Saturday 24 February 2018

Ulangkaji : Ciri Minyak Zaitun dan Khasiat

Minyak Zaitun Asli – Segala Yang Perlu Anda Tahu Tentang Minyak Zaitun

Minyak Zaitun datang dari buah Zaitun. Pokok Zaitun tumbuh dengan subur di negara negara Mediterranean seperti Maghribi dan Itali. Minyak zaitun asli terhasil dari perahan lemak buah zaitun secara tradisional.

Minyak Zaitun merupakan salah satu bahan utama dalam diet penduduk Mediterranean. Diet Mediterranean memang telah dikenali sebagai antara diet yang sihat.

Bagaimana Minyak Zaitun Dihasilkan

Secara amnya, minyak zaitun terhasil menggunakan dua kaedah.

Perahan Sejuk (Cold Press)

Majoriti produk Minyak Zaitun Asli yang wujud hari ini dihasilkan dengan kaedah Perahan Sejuk (Cold Press). Dalam kaedah ini, Buah Zaitun diperah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Minyak Zaitun “Virgin” atau “Extra Virgin”, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik.

Teknologi hari ini membolehkan perahan dilakukan menggunakan kaedah mesin sentrigual. Namun, masih banyak lagi ladang Zaitun yang  mengguna pakai cara tradisional dalam proses menghasilkan Minyak Zaitun.

Salah satunya boleh anda lihat dalam video berikut:

Perahan Panas (Hot Press)

Kaedah Hot Press digunakan untuk mendapatkan minyak dari hampas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Secara amnya, proses perahan “Cold Press” hanya akan mengeluarkan sehingga 95% minyak dari Buah Zaitun.

Untuk tidak membazir, hampas Buah Zaitun yang telah diperah akan diproses pula menggunakan kaedah Hot Press. Dalam kaedah ini, bahan kimia tertentu akan dicampurkan dengan hampas Buah Zaitun tadi. Campuran tersebut akan menghasilkan minyak yang masih terdapat dalam hampas Buah Zaitun tersebut.

Klasifikasi Minyak Zaitun

Minyak Zaitun boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi. Klasifikasi ini bergantung kepada kadar asid minyak yang terhasil dan juga cara ia diproses.

Mari kita lihat klasifikasi tersebut.

Minyak Zaitun Pomace

Minyak Zaitun Pomace adalah produk yang terhasil dari proses “Hot Press” yang dilakukan ke atas hampas Buah Zaitun yang telah diperah. Ia adalah Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti paling rendah.

Minyak Zaitun Pomace biasanya digunakan dalam industri pengilangan untuk membuat produk seperti sabun, syampu dan kosmetik. Walaupun kualitinya rendah, ia tetap mempunyai khasiat buah zaitun.

Minyak Zaitun “Refined” (“Refined Olive Oil”)

Minyak Zaitun “Refined” ini dihasilkan dari perahan “Cold Press” pertama. Namun, bukan semua hasil perahan pertama itu mempunyai kualiti atau kadar asid yang diinginkan. Oleh itu, ianya dicampurkan dengan bahan kimia untuk meningkatkan kualitinya.

Bahan kimia yang dicampur akan merendahkan kadar asid minyak tersebut. Ia juga akan mengurangkan rasa zaitun pada minyak tersebut.

Untuk meningkatkan semula rasa minyak zaitun, Minyak Zaitun “Virgin” turut dimasukkan ke dalam campuran.

Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Minyak Zaitun Asli adalah produk yang terhasil dari campuran “Refined Olive Oil” dan juga Minyak Zaitun Dara. Ia mengandungi kadar asid melebihi 4%.  Dihasilkan melalui beberapa proses penapisan dan juga campuran untuk menjadikan ia “asli”.

Warna minyak adalah kekuning kuningan.

Minyak Zaitun Asli sesuai digunakan untuk memasak.

Minyak Zaitun “Virgin”

Minyak Zaitun “Virgin” adalah produk yang dihasilkan melalui proses perahan kedua. Ia mempunyai kadar asid kurang dari 4%. Minyaknya berwarna kuning kehijauan.

Minyak ini sesuai untuk digunakan dalam masakan.  Ia juga sebagai sos (“dressing”) untuk salad.

Minyak Zaitun “Extra Virgin”

Minyak Zaitun “Extra Virgin” adalah produk yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama. Ia mengandungi kadar asid sekitar 0.5% – 1%.

Minyak dalam klasifikasi terbaik ini mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Ia juga tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia tambahan. Minyaknya berwarna kehijauan.

Minyak Zaitun “Extra Virgin” juga mempunyai rasa dan aroma Zaitun yang lebih kuat.

Manfaat Minyak Zaitun

Minyak Zaitun memberikan banyak manfaat kepada anda. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Jika dikaji dengan mendalam, anda akan menjumpai cara untuk mendapatkan manfaat dari minyak zaitun.

Mari kita lihat beberapa manfaat minyak zaitun.

Minyak Zaitun Untuk Kulit

“Selembut dan Sehalus Kulit Bayi”. Selalu kita dengar ayat ini bila berbicara tentang kulit kan?

Minyak Zaitun mempunyai kandungan Vitamin E dan antioksida yang tinggi. Oleh itu ia membantu kulit mempercepatkan proses pemulihan dari sebarang luka dan kecacatan. Dengan itu, ia membolehkan kulit kekal haus dan lembut.

Ia juga membantu menstabilkan hormon dalam badan. Ketidak seimbangan hormon adalah punca utama jerawat, ekzema dan pelbagai masalah kulit yang lain. Hormon seimbang, jerawat tiada.

Minyak Zaitun mempunyai sifat menyimpan kelembapan. Oleh itu, bila disapukan pada kulit, ia akan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.

Anda masak menggunakan minyak zaitun? Janganlah cepat sangat nak basuh lebihan minyak zaitun di telapak tangan anda itu ya.

