Sunday, 12 October 2014

Pati Minyak Zaitun Dan Kanser Usus

Minyak Zaitun & Kanser Usus:

10-09-2014, Dr Hafizah binti Amanulla

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana sifat pengasih dan penyayangNya menyebabkan kita dikurniakan pelbagai nikmat hasil dari penciptaanNya. Maka tidak perlu kita berpaling lagi dan mencari ciptaan manusia kerana sudah tentunya kesembuhan itu milik Allah sama ada secara terus dariNya atau hasil ciptaanNya dengan izinNya.

Minyak zaitun sememangnya suatu keajaiban yang telah diabaikan hampir 100 tahun terutamanya oleh masyarakat Melayu. Sedangkan ianya jelas dipilih oleh Allah untuk dinyatakan dalam al-Quran yang mulia. Maka dengan pengabaian ini, rugilah seluruh tubuh ciptaan Allah ini tanpa disirami nikmat khasiat yang ada dalam minyak zaitun. Minyak zaitun adalah suatu khasiat yang sangat diperlukan oleh saluran penghadaman dan dari saluran penghadaman ini jugalah bermulanya semua penyakit. Maka dari situ jugalah bermulanya kesembuhan. Kandungan sebatian phenol yang pelbagai di dalamnya atau disebut polyphenol merupakan adunan khas kombinasi phenol oleh Allah yang maha Mengetahui untuk kesihatan sel manusia. Apabila minyak yang mulia ini bersentuhan dengan mukosa usus kita, proses penyembuhan terus bermula.

Kanser usus adalah kebanyakannya disebabkan faktor makanan proses yang merosakkan vilus-vilus pencernaan dan juga pengambilan ubat-ubatan contohnya antibiotik yang memusnahkan bakteria baik di daalm usus seterusnya mengganggu keseimbangan ekologi dalaman usus. Bila ekologi ini terganggu, biasanya pesakit akan mendapat cirit birit yang kerap atau pun masalah sembelit. Masalah ini sekiranya diatasi dengan pengambilan ubatan kimia yang bersifat simptomatik tanpa melakukan perubahan dalam pemakanan, akan menerukkan lagi keadaan. Antara gejala kanser usus adalah berak berdarah, menurunnya berat badan, masalah penyerapan dan hilang selera makan. Minyak zaitun sudah dibuktikan sebagai pemakanan yang dapat membantu penderita kanser usus dan jika disinergikan(ditambahkan) dengan madu dan habbatus sauda, hasilnya amat memberangsangkan.

Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Ulster, Ireland diketuai Dr Gill, mendapati kandungan polyphenol dalam minyak zaitun menyebabkan sel terlindung dari kerosakan DNA dan apabila diuji ke atas sel kanser usus, ianya mengurangkan pembahagian sel kanser dalam pelbagai peringkat(anti-promoter effect in carcinogenesis pathway). Mungkin ramai di antara kita yang sedang mempunyai kanser tetapi masih di peringkat awal dan tidak menunjukkan gejala. Untuk kanser peringkat ini, ianya amatlah sukar untuk dikesan oleh doktor dengan pasti. Maka adalah lebih baik kita mengamalkan minyak zaitun setiap hari sebagai langkah pencegahan yang tentunya lebih utama dari perawatan.

Kajian yang dilakukan manusia memberi bukti yang kukuh dan mengangkat martabat minyak zaitun di mata manusia. Namun bagi manusia yang telah yakin 100% dengan kata-kata Allah, beramallah dengan minyak zaitun setiap hari dan jadikan ia senjata untuk melawan serangan penyakit yang semakin parah di zaman ini. Wallahu'alam.

Sumber: Olive House. 
www.facebook.com/QuranicFoods
Whatsapp 0175750810

Tuesday, 19 August 2014

Bayi kuning ibu minum kunyit

[20/08 08:47] ‪‬: Assalamualaikum wth.Dr dn ustaz ...jg utk jaundice/sakit kuning...baby

Bayi kunin.
Kunyit hidup rebuih...jgn byk sgt...dlm 3 inci ja size kunyit.

minum air kunyit 2x sehari utk ibu..utk baby lumur minyak zaitun

*antara saranan dr Hafizah

Wednesday, 25 June 2014

Pati Minyak Zaitun Asli Rawat masalah rambut gugur

Soalan Dari Pengguna(Masalah Keguguran Rambut):

Assalamualaikum. Saya nak Tanya, ada tak penyelesaian untuk masalah keguguran rambut yang agak teruk sehingga menampakkan kulit kepala? Adakah MZ dan SCT ada khasiat untuk rambut gugur?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Minyak Zaitun memang terbaik untuk rambut gugur. Minum 2 sudu pagi dan malam (boleh dinaikkan dos ikut kesesuaian). Letakkan MZ dikulit kepala sebelum tidur setiap malam. InsyaAllah, selagi pengharapan pada Allah itu sentiasa ada maka Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

Wednesday, 4 June 2014

Dr Hafizah Amanulla MD (UKM) MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA




SUBHANALLAH!!! HEBATNYA!! Buah yang disebut di dalam Al-Quran...

Hasil Nukilan : Dr Hafizah Amanulla MD (UKM)

MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP CUKA

Berabad lamanya manusia menggunakan cuka sebagai satu bahan yang mesti ada dalam setiap rumah. Cuka bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah cuka juga digunakan sebagai bahan pembersihan diri, bahan cucian pakaian dan tempat kediaman, bahan untuk kecantikan dan juga sebagai perubatan dan pembuangan bisa gigitan serangga merbahaya.

