Tuesday 26 July 2016

Soalan Pedih betis dan buah pinggang

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pedih Betis & Buah Pinggang):

Assalamu’alaikum doktor. Saya Mapuzah M.Wazir dan saya hendak bertanya kepada doctor, mengapakah betis dan pinggang saya selalu terasa pedih? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh sekiranya berjalan jauh kerana betis saya akan sakit dan saya juga sering sakit pinggang. Apakah nama penyakit saya ini doctor? Saya juga tiada darah tinggi atau kencing manis, buah pinggang pun saya telah cek dan clear.  Apa rawatan dan ubat/makanan yang saya boleh amalkan? Umur saya 45 tahun dan mohon bantuan dari doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini di namakan Sciatica yang berpunca akibat penyempitan saraf Sciatic yang berasal dari saraf tunjang di tulang belakang yang keluar dari tulang Lumbar yang seterusnya menyebabkan kepada sakit yang merebak apabila berlaku gerakan pada sendi peha. Rawatan bagi keadaan ini adalah melalui fisioterapi, kiropraktik dan juga akupuntur serta injeksi steroid bagi peringkat awal untuk mengurangkan radang pada bahagian saraf yang tersepit. Jika keadaan berterusan, rujukan kepada pakar ortopedik/tulang diperlukan bagi konsultansi dan keperluan pembedahan membuang bahagian yang menyempit pada tulang belakang (discectomy / laminectomy).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Puan Mapuzah, masalah puan mungkin berkaitan dengan salur darah atau saraf yang keluar dari tulang belakang dan membekali kedua-dua kaki. Adakah sebarang ujian telah dilakukan pada tulang belakang puan? Bagi melegakan gejala, puan boleh cuba berbekam dan amalkan Quranic Food yang mempunyai antioxidant yang tinggi. Buat permulaan, boleh cuba amalkan jus delima dan minyak zaitun extra virgin dahulu. Puan juga dinasihatkan ke klinik menjalani ujian bagi memastikan tiada masalah pada struktur tulang belakang. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan pada puan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

*Soalan ditanya dan dijawab semasa bulan Ramadhan lepas.

Sumber: Olive House Medic & Business
Layari: http://QuranicFoods.com
Blog www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

www.facebook.com/QuranicFoods

Kurma dan Delima

*Allah SWT berfirman dalam Surah Ar Rahman, ayat 68*  :

Maksudnya : Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.
‘KeduaNya’ = dalam syurga

☘☘ Jika sebelum ini, kita selalu bercerita akan peranan Buah Delima yang cukup banyak pada manfaat kesihatan tubuh badan manusia. Dalam Ayat 68 Surah Ar Rahman juga disebut buah-buahan daripada Syurga adalah Buah Kurma.

☘☘Ramai yang sudah tahu kelebihan & manfaat yang sangat banyak pada buah-buahan & sayur-sayuran. Tetapi, apabila dipuji secara terang-terangan dalam Al Quran bahawa Kurma ini adalah buah yang ada di syurga, di situ ada keistimewaan yang sungguh  *Luar Biasa* 

☘☘Kebiasaaannya masyarakat kita sering kaitkan Buah Kurma hanya untuk Bulan Ramadhan. Habis Ramadhan, maka habislah juga pengamalan buah kurma. Hakikatnya, Buah Kurma ini sangat berperanan penting pada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

*Nutrisi*
↪↪ Mengandungi khasiat kepada ketahanan tubuh badan, Vitamin & Mineral yang pelbagai, sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira warna kulit. Makanan yang tinggi nilai serat untuk penghadaman & pencernaan makanan yang lebih baik sehinggakan dilabel sebagai ‘Snek Terbaik’!

*Kajian Saintifik* 🔬🔬
↪↪ Membuktikan, Antioksida hebat yang ada dalam Buah kurma sangat-sangat bantu memastikan fungsi jantung yang sihat, dapat mengepam darah dengan baik dan bekalan darah dapat sampai ke seluruh badan dengan sempurna.
Pengamalan 3 BIJI BUAH KURMA setiap hari, bersama-sama Jus Delima Olive House dapat bantu elak pengerasan kolestrol di salur darah @ Atheroskelrosis.

