Wednesday 30 August 2017

Minyak Zaitun Vs Fibroid Rahim

-Mimi De Olivia-
28-9-2015

Istimewanya wanita yang Allah SWT jadikan di atas muka bumi ini yang utamanya memiliki rahim pada tubuh badannya. Inilah ‘rumah’ kita semua selama tempoh masa 40 minggu. Jika lahir tidak cukup bulan, kuranglah sedikit minggunya. Keistimewaan rahim ini sebagai tempat pembesaran janin setelah persenyawaan antara sel pembiakan lelaki dan wanita dan tempoh masa kita semua pernah ‘menempatinya’ telah Allah SWT rakamkan dalam Surah Al Mursaalat, ayat 21-23.

Masalah Fibroid yang berlaku pada dinding Rahim wanita, khususnya lapisan otot terjadi kepada kira-kira 20-50% wanita. Sejenis ketumbuhan yang terdiri daripada pelbagai saiz, dari sekecil kacang hingga sebesar buah tembikai. Sekurang-kurangnya satu fibroid akan tumbuh pada wanita dan kebanyakkan mereka tidak pernah menyedari akan wujudnya ketumbuhan ini. 99% daripada kes fibroid ini, bukanlah jenis kanser. Anda mungkin akan merasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis, sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang, masalah pendarahan yang abnormal seperti kitaran haid yang panjang atau darah haid yang terlalu banyak dan juga kesakitan semasa hubungan kelamin suami isteri.

Sehingga kini, tiada kajian atau bukti-bukti yang jelas menunjukkan punca sebenar kepada terjadinya fibroid ini pada rahim wanita. Ketumbuhan fibroid ini berkaitan juga dengan paras hormon Estrogen dan Progestron yang tidak seimbang dalam badan wanita. Daripada pendapat beberapa AHLI dalam perubatan dan perawatan mengatakan antara faktor yang mempengaruhi berlakunya fibroid adalah lambakan Estrogen sintetik dalam badan iaitu Xenoesetrogen. Xeno bermaksud asing. Xenoestrogen bermaksud hormon estrogen asing, iaitu yang bukan dihasilkan oleh badan dan adalah sintetik.

Xenoestrogen terdapat di sekeliling kita, umpamanya dalam alatan solek seperti gincu bibir, bedak, krim pencerah muka, dalam air yang diminum, mandi dan mencuci, dalam racun serangga, dalam barangan plastik mengisi makanan atau meletakkan makanan, dalam makanan seperti soya, keju, susu, daging yang disuntik ubat hormon tumbesaran, ais krim, dalam pencuci dan pewangi baju dan sebagainya.

Pendedahan harian diri kita kepada semua bahan ini, tanpa kita sedar telah meninggikan paras hormon Estrogen dalam badan kita sepanjang masa dan sangat sukar disingkirkan melalui hati. Hal ini terjadi kerana sistem semulajadi badan manusia hanya dapat mengenal dan memproses makanan atau bahan yang semulajadi, tanpa campuran bahan kimia asing. Tambahan pula, dengan lambakan estrogen sintetik ini dalam badan, maklumat dari otak ke ovari untuk menghasilkan estrogen asli tidak akan berlaku.

Selain itu, faktor Obesiti atau berat badan berlebihan juga turut merangsang kenaikan paras hormon Estrogen dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, ia akan merangsang pertumbuhan Fibroid samada di dalam rahim atau di luar rahim dan juga pada lapisan otot rahim.

Alhamdulillah, kelebihan dan manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ ( Zaitun, Delima, Anggur, Kurma & Teen) yang Allah SWT telah rakamkan dalam Al Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 sangat membantu dalam proses merawat masalah fibroid ini. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al Quran. Malahan dalam Hadis-Hadis Soheh juga turut dinukilkan 5 Makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkanNya dalam mukjizat hebat ummat Nabi Muhammad iaitu Al Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk Fibroid. Umpamanya Zaitun. Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum.

 Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak melindungi sel-sel badan manusia daripada kesan tindakan Radikal Bebas berpunca daripada bahan-bahan kimia sekeliling kita termasuk dalam udara, makanan dan sebagainya. Contoh Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’. Banyak kajian yang dibuat mengatakan bahawa dengan meminum Teh Hijau dapat membantu rawat masalah Fibroid. Hakikatnya, khasiat dan tindakan ‘Hydroxtyrosol’ adalah 15 kali ganda daripada Teh Hijau! ‘Hydroxytyrosol’ baru sahaja ditemui dan dikaji kehebatannya beberapa tahun kebelakangan ini.

Zarahnya yang sangat halus dan keupayaannya yang mampu meresapi ke lapisan saluran darah di otak begitu terkedepan berbanding antioksida-antioksida yang wujud hari ini. ‘Hydroxytyrosol’ ini diperoleh daripada buah Zaitun yang muda iaitu berwarna Hijau dan juga terdapat di bahagian daun Pohon Zaitun. Selain tindakan sebagai Antioksida, ‘Hydroxytyrosol’ juga bertindak merawat dan menyah Estrogen Sintetik dari organ Hati.

‘Oleuropein’ juga merupakan sejenis Antioksida dan Anti Keradangan yang terdapat dalam dalam Minyak Zaitun Olive House yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C! Diperolehi daripada buah Zaitun yang Hijau yang turut membantu rawat dan mencegah Fibroid.
Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House bertindak sebagai komponen UTAMA menstabilkan hormon dalam tubuh badan pesakit Fibroid dan juga bertindak sebagai anti keradangan, merawat keradangan yang berlaku pada rahim. Omega 3 ini juga membantu rawat masalah obesiti yang mempengaruhi ketumbuhan Fibroid.
Selain itu, ‘Beta Carotene’ juga terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House yang diperlehi daripada buah Zaitun yang berwarna oren kemerahan. Khasiat ‘Beta Carotene’ ini ialah mampu menurunkan paras hormon Estrogen yang tinggi dalam tubuh badan pesakit Fibroid.

Olive House juga ada mengeluarkan Jus Delima daripada Azerbaijan, merupakan negara yang memiliki tanah yang TERBAIK untuk penanaman Buah Delima.