Jangan membazir.. Sapukan ke kulit dan dapatkan manfaat kelembapan yang diberikan.

Minyak Zaitun Untuk Jantung

Kajian mengenal pasti diet yang mengandungi lemak mono tidak tepu “monounsaturated fat” baik untuk kesihatan. Ia merendahkah kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL. Anda tentu tahu tentang kesan LDL dan HDL terhadap jantung bukan?

“Monounsaturated Fat” adalah minyak dari tumbuh tumbuhan seperti Minyak Zaitun.

Minyak Zaitun mengandungi zat antioksida yang dikenali sebagai polifenol. Oleh sebab itu, ia diklasifikasikan sebagai makanan anti keradangan (anti inflammatory) dan pengawal kardiovaskular.

Untuk Tekanan Darah

Kajian juga menunjukkan Minyak Zaitun boleh mengurangkan hipertensi kerana ia berfungsi menggalakkan pengembangan saluran darah.

Minyak Zaitun juga dikenal pasti,menurut WebMD, boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat bagi mereka yang mengambil ubat tekanan darah. Pengambilan 40g minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan pengambilan ubat sehingga 50%.

Khasiat Zaitun

Umum mengetahui yang khasiat Zaitun itu terkandung bukan sahaja pada buahnya. Hampir segenap inci pokok Zaitun itu mempunyai khasiat.

Mari kita lihat khasiat khasiat yang terkandung dalam buah dan daun Zaitun.

Khasiat Buah Zaitun

Buah Zaitun memberikan 115 – 145 kalori tenaga untuk setiap 100gram buah.  Ia juga mengandungi

75% – 80% air11% – 15% lemak4% – 6% karbohidratSedikit protein

74% dari lemak yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah Asid Oleic. Ia adalah lemak mono tidak tepu – “mono unsaturated fat”.

52% – 85% dari karbohidrat yang terkandung dalam Buah Zaitun itu adalah dalam bentuk serat.

Berikut adalah kadar kandungan khasiat buah zaitun untuk setiap 100 gram:

Kalori – 115Air – 80%Protein – 0.8gKarbohidrat – 6.3gSerat – 3.2gLemak – 10.7gSaturated – 1.42gMono Unsaturated – 7.89gPoly Unsaturated – 0.91gOmega 3 – 0.06gOmega 6 – 0.85g

Buah Zaitun juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Antaranya:

Vitamin EZat BesiZat TembagaKalsiumNatriumOleuropein – antioksida yang tertinggi jumlahnya dalam buah Zaitun. Dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Hydroxytyrosol – Antioksida yang kuat.Tyrosol – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah jantung.Asid Oleonalic – Antioksida yang dikaitkan dengan masalah kerosakan hati, lemak dalam darah, dan keradangan.Quercetin – nutrisi yang dikaitkan dengan tekanan darah.

Khasiat Daun Zaitun

Di awal 1800, air rebusan daun dari pokok Zaitun digunakan sebagai penawar demam. Ia juga turut digunakan, beberapa dekad kemudian, untuk merawat malaria.

Daun Zaitun juga seperti buah Zaitun, mengandungi kadar Oleuropein yang tinggi. Ia adalah sejenis polifenol. Oleuropein membantu merendahkan tekanan darah secara semulajadi. Ia juga membantu mengelakkan masalah jantung.

Secara amnya, khasiat yang terkandung dalam daun zaitun adalah sama seperti apa yang terdapat dalam buah Zaitun. Cuma kadar dan jumlahnya sahaja yang mungkin berbeza.

Mudahnya Aafiyat – Cara Amalkan Pemakanan Minyak Zaitun

Sekiranya anda ingin mengambil minyak zaitun untuk merawat sebarang jenis penyakit yang anda hidapi, bertemulah dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik.

Bagi anda yang ingin Bersama sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat dengan kami, cuba:

Tukarkan minyak masak di rumah anda kepada Minyak Zaitun – Gunakannya untuk menumis, menggoreng, sebagai sos salad dan lain lain lagi. Pendek kata, semua yang melibatkan masakan dan makanan. Letakkan sebotol kecil Minyak Zaitun di dalam bilik mandi. Sapukan sedikit minyak Zaitun ke kulit dan rambut anda setiap kali selepas mandi. Ambil satu hingga dua sudu minyak Zaitun setiap pagi dan juga bila mengalami sakit tekak.

InsyaAllah, anda akan menikmati hidup yang Aafiyat.

.

Salam...

Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE 

017 4556 998 

www.wasap.my/60175750810

cod percuma ALOR SETAR.

.

boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.

*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah 

Set Temujanji :

Lelaki   : 0135983088

Wanita : 0175424710

.

Blog Info Kesihatan

www.oliveasli.blogspot.com

Page Info Kesihatan QuranicFoods

www.facebook.com/QuranicFoods

Page Terapi Bekam & Gurah Resdung

www.facebook.com/BekamAlorSetar

Thursday 22 February 2018

Ekzema Kaedah Rawatan - Team Muallij Olive House

EKSZEMA-KAEDAH RAWATAN

Ekszema ialah sejenis penyakit berkaitan dengan kulit. Ia berpunca dari banyak faktor. Ada yang mengatakan bakteria di kulit yang mudah menyerang dan merebak. Ada yang mengatakan darah di dalam badan yang kotor. Ada pula yang mengatakan penyakit keturunan.

Hakikatnya pengidap penyakit ini akan mengalami gangguan pada tubuh seperti kegatalan melampau, kerimasan dan kesukaran tidur. Ianya akan lebih kronik jika kerap terdedah dengan kepanasan yang mengakibatkan peluh.

Kaedah rawatan menggunakan produk olive house ialah dengan cara
menyembur sari cuka tin di kawasan yang terlibat, biarkan ia kering seketika di bawah kipas angin.
Selepas itu, barulah disapu olivie30 pada kawasan yang sama.