Antioksida namanya :
1. *Tannin* iaitu jenis FLAVONOIDS yang akan bantu elak pengumpulan kolestrol pada salur darah. Bertindak juga sebagai anti keradangan untuk elak keradangan di salur darah.
2.   Kaya dengan Serat yang sangat lancarkan penghadaman makanan

Alhamdulillah ✅ 👍🏻 kami daripada Olive House membawakan khas untuk anda 3 Jenis Buah Kurma dengan Kualiti Gred A. Antaranya Ajwah, Mabroom dan Madjoul.

Antara keISTIMEWAAan Buah Kurma Olive House ialah :

➡ Dihasilkan oleh sebuah Kilang di Madinah yang menjadi PENERAJU UTAMA, berkepakaran dalam Pengeluaran Kurma Terbaik di negara Arab Saudi sejak 1991
➡ Dihasilkan di kilang yang mempunyai tenaga MAHIR & guna TEKNOLOGI yang Canggih & Bermutu  khasiat dalamnya terjaga & terpelihara
➡ Penghasilan Buah Kurma yang sentiasa utamakan KUALITI serta pembungkusan yang sangat menarik selari dengan Olive House yang kami ingin berikan HANYA yang TERBAIK buat anda
➡ Rasa yang sedap dengan ketebalan isi Buah Kurma yang tidak mungkin anda akan dapat jumpa di pasaran lain

Apabila kualiti diutamakan, insyaAllah khasiat yang pelbagai akan dapat anda rasai.

📢 Sekali lagi diwar war kan agar amalkan 3 biji Buah Kurma setiap hari untuk Jantung anda yang lebih sihat bersama-sama Jus Delima 🍷 berdasarkan banyak penemuan Para Saintis akan kehebatan Buah Kurma pada tubuh badan yang sihat.

✅ Benarlah seperti yang telah lama termaktub dalam Surah Ar Rahman, (buah daripada Syurga) dengan khasiat yang sungguh banyak!

~Nurshamimi Zulkefely~

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau mengetahui promosi terkini WhatsApp 014 2448 999 Us Zaki

www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com

Saturday 2 July 2016

Quranic Foods Funtional Foods Vaksin Non Vaksin

QuranicFoods.. Funtional Foods.. Prophethic Medicine.. Vaksin Vs Non Vaksin.. Perawatan Vs Pemakanan..

MAKANAN SUNNAH PENGGANTI VAKSIN ?

1. Assalamualaikum Warahmatullah semua.

2. Saya dari pendidikan Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar, tetapi jujur saya katakan sehingga kini saya tidak jelas apa maksud "makanan sunnah" secara akademiknya. Apa yang jelas dari pengajian Syariah ialah berkenaan makanan yang halal, haram dan syubhat. Jelas dari Al-Quran dan Hadis pecahan tiga ini. Sesuatu makanan itu boleh menjadi haram atau syubhat sama ada atas faktor ketaatan (perintah) kepada Allah atau memberikan kemudaran/penyakit kepada manusia.

3. Adapun selain itu, tidak ditemukan secara khusus berkenaan "makanan sunnah" atau nama seiras dengannya. Apa yang sering saya temukan (pastinya penemuan itu daripada bantuan pensyarah dan profesor-profesor yang saya kenali) adalah dari sudut tulisan-tulisan hebat atau journal-journal antarabangsa serta pembincangan ilmiah berhubung "Quranic Food "iaitu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Hari ini, Sains moden membuktikan kebaikannya dan sebahagiannya menjadi aspirasi kepada ciptaan ubat-ubat sintetik bagi industri ubat moden dan memberi sumbangan besar kepada dunia perubatan moden.

4. Begitu juga journal yang banyak berkaitan "Prophetic Medicine" penulisan dan kajian berhubung adakah perubatan yang dianjurkan Nabi itu kewajipan diikuti sebagaimana Syariat yang menjadi ibadat yang wajib dituruti atau sekadar saranan semasa mengikut perkembangan perubatan semasa yang berada pada zaman baginda? Panjang lebar perbahasan secara ilmiah dapat ditemukan satu persatu. Quranic Food dan Prophetic Medicine kata kunci penting.