Jus Delima keluaran Olive House ialah 100% delima dengan teknik perahan yang lembut ibarat memerah sendiri dengan tangan, demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida di dalamnya seperti Asid Ellagik dan Punicalagin membantu mengecutkan Fibroid yang tumbuh di rahim manakala Flavonoid pula memelihara fungsi hormon Estrogen asli di dalam badan wanita. Flavonoid ini bukan sahaja bertindak sebagai Antioksida, malahan ia juga sebagai Anti Keradangan, membantu rawat keradangan yang berlaku di rahim wanita akibat ketumbuhan Fibroid.

Saya sangat menggalakkan para pesakit Fibroid menSINERGI pengambilan Jus Delima ini bersama-sama Minyak Zaitun bertepatan dengan Ayat Al Quran, Surah Al An’am ayat 141, di mana Allah meletakkan Buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya huraikan sedikit daripada sudut khasiatnya. Khasiat Antioksida yang namanya Anthocyanin, Flavonoid dan Beta Carotene terdapat dalam kedua-dua buah Zaitun dan Delima.

Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah, tetapi yang dirakamkan juga dalam ayat 141, Surah Al An’am ini ialah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIATnya ada perbezaan, umpamanya dari segi kemampuan Asid Ellagik meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing. Perbezaan yang ketara daripada segi nilainya yang sedikit rendah, berbanding tindakan Antioksida Hydroxytyrosol dalam buah Zaitun yang diiktiraf sebagai Antioksida TERBAIK. Hydroxytyrosol mampu meresap dengan cepat bukan sahaja ke saluran darah di otak, malahan ke seluruh badan termasuk di bahagian usus. Nilai yang dicatatkan apabila dibuat ujian ke atas air kencing pesakit, mencatatkan nilai yang lebih tinggi berbanding Asid Ellagik.

Namun, harus kita sama-sama insafi bahawa perbezaan ini bukanlah bertujuan untuk dibanding-bandingkan, tetapi harus kita SINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan mineral yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun.

Contohnya, khasiat mineral Selenium yang sangat bagus diamalkan oleh pesakit Fibroid kerana dapat mengecilkan saiz ketumbuhan dan melancarkan fungsi organ Hati mengkumuhkan Estrogen Sintetik dan toksid lain. Kelebihan Selenium ini selain daripada sejenis mineral, tindakannya dalam badan manusia juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai Antioksida kerana hampir menyamai fungsi Antioksida pada tubuh badan manusia.

Vitamin B Kompleks, Choline, Vitamin B5 dan Vitamin C yang ada dalam Jus Delima yang tinggi nilainya juga membantu melancarkan fungsi organ Hati menyingkirkan Estogen Sintetik. Kelebihan lain yang ada dalam Jus Delima Olive House ialah protein yang namanya Serine. Serine berperanan dalam penghasilan Serotonin iaitu sejenis ‘Neurotrasmitter’ yang membawa isyarat saraf dari otak untuk ditafsir dan ke seluruh anggota badan untuk bertindak.
Dalam situasi Fibroid, Serine akan membantu rawat keadaan yang cemas, stress dan sukar tidur. Lebih mudah dikatakan, memberi ketenangan emosi.

Sari Cuka Buah Teen juga sangat disarankan SINERGI bersama-sama Jus Delima dan Pati Minyak Zaitun. Khasiat Asid Asetik Organik dan mineral Potassium Sari Cuka Teen Olive House ini sangat bagus membantu mengecilkan saiz Fibroid dan melancarkan fungsi organ Hati serta merawat masalah Obesiti.

Buah Teen yang penanamannya secara Organik, diperam dalam tong Kayu yang juga menyumbang kepada TINGGInya nilai khasiat yang ada dalam Sari Cuka Teen Olive House ini. Keistimewaan yang ada dalamnya ialah Cuka Buah Teen yang terhasil dari penapaian dalam tong kayau TIDAK ditapis atau dikenakan pemanasan menyebabkan ‘MOTHER’ dalamnya kekal terpelihara dan berkualiti tinggi.

Akhir sekali, suka saya ingin cadangkan juga kepada pesakit Fibroid, pergi buat rawatan Berbekam untuk membantu rawat masalah ketumbuhan ini. Pastinya kesembuhan yang segera, insyaAllah dengan pengamalan ‘Quranic Food’ yang kategori ‘Functional Food’ daripada Olive House bersama rawatan sunnah Berbekam, untuk masalah Fibroids.
Wallahua’lam.
......
Baik, hal yang sama pernah terjadi pada seorang Patient yang fibroid sangat besar seperti wanita mengandung keadaannya.

Every year akan admit ward sebab bleeding yang teruk.
Lepas consume PMZ & SCT, Alhamdulillah beliau sudah tidak alami hal yang sama sebelum ini dan sekarang sudah beransur baik.
Alhamdulillah.

Selepas mengamalkan Makanan yang Super Food, yang mengandungi Nutrisi pelbagai dan Hampir Kesemua Kelas makanan ini,
Pelbagai Simptom dan Root Cause kepada masalah Kesihatan Seseorang pesakit Akan KELUAR.
Memang adakalanya mengerikan,
Bersabar.

Teruskan Pemakanan Super Food & Pemakanan Harian juga perlu SIHAT.
Elakkan dan Kurangkan Makanan *BERDAGING (Ayam, Kambing, Lembu)* dan boleh diganti dengan Protein daripada Ikan @ Telur juga Protein daripada Tumbuh-tumbuhan.
Elakkan @ Berhenti pengambilan Gula Putih, Tepung Berpeluntur, Makanan Segera & Berproses serta Minuman Pewarna.

Bila sudah alami Apa-apa Masalah Kesihatan, memang sangat perlu Menjaga Pemakanan.
Sepatutnya Penjagaan Makanan ini bukan menanti waktu sakit sahaja.

--------------------------------

Ustaz Zaki : 017-5750810
Sila hubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan promosi terkini
Boleh Like dan mesej kami di facebook :
atau lawati kami di

Kaki Bengkak dan Buah Pinggang Rosak - Olive House

*Soalan 109*
*Kaki Bengkak dan Buah Pinggang Rosak*

*Assalamualaikum, ada pesakit mengalami kaki bengkak & buah pinggangnya rosak sebelah setelah disahkan oleh doktor.*

*Sudah amalkan minyak zaitun & delima selama tiga minggu, tetapi kaki masih bengkak lagi.* *Apa yang perlu diusahakan lagi?*

*Jawapan:*
Teruskan makan minyak zaitun dan boleh dibuat sapuan pada kaki yang bengkak.
Jus delima juga diteruskan, pagi & malam.