Di samping itu, pesakit juga perlu mengambil sari cuka tin dalam bentuk minuman dengan dibancuh bersama air suam ke dalam satu cawan. Diambil selepas makan makan makanan berat. Mamakala Pati Minyak Zaitun atau Olivie30 diambil 1 sudu setiap malam sebelum tidur.

In sya Allah boleh nampak perubahan dalam masa tiga hari pengamalannya.

Jaga pemakanan harian. Jangan mengambil makanan yang berunsur kegatalan seperti udang, belacan, bilis, ketam dan sebagainya.

Semoga bermanfaat

*TEAM MUALIJ DASAR PPE*
22.2.18

Dalam penerbangan menuju ke Barcelona.

Tuesday 20 February 2018

Kenali Olivie Power Up Olive House

Apakah dia OLIVIE POWER UP yang dinanti penuh kesabaran oleh pencinta Olivie Plus 30x ini ❓

- OLIVIE POWER UP adalah :💯 semulajadi ekstrak dahan, daun dan buah Zaitun muda.

🔵 Dengan bantuan teknologi terkini dari Jepun, sebatian polyphenols yang segar serta berkhasiat tinggi berjaya diekstrak lalu menghasilkan cecair yang sangat pekat & likat.

🔵 Ia kemudian dibentuk menjadi seakan "pearl" dengan kaedah mechanical constraint di dalam ruang yang dikawal atmosfera sekeliling serta kelembapan.

🔵 Hasilnya maka terciptalah OLIVIE POWER UP - Desert olive tree pearl yang super kaya dengan antioksidan. 1 sudu teh OLIVIE POWER UP menyamai kandungan antioksidan (Hydroxytyrosol) di dalam 10liter Minyak Zaitun.

🔵 Dengan kepekatan antioksidan yang sangat tinggi ini, OLIVIE POWER UP mampu melambatkan proses penuaan kesan oksidatif radikal bebas. Dengan kehadiran Vitamin E di dalamnya yang bertindak sebagai nutrien penting anti-aging semulajadi, pastinya menjadi pilihan mereka yang pentingkan kesihatan & kecantikan secara semulajadi & organik tanpa kimia berbahaya.

.
.

Cara Pengambilan
OLIVIE POWER UP

Sukatannya atau 1 sudu teh (kecil) atau setengah sudu sehari

Cara-cara 💕💕

1⃣ Ambil direct
2⃣ Ambil bersama salad, carrot dan kobis purple
3⃣ Ambil bersama ikan rebus, ikan bakar
4⃣Ambil bersama roti bakar, telor hancur,salad.
5⃣Telor tebus belah 2, letak diatas nya.
6⃣Telor separuh masak +Cinnamon +dan PowerUP.
7⃣Boleh juga di makan dengan sushi
8⃣Biskut cracker(mini) + egg salad dressing + PowerUP
9⃣Keju (hard cheese) + PowerUP
🔟Mini cracker + butter + PowerUP + daun pudina, boleh juga diperahkan sedikit lemon

Rasanya unik sgt pelbagai jenis rasa ada, dan yang penting yang dah ambil Olivie Plus 30x insyaAllah lebih mudah nak ambil OPU ini 😋😄

🍃 #Hotline #Olive #House #PowerUp #up:
017 4556 998 www.wasap.my/60175750810
#OliviePowerUp
#OliveHouse
#ProdukTerbaikDunia
#AafiyatLifestyle
#sihatcantikolivehouse

Saturday 17 February 2018

Cuka Buah dan Kanser Manusia

*CUKA & KANSER*

CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.

Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.

Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu sejenis alkohol.

Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.

Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.

Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya terdiri daripada asid asetik dan air.

Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air. Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.

*Khasiat cuka*

Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia:

Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.

Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.

Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.

Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.

Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.

Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).

Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.

Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.

Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.

Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bakteria) vagina).

Membantu menguatkan mata dan telinga.

Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.

Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.

Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.

Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.

Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).

Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.

Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:

1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.

2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.

3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas). Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes.

Profil lipid

Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan risiko kanser.

*Menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser* termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

*Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser esophagus.*

Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan tersebut membantu  mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.

Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.

Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas melakukan senaman atau kerja berat.

Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.

Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar
.

Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Thursday 15 February 2018

Olivie Power Up siri 2/7

SIRI 2/7 #OliviePowerUp
6 Tahun penyelidikan secara intensif maka terhasil lah OLIVIE POWER UP - Anugerah alam untuk semua.

Apakah dia OLIVIE POWER UP yang dinanti penuh kesabaran oleh pencinta Olivie Plus 30x ini?
- OLIVIE POWER UP adalah 💯% semulajadi ekstrak dahan, daun dan buah Zaitun muda.

Dengan bantuan teknologi terkini dari Jepun, sebatian polyphenols yang segar serta berkhasiat tinggi berjaya diekstrak lalu menghasilkan cecair yang sangat pekat & likat.

Ia kemudian dibentuk menjadi seakan "pearl" dengan kaedah mechanical constraint di dalam ruang yang dikawal atmosfera sekeliling serta kelembapan.

Hasilnya maka terciptalah OLIVIE POWER UP - Desert olive tree pearl yang super kaya dengan antioksidan. 1 sudu teh OLIVIE POWER UP menyamai kandungan antioksidan (Hydroxytyrosol) di dalam 10liter Minyak Zaitun.

Dengan kepekatan antioksidan yang sangat tinggi ini, OLIVIE POWER UP mampu melambatkan proses penuaan kesan oksidatif radikal bebas. Dengan kehadiran Vitamin E di dalamnya yang bertindak sebagai nutrien penting anti-aging semulajadi, pastinya menjadi pilihan mereka yang pentingkan kesihatan & kecantikan secara semulajadi & organik tanpa kimia berbahaya.

OLIVIE POWER UP - Anugerah alam untuk semua. Kerana dirimu begitu berharga.