5. Istilah "Quranic Food" dan "Prophetic Medicine" itu wujud bersama penjelasan saintifik. Hasilnya memberikan kebaikan kepada masyarakat seluruhnya. Adapun "makanan sunnah" ini saya agak kurang pasti. Terus menafikan istilah ini saya tidak berani, mungkin ada definasinya yang saya tidak tahu atau sememangnya ia hanya ucapan rawak yang diterima pakai oleh masyarakat. Ini kerana istilah "makanan sunnah" ini hanya berlegar di sempadan tanah air malaysia sahaja, tidak diketahui di negara selainnya. Terbaru saya bertemu Dr Mohamed Faid (hafal 30 juzuk Al-Quran) yang merupakan saintis serta tokoh nutrisi dunia memberikan komentar kurang senang dengan istilah makanan sunnah yang dikombinasikan pelbagai ramuan yang tidak diketahui "chemical reaction" hasil campuran. Juga apa kesannya kepada tubuh dan tidak pernah diuji tetapi langsung dijual. Kemudian disandarkan ia sebagai "makanan sunnah" yang kemungkinan membawa fitnah kepada agama. Itu komen beliau.

6. Saya lebih teruja dan tertarik dengan beberapa Profesor dari Universiti Al-Azhar (jurusan biology, chemistry, food sciense dan selainnya. Al-Azhar tidak sekadar mempunyai jurusan agama, terdapat kampus perubatan dan semua bidang ilmu. Beza kampus mereka dengan universiti yang lain hanya mereka diwajibkan hafal 30 juzuk Al-Quran). Maaf, kembali kepada apa yang ingin dikatakan oleh tokoh Al-Azhar, jika mahukan nama-nama mereka saya kena merujuk semula, tulisan tanpa rujukan sekadar apa terlintas di minda dan nama mereka tak dapat diingati buat masa sekarang🙈.

7. Kata mereka: Di dalam Al-Quran menyebut terdapat 5 pokok yang mempunyai kebaikan nutrisi yang hebat; zaitun, teen, kurma, delima dan anggur. Makanan ini pada Sains moden diiktiraf sebagai "Super Food" @ "Funtional Food". Bermaksud makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi kebaikan kepada tubuh manusia dan mesti diamalkan. Ditanya: Bagaimana pula dengan madu, habbas sauda dan lain-lain kenapa tidak dimasukkan di dalam senarai Quranic Food? Dijawab: Madu, Habbas Sauda dan seumpamanya dikategorikan sebagai ubat. Makanan dan Perubatan adalah dua tajuk yang berbeza. Soal makanan adalah soal diet, penjagaan kesihatan, pencegahan, memberikan nutrien yang cukup pada tubuh, gizi dan lain-lainnya. Adapun madu, habbas sauda, bekam dan selainnya, ini merupakan soal perawatan dan perubatan memerlukan pakar dan ahli yang layak untuk bercakap mengenainya. Bila orang awam mula masuk campur dan bercakap sesuka hati, disiplin ilmu yang tinggi bertukar menjadi sampah.

8. Kesimpulannya: "Quranic Food" (Makanan) dan "Prophetic Medicine" (Perubatan) adalah dua tajuk berlainan! Jangan pelik jika fakta kukuh membuktikan, larangan mengambil habbas sauda bagi pesakit buah pinggang. Bahkan disebabkan kejahilan dalam bidang perubatan, kesan pengambilan habbas sauda merosakkan buah pinggang. Ini sama sekali tidak menafikan hadis Nabi berkaitan kebaikan habbas sauda. Kita akan sedar ianya tidak bertembung apabila memahami prinsip pemakanan dan perubatan yang diajar oleh Syariat. Pemahaman secara lateral pada perkara keagamaan yang melahirkan extremes. Soal perawatan melibatkan banyak isu; kondisi semasa pesakit, metabolisme, dos dan lain-lain isu yang komplikated yang mana perawat dan ahli dalam bidang perubatan sahaja yang pakar dan mahir. Itupun ilmu tersebut masih berkembang bukan sudah sampai ke puncaknya. Bahkan Nabi secara jelas meminta para sahabat untuk urusan konsultasi perubatan kepada yang ahli walaupun bukan Islam seumpama Haris bin Kaladah.

