Friday 31 March 2017

Diabetis atau kencing manis kanak kanak Quranic Foods

*Soalan:*
*Assalamualaikum, pesakit berumur 85 tahun mengalami masalah jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing.*
*Juga ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan alami patah tulang paha.*
*Mohon bantuan & pencerahan.*
Terima Kasih.

*Jawapan:*
Paling asas untuk masalah jangkitan kuman pada pundi kencing, harus makan makanan yang boleh tingkatkan daya ketahanan tubuh badan serta detox alami.
Untuk minuman detox alami serta petua orang-orang lama, minum air kelapa muda tanpa ais dan gula serta amalkan minum air barli.
*Functional Quranic Food* juga tinggi nilai Antioksida, Detox Alami, Anti Keradangan serta Vitamin & Mineral yang pelbagai.

*MINYAK ZAITUN*
▶ *Hydroxytyrosol* iaitu Antioksida TERBAIK yang ditemui sehingga hari ini, terkedepan berbanding Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E serta kategori 'supplement lain'. Ia sangat bantu rawat dan cegah jangkitan kuman pada mana-mana bahgian dalam tubuh badan, hatta sehingga ke saluran darah paling halus di Otak (can cross Blood Brain Barrier).
*Hydroxytyrosol* juga bekerja pada Sel di Pankreas untuk baiki fungsi Pankreas yang kurang cekap hasilkan Hormon Insulin yang mencukupi bagi menghancurkan gula ke molekul lebih ringkas (pesakit ini ada penyakit Diabetes juga).
▶ Apabila berlaku jangkitan kuman, pasti akan berlaku *Inflammation/Keradangan.* Anti Keradangan hebat seperti *Oleocanthal* akan bantu rawat masalah keradangan yang berlaku. Tambahan pula, pesakit ini alami patah tulang paha. Ia juga akan bertindak di bahagian yang patah tersebut.
▶ *Omega 3 & 6* sebagai Anti Keradangan serta penjagaan jantung yang sihat dengan mengelak keradangan dan pemgumpulan kolestrol di salur darah yang memungkinkan berlakunya Tekanan Darah Tinggi juga.
▶ *Steroid Organik* yang pelbagai juga bantu rawat keradangan di pundi kencing serta bahagaian yang alami tulang patah.

*Sari Cuka Teen*
▶ Amalkan minum SCT setiap pagi dan malam.
▶ *Asid Asetik Organik* akan bantu untuk penstabilan paras gula dalam darah serta bantu rawat jangkitan kuman di pundi kencing.
▶ *Potassium* akan bantu stabilkan mineral 'Sodium-Potassium' agar dapat dikawal Tekanan Darah yang tinggi.

*Ceylon Cinnamon*
▶ *Cinnamaldehyde, Cinnamyl Acetate, dan Cinnamyl Alcohol* adalah Anti Keradangan yang juga dapat bantu rawat keradangan yang berlaku
▶ *Tryptophan dan Mangan* yang tinggi di dalam Ceylon Cinnamon adalah Mineral yang dapat beri ketenangan fikiran dan fungsi otak. Pesakit yang alami Tekanan Darah Tinggi akan kerap pening kepala serta alami 'stress'

Untuk masalah Kecing Manis & Darah Tinggi, saya sangat syorkan Berbekam dan Akupuntur untuk cepatkan perawatan. InsyaAllah.

Jaga Pemakanan, kurangkan makanan berdaging, berpewarna tambahan serta berproses yang tinggi kandungan Trans Fat & Sodium.

Cuba amalkan Gaya Hidup *Aafiyat* bersama Olive House 😊
.
More info atau promosi terkini
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Sunday 26 March 2017

Lemak bolehkan diambil Minyak Zaitun

=======================================
*LEMAK? PERLUKAH KITA MENGAMBILNYA?*
=======================================
Tahukah anda?

Lemak atau nama saintifiknya lipid sangat penting untuk tubuh badan. Melalui sistem piramid makanan, lemak perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Lemak merupakan sumber utama energi, serta membantu tubuh untuk menyerap beberapa vitamin iaitu A, D, E, K  dan mineral.  Lemak juga diperlukan untuk pembentukan sel membran.

Hal ini penting untuk pembekuan darah, pergerakan otot, dan peradangan. Untuk kesihatan jangka panjang, beberapa lemak baik yang perlu diambil.

Apakah ciri-ciri lemak yang perlu diambil?

= Phospholipid (boleh diambil daripada telur kuning dengan cara    masak 3-5 minit baik untuk jantung)
=sterols dan cholesterols (tumbuh-tumbuhan dan haiwan)
=Lemak tepu (sebelum digoreng)
=MUFA/PUFA (Omega 3 Omega 6 baik untuk fungsi otak)

Tahukah anda? Minyak zaitun mengandungi kesemua jenis ciri-ciri lemak diatas?

Subhanallah, dasyatnya makanan yang Allah sumpah di dalam Al Quran..Manfaat dan khasiatnya sangat banyak untuk tubuh badan =)

"Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun dan gunakan menggosok dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi."

(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Untuk info lanjut hubungi;-
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Video Tengku Asmadi Perbezaan antara cuka teen dengan cuka epal






Kredit Video dan Text -
Tengku Asmadi... Kurusku Ibadahku.
.
More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Ibu Hamil dan Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan 
(Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital):

Assalamu'alaikum doktor.
1) Berapakah dos minyak zaitun yang boleh diamalkan kepada ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin dan anak yang mula umur 2,3,4 tahun?
2) Bagaimana pula kepada pengamal yang ada makan pelbagai ubat dari hospital, seperti ubat darah tinggi, jantung, dan lain-lain?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
1) Secara umum, Minyak Zaitun(MZ), Sari Cuka Teen(SCT) atau segala makanan sunnah adalah makanan dan bukannya ubat. Namun disebabkan badan manusia hari ini kekurangan khasiat maka apabila khasiat ini diberikan semula maka sakitnya automatik sembuh.
Maka soal dos adalah tidak penting kerana ia adalah lebih bergantung kepada cara pemakanan seharian individu itu. Kalau memang pemakanannya sihat maka, 2 sudu besar adalah mencukupi bagi MZ tetapi kalau seharian hanya makan processed food maka wajib dosnya diperbanyakkan.
Namun secara umum,

1) Ibu mangandung: 2 sudu besar pagi dan malam.
2) Ibu menyusu: 2 sudu besar 3x sehari.
3) Kanak-kanak: Sebagai daily supplementation 1 sudu kecil setiap pagi dan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

2) Bagi pengamal dadah tegar, haruslah dinasihatkan memilih rawatan mana yang hendak dicuba. Saya tidak mengalakkan percampuran ubatan kimia sintetik dan makanan sunnah yang suci lagi mulia kerana apabila berlaku tidak balas, makanan sunnah selalu dipersalahkan dan