#OliviePowerUp
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Olivie Power Up 4/7 Tulang Part 2

SIRI 4/7 #OliviePowerUp

Tulang Kuat, Tubuh Hebat
'Part 2'

Antara kemerosotan yang kerap berlaku ialah seperti 'Osteoporosis', iaitu situasi yang dihuraikan sebagai pengurangan kepada ketumpatan jisim tulang, pengurangan kepada kekuatan dan mengakibatkan tulang mudah rapuh serta patah.
Ia sering berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dan terutamanya apabila telah masuk ke fasa menopause.
.
Pemakanan harian kita hakikatnya mampu bantu kepada pembentukan tulang yang kuat dan sihat agar dapat bantu atasi osteoporosis ini.
Antaranya ialah perlu ada kandungan Vitamin D dan E serta kandungan Antioksida.
.
Hakikatnya, ramai wanita yang lebih gemar mengamalkan minuman Tenusu sebagai pencegahan awal kepada osteoporosis ini tanpa mereka sedar bahawa cara ini bukan menyelesaikan sepenuhnya situasi osteoporosis ini.

Justeru, Olive House ingin mengajak anda semua beramal dengan *'Olivie PowerUp'* yang mengandungi nutrisi yang disebutkan di atas.

Dengan Pengamalan Olivie PowerUp Setiap hari mampu membantu kepada 'Pembentukan Tulang Yang Kuat serta juga kepada Penghasilan Kolagen secara Alami'. Kolagen juga berperanan dalam mengelakkan Osteoporosis berlaku, insyaAllah.

Anda akan merasai kecergasan badan serta ketenangan minda juga apabila diamalkan secara Istiqomah.

InshaAllah..

💪 Tulang Kuat
🏋‍♂ Badan Sihat
✊ Minda Hebat
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Olivie Power Up part 3 Tulang Part 1

SIRI 3/7 #OliviePowerUp

*Tulang Kuat, Tubuh Hebat*
*'Part 1'*

Manusia sangat memerlukan tubuh badan yang berstruktur terutamanya untuk pergerakan dalam kehidupan seharian.
.
Jaringan sistem yang terlibat dalam membentuk struktur yang baik serta memudahkan fungsi pergerakan ialah 'Sistem Skeleton', terdiri daripada 206 tulang bagi individu dewasa dengan jaringan ‘Tedon, Ligament dan Cartillage’.
.
Sistem Skeleton ini juga sangat berperanan kepada perlindungan dan sokongan kepada organ dalaman, penghasilan darah untuk tubuh badan oleh sumsum tulang serta penyimpanan mineral tertentu seperti Kalsium dan Fosforus.
.
Antara contoh perlindungan yang diwujudkan ialah peranan tengkorak kepada otak manusia dan juga tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru.
.
Sistem Skeleton yang terdiri daripada 206 tulang ini perlu bertahan kuat dan terletak pada struktur yang betul agar dapat di elakkan sebarang kemerosotan..

*_..to be continued.._*

Cikgu Mimi
Ketua Nutrisi Team DASAR Olive House
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Promosi Bekam Alor Setar - Tesco Stargate

PROMOSI BEKAM.. ALOR SETAR -
                             TESCO STARGATE
PROMOSI BEKAM.. ALOR SETAR -
                             TESCO STARGATE
PROMOSI BEKAM.. ALOR SETAR -
                             TESCO STARGATE
.
27 KEBAIKAN BERBEKAM UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA LELAKI DAN WANITA MUSLIM. DIGALAKKAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI.
.
Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah) :
-Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu.” (Shahih Bukhari)

Antara 27 kebaikan berbekam :

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25. Hilangkan stress dan tekanan
26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi   SAW
27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

Appointment dan tempahan bekam boleh SMS@WhatsApp 0174556998
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Kismis Dengan Biji - Olive House

KISMIS DENGAN BIJI

Kekurangan Mineral dan Vitamin dalam Pemakanan Harian menyebabkan Kita terus dibelenggu Situasi Meletihkan dan Hadapi Tekanan. Situasi sebegini mampu mengaktifkan pertumbuhan Sel-sel Abnormal tanpa kita sedari dan menjurus kepada pelbagai risiko kesihatan yang lain.

Justeru, amat penting ditekankan kepada Pemakanan Harian yang mengandungi Vitamin dan Mineral.
Nah, pasti anda membayangkan Sebakul Sayur-sayuran dan Buah-buahan bukan?!

Olive House hadir ingin memperkenalkan Kismis Berbiji dengan warna yang sedikit gelap TETAPI memiliki kenikmatan Rasa yang Tidak Terucap serta Sarat dengan Khasiat yang Hebat.
Ia sangat sesuai dinikmati oleh Anda yang inginkan Kecergasan dan Kesegaran setelah seharian menumpukan perhatian kepada bidang pekerjaan masing-masing.
Vitamin E yang terdapat di dalamnya membantu KeREMAJAan buat Lelaki dan Wanita serta mengurangkan risiko Atherosclerosis.

Ke UNIKan Kismis Gelap Berbiji ini ialah BEBAS Sulfur Dioksida yang sering digunakan dalam industri sebagai pengawet sedangkan ia boleh mengakibatkan Kesukaran Bernafas sehingga risiko kematian.
Buat Anda yang menjamah Kismis ini bersama kunyahan Bijinya akan mampu memperolehi Kandungan Serat, Lemak Sihat serta Protein.

KeUNIKan pada Fizikal dan Pembungkusannya yang Eksklusif ternyata membuatkan anda tidak akan berfikir BERKALI-KALI untuk membelinya dan Istiqomah mengamalkannya!

Mari Bersama-sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Olive House,
Pencetus Senyuman Semulajadi🤗
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Monday 12 February 2018

Kismis Olive House

*Sihat Bukan Pada Nilai & Rupa*
*'Part 2'* Kismis Olive House

Kekurangan Mineral dan Vitamin dalam Pemakanan Harian menyebabkan Kita terus dibelenggu Situasi Meletihkan dan Hadapi Tekanan. Situasi sebegini mampu mengaktifkan pertumbuhan Sel-sel Abnormal tanpa kita sedari dan menjurus kepada pelbagai risiko kesihatan yang lain.