9. Vaksin adalah soal perubatan moden. Kajian, analisa, penemuan, pembuktian dan lain-lain perkara berkaitan memenuhi dunia ilmu perubatan moden yang adakala atau kebanyakannya tidak difahami oleh masyarakat awam bahkan ahli perubatan itu sendiri kecuali yang pakar. Menjadi mengantuk saya kebosanan membaca perdebatan tidak keruan antara beberapa kelompok yang bercakap soal makanan sunnah dan soal vaksin. Tuan cik puan, sebelum "bertumbuk" masuk di dalam tajuk dahulu, terlebih dahulu tetapkan perbincangan agar hasil perbincangan dan konklusi perbincangan jelas. Seorang bercakap soal payung sumber penghalang hujan dari terkena tubuh dan seorang bercakap soal rumah sebagai pelindung, seumpama orang tidak waras perdebatan yang berlaku. Saya hanya analogikan rumah dan payung, hujan sebagai penyakit. Siapa payung siapa rumah, saya juga tak tahu cuma yang saya tahu, soal perubatan dan soal pemakanan adalah dua tajuk yang berlainan serta mempunyai disiplin ilmu yang tidak sama. Dicampur adukkan kedua tajuk, menjadikan lauk itu basi serta tidak boleh dimakan.

10. Menjadikan pemakanan sebagai hospital mutlak umpama ucapan orang sasau, manakala merawat tanpa mengambil berat soal pemakanan ucapan mentah yang tidak masak terzahir kedangkalan amat nyata di situ. Soal makanan yang baik membantu kesihatan yang optimun dalam masa yang sama tidak menjamin tidak diuji dengan penyakit. Sehebat apapun ilmu perubatan moden tidak menafikan pemakanan berperanan penting kepada penyakit yang dideritai, pengamalan makanan yang betul dan berkhasiat menjadikan para perawat dan ahli perubatan fokus kepada penyakit sebenar untuk diubati. Soal pemakanan dan kesihatan berkait rapat antara satu sama lain. Saling melengkapi bukan memusuhi. Ingat!!!!

11. Sekarang viral isu vaksin yang merupakan bidang perubatan. Terlalu banyak "evidence" yang boleh dikongsikan berhubung perkara ini untuk tatapan dan pembacaan bersama sokongan penerangan, bukannya semborono emosi yang tidak membawa konklusi keputusan menenangkan di akhirnya. Pro and cont pasti ada, jelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Ingin bertumbuk atau memberi petunjuk? Sebagaimana juga soal pemakanan terdapat "evidence" yang jelas secara saintifik untuk kita ketahui sama ada sesuatu makanan "sunnah" itu sekadar "bullshit" jeritan menggila penjual produk atau bersama bukti saintifik. Saya yakin dan percaya soal vaksin juga sama. Bahasa ilmiah ini boleh menjadi pedoman kepada yang mencari kebenaran. Kongsikan!!!

12. Adapun masyarakat awam, menjadi tanggungjawab negara/pihak berkuasa untuk meletakkan undang-undang yang sesuai demi kebaikan bersama. Mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti memahami perbincangan yang komplikated, mereka hanya perlu undang-undang yang baik untuk memelihara mereka. Semestinya negara/pemimpin telah difikir sehabisnya dan dipilih neraca paling baik untuk dilaksanakan termasuk implikasi undang-undang apabila diwajibkan atau diharuskan sesuatu undang-undang. Ini kaedah terbaik, bukannya perdebatan dengan awam yang sehingga kiamat tidak akan memahami hasil perbincangan.
....Us Aidil Azwal...

Jagalah Kesihatan Dengan Diet serta Sumber yang TERBAIK!
Rawatlah Penyakit anda dengan cara yang TERBAIK!

Jom jadikan Funtional Foods Super Foods amalan harian..
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
www.QuranicFoods.com

Perfume Olive House - Wangian Berkualiti Tinggi dari UAE Dubai

Bersama CEO OLIVE HOUSE:
Assalamualaikum Warahmatullah

1) Respon bab minyak wangi yang ditanya oleh Imam Muda haritu. Terlupa dah, ni baru teringat semula.

2) Kelebihan perfume Caesar Madfai adalah "imitation" kepada jenama terkenal di dunia. Kita ketahui jenama minyak wangi dunia menjadi mahal merana 90% dari harga yang dibayar adalah bayaran kepada marketing yang dilakukan mereka. Semua gambar botol yg ekslusif di depan kotak perfume Madfai adalah brand terkenal yang harga perfume tersebut boleh mencapai ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit. Sebab itu tagline Caesar Madfai "anda boleh jadi sesiapa sahaja yg anda ingin". Ini kerana semua jenama perfume terkenal terdapat di dalam range Caesar. Sama ada Arabic range ataupun France range.

3) Di dalam industri perfume dahulu dan kini terdapat hanya dua perbezaan; 1) Dahulu minyak digunakan untuk dijadikan pemankin bau seumpama minyak zaitun dan minyak almond dicampur dengan bunga-bungaan. Adapun wangian di zaman moden menggunakan alkohol. Alkohol lebih berkesan berbanding minyak kerana alkohol memberikan bau lebih baik sebagai pemankin bau sama ada pada kulit badan, pakaian atau mana-mana pemukaan. Adapun minyak, hanya berkesan dengan baik apabila menyentuh kulit badan. Alkohol bukan arak dan tidak ada perbezaan hukum menggunakan perfume atau atar biasa. 2) Zaman dahulu menggunakan bahan semulajadi  sama ada tumbuhan, haiwan darat atau binatang di laut. Jika perfume arab terkenal dari binatang (kasturi dari rusa), ambar (dari ikan paus) dan oud (dari tumbuhan). Wangian yang terkenal dipakai khalifah umar abd aziz sebelum dilantik menjadi khalifah bernama "ghaliah" (gabungan oud, ambar dan kasturi). Hari ini hampir mustahil mendapatkan kasturi dari rusa tibet, pengambilan dari paus diharamkan semenjak tahun 70an dan oud untuk menghasilkannya secara asli memerlukan penjagaan yang teramat rapi. Penghasilan secara semulajadi juga amat tinggi kos dan tidak konsisten bau. Sebagai contoh bau jasmine memerlukan 750kilo bunga jasmine untuk hasilkan sekilo minyak wangi. Jika bunga yg dipetik berlainan musim, cuaca dan lain-lain faktor, hasil baunya akan berbeza antara waktu dan waktu. Disebabkan dua faktor inilah definasi natural dan alami pada wangian berlainan dari definasi pada makanan. Panjang tajuk ini jika ingin dibicarakan.

4) Apabila membeli perfume pastikan 4 bahan ini tidak terdapat di dalam perfume tersebut;
1) toluene
2) benzene derivatives
3) aldehydes
4) phthalate

Ini bahan-bahan yg membawa mudarat kepada kesihatan jika diletakkan di dalam perfume. Caesar Madfai perfume terhindar dari benda ini, mungkin juga kerana piawai Dubai yg tinggi dan masyarakat moden yg sensitif dengan kesihatan menjadiakan produk perfume
mampu milik ini terhindar bahan merbahaya.

5) Kelebihan besar perfume Caesar Madfai apabila disembur dan diuji tahan 8-12 jam sehari. Disamping mendapat pengiktirafan IFRA (The International Fragrance Association (IFRA), based in Geneva, Switzerland, and founded in 1973, is the official self-regulatory representative body of the fragrance industry worldwide. Its main purpose is to ensure the safety of fragrance materials through a dedicated science program).

6) Wangian ini senjata dua mata di dalam Islam. Ia boleh mendapat pahala atau ia boleh menjadi dosa. Sifat wangian wanita, tidak menzahirkan bau kepada lelaki ajnabi dalam masa sama wangian membantu elak bau yang kurang enak. (Semburan untuk wanita di sebelah dalam bukan dibahagian luar pakaian). Berlainan bagi lelaki, elak bauan kurang enak dan zahirkan wangian yg baik kepada yg lain. (Semburan di luar pakaian).

......
Untuk tempahan atau pertanyaan
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/PerfumeExclusive

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!