Namun sayangnya dalam 100 tahun ini penggunaannya sudah semakin tidak popular , malah sering dikaitkan dengan implikasi negatif kepada kesihatan terutamanya pada penghidap penyakit ‘gastritis’ atau radang pada mukosa perut. Sedarkah kita bahawa manusia pada abad terdahulu menggunakan cuka semulajadi hasil buah-buahan atau bahan berkanji yang diperam tanpa menggunakan bahan kimia .

Amat menyedihkan apabila cuka yang digantikan kepada manusia zaman moden ini adalah cuka buatan iaitu cuka yang dihasilkan secara kimia di mana methanol (kebanyakan berasal dari petroleum) ditindakbalas dengan gas karbon monoksida. Asid asetik ataupun cuka buatan yang terhasil ini dicairkan pada tahap tertentu untuk dijadikan cuka makanan. Namun sifat bahaya yang terdapat dalam cuka buatan ini iaitu sifat menghakis dan melukakan mukosa tubuh tetap berlaku pada tahap yang sedikit . Sekiranya penggunaannya berterusan, maka pastilah ulser akan terbentuk pada usus manusia.

Atas kekeliruan inilah manusia pada abad ke 21 ini amat janggal menggunakan cuka sebagai minuman atau makanan harian. Amatlah rugi manusia hari ini. Buah-buahan yang diperam selama berbulan-bulan menjadi cuka adalah merupakan suatu sumber mineral dan elektrolit penting kepada tubuh. Mengambil cuka buah-buahan sebagai minuman harian adalah umpama membekalkan setiap sel kita dengan mineral yang sangat diperlukan mereka.

Apatah lagi sekiranya cuka tersebut dihasilkan dari buah yang disebut di dalam Al-Quran? Atas sebab inilah Olive House Resources mengambil inisiatif mengeluarkan produk cuka teen yang mana ianya adalah cuka asli yang dihasilkan dari peraman semulajadi buah teen organik di dalam tong kayu tanpa menggunakan bahan pemangkin yang akan mempercepatkan proses penapaian tersebut.

Buah teen adalah buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang sangat banyak dan lengkap komposisinya menurut adunan Allah yang maha Esa. Mineral dan vitamin ini disampaikan kepada tubuh dalam cecair asid asetik semulajadi yang manan tubuh kita sangat memerlukan ia bagi penghasilan neurotransmitter contohnya asetilkolin.

Asetilkolin ini adalah neurotransmitter yang sangat penting bagi meningkatkan daya tumpuan, keupayaan berfikir dan juga keupayaan bersabar.
Bagi atlet-atlet dan juga mereka yang gemar bersukan , eloklah andainya cuka tin ini dibawa bersama dan diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman bagi menggantikan elektrolit-elektrolit yang hilang dalam tubuh. Minuman elektrolit yang ada di pasaran hari ini rata-rata mempunyai kandungan gula yang terlampau tinggi dan membawa kepada kemudaratan lain.

Pencemaran air minuman kita hari ini menyebabkan ramai terpaksa membeli mesin penapis yang kebanyakannya menggunakan teknologi ‘reverse osmosis’ (RO). Hanya RO sahaja yang boleh menapis sisa logam berat dan mineral sintetik merbahaya dalam air. Air RO adalah air yang kosong yang tidak ada mempunyai sebarang unsur mineral di dalamnya. Maka eloklah sekiranya air RO ini dicampurkan dengan cuka teen bagi minuman seharian agar air dapat disampaikan kepada sel dengan lebih efisyien.

Meminum air RO semata adalah umpama mencurahkan air ke daun keladi di mana sel kita mempunyai masalah untuk menyerap molekul air yang tidak sempurna itu. Badan kita sebenarnya diciptakan untuk meminum air tulen atau air yang mempunyai mineral semulajadi di dalamnya.

Pasti menghairankan ramai antara pengguna kami yang menghidap ‘gastritis’ menjadi sembuh dengan pengambilan cuka teen ini. Subhanallah , sains itu memang hebat. Sains selalu menghasilkan hasil yang tidak selari dengan pemikiran logik akal manusia. Walaupun cuka teen bersifat asid, namun ianya adalah bahan yang menolong mengalkalikan darah manusia.

Ini adalah kerana badan manusia bukanlah umpama tong kosong yang tidakmengandungi apa-apa. Tubuh manusia, daripada lidah sampai ke usus,mengandungi pelbagai enzim penghadaman yang menukarkan secara kimia pelbagai bahan makanan kepada bentuk yang sukar kita jangkakan. Setiap saat berjuta proses kimia yang berlaku dalam setiap inci tubuh manusia. Hebatnya tubuh badan ciptaan Allah.

Dengan itu marilah kita sama-sama menjadikan cuka asli sebagai bahan yang wajib ada dalam rumah kita terutamanya cuka buah-buahan sunnah yang tentunya mempunyai khasiat yang sangat superior berbanding buah-buahan lain yang tidak termaktub dalam Al-Quran. Wallahu A’lam.
 


Untuk tempahan pati MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/QuranicFoods atau
hubungi kami di 017 5750810 (sms,whatsapp)


Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!