SINERGI PRODUK OLIVE HOUSE DAN GOUT (Part 1)

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 26.10.2015

"Maksudnya: Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)": (24)

Ayat di atas adalah salah satu ayat dalam Surah ‘Abasa, iaitu surah ke 80 dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim. Surah ‘Abasa merupakan surah Makkiyah, iaitu diturunkan oleh Allah S.W.T sebelum berlakunya peristiwa Hijrah. Ayat di atas adalah permulaan penceritaan bukti-bukti kekuasaan Allah S.W.T di alam semesta ini setelah beberapa ayat sebelumnya berkaitan tentang peringatan Allah kepada manusia yang tidak tahu mengenal hakikat diri hingga engkar kepadaNya padahal nikmat yang Dia telah berikan terus-terusan melimpah-ruah.

Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah lebih kepada pola makanan harian yang hakikatnya Allah sudah memberi peringatan kepada manusia sejak sebelum peristiwa Hijrah lagi.
Jika kita teliti Surah ‘Abasa, ayat 24 di atas, menunjukkan kata kerja ‘arahan’, yakni perintah Allah agar manusia sentiasa melihat kepada makanan seharian. Jadi, aspek penilaian menu makanan amatlah perlu dititikberatkan khasnya oleh manusia yang yakin dan beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Pengakhiran & Ketentuan Dia Yang Maha Esa juga oleh manusia lain amnya. Daripada makananlah akan terbentuk jasmani dan juga terdidiknya aspek rohani pada batang tubuh seseorang.

Malangnya, manusia hari ini sudah tidak lagi mementingkan aspek pemakanan. Asalkan makanan itu rupanya cantik, rasanya sedap, manis dan sebagainya, terus dimasukkan ke dalam mulut. Tanpa memikirkan soal khasiat yang bakal diperoleh dan kandungan di dalam makanan itu. Kesannya, pelbagai penyakit sangat mudah diperoleh, termasuk Gout.

Gout adalah sejenis keradangan yang PALING sakit, berlaku dalam tempoh 6-24 jam yang pertama dan berlarutan hingga antara 3-10 hari. Sakit yang membahang berlaku secara tiba-tiba, membengkak, berlaku kekejangan dan kemerah-merahan pada sendi. Kebanyakannya menyerang di waktu malam seusai menjamah makanan atau ketika hendak merehatkan badan. Serangan ini berlaku kerana lambakan bahan kumuh iaitu Asid Urik yang berasal daripada sumber protein iaitu ‘Purin’. Ia sepatutnya dikumuhkan atau dibuang, tetapi telah berkumpul di urat saraf membentuk Kristal batu gout. Kristal ini boleh juga terbentuk di bahagian buah pinggang dan pundi kencing yang dikenali sebagai batu karang. Apabila serangan gout berlaku, rasanya sungguh menyakitkan, sehinggakan apabila bergeser kaki dengan selimut pun menyeksakan.

Seringkali kita melihat dan membaca artikel-artikel berkaitan gout, akan diceritakan bahawa faktor terjadinya serangan gout ialah pengambilan makanan berprotein tinggi seperti ikan, hidupan laut, daging, kekacang dan sebagainya. Hakikatnya, ada pengidap masalah gout ini, sudah pun menjaga pemakanan harian, namun masih mengalami serangan gout. Rupa-rupanya pengambilan gula berpeluntur @ gula putih @ perasa komersial juga penyumbang kepada peningkatan Asid Urik dalam badan. Contohnya minuman harian kita daripada air berwarna, makanan seperti biskut, roti dan sebagainya turut mengandungi gula putih @ perasa yang dikomersialkan. Hakikat yang bukan semua orang tahu dan sedar bahawa perasa komersial ini sangat menguntungkan bagi sektor perindustrian makanan. Penghasilan perasa ini diubah struktur ikatan kimianya dalam makmal agar menyamai rasa manis gula dengan kos yang rendah, tetapi pulangannya apabila dimasukkan dalam produk untuk dijual sungguh lumayan. Bagi penghidap gout yang makan gula berlebihan ini akan terganggu enzim dalam hatinya yang menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah, seterusnya serangan gout pun berlaku.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan kimia tertentu seperti ubat ‘diuretic’ (ubat merangsang pengeluaran air kencing) dan ‘aspirin’ (ubat cair darah) dengan tujuan untuk mengawal paras tekanan darah turut dikategorikan sebagai faktor berlakunya serangan gout.

Bagi individu yang memiliki berat badan berlebihan atau tahap obesiti, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan mengalami serangan gout. Beban berat yang besar terpaksa ditanggung oleh buah pinggang akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik untuk mengkumuhkan asid urik dalam darah. Risiko gout juga turut berlaku kepada individu yang mengalami kegagalan buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Alhamdulillah, kita ada Allah S.W.T untuk mohon diberikanNya kesembuhan. DiturunkanNya ikhtiar penawar, salah satunya dan terbaik melalui ‘Quranic Food’ iaitu makanan yang bernutrisi tinggi yang banyak tempat dinukilkan dalam Al Quran Al Karim. Olive House mengambil inisiatif ini untuk mengajar masyarakat mengamalkan ‘Quranic Food’ untuk sihat dan berkat, insyaAllah.

Sumber: Olive House

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!