Digalakkan berbekam serta kurangkan makan makanan dari sumber daging (ayam, kambing, lembu).
Tidur pada waktu malam dengan ditinggikan paras kaki melebihi paras jantung (lapik kaki dengan beberapa biji bantal)

Metabolisma tubuh badan manusia tidak sama pada semua orang dan kesembuhan milik mutlak Allah SWT.
Amalkan Solat Hajat setiap malam, mintalah kekuatan dan kesembuhan dariNya.
.
Ustaz Zaki : 017-5750810
Sila hubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan promosi terkini
Boleh Like dan mesej kami di facebook :
atau lawati kami di

Risiko jantung diabetes Buah pinggang asma

*Soalan 112*
*Risiko Jantung, Diabetes, Buah Pinggang, Asma & Paru-paru Berair*

*Seorang wanita berusia 70 mengalami  sakit jantung (bypass), kencing manis, buah pinggang, asma dan paru-paru berair.*

*Saya cadangkan minyak zaitun, tetapi doktor pesan tidak boleh minum banyak air sebab alami paru-paru  berair.*

*Perlukan penjelasan, terima kasih*

*Jawapan:*
Syafakillah, ujian kesihatan.

Cadangan *Minyak Zaitun* dan *Sari Cuka Teen* adalah paling asas untuk bantu stabilkan tahap kesihatan pesakit ini serta elak jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.
Risiko kesihatan yang berlaku pada pesakit ini adalah situasi yang hampir sama, iaitu 
*KERADANGAN.*

Anti Keradangan yang pelbagai di dalam *Minyak Zaitun* akan bantu rawat masalah kesihatan yang dialaminya.

*Sari Cuka Teen* akan bantu stabilkan paras gula dalam darah.
Kita bukan nak suruh pesakit minum air banyak, tetapi minum secukupnya.
Berbekam & Akupuntur sangat disarankan untuk pemulihan yang lebih baik, insyaAllah.
Jangan kesampingkan Doa padaNya.
Perawat / Penjual harus titipkan nasihat, mohon kesembuhan dari Yang Maha Menyembuh. .

Ustaz Zaki : 017-5750810
Sila hubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan promosi terkini
Boleh Like dan mesej kami di facebook :
atau lawati kami di

Resepi jantung

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.
Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang. ☺
================================

RESEPI UBAT JANTUNG

BAHAN-BAHAN
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA
3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.
Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:
1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
5. Merawat masalah cirit birit
6. Buang toksik dalam badan
7.  Menambahkan daya ketahanan badan
8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis
9.  Mencegah penyakit kanser
10.  Mengurangkan sakit arthritis
11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Gunakan sudu plastik.
SUMBER: Abdullah Badar Bajrai


Saturday 19 August 2017

Delima tak sesuai dengan tekanan Darah rendah ??

Soalan 39:
*Pati Delima dan Tekanan Darah Rendah*
*Baru dapat info, rupa-rupanya Pati Delima kurang sesuai untuk orang yang alami Tekanan Darah Rendah.*
Mohon penjelasan.


*Jawapan:* Pati & Jus Delima dengan syarat, PERAHAN KESELURUHAN bahagian Buah Delima, sangat membantu kepada pesakit yang alami Tekanan Darah Rendah.

Pelbagai Faktor dikaitkan dengan Tekanan Darah Rendah termasuk kegagalan fungsi organ jantung, Ketidakstabilan Hormon, risiko hati, Strok dan banyak lagi.

Pati & Jus Delima Tinggi nilai Antioksida terutamanya *Punicalagin* dan Vitamin C.
Kedua-duanya sangat membantu kepada Tekanan Darah Rendah.

Peranan *Histidine* juga sangat bantu kepada Ketidakstabilan Hormon.
Juga mengandungi Potassium & Magnesium yang sangat diperlukan oleh pesakit yang alami Tekanan Darah Rendah.

Sangat dicadangkan agar diSINERGIkan Jus & Pati Delima ini dengan Minyak Zaitun yang akan melengkapkan lagi proses bantu rawat.
InsyaAllah.

Juga minum air secukupnya ☑
.
Pn Mimi
.
More info view
blog www.oliveasli.blogspot.com
Page www.facebook.com/QuranicFoods 
Tempahan Produk Olive House
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki

Friday 18 August 2017

Leukemia Vs Quranic foods Olive House

Leukimia
Assalamualaikum, seorang lelaki berusia 16 tahun menghidap Leukemia.
Mohon saranan pemakanan serta cadangan Quranic Food untuk pesakit ini.
Terima kasih.

Jawapan:

Leukimia ialah jenis Kanser Darah yang tidak dapat dikenalpasti punca asalnya terjadi,
Melibatkan Sel Darah Putih (yang fungsi asalnya pada Pertahanan Tubuh Badan).
Pada keadaan biasa / normal, Sum Sum Tulang akan hasilkan Sel Darah putih dan membahagi mengikut acuan Fitrah apabila diperlukan.

Pada situasi pesakit Leukimia, Sel Darah Putihnya terhasil secara Abnormal (separa matang) dan tidak mengikut aturan Fitrah serta berfungsi berlawanan daripada fungsi asalnya.
Pesakit mungkin alami Kletihan yang Teruk, Pendarahan dan Lebam-lebam, demam dan terdedah kepada Risiko yang Tinggi untuk sebarang jangkitan kuman.

Sila lihat kepada cadangan pemakanan di bawah 
                       
[15:20, 1/6/2017] Nur Shamimi: Jawapan :
Cancer, sudah lalui chemotherapy?

1. Apa2 Cancer, perlu sangat jaga pemakanan.
Acidic, processed, grilled, oily (makanan bergoreng, lemak tepu yang lalui fasa proses bukan nature).
Jenis2 makanan ini can 'feed' cancer cell.
Rangsang lagi pertumbuhan sel kanser.
Kurangkan makanan bersumber daging.

2. Juicing sangst bagus.Cari jenis fiber yang mengenyangkn.Jangan dibuang seratnya.
Pengganti beras yg telah lalui proses pelunturan & pemutihan.
Kecuali beras organik.