Justeru, amat penting ditekankan kepada Pemakanan Harian yang mengandungi Vitamin dan Mineral.
Nah, pasti anda membayangkan Sebakul Sayur-sayuran dan Buah-buahan bukan?!

Olive House hadir ingin memperkenalkan *Kismis Berbiji* dengan warna yang sedikit gelap TETAPI memiliki kenikmatan Rasa yang Tidak Terucap serta Sarat dengan Khasiat yang Hebat.
Ia sangat sesuai dinikmati oleh Anda yang inginkan Kecergasan dan Kesegaran setelah seharian menumpukan perhatian kepada bidang pekerjaan masing-masing.
Vitamin E yang terdapat di dalamnya membantu KeREMAJAan buat Lelaki dan Wanita serta mengurangkan risiko Atherosclerosis.

Ke *UNIK* an Kismis Gelap Berbiji ini ialah BEBAS Sulfur Dioksida yang sering digunakan dalam industri sebagai pengawet sedangkan ia boleh mengakibatkan Kesukaran Bernafas sehingga risiko kematian.
Buat Anda yang menjamah Kismis ini bersama kunyahan Bijinya akan mampu memperolehi Kandungan Serat, Lemak Sihat serta Protein.

KeUNIKan pada Fizikal dan Pembungkusannya yang Eksklusif ternyata membuatkan anda tidak akan berfikir BERKALI-KALI untuk membelinya dan Istiqomah mengamalkannya!

*Mari Bersama-sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat*

*Olive House,*
*Pencetus Senyuman Semulajadi*🤗

*Kredit👇🏿*
*_Cikgu Mimi_*
*_Ketua Nutrisi Team DASAR Olive House_*
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar

Sunday 11 February 2018

Apakah itu Olivie Power Up siri 1/7

*SIRI 1/7 #OliviePowerUp*

Yang pertama dan seumpamanya! Hasil gabungan teknologi & kehebatan anugerah alam - terhasillah OLIVIE POWER UP

*Hebat sangatkah OLIVIE POWER UP ni hingga 2000 botol tempahan diterima sebelum majlis pelancaran?*

*Hydroxytyrosol*
OLIVIE POWER UP mengandungi sejenis polyphenols yang digelar *Hydroxytyrosol* yang dikenali sebagai *"Superstar Antioxidant"* - the most powerful antioxidant discovered to date".
Molekul antioksidan yang paling halus sehingga mampu menembusi saluran darah dalam otak.

Tidak hanya itu, Hydroxytyrosol bertindak jauh sehingga ke *peringkat sel dan mitochondria*. Dengan kekuatan menyerap radikal bebas yang merosakkan sel pada nilai sehingga 68576 (ORAC value), ia adalah bersamaan *15 kali ganda tinggi* berbanding teh hijau dan *3 kali ganda lebih tinggi* berbanding CoQ10. Sungguh mengujakan!

*Apa yang istimewa tentang Hydroxytyrosol?*
Ia hanya terdapat pada makhluk yang Allah bersumpah ke atasnya serta Baginda Rasulullah menjanjikan barokah buat mereka yang mengamalkannya. *Hydroxytyrosol* tidak ditemui dalam mana-mana tumbuhan atau mahkluk lain selain hanya ditemui ada dalam *POHON ZAITUN YANG BAROKAH* - buah, daun, ranting & akar.

Bayangkan keremajaan & kesihatan anda kembali pada tahap optimum setelah mengamalkan *OLIVIE POWER UP* yang berfungsi membaik pulih kerosakan sel kesan oksidatif. Menarik bukan?

*OliviePowerUp*
.
.
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
www.oliveasli.blogspot.com

Wednesday 7 February 2018

Sari Cuka Teen Olive House vs sakit tekak

*Sari Cuka Teen Olive House*

Memiliki rasa yang tidak terlalu Keras / Perit Di Tekak,
Tidak terlalu masam & ada manis asli Buah Teen.
Lebih istimewa ialah : Buah Teen diperam / fermented di dalam *Tong Kayu Oak* iaitu memiliki kandungan Polyphenols sebagai Antioksida.

Kandungan utamanya ialah *Asid Etanoik / Asid Asetik* yang dikupas banyak Ahli Bidang Nutrisi dan Dunia Hari Ini telah mengiktiraf akan Manfaat Kesihatan yang bakal diperolehi daripada pengamalan Cuka Buah-buahan dalam kehidupan seharian.
Lihat Link yang diberi :

http://health.usnews.com/wellness/food/articles/2017-01-18/the-health-benefits-of-vinegar
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16321601
http://en.cnki.com.cn/Article_en/CJFDTOTAL-SPYK200609001.htm
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19082396
https://books.google.co.in/books?id=vkZVPlsSqQ4C
https://www.organicfacts.net/vinegar.html

Ia memiliki Nutrisi yang pelbagai yang menjadikan Sari Cuka Teen ini sebagai amalan HARIAN, bukan menanti waktu sakit.
Selain berperanan sebagai Antioksida, Asid Asetik juga berperanan sebagai Antimikrobial, Antiseptik, Anti Diabetik, membantu kepada pesakit Kanser, pesakit Darah Tinggi, Gout dan banyak lagi.
Kandungan Mineral yang pelbagai di dalamnya menjadikan Sari Cuka Teen ini lain daripada Cuka yang terdapat di Pasaran kerana Buah Teen itu secara asasnya dilabel sebagai Buah Yang Hampir Sempurna / The Perfect Fruit disebabkan mengandungi hampir Kesemua 7 Kelas Makanan yang perlu diambil seharian.

