Thursday 28 May 2015

Vertigo Vs Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit VERTIGO):

Assalamualaikum doktor.  Saya hanya hendak bertanyakan tentang penyakit "VERTIGO" memandangkan saya ada di diagnosis mengidap VERTIGO ini dengan simptom pening kepala, ketidakseimbangan badan, fikiran terasa kebingungan dan kegelisahan/panik yang melanda secara tiba-tiba. Adakah MZ dan produk OH lain boleh membantu menangani penyakit VERTIGO ini. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Vertigo berpunca sama ada dari saraf vestibular yang bersambung dengan telinga ataupun masalah pada serebelum/pangkal otak. Vertigo datang dalam bentuk perasaan keadaan sekeliling berpusing dan biasanya akan berhenti sendiri dalam masa beberapa minit. Simptomnya lebih teruk dan lama jika melibatkan masalah pangkal otak (cerebellar abscess, tumour). Pemeriksaan CT scan akan dibuat jika vertigo tersebut dijangka berpunca dari pangkal otak. Jika vertigo berpunca dari saraf keseimbangan telinga, kebiasaannya ubat Betahistine yang memperbaiki perjalanan darah ke organ tersebut akan diberi oleh doktor. Pesakit juga akan dirujuk kepada fisioterapi untuk vestibular rehabilitation. MZ sangat membantu bagi mengurangkan radang saraf vestibular seterusnya mengurangkan serangan vertigo.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Vertigo merujuk kepada keadaan pesakit merasa seakan-akan alam sekelilingnya berpusing ataupun dia yang berpusing. Ianya biasanya disebabkan oleh penyakit yang berkenaan dengan bahagian telinga dalam di mana terdapat organ salur separuh bulat dan vestibule yang menjaga keseimbangan. Ianya boleh disebabkan jangkitan, gangguan saraf atau gangguan hormone-hormon seperti asetilkolin, GABA, dopamin, histamine dan serotonin. Minyak zaitun boleh membantu dan anda patut berbekam untuk kembalikan keseimbangan tubuh dan menjaga makanan seharian. Elakkan penggunaan shampoo biasa dan mandian biasa, gantikan dengan yang alami seperti soapnut, jenama Moogoo, atau lain-lain jenama organik yang lain tanpa SLS, ALS, phalates,glycol dan paraben. Wallahu A'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 26 May 2015

Soalan Masalah Fibroid Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Fibroid):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada fibroid dan bercadang kecutkan fibroid dengan mengamalkan produk Olive House tetapi saya tidak tahu caranya. Untuk pengetahuan, saya ada beli cuka buah teen dan minyak zaitun Olive House yang berharga RM39.90 ini. Mohon bagitahu cara yang betul amalan pemakanannya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Fibroid merupakan ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya selama mana saiznya tidak membesar seterusnya menekan organ-organ lain atau menghalang proses mengandung. Ianya bergantung kepada hormon estrogen untuk membesar. Langkah pertama ialah mengelakkan sebarang makanan proses terutamanya ayam yang disuntik hormon serta dapatkan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan saiz fibroid tersebut tidak berisiko. Jika doktor tidak mencadangkan pembedahan, amalkan PMZ dan SCT sebagai ikhtiar untuk menstabilkan kadar hormon estrogen di dalam badan seterusnya mengecilkan saiz fibroid tersebut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pertama sekali, hendaklah difahami apa itu fibroid atau nama lainnya leiomyoma. Ia adalah sejenis ketulan yang terjadi di kawasan otot licin dinding rahim. Punca sebenar masih belum diketahui oleh sains moden namun apa yang logik, ia adalah akibat paras hormon yang tidak seimbang menyebabkan pembahagian sel terganggu dan pembentukan sel yang kurang sempurna berlaku. Rahim atau uterus adalah organ yang sangat penting bagi wanita dan seharusnya dipelihara dengan baik dan teliti. Sebagai langkah pertama puan haruslah menukar semua alatan penbersih seperti sabun, shampoo, losyen kepada jenama organik kerana banyak bahan kimia merbahaya dalam produk yang kebanyakannya ada di pasaran yang bertindak sebagai xenoestrogen ataupun estrogen sintetik bila masuk ke dalam tubuh. Alatan memasak juga haruslah menggunakan stainless steel atau cast iron yang kukuh. Elakkan menggunakan aluminium pot atau teflon coated pan yang sebenarnya merembeskan bahan merbahaya bila bertindakbalas dengan haba. Bekas bekas plastik juga harus dipastikan BPA free atau sebaik-baiknya menggunakan glassware. Makanan yang boleh membantu keseimbangan hormon adalah madu asli yang diambil secara terus tanpa air, ambil 1 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan. Jus delima sekali sehari (boleh dibuat sendiri atau beli jus yang organik tanpa bahan pengawet atau xanthan gum), Kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari (direndam dalam air suhu bilik semalaman, dan keesokannya diminum). Minyak zaitun ambil seperti biasa secara asing atau dicampur dengan makanan. Sari cuka teen boleh dibuat sebagai minuman selepas makan, 2 kali sehari. Harus diingat , niat kena dibetulkan setiap kali mengambil makanan dan ubat kerana penyakit adalah ujian dari Allah, maka hak Allah juga sama ada untuk memberi kesembuhan atau terus melatih kesabaran kita. Apa yang paling penting usaha kesembuhan wajiblah kepada ubatan yang halal dan thoiyyibah kerana Allah tidak menurunkan kesembuhan dalam perkara haram. Wallahu A'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Dr Hafizah : Minyak Zaitun & Cryst Ovari

Minyak Zaitun & Cryst Ovari

  • 09-10-2014
  • Dr Hafizah binti Amanulla

Bagi mereka yang mempunyai masalah cyst di ovary, kebanyakan cyts (kecuali dermoid cycst/teratoma) adalah akibat ketidakseimbangan paras hormon. Hormon wanita bukanlah berada pada paras yang tetap setiap masa. Mengikut kitaran haid, paras hormon-hormon seperti estrogen, progestrogen, follicular stimulating hormon(FSH), luteinizing hormon (LH) juga berubah-ubah. Paras hormon ini sepatutnya berada dalam keseimbangan yang dikawal oleh otak (central control).

 Ketidakseimbangan hormon terjadi hari ini terutamanya akibat kehadiran xenoestrogen dari persekitaran kita. Bahan dari racun rumpai, racun perosak, bahan kimia dalam shampo seperti phalates, BPA and pelbagai bahan dalam kosmetik bertindak umpama estrogen apabila memasuki badan kita. Estrogen palsu ini akan menyebabkan otak menyangka paras estrogen sudah tinggi dan menghalang ovari merembeskan estrogen. Namun di peringkat sel, estrogen palsu ini walaupun mengikat di reseptor estrogen namun gagal bertindak umpama estrogen. Ini akan merangsang tisu lemak untuk menghasilkan estrogen setempat dan seterusnya lapisan lemak akan menebal dan menyebabkan kegemukan dan pelbagai masalah lain.

Minyak zaitun membantu menyeimbangkan paras hormon dan membantu menyingkirkan xenoestrogen ini. Pada masa yang sama, kemasukan xenoestrogen hendaklah dihentikan. Amalkan aktiviti menanam sayur sendiri tanpa menggunakan racun dan baja kimia, dan amalkan buah-buahan organik. 

Bagi menggantikan shampo yang toksik, anda bolehlah belajar membuat shampo dan juga sabun sendiri dari bahan-bahan alami melalui pelbagai blog di internet terutamanya blog-blog masyarakat Australia, Amerika dan Canada yang sedang sangat aktif melakukan revolusi menukarkan bahan kimia kepada bahan semulajadi demi kesihatan yang lebih sempurna. Selain itu elakkan penggunaan plastik untuk meletakkan bahan makanan yang panas kerana ia boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya terbebas ke dalam makanan.Apabila paras hormon mula stabil, maka anda akan dapati berat badan menurun, cyst akan hilang dan kesuburan pun meningkat.Insya Allah. 

Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>
Ustaz Zaki : 017-5750810


Boleh Like dan mesej kami di facebook : https://www.facebook.com/QuranicFoodsatau lawati kami di : www.QuranicFoods.com

Tuesday 19 May 2015

Kenali 15 SuperFoods dalam Al-Quran


Kenali 15 Superfoods dalam Al-Quran

BAB 1: KURMA

Pengenalan

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara
kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib
ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix
dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu
banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma
sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat
25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati
daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan
Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin
dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada
buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya
Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata
tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan
proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat
digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a.
yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma
antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi,
maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:
no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah,
manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil
tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma
ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan
vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah
kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain
itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid
amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

KANDUNGAN BUKU

Sekapur sirih

Pendahuluan

Bab 1 : Kurma

Pengenalan

1.1 Kandungan nutrien dalam kurma

1.2 Khasiat kurma
1.2.1 Mengelakkan penyakit
1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik
1.2.3 Memudahkan proses bersalin
1.2.4 Memudahkan proses pencernaan
1.2.5 Menenangkan perasaan
1.2.6 Memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

1.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan kurma

1.4 Petua dan larangan penggunaan kurma

Bab 2 : Madu

Pengenalan

2.1 Kandungan nutrien dalam madu

2.2 Khasiat madu
2.2.1 Pemangkin kesihatan dan agen penyembuhan yang berkesan
2.2.2 Memacu kecerdasan otak
2.2.3 Antioksidan (bahan antipenuaan)
2.2.4 Bahan antibakterial (melawan serangan bakteria)

2.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan madu

2.4 Petua dan larangan penggunaan madu

Bab 3: Bawang Putih

Pengenalan

3.1 Kandungan nutrien dalam bawang putih

3.2 Khasiat bawang putih
3.2.1 Sebagai bahan antikuman
3.2.2 Penyembuh penyakit kronik
3.2.3 Mempercepat pertumbuhan sel
3.2.4 Sebagai antibiotic

3.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang putih

3.4 Petua dan larangan penggunaan bawang putih

Bab 4: Buah Zaitun

Pengenalan

4.1 Kandungan nutrien dalam buah zaitun

4.2 Khasiat buah zaitun
4.2.1 Agen perubatan
4.2.2 Antioksidan (bahan antipenuaan) dan bahan kecantikan
4.2.3 Penyembuh penyakit kronik
4.2.4 Sebagai agen pemakanan yang sihat

4.3 Penyediaan ubat menggunakan buah zaitun

4.4 Petua dan larangan penggunaan buah zaitun

Bab 5 : Buah Delima

Pengenalan

5.1 Kandungan nutrien dalam buah delima

5.2 Khasiat buah delima
5.2.1 Unsur penting pembentukan darah merah dan antioksidan
5.2.2 Memelihara jantung dan saraf
5.2.3 Mempercepat tumbesaran

5.3 Penyediaan ubat menggunakan buah delima

5.4 Petua dan larangan penggunaan buah delima

Bab 6: Halia

Pengenalan

6.1 Kandungan nutrien dalam halia

6.2 Khasiat halia
6.2.1 Agen penyembuh
6.2.2 Pembunuh kuman
6.2.3 Penawar racun dan menghentikan muntah

6.4 Penyediaan ubat menggunakan halia

6.5 Petua dan larangan penggunaan halia

Bab 7: Timun

Pengenalan

7.1 Kandungan nutrien dalam timun

7.2 Khasiat timun
7.2.1 Agen kecantikan
7.2.2 Sebagai penyingkir bahan toksik
7.2.3 Menggalakkkan pembuangan air kecil

7.3 Penyediaan ubat menggunakan timun

7.4 Petua dan larangan penggunaan timun

Bab 8: Bawang merah

Pengenalan

8.1 Kandungan nutrien dalam bawang merah

8.2 Khasiat bawang merah
8.2.1 Agen pembunuh sel kanser
8.2.2 Mengurangkan risiko Alzheimer's dan kencing manis
8.2.3 Membantu awet muda dan menurunkan tekanan darah

8.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang merah

8.4 Petua dan larangan penggunaan bawang merah

Bab 9: Buah Tiin

Pengenalan

9.1 Kandungan nutrien dalam buah tiin

9.2 Khasiat buah tiin
9.2.1 Mengubati penyakit kronik
9.2.2 Menjaga kesihatan tubuh
9.2.3 Dapat merangsang haemoglobin darah dan mengubati luka
9.2.4 Dapat menurunkan berat badan
9.2.5 Khasiat buah tiin yang lain

9.3 Penyediaan ubat menggunakan buah tiin

9.4 Petua dan larangan penggunaan buah tiin

Bab 10: Anggur

Pengenalan

10.1 Kandungan nutrien dalam anggur

10.2 Khasiat anggur
10.2.1 Antioksidan
10.2.2 Dapat memacu kecerdasan otak

10.3 Petua dan larangan penggunaan buah anggur

Bab 11: Susu Haiwan

Pengenalan

11.1 Kandungan nutrien dalam susu

11.2 Khasiat susu
11.2.1 Kaya dengan nutrien
11.2.2 Sebagai sumber kalsium yang utama
11.2.3 Sebagai alat perawatan tubuh
11.2.4 Sebagai penawar penyakit

11.3 Penyediaan ubat menggunakan susu

11.4 Petua dan larangan penggunaan susu

Bab 12: Susu ibu

Pengenalan

12.1 Kandungan nutrien dalam susu ibu

12.2 Khasiat susu ibu
12.2.1 Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul
12.2.2 Antijangkitan yang melawan penyakit
12.2.3 Meningkatkan kecerdasan otak bayi

12.3 Kebaikan susu ibu
12.3.1 Melahirkan generasi muda yang sihat dan pintar
12.3.2 Menjadikan wanita bekerja lebih sihat
12.3.3 Kaedah perancang keluarga yang selamat
12.3.4 Menyerlahkan naluri keibuan
12.3.5 Memudahkan pergerakan

12.4 Saranan penyusuan di tempat kerja

12.5 Petua dan larangan penggunaan susu ibu

Bab 13: Ikan

Pengenalan

13.1 Kandungan nutrien dalam ikan

13.2 Khasiat ikan

13.3 Khasiat ikan linang

13.4 Petua dan larangan penggunaan ikan

Bab 14: Daging

Pengenalan

14.1 Kandungan nutrien dalam daging

14.2 Khasiat daging
14.2.1 Menguatkan tulang dan gigi dan membentuk sistem saraf
14.2.2 Membentuk haemoglobin
14.2.3 Daging tidak menggemukkan jika diambil dalam jumlah yang seimbang

14.3 Jenis-jenis daging
14.3.1 Daging lembu dan sapi
14.3.2 Daging kambing biri-biri/kibas
14.3.3 Daging unta
14.3.4 Daging kuda
14.3.5 Daging kijang
14.3.6 Daging arnab
14.3.7 Daging dhab

14.4 Petua dan larangan penggunaan daging

Bab 15: Air

Pengenalan

15.1 Kelebihan air

15.2 Bagaimanakah tubuh boleh kehilangan air?

15.3 Simpton-simpton kehilangan air

15.4 Kesan penyahhidratan yang teruk

15.5 Air zamzam

15.6 Petua dan larangan penggunaan air

Penutup

Bibliografi

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods
Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di
http://www.books.perintis.com.my

View more www.Quranicfoods.com
www.facebook.com/Quranicfoods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pening Kepala+Kebas+Badan Tidak Stabil):

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pening Kepala+Kebas+Badan Tidak Stabil):

Assalammu'alaikum doktor. Untuk makluman doktor, saya mengalami pening kepala, kebas dan badan terasa buai/tidak stabil bila berdiri pegun dan berjalan mulai JUN 2014. Saya juga merasa kejang di kepala. Juga seperti mamai. Setelah membuat rawatan dengan klinik ENT dan juga pakar mata. Doktor mengatakan tiada masalah ketara dengan kedua-duanya. Cuma diberikan ubat sahaja. Apapun saya juga berubat dengan homeopati dan akupuntur. Dan rawatan Islam. Sehingga hari ini, keadaan agak baik. Namun ketidakseimbangan badan dan pening saya masih ada. Juga apabila berada di tempat yang ramai orang, saya dapati, saya jadi resah dan gelisah. Saya juga telah membuat CT SCAN, EEG dan Blood Test. Doktor kata tiada masalah. Sekarang sudah 2 bulan menggunakan minyak zaitun sebagai supplement. Saya berharap saya akan pulih seperti sediakala. Cuma minta pandangan doktor atas penyakit ini.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Permasalahan ini berlaku akibat pemindahan perangsang saraf di dalam sistem vestibular di dalam saraf telinga menyebabkan pergerakan kepala akan mengakibatkan perasaan berpusing-pusing,loya serta muntah. Rawatan biasanya ialah melalui ubatan Betaserc yang membantu memulihkan pengaliran darah kepada saraf tersebut serta vestibular exercise yang di ajar melalui fisioterapi untuk mengembalikan perangsang saraf tersebut kepada kedudukan asal.Yang paling penting,ialah bagaimana pesakit mampu mengadaptasi dengan keadaan tersebut yang lama-kelamaan akan semakin hilang. PMZ dan SCT mempercepatkan proses adaptasi serta memperbaiki saraf yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Maklumat yang diberikan pada soalan ini adalah tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan atau pandangan. Kemungkinan, ada masalah dengan self esteem yang rendah. Cuba elakkan diri dari alatan elektronik dalam jangkamasa yang lama. Pastikan cellphone dimatikan sebelum tidur malam. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Minyak Zaitun Soalan Dari Pelanggan (Masalah Batuk Sukar Hilang+Penat+Sesak Nafas)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Batuk Sukar Hilang+Penat+Sesak Nafas):

Assalammu'alaikum doktor. Saya batuk tidak mahu hilang, biasanya berlaku sebelah malam diikuti dengan penat/sesak nafas & selepas 'heavy meal' perut akan kembung/masuk angin diikuti dengan batuk/penat tetapi hilang dalam masa 30 minit ke 1 jam. Cuma, saya ingin tahu sebab apakah terjadi seperti ini & olive house ada produk untuk merawatnya? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Berkemungkinan, kapasiti paru-paru mula turun ataupun jantung mula lemah. Batuk yang berpanjangan mungkin disebabkan oleh cecair yang terkumpul di paru-paru sedikit demi sedikit. Untuk membaiki jantung, minyak zaitun dan jus delima amat baik diamalkan. Madu ASLI juga patut diamalkan dan dilarutkan dalam air suam. Bekam boleh dilakukan 2 minggu sekali pada peringkat awal dan dikurangkan mengikut simptom. Elakkan makan banyak, makan sedikit-sedikit dan kerap jika lapar. Jangan minum bersulam air ketika makan dan selepas makan, amalkan minum air cuka teen sesudu dalam segelas air. Duduk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dapat mengelakkan dari makan berlebihan. Batuk berpanjangan juga boleh disebabkan oleh tuberkulosis atau pneumonia. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan bagi memastikan punca batuk. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Laryngopharyngeal reflux: Ianya merupakan kesan dari penyakit GERD yang berlaku apabila pintu perut (sphincter) tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan asid perut mengalir naik ke atas menyebabkan symptom seperti sakit gastrik(gastritis) iaitu pedih di ulu hati dan masam di bahagian tekak(laryngopharyngeal reflux). Rawatan utamanya ialah mengubah gaya hidup seperti mengurangkan makanan yang pedas dan masam serta mengelakkan makan sebelum tidur. Rawatan biasa ialah Proton Pump Inhibitor yang mengurangkan penghasilan asid. Bagi rawatan secara alami, pengambilan olive oil boleh menjadi pelindung kepada saluran pemakanan agar tidak terhakis oleh asid perut. Pengambilan cuka Teen juga memberi signal kepada tubuh bahawa asid badan sudah mencukupi seterusnya menghalang penghasilan asid berlebihan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 11 May 2015

MINYAK Zaitun dan Cuka Teen Bantu merawat Kayap

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kayap):

Assalamualaikum doktor. Masalah penyakit kayap, bagaimanakah rawatannya dengan amalan MZ & SCT? Bagaimana dengan dosnya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kayap dalam bahasa perubatan dipanggil herpes zoster ataupun shingles. Ia adalah akibat virus chicken pox yang mendiami tubuh secara senyap selepas jangkitan chicken pox. Virus ini tidak dikalahkan sepenuhnya dan mendiami sel saraf, bila imuniti rendah atau virus hebat membahagi maka muncullah kayap. Kayap adalah menyakitkan. Pada peringkat awal, boleh diletakkan daun mambu yang ditumbuk lumat dan MZ diminum. Bila lesi kering sedikit, bolehlah disapu MZ pada lesi. Untuk tahan sakit, bolehlah dibuat air lengkuas+madu dan diminum. Wallahu’alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Jangkitan virus herpes zoster melalui saraf ini berlaku apabila imuniti badan rendah. Rawatan ialah dengan meningkatkan daya ketahanan badan melalui MZ, SCT dan madu yang terbukti meningkatkan penghasilan sel-sel pertahanan badan serta sifat anti-mikrobial yang mampu melemahkan virus.

Sumber: Olive House Medic & Business.
View more www.oliveasli.blogspot.com

Tips tambahan.
sct cmpur air.
Buat basuhan di vagina.
Sct blh jg minum.
Asid asetik organik dlmnya InsyaAllah mmbntu rawat segala mslh kulit.
Mz / olivie minum dan buat sapuan nipis.
Sekiranya waktu period, tukar pad pakai buang kpda cloth pad.
InsyaAllah doa dbri ksmbuhan.
Ameen

Thursday 7 May 2015

Hydroxytyrosol dan olivie 30 kali ganda

Tahukah anda?
*🌱HYDROXYTYROSOL🌾*

(🌟Powerful 💚Polyphenol
🌍Naturally)

💭Apakah Hydoxytyrosol ??💬

👉 *Adalah superstar antioksidan
yang ada dalam pati Minyak
Zaitun yang mana kandungannya
melebihi 10 kali ganda dari TEH
Hijau.🌿

👉 *Fungsinya adalah melindungi
sel-sel tubuh badan dari
mengalami kecederaan.💪
View more www.Quranicfoods.com
www.facebook.com/Quranicfoods

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!