3. Semestinya Functional Quranic Food membantu rawat.
➡ Antioksida TERBAIK yang ada dalam Extra Virgin Olive Oil (EVOO) iaitu Hydroxytyrosol, satu2 nya HANYA ada dalam buah zaitun & daun zaitun.
Banyak kajian saitifik dibuktikan hari ini akan kehebatannya, nilai ORAC (yang dikaji di makmal) sangat tinggi & jauh terkedepan berbanding antioksida2 lain seperti Ellagitannins dalam Delima, Vitamin C @ CoQ10.

Apabila diuji dengan sample tikus, nilai Cap - E nya (ujian yang dibuat setelah minyak zaitun masuk ke tubuh badan) masih lagi tinggi & terkedepan berbanding antioksida yang lain.
Ini membenarkan 

Hadis Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah akan keberkatan makanan yang pernah singgah di mulut baginda Rasulullah SAW.

Dalam buku 'Antioxidant is Treasurer Of Life', banyak testimoni yg boleh diambil.
Hydroxytyrosol ini bekerja pada mitochondria cell (iaitu tapak penjenaan sel), di mana tempat sel dijana & dirawat & dihasilkan dengan baik.

Hydroxytyrosol juga akan menghalang aktiviti sel kanser dari terus bermaharajalela.

➡Oleocanthal & Oleoropein, khasiat yang sangat hebat juga, hanya akan kekal dalam unfiltered EVOO.
Bertindak rawat keradangan yang berlaku akibat tindakan sel kanser.
➡ Omega 3 & 6 akan stabilkan metabolisma tubuh badan yang telah terganggu kesan dari aktiviti sel kanser.
➡ Selenium yang ada dalam EVOO, Teen & Delima menstabilkan emosi yang terganggu.
➡ Punicalagin yang ada dalam Delima, Antioksida Terbaik setelah Hydroxytyrosol, sangat cemerlang tindakannya bantu rawat pesakit kanser.
Banyak journal2 memperkatakan khasiat Punicalagin ini.
➡ Tryptophan yang ada dalam Teen & Delima turut bantu stabilkan emosi.
➡ Khasiat Tokokromanol dalam Biji Delima terbukti kehebatannya membantu rawat kanser stage 4.
Dunia hari ini, sibuk nak buat Pomegranate Seed Oil, dengan ingin ambil khasiat Tokokromanol ini.
➡ Asid Asetik Organik dalam Cuka Teen bantu neutralkan medium berasid.
Tubuh badan pesakit kanser, tinggi nilai asid.
Lebih cepat sel kanser merebak dalam medium berasid.

Jadi, harus dineutralkan.
tambahan

Sila amalkan kurma 3 biji sehari.nutrient yang sangat banyak di dalamnya mampu bantu hasilkan sel2 sihat / rawat sel yg telah infected.
Boleh cadangkan berbekam & Akupuntur.
Sangat bantu percepat proses penyembuhan.
.
More info view
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Page www.facebook.com/QuranicFoods
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki

Jeragat Vs Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Jeragat):

Assalamualaikum doktor. Apakah makanan sunnah yang dapat membantu masalah jeragat yang dipercayai berpunca dari  ketidakseimbangan hormon. Minta bantu jawab doktor. Adakah Quranic Food dapat merawat masalah jeragat?

Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Jeragat berlaku akibat sel-sel kulit yang mati bergabung dengan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum menyebabkan terhasil bintik-bintik hitam pada kawasan yang berbulu halus seperti muka. Rawatannya adalah melalui pencegahan dengan mengamalkan menyapu muka dengan cuka teen bagi memecahkan jaringan minyak pada muka serta mengelakkan penyumbatan liang roma.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Masalah jeragat adalah disebabkan rangsangan kepada pigmen melanin yang biasanya disebabkan hormon estrogen dan progesteron. Untuk masalah ini, puan harus memeriksa semua bahan kosmetik yang diletakkan di wajah dan seluruh badan dan pastikan ianya tidak mempunyai bahan kimia yang boleh bertindak umpama estrogen dalam badan kita seperti paraben dan phalates. Saya amat menggalakkan pemakaian produk semulajadi tanpa bahan kimia, Elakkan semua xenoestrogen seperti pil perancang keluarga, BPA dan PCB. Banyakkan pengambilan Quranic Food terutamanya jus delima.

Rajin-rajin melakukan 'scrub' wajah dengan bahan-bahan semulajadi seperti kopi, serbuk teh atau hampas buah-buahan. Scrub wajah elok dilakukan selang sehari. Minyak zaitun boleh disapu di seluruh wajah sebelum tidur.  Bekam di bahagian muka juga amat digalakkan. Pastikan berjumpa dengan pembekam yang berpengalaman.

Sumber: Olive House Medic & Business.
.
More info view
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Page www.facebook.com/QuranicFoods
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki 

Tuesday 15 August 2017

Kenali Apa itu OLIVIE 30X ANTIOKSIDA

Kenali Apa itu OLIVIE 30X ANTIOKSIDA

OLIVIE 30
OLIVIE PLUS 30X membantu menurunkan paras LDL(kolesterol tidak baik) serta menghalang deposit kolesterol pada dinding salur darah dan memberi perlindungan kpd jantung
.
Menurut Dr Azha Azman, PAKAR JANTUNG drp Hospital PUSRAWI ketika berbicara berkenaan penyakit Jantung di Radio IKIM baru-baru ini.....kata Dr " KOLESTEROL TINGGI serta Diabetes Tahap 2 adalah penyumbang utama kepada penyakit JANTUNG "
.
.
Dr Azha menambah lagi "Ubat Statin yg diberikan kpd pesakit hanya untuk mengawal kolesterol drp naik lagi dan bukanlah utk merawat....sebab itu pesakit perlu telan ubat ini SEUMUR HIDUP"
.
.
===================================
.
Menurut kajian daripada US Food & Drug Administration, mengambil 2 sudu sehari minyak ZAITUN EXTRA VIRGIN dapat mengurangkan risiko diserang penyakit berkaitan dengan Jantung
.
.
OLIVIE PLUS 30X mengandungi 30 kali ganda antioksidan drp minyak zaitun extra virgin yang biasa dan dapat memberi perlindungan yang terbaik kepada jantung dengan meluaskan salur darah vasodilator
.
.
Daripada kajian saintifik..kandungan antioksida (poliphenol dan quarcetin) yang tinggi dalam OLIVIE PLUS 30X dapat menghalang terjadinya kesumbatan pada salur darah dan saluran jantung
.
.
Menurut kajian perubatan...selepas 2 bulan pengambilan, kadar kolesterol telah didapati menurun sebanyak 20% dan kandungan lemak triglicerida juga menurun sebanyak 30%
===================================
.
"Selepas mengamalkan minyak zaitun olive house 2 sudu sehari sehingga habis 8 botol dan juga diambil bersama dgn cuka buah tin, Alhamdulillah jantung tiga tersumbat hampir pulih sepenuhnya, sakit tulang berlikat berkurangan dan pinggang pulih, sakit lutut pun baik sepenuhnya" [Shaikh Ilyas Bin Abdullah - Kedah]
.
===================================
.
Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30X, 100% ASLI, ORGANIK DAN EXTRA VIRGIN... mempunyai khasiat semulajadi yang sangat tinggi, membantu melindungi JANTUNG ANDA!
.
.
Minyak zaitun OLIVIE PLUS 30X telah dikaji secara saintifik dan telah terbukti BERKESAN
.
===================================
.
ANTARA MANFAAT MINYAK ZAITUN OLIVIE PLUS 30X
.
.
[PERLINDUNGAN JANTUNG]
Meningkatkan nitric oxide untuk meluaskan salur darah vasodilator serta menahan penggumpalan platelet untuk melancarkan perjalanan darah
.
.
[TINGGI ANTIOKSIDAN]
Melindungi organ daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas
.
.
[ANTI KANSER]
Kadar Hydroxytyrosol yg tinggi dpt mengurangkan risiko terkena kanser payudara, prostat, usus dan leukemia
.
.
[ANTI RADANGAN @ INFLAMASI]
Kandungan oleuropein dlm minyak zaitun dapat mengatasi masalah keradangan dan inflamasi pada organ tubuh badan
.
.
[ANTI KOLESTEROL]
Menurunkan kadar kolesterol LDL dan kandungan lemak triglicerida
.
.
[ANTI PENUAAN]
meningkatkan biogenesis mitokondria iaitu mencegah penuaan awal dan menggalakkan protein untuk ketahanan sel jantung
.
More Info www.OliveAsli.blogspot.com
Page www.facebook.com/Quranicfoods
===================================
.
" Saya Akan Menggunakan OLIVIE PLUS 30X Secara MEluas Tanpa Preskripsi..Lebih2 lagi Dlm Bidang Oncologist Saya" [PROFESSOR HENRI JOYEUX -PAKAR NUTRISI DAN BEDAH KANSER HOSPITAL UNIVERSITI MONTPELLIER PERANCIS]
.

===================================
KELEBIHAN MINYAK ZAITUN OLIVIE PLUS 30X
.
.
[✓ 30X GANDA ANTIOKSIDAN]
Mengandungi kadar antioksida lebih 30X ganda drp minyak zaitun extra virgin yg lain, membantu mencegah berlakunya pengerasan dan kesumbatan salur darah ke jantung
.
.
[✓ EXTRA VIRGIN]
Minyak zaitun ini dihasilkan daripada perahan pertama yg diperah didalam keadaan sejuk tanpa melibatkan bahan kimia..kadar acidity krg drp 0.8%
.
.
[✓ DIIKTIRAF ORGANIK - USDA]
Dihasil melalui pertanian secara organik iaitu bebas drpd sebarang penggunaan racun serangga dan bahan kimia, sangat selamat untuk tubuh badan
.
.
[✓ ASLI - TIDAK DICAMPUR]
Dijamin asli dan tidak dicampurkan dengan minyak sayuran serta memenuhi standard Olive Oil Council
.
.
[✓ TIDAK DITAPIS]
Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% “Poliphenols” iaitu antioksida.....Poliphenols melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria....Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin
.
.
[✓ DIIKTIRAF HALAL - HFA]
Disahkan halal dan mematuhi piawaian halal HFA, perundangan Islam dan peraturan kesatuan EU
.
===================================
.
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI PROFILE KESIHATAN YANG BERISIKO DAN SUNGGUH PRIHATIN TERHADAP KESIHATAN JANTUNG!
===================================
.
Dapatkan SEGERA Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30X Yang Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
.
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki
===================================
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Makanlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)
.
===================================
Tempahan Produk Olive House
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki

Olivie 30 Kali ganda antioksida

Tahukah anda apa itu Olivie30x ganda antioksida ?

Dari mana asal Olivie plus ini?

"Minyak zaitun adalah Pembakar Lemak yang sangat baik. Kandungan monounsaturated fat dalam minyak zaitun mengurangkan kolestrol jahat dalam badan.

Olivie Plus 30x mempunyai 30x ganda khasiat berbanding minyak zaitun biasa. Lebih banyak kolestrol jahat dapat dibuang."

# Mr Tengku Asmadi

"Kurusku Ibadahku"

...Olivie Plus 30x adalah produk Minyak Zaitun yang diiktiraf sebagai Minyak Zaitun yang paling baik kualitinya di dunia. Ini kerana kandungan Hydroxytyrosol mencapai 30 kali ganda dari kebanyakan Minyak Zaitun yang ada di pasaran. Minyak Zaitun membekalkan Anti-Oksidan yang paling berkuasa bernama Hydroxytyrosol. Olivie Plus 30x membekal 30 kali ganda Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun biasa secara ALAMI bukan EXTRACT.

Olivie Plus 30x dibekalkan oleh Syarikat Perniagaan Aqallal dari Negara Morocco yang telah menjalankan perniagaan Minyak Zaitun sejak turun temurun lebih 150 tahun yang lalu.

Olivie Plus 30x adalah produk yang amat dikenali oleh masyarakat Morocco dan Eropah serta diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal di dunia seperti Prof Dr Henry Jeyoux (Bapa kanser Dunia) Dr Brehlemn, Dr Abul Ghanam dan Dr Mohammad Faid (pakar nutrisi dan zaitun).

Olive House Malaysia mendapat penghargaan yang bernilai dengan dilantik sebagai wakil tunggal bagi memasarkan produk Olivie Plus 30x di Zon Asia Pasiffic. Ianya hasil cadangan dan saranan oleh Profesor Dr Mohammad Faid, pakar nutrisi dunia dari Morocco yang merupakan penasihat kepada perniagaan kami, Olive House.

banyak testimoni yang menarik dan menakjubkan telah dikongsi oleh ramai di kalangan pengguna produk ini, Alhamdulillah.

Produk Olivie Plus 30x dihasilkan dari buah zaitun hijau yang ditanam di kawasan pergunungan Atlas, Morocco. Syarikat Perniagaan Aqallal menanam lebih sejuta pohon zaitun di kawasan yang kering serta mencabar untuk mana-mana sepsis tumbuhan lain melangsungkan kehidupan.

Subhanallah!!
Zaitun terbukti mempunyai daya tahan untuk terus berjuang dan hidup walaupun di lokasi sukar, kering, panas dan mencabar.

Kesukaran ini menyebabkan kandungan polyphenol dan hydroxtrosol yang terhasil dari Minyak Zaitun yang diproses didapati berpuluh kali ganda dari zaitun yang ditanam di kawasan biasa.

Pohon zaitun yang ditanam di kawasan yang lain di Negara Morocco juga gagal menghasilkan Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti Hydroxytyrosol seperti yang ditanam di kawasan tersebut.

Sepertimana yang difahami oleh mereka yang mengkaji kehebatan dan keistimewaan pohon zaitun, ianya disebut oleh Allah SWT pada 7 ayat di dalam Al –Quran samaada secara sendirian ataupun disebut dengan buah buahan yang lain. Zaitun merupakan sejenis sepsis tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang begitu kuat untuk hidup. Sehingga ada maklumat menyatakan ia mampu hidup sehingga ratusan tahun bahkan sehingga ribuan tahun.

Wallahua’lam.

Kajian yang di lakukan menggunakan Olivie Plus 30x mengikut Professor Henri Joyeux;
membantu merawat; Kanser kolon, Kanser darah, Kanser PayuDara, Masalah kardiovaskular, Diabetes, Parkinson, Alzheimer, Kourier kepada kalsium di dalam makanan kepada tubuh, Masalah kesuburan kepada lelaki dan wanita, Prostate dan lain-lain.

Lihat Buku: Olive Oil Antioxydants m/s vii & viii
Kehebatan produk Olivie Plus 30x telah dinukilkan di dalam sebuah buku berbahasa Perancis yang amat dikenali di Negara Morocco dan Perancis ”POLYPHENOLS d’HUILE d”OLIVE, TRESORS SANTI !

Olive House Malaysia telah mengambil usaha menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Inggeris “Olive Oil Anti Oxidants-A Treasure For Your Health ! Buku ini boleh didapati melalui agen-agen rasmi Olive House di seluruh Malaysia.

Harga sebotol produk Olivie Plus 30x yang ditawarkan Syarikat Olive House adalah terlalu rendah, dibandingkan kualiti produk dan kebanyakan produk Minyak Zaitun yang mempunyai gandaan Polyphenols adalah menjangkau ratusan ringgit walaupun botolnya Kevin kecil.

.Ust Mohd Zahir Ghazali
Penyelaras Agen Olive House
.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan
0175750810 Ustaz Zaki

www.facebook.com/QuranicFoods

www.oliveAsli.blogspot.com



Thursday 10 August 2017

Monopause Dan pemakanan Quranic Foods

*Soalan 139*
*Pemakanan Harian untuk Wanita Menopause*
*Assalamualaikum, mohon cadangan Pemakanan Harian dan Tambahan (Quranic Food) untuk wanita yang sudah Menopause.*

*Terima Kasih.* 


*Jawapan:*
Wanita akan memasuki usia Menopause seawal usia 51 Tahun dan boleh berlaku paling lewat pada usia 60 Tahun di mana tiada lagi pengeluaran Darah Haidh Bulanan dalam Kehidupan mereka.
Pada masa ini pelbagai *perubahan* pada dirinya akan berlaku dan di antaranya ialah *Pertambahan Berat Badan, Pelbagai Masalah Kulit, Emosi yang Tidak Menentu, Perpeluhan yang Banyak, Keletihan juga Masalah tertentu pada Organ Pembiakan.*

Hal ini berlaku kerana Berlaku Perubahan Hormon.
Pada masa ini, mereka sangat perlu menjaga Pemakanan Harian agar Tahap Kesihatan sentiasa dalam keadaan baik, insyaAllah.

*Pemakanan Harian dan Gaya Hidup*
1. Amalkan Pemakanan yang Seimbang dengan mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Air serta Serat.
(Bukan hanya Makan Sumber Karbohidrat Dan Protein seperti Daging daripada Ayam, Lembu, Kambing Berlebihan, Tetapi Pengambilan SAYUR & Buah-Buahan Yang perlu Dilebihkan)
2. Kurangkan makanan sumber daging, boleh diganti dengan ikan @ telur.
Makanan berdaging akan memberi lebihan kerja kepada tubuh badan untuk dihadam serta ia juga akan meninggikan kandungan Protein dalam badan.
3. TOLONGLA BERHENTI MAKAN JUNK FOOD.
4. Tolong ELAKKAN / KURANGKAN makan Gula Putih, Tepung Berpeluntur dan Makanan Berproses.
Ia akan menerukkan Simptom-simptom yang sedang dialami oleh Wanita Menopause.
5.  Tidur yang Berkualiti dengan mampu bangun pada Sepertiga Malam untuk Beribadah. Memanjangkan tempoh bersujud agar terhasilnya ketenangan Hati, Jiwa & Kelancaran darah mengalir ke otak.

*Quranic Super Food* insyaAllah sangat membantu dalam situasi ini
*Minyak Zaitun*
Olivie Plus 30x lebih kuat kesan perawatnnya, tetapi jangan dipilih Olivie Sahaja dengan kesampingkan PMZ.
PMZ sebagai maintenance kepada kesihatan yang lebih baik.

*Omega 3 & 6* di dalam Minyak Zaitun akan bantu metabolisma tubuh badan ke arah lebih baik terutamanya part hormon yang tidak stabil.
*Lambakan Antioksida dan Anti Keradangan* akan bantu neutralkan tubuh badan daripada Radikal Bebas serta bantu rawat keradangan.
Wanita Menopause sangat mudah mengalami Jangkitan Kuman / Bakteria disebabkan Sistem Pertahanan Tubuh Badannya mengalami penurunan.

*PENTING MAKAN MAKANAN YANG TINGGI ANTIOKSIDA
yang juga berperanan kepada Prebiotik iaitu *Makanan kepada Bakteria Baik di usus* supaya Najis dapat terbentuk dengan Baik dan Toksid dapat dikeluarkan daripada Tubuh Badan dengan baik.
Ini akan Bantu mereka untuk Lebih Cergas serta elak Keletihan Yang Melampau.
Sumber Magnesium, Vitamin E dan Kalsium dan Zink dalam Minyak Zaitun akan bantu elak Oesteoporosis daripada berlaku, insyaAllah.

Minyak Zaitun juga boleh dibuat Sapuan, selain daripada cara Makan.
Sapu Minyak Zaitun pada Kulit yang Kering dan Kemerah-merahan atau Gatal.
Boleh buat urutan lembut pada Kulit dengan menggunakan Minyak Zaitun.
Boleh juga *Sinergi* Pengambilan Minyak Zaitun dengan Sari Cuka Teen dan Jus Delima

*Sari Cuka Teen (SCT)*
Kandungan Asid Asetik bertindak sebagai *Antioksida dan Anti keradangan* juga.
SCT akan bantu elak penyumbatan kolestrol di salur darah serta sangat membantu untuk *Detox* serta Pembentukan Najis yang baik dengan membanyakkan bakteria Baik di usus (Peranan *Probiotik*).
SCT juga mengandungi *Magnesium, Kalsium, Zink yang bantu elak Oesteoporosis
Boleh juga memilih untuk *dicampur SCT bersama-sama Madu Asli & Ceylon Cinnamon* di dalam satu air bancuhan.

*Jus Delima*
*Histidine akan bantu part Ketidakstabilan Hormon* serta hasilkan *Fungsi Otak yang sihat* dengan hadir bersama-sama di dalam Jus Delima ialah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C serta E sebagai penyokong ke arah tubuh badan yang lebih sihat termasuk Sistem Saraf.

Wanita Menopause kerap mengalami Ketidakseimbangan Emosi.
*Tryptophan* dalam Jus Delima akan bantu pengeluaran *Happy Hormone - Serotonin* untuk atasi Kemurungan, Kerisauan, Mudah Marah dan Sedih yang tidak terkawal.
Dicadangkan juga Berbekam dan Akupuntur agar tubuh badan Lebih Cergas dan Bantu pengeluaran Toksik serta Perjalanan Darah yang sempurna ke seluruh tubuh badan 

Agar dapat bantu kesembuhan, insyaAllah.

Kesembuhan daripadaNya sahaja, jangan kesampingkan Munajat padanya.
Bersangka baik dengan taqdir Allah, terus usaha & berdoa mohon kesembuhan dariNya.
Paling baik : usaha ke arah kesembuhan itu, biarlah dengan mengamalkan pemakanan yang baik, penghasilannya diketahui terbaik, keberkatan dari Al Quran & Hadis serta meletakkan Rasulullah SAW sbagai contoh ikutan bab Makanan.
.
Tempahan Produk Olive House
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki

Wednesday 9 August 2017

Risiko buah pinggang Dan Batu karang

*Soalan 122*
*Risiko Buah Pinggang dan Batu Karang*

*Assalamualaikum, ada anak sahabat yg didiagnos buah pinggang 80%tidak berfungsi dan diberi tempoh masa selama 6 minggu untuk lihat perkembangan tahap kesihatan.*
*Juga terdapat sumbatan batu karang pada saluran ke buah pinggangnya.*
*Apakah saranan Quranic Food kepada beliau?*

*Jawapan:*
Punca risiko di buah pinggang bukan hanya kepada jenis air yang kita minum, di mana banyak logam berat di dalamnya.

Antara punca UTAMA kebanyakan pesakit buah pinggang hadapi ialah :
➡ Pesakit yang ada sejarah Diabetes
➡ Pesakit yang ada sejarah Tekanan Darah Tinggi
Punca-punca lain seperti :
➡ keradangan di buah pinggang
➡ jangkitan kuman di buah pinggang
➡ kecelaruan pada sistem pertahanan badan, di mana menyerang buah pinggang sendiri, ditafsir sebagai bahan asing(kuman, bakteria dll)
➡ pengambilan ubat2 kimia @ drugs seperti steroids dalam jangka masa yg lama
➡ ada 'blockage' (contohnya ada batu karang @ masalah di prostat)

Cara nak bantu rawat & atasi,
Paling asas, sangat ditekankan pengamalan sayur-sayuran & buah2 an sebagai terapi terbaik kerana mengandungi nilai antioksida yang tinggi, vitamin & mineral yang pelbagai.

Dan terbaik yang ada KESEMUA kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seharian (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral & air) SEMESTINYA adalah Quranic Food.
Zaitun, Delima, Anggur, Kurma, Teen

Jadikan makanan yang difirmankan Allah SWT banyak tempat dalam Al Quran & disabdakan serta yang pernah singgah di mulut baginda Nabi Muhammad SAW adalah PENGAMALAN kita seharian.

*Soalan:*
*Berkenaan penyakit Batu Karang, bagaimana hendak bantu rawat penyakit tersebut?*
*Semoga produk-produk Olive House dapat membantu.*
*Minta pencerahan Puan Mimi*

*Jawapan:*
Batu karang ialah mineral keras yang terbentuk @ asid urik jenis hablur kecil / besar yang tersimpan di dalam buah pinggang anda. Boleh menjejaskan mana-mana bahagian saluran kencing anda ➡ dari buah pinggang hingga ke pundi kencing. Kebiasaannya, batu karang terbentuk apabila air kencing menjadi pekat, menyebabkan mineral membentuk hablur dan melekat antara satu dengan lain.
Menyebabkan rasa sakit teramat sangat apabila batu tersebut hendak dikeluarkan bersama-sama air kencing.

Boleh dibantu rawat dengan pengambilan Air Putih sedikit berlebihan ➕ *Functional Quranic Food*
*Functional Quranic Food*

*Minyak Zaitun*
▶ *Pain Killer Alami* seperti *Oleocanthal* akan bantu atasi kesakitan amat sangat serta bantu rawat *keradangan* yang berlaku di buah pinggang & saluran kencing
▶ *Hydroxytyrosol* akan berperanan pada mitochondria cell di buah pinggang untuk hasilkan peranan buah pinggang yang sihat serta nilai Hydroxytyrosol yang tinggi tidak menjejaskan langsung organ buah pinggang, terbukti melalui kajian saintifik. Hydroxytyrosol juga bantu rawat jangkitan kuman yang mungkin berlaku.
▶ *Magnesium* akan bantu pengeluaran batu karang & cegah dari berlaku pembentukan batu karang.

*Jus & Pati Delima*
▶ Serat yang tinggi akan bantu rawat & elak pembentukan kristal batu karang yang baru
▶ Antioksida yang pelbagai akan bantu rawat jangkitan kuma yang berlaku
▶ Magnesium
▶ Vitamin B6 akan kurangkan paras 'Calcium Oxalate' iaitu bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, coklat dan lain-lain. Hati juga hasilkan Oxalate. Apabila lambakan 'Calcium Oxalate' berlaku, maka membentuk kristal & menjadi batu karang.
Jadi, Vitamin B6 akan bantu turunkan nilai 'Calcium Oxalate'
➡ *Lambakan Vitamin & Mineral di dalam Jus Delima* akan buang kotoran (flush out toxins) daripada tubuh badan termasuk batu karang.

*Sari Cuka Teen*
▶ Sifat asid dalam SCT akan neutralkan nilai Asid Urik di buah pinggang.
▶ Mineral yang pelbagai turut bantu rawat & cegah
▶ Asid Asetik Organik akan bantu rawat keradangan yang berlaku
▶ Campuran *Madu Multiflora* dan Sari Cuka teen untuk flush out toksid.
☑☑ Sangat bagus berbekam & Akupuntur untuk cepatkan proses rawat & pulih.
InsyaAllah
.
Tempahan Produk Olive House
www.wasap.my/60175750810 Ustaz Zaki

Demam Campak Vs Minyak Zaitun @ Quranic Foods

*Soalan 135*
*Measles / Demam Campak*

*Assalamualaikum Cikgu / Dr,*
*Ingin pencerahan cara bantu rawat demam campak dan cara penggunaan prdk Quranic Food.*
*Terima Kasih.*

*Jawapan:*
*Measles / Demam Campak* berpunca daripada jangkitan kuman yang menyebabkan Demam yang tinggi, Batuk, Selsema, bersin, serta ruam-ruam merah berair dan gatal.
Mudah menjangkiti dari seorang kepada individu berikutnya.
Biasanya, situasi ini akan berlarutan antara 10 - 14 hari.

*Lifestyle & Natural Foods*
1. Tiada rawatan khusus untuk atasi situasi ini melainkan amalkan Pemakanan Yang Sihat agar dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan berhadapan simptom demam campak ini.

Amalkan Pemakanan yang Seimbang dengan mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Air serta Serat.

2. Kurangkan Pemakanan yang menerukkan lagi Keradangan. (Lihat Gambar Rajah).
Kurangkan makanan sumber daging.
Sayur-sayuran sangat perlu dimakan dalam Kuantiti banyak sebagai pengganti Protein jenis daging tadi.
Serta perlu rajin makan buah-buahan.
3. Beri pesakit minum air dengan kerap agar dapat buang panas dalam.
Jus buah-buahan adalah menu yang sangat baik.
4. Sebaiknya, rehat di rumah agar kurang jangkitan kepada individu lain dan pesakit dapat pulih dengan lebih cepat.

*Quranic Super Food* insyaAllah sangat membantu dalam situasi ini.

*Minyak Zaitun*
1. *Hydroxytyrosol* bertindak sebagai Antioksida TerBAIK setakat hari ini yang MAMPU tembusi SALUR DARAH yang HALUS di otak. Bantu hadapi kuman yang menyerang tubuh badan dengan meneutralkannya serta nyah dr tubuh badan.
2. *Oleocanthal* sebagai Antioksida dan Anti Keradangan, bantu rawat & cegah keradangan.
3. *Omega 3 & 6* sebagai Anti Keradangan dan juga Lemak Yang Sihat sangat berperanan pada situasi ini.
Boleh disapu juga ke tubuh badan selain makan harian.

*Jus Delima*
1. *Antioksida & Anti Keradangan* yang pelbagai akan bantu dalam situasi ini (Punicalagin, Asid Elagik, Flavonoids, Anthocyanin, Beta Carotene)
2. *Vitamin C & E* juga sangat berperanan kepada bantu rawat dengan meningktkan ketahanan tubuh badan berhadapan dengan kuman.
3. Lambakan Vitamin & Mineral akan memberi tubuh badan lebih bertenaga dan sokongan kepada kesihatan yang lebih baik.

*Madu & Ceylon Cinnamon*
1. Antioksida dan Anti Keradangan yang pelbagai juga bantu rawat.
2. Menggalakkan pembuangan air kencing dan najis serta dapat elak pengumpulan toxic yang banyak dalam tubuh badan.
Bancuh bersama-sama *Sari Cuka Teen.*

Kesembuhan daripadaNya sahaja, jangan kesampingkan Munajat padanya.
Bersangka baik dgn taqdir Allah, terus usaha & berdoa mohon kesembuhan dariNya.

Paling baik : usaha ke arah kesembuhan itu, biarlah dengan mengamalkan pemakanan yang baik, penghasilannya diketahui terbaik, keberkatan dari Al Quran & Hadis serta meletakkan Rasulullah SAW sbagai contoh ikutan bab Makanan.

Cuka Teen - Elektrolit bantu kekalkan hidrasi tubuh

Elektrolit bantu kekalkan hidrasi tubuh

Oleh: MARY EASAW-JOHN

PERPELUHAN dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindakbalas untuk membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37oC.

Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh.

Elektrolit pada dasarnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita.

Anda boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh.

Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit.

Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:

* Natrium

* Kalium

* Kalsium

* Magnesium

* Klorida

* Fosfat

* Sulfat

Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba.

Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan andai berlaku sedikit perbezaan.

Adalah disarankan untuk kita menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.

Kepentingan elektrolit

Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.

Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.

Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel.

Selain itu – melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.

Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini menjelaskan alasan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot.

Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.

Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.

Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit.

Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot.

Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium jarang ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak.

Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.

Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh anda dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda.

Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium.

Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang.

Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah - masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.

Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan.

Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan anda.

Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat.

Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.

Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.

Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.

Mesejnya

Adalah penting bagi anda untuk mengekalkan tahap hidrasi (kelembapan) tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti yang ada di Malaysia ini.

Jangan tunggu sehingga dahaga ‘menguasai’ anda dan ingatlah elektrolit-elektrolit utama yang mesti anda ambil kira untuk kekal terhidrasi.

Ps*Sari cuka teen Organik adalah Antara pengawal eletrolit tubuh terbaik

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!