Ia juga dikenali sebagai makanan *Probiotik* iaitu membanyakkan jumlah Bakteria Baik di usus anda.
Tidak keterlaluan jika saya katakan Usus adalah MINDA NO 2 selepas Otak Manusia.
Hal ini kerana sekiranya Pencernaan Makanan berlaku sebarang masalah dan Najis sukar terbentuk, kotoran / Toksid tidak dapat dikeluarkan daripada tubuh badan dengan sempurna (selain daripada Medium Air Kencing & Perpeluhan).
Kotoran ini akan terus berada dalam tubuh badan anda dan amat membimbangkan sekiranya berlegar-legar dalam darah dan berjaya melepasi ke Organ dan bakal menganggu fungsi Sistem tubuh badan lain termasuk Sistem Peredaran Darah, Sistem Saraf dan lain-lain.
Pembuangan Najis yang sempurna (paling baik ialah 3x sehari) akan menghasilkan Tubuh Badan manusia yang sihat termasuk fungsi Otak yang sihat juga.
Jadi, Probiotik ini akan berfungsi membanyakkan Jumlah Bakteria yang Baik di usus agar Najis dapat terbentuk dengan elok.
70% daripada Najis yang elok adalah daripada Peranan Bakteria Baik, hanya 30% SAHAJA daripada makanan harian anda.

*Cara Pemakanan Harian* 
Sari Cuka Teen *MESTI* dibancuh dengan Air sebelum diminum atau dibuat mandian.
Pengamalan secara terus tanpa campur air yang menyebabkan tercetusnya kebimbangan kepada Hakisan / Corrosive.
Amalkan Sari Cuka Teen Sebelum @ Selepas makan, Tetapi kesan yang lebih Optimum adalah *SELEPAS MAKAN* serta lebih pantas penyerapannya dengan penambahan Madu sebagai Molekul Bioaktif.

*Kesimpulan*
Amalkan apa sahaja makanan dengan cara yang diajar Islam, dengan tidak berlebih-lebihan serta tidak menjadikan sesuatu Makanan itu sebagai Penyebab kepada Masalah kesihatan.

Contohnya : Tabiat suka makan Makanan Bergoreng dan Berlebihan akhirnya menjadikan Paras Kolestrol Tinggi pada tubuh badan seseorang. Akhirnya, beliau menyalahkan SEMUA makanan yang berMinyak adalah Punca kepada masalah kesihatan semakin merosot termasuk Lemak Yang Baik. Dipukul rata semuanya, sedangkan perkara asalnya adalah bermula dari dirinya sendiri.

Jadilah Manusia yang Mensyukuri Nikmat yang Allah SWT berikan dan jangan Membazir serta Berlebih-lebihan dalam mengamalkan apa jua Makanan.
Jadikan MAKANAN sebagai Penawar anda dan bukannya RACUN.

*'Nourish Yourself with FOOD'*

#NutritionIsPassion
.
.
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
www.oliveasli.blogspot.com

Monday 5 February 2018

Ayat ayat amalan terapi kesihatan

*Terapi Ruqyah Syar'iyyah semua Penyakit Medis dan Penyakit Non Medis*

*1.Terapi Membuang penyakit .*

pegang dada kiri bacakan:
Al-Anbiya ayat 83  (7x)
Jika mual dan ingin muntah itu reaksi pengeluaran.

*2.Terapi Migrain.*
pegang kepala yg sakit bacakan :
surat Al-Fatihah  7x.
Al-Hasyr ayat 21 ( 3x.)

*3.Terapi untuk segala macam sakit kepala.*
pegang ubun ubun dan bacakan:
At-Taubah ayat 14.
Yunus ayat 57.
An-Nahl ayat 69.
Al-Isra' ayat 82.
Fussilat ayat 44.

*4.Trapi penyembuhan mata dan penajaman penglihatan.*
Pegang alis mata dan bacakan surat Qaf ayat :22. (7x.)

*5.Terapi sakit gigi* peganglah pipi dari bagian gigi yang sakit.
Bacakan:
Al-Mulk ayat 23 (7x)
Al An'am ayat 13. (7x)

*6.Terapi sakit tengorokan.*
Perbanyaklah membaca Al-Qur'an.
Minum madu 2sendok makan pagi dan sore.

*7.Terapi mimisan.*
peganglah batang hidung bacakan surat Hud ayat 44 . (7x.)

*8.Terapi sakit telinga*
letakan tangan ke telinga yg sakit lalu bacakan
Al-Hasyr ayat 21 (3x atau lebih)
Ayat Qursi (3x atau lebih)

*9.Terapi Penyakit Kulit.*
Letakan ujung jari pada kulit yg sakit
Bacakan surat Al-Baqarah ayat 259.
Baca sebanyak 3x.

*10.Terapi panu*
Bacakan surat Al-Baqarah ayat 266.
7x

*11.Terapi Bisul.*
Sentuh dengan telunjuk dan bacakan surat Taha ayat 105-107. (7x)

*12.Terapi Penyakit Dada.*
Peganglah dada dan bacakan surat Taha ayat 25-28.
7x atau lebih sampai ringan.

*13.Terapi nyeri dada.*
Pegang dada dan bacakan surat Al -Insyiqaq fuul dan surat yunus ayat 57.
Sebanyak 7x.

*14.Terapi penyakit. Jantung,Struk,Nyeri Lambung.*
Buatlah air minum boleh air zamzam,air putih ,bacakan surat al-Fatihah 7x
Ayat Qursi 7x
tiupkan ke air selesai membaca. Minum air setiap hari sebelum makan coba selama satu minggu atau lebih.

*15.Terapi penyakit Hati.*
Letakan tangan kanan pada posisi hati.
Perbanyak Istigfar
Bacalah surat Ghafir(Al -mu'min)
7 buah kurma di bacakan surat Al- Fatihah 7x lalu di makan.
Perbanyak zikir Laaillahaillallah.

*16.Terapi Kejang.*
Bacakan surat Al -Quraisy ayat 1-2. (7x)

*17.Terapi sengatan ular dan kala jengking.*
Bacakan surat Al-Ikhlas  An-Nas  Al-Falaq.

*18.Terapi Rematik.*
Letakan tangan kanan pada tubuh yang sakit.
Bacakan surat
Ali Imron ayat 145. (3x)
Al-Anbiya ayat 30 (7x)

*19.Terapi mempermudah proses kelahiran.*
Buatlah air Ruqyah bacakan surat.
Al-Fatihah (7x)
An -Naziat ayat 46 (7x)
Al -Ahqof ayat 35. (3x)
Al -Insyiqaq ayat 1-4 sebanyak 7x.
Air diminumkan dan di balurkan ke perut.
Air boleh air tawar dan lebih baik air zamzam.

*20.Terapi Demam.*
Pegang kening dan bacakan
Al-Fatihah 3x.
Al -Anbiya 69-70. (7x)
Dan buatkan juga air kompres Ruqyah dan ayatnya sama dengan di atas.

*21.Terapi menghilangkan Kesedihan ,kedukaan.*
Baca surat
Al-Fatihah 7x
Al-Insyirah 7x
Perbanyak Istigfar.
Perbanyak zikir Laillahaillallah.

*22.Terapi insomia/sulit tidur.*
Sebelum tidur jalankan sunnah sebelum tidur.
Baca surat Ghafir dan perbanyak
Zikir Laillahaillallah.
Perbanyak mengucap Sholawat kpd Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam
Perbanyak istigfar.

*23.Terapi Penyembuhan Kanker.*
Perbanyak tilawah.
Perbanyak mendengar Al- Qur'an boleh sehari 30 juz atau surat pilihan Al- Baqoroh fuul.
Selanjutnya buat Minyak Zaitun Ruqyah dan rebusan daun sirsak Ruqyah.
Ayatnya:
Al-Fatihah. 7x
Al-Baqorah. 1-5
Al- Baqoroh 164-165 (3x)
Ayat Kursi 
Al- Baqoroh 255-257 (3x) Al- Baqoroh 285-286. (3x)
Ali Imran ayat 18  (7x)
Ali Imron ayat 26-27, (3x)
Al-A'raf ayat 54-56.
Al-A'raf 117-119  (7X)
Yunus 80-82 (7x)
Thaha 65-69. (7x)
Al-Mukminun 115-118  (3x)
Al- Hasyr ayat 21-24  (7x)
Al-Ikhlas, An-Nas ,Al-Falaq 7x
Air gunakan untuk minum dan mandi.
Minyak Zaitun untuk di balur.
Lakukan selama 14/30 hari In Syaa Allah sembuh.

Semoga ada manfaatnya.

Silahkan di amalkan dan bagikan ke Saudara/i kita
*Niat karena ALLAH SWT*

Salam Ukhuwah, salam Tauhid
*Barakallahu fiikum*

Sunday 4 February 2018

Zuriat siri 4 - Team Muallij Olive House

*ZURIAT -Siri 4*

Terdapat juga kes-kes tidak dapat mengandung disebabkan oleh ketumbuhan di kawasan rahim. Contohnya cyst, fobroid dan pholips.

Secara ringkasnya Cyst ialah ketumbuhan di kawasan ovari samada sebelah kanan atau sebelah kiri. Fibroid pula ialah ketumbuhan yang berlaku di dinding rahim bahkan ada kalanya melampaui luar kawasan rahim manakala pholip pula ialah ketumbuhan di pangkal rahim.

Ada keadaan tertentu seseorang wanita boleh mengandung walaupun mereka ada cyst. Ini kerana mungkin saiznya terlalu kecil yang tidak mengganggu proses pembenihan dan persenyawaan benih. Begitu juga dengan fibroid dan pholips.

Bagi mereka yang tidak boleh mengandung disebabkan faktor di atas beberapa kaedah rawatan dan pantang yang perlu diikuti.

Antara cadangan produk yang boleh diberikan ialah:
- olivie(2 pagi sebelum sarapan)
-PMZ(2 sudu malam sebelum tidur)
-Pati Delima (2 sudu boleh dicampur air atau minum begitu sahaja selepas makan malam)
-SCT(2 sudu dicampur bersama air suam dan satu sudu madu. Masukkan air suam dahulu diikuti sct dan diakhiri dgn madu, minum selepas makan pagi atau tengahari.
-Kurma 7 biji sehari
-Buah Tin 3 biji sehari.

Pantang yang wajib dipatuhi ialah:
-ayam daging(selain ayam kampung  dan organik)
-daging import
-fast food dan prosessing food

Seeloknya amalkan ikan bakar atau ikan rebus dan sayur air

in sya Allah, dengan amalan dan petua serta saranan pemakanan produk olive house ditambahi dengan doa yg penuh pengharapan, moga Allah kurniakan zuriat kepada mereka yang dambakan zuriat ini.

*TEM MUALIJ DASAR PPE*
5.2.18

Saturday 3 February 2018

Cuka Dan Kanser

*CUKA & KANSER*

CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.

Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.

Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu sejenis alkohol.

Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.

Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.

Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya terdiri daripada asid asetik dan air.

Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air. Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.

*Khasiat cuka*

Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia:

Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.

Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.

Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.

Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.

Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.

Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).

Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.

Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.

Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.

Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bakteria) vagina).

Membantu menguatkan mata dan telinga.

Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.

Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.

Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.

Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.

Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).

Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.

Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:

1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.

2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.

3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas). Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes.

Profil lipid

Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan risiko kanser.

*Menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser* termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

*Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser esophagus.*

Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan tersebut membantu  mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.

Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.

Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas melakukan senaman atau kerja berat.

Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.

Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)
.

Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
www.oliveasli.blogspot.com

Olivie Power Up : Telahan awal Team Muallij Olive House

Catatan mualij

TELAHAN AWAL OLIVIE POWER UP

Saya diberi peluang untuk mencuba olivie power up pagi tadi. Al hamdulillah saya dapat menikmatinya satu sudu penuh.

Berdasarkan rasa yang ada, ianya boleh dikatakan lengkap dari sudut penawar penyakit secara umum kerana padanya ada masam, masin, pahit, kelat dan sedikit melekit.

Dalam ilmu pemakanan dan nutrisi, rasa masam dan masin itu merujuk kepada kandungan mineralnya yang tinggi dan sudah pastinya ianya sangat sesuai untuk tulang.

Manakala rasa pahit dan kelat pula seakan-akan rasa akar suntun dan pokok tunjuk langit yg diketahui umum sangat sesuai untuk masalah saraf, tekanan darah tinggi dan kencing manis juga turut merawat mengeluarkan angin dari.badan. Saya sendiri selepas minum terus sendawa dua tiga kali juga. itu petanda ianya bersifat nyah angin dari badan.

Bagi yang banyak kolestrol pula, akan rasa kepeningan di kepala sejurus selepas mengambilnya. Agak pantas tindakbalas olivie power up ini. Tidak hairanlah satu sudu ia menyamai 10 liter minyak zaitun di pasaran.

Apapun ini telahan awal saya setelah menikmatinya dan daripada respon rakan-rakan yang meminumnya ketika majlis pelancaran tadi.

Apapun keputusan selanjutnya adalah berdasarkan daripada testimoni para pesakit yang akan saya jalankan rawatan menggunakan produk OPU ini.

Sama2 kita doakan OPU mampu menyelesaikan penyakit-penyakit kronik di Malaysia.

ust shahidan
Ketua Mualij
DASAR PPE
3.2.18
.
.
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
017 4556 998
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
www.oliveasli.blogspot.com

Thursday 1 February 2018

masalah Zuriat siri 1 - Muallij Olive House

ZURIAT

Ramai yang pm saya meminta saya membuat ulasan mengenai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Perkara utama yang harus kita fahami sebelum mencadangkan produk kepada pasangan yang dambakan zuriat ialah faktor kenapa tidak boleh mengandung?

Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada ketidakhamilan seseorang isteri itu.

Faktor tersebut ialah:
-Masalah hormon dan telur
-Masalah cyst
-Masalah Fibroid
-Masalah Pholips
-Masalah kanser rahim
-Masalah tulang belakang yang menjadi faktor kedudukan rahim tidak berada pada posisi yang sebenar.

Selain faktor di atas, perlu juga dilihat dari sudut kitaran haid samada teratur atau tidak. Ada yang mengatakan haidnya datang setiap bulan.

Sebenarnya kitaran haid yang sempurna ialah apabila seseorang itu datang haid bukan pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 bulan hijrah. Apabila haid seseorang jatuh pada 13,14,15 atau sem nggu sebelum dan seminggu selepas, maka kitaran haidnya dikira tidak teratur.

Waktu 13,14,15 bulan hijrah adalah waktu paling subur bagi hormon wanita. Seeloknya perlu kerap bersama suami. Namun bagi wanita yg datang bulan waktu ni  amatlah rugi. Kebanyakan makhluk Allah pada pertengahan bulan Islam akan mengawan. Jika kita tanya kaki pancingpun, mereka tak turun laut waktu sebegini kerana ikan sukar timbul. Ikan suka mengawan waktu ini.

to be continued..

*Team Mualij DASAR PPE*
31.1.18

masalah zuriat siri 1 - Muallij Olive House

ZURIAT -siri 2

Semalam saya dah kongsikan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu sukar mengandung.

Saya juga turut mengupas masalah kitaran haid yang tidak teratur.

Apakah rawatan terbaik bagi masalah hormon tidak seimbang sehingga membawa kepada masalah gangguan pada kitaran haid.

Dalam perawatan menggunakan produk OH, dicadangkan bagi mereka yang menghadapi masalah ini mengamalkan produk di bawah:

1. Kurma 7 biji sehari diambil bila2 masa.

2. PMZ diambil 2 sudu pagi sebelum sarapan, 2 sudu malam sebelum tidur. Boleh dilebihkan jika perlu.

3. SCT diambil 2 sudu dicampur bersama air suam satu gelas dan sesudu madu. Dikacau dan diminum selepas makan. Boleh diambil selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

4. Buah tin dikunyah 1 biji ke 3 biji sehari.

5. Susu kambing atau susu unta(produk akan menyusul) diambil satu gelas sehari.

6. Pati Delima diambil 2 sudu sebelum tidur.

Selain pemakanan di atas, wajib dibuat urutan di perut betis apabila haid mula datang iaitu pada hari pertama. Sila rujuk perawat kami untuk kaedah urutan yang betul.(sesiapa yang ada video saya buat urutan tu boleh share).

to be continued.....

semoga bermanfaat
.
www.facebook.com/QuranicFoods
www.facebook.com/BekamAlorSetar
.
014 2448 999

masalah zuriat siri 3 - Muallij Olive House

ZURIAT - Siri 3

Apa akan berlaku selepas urutan di perut betis?

Kebiasaannya mereka yang melakukan urutan dengan betul seperti yang diarahkan,maka akan dapat merasai dan melihat betapa darah haid akan keluar dengan begitu banyak sehingga basah tuala wanita yang dipakai.

Tujuan urutan adalah supaya darah yang kotor yang masih berada di dalam rahim itu dapat dikeluarkan semunya. Justeru rahim akan menjadi bersih dan sekaligus mudah untuk proses persenyawaan dari pembenihan suami selepas ini.

Apa yang berlaku sebelum ni yang mungkin kita tidak tahu, darah haid keluar tidak habis,lantas akan membawa masalah dalam badan kita. Tidak hairanlah banyak masalah seperti cyst dan fibroid berlaku sekarang ini.

Urutan boleh dilakukan pada hari pertama haid dan jika didapati darah keluar tidak banyak,boleh dilakukan urutan pada hari kedua dan seterusnya.

to be continued

*TEAM MUALIJ DASAR PPE*

2.2.18
.
www.facebook.com/Quranicfoods
www.facebook.com/BekamAlorSetar.
014 2448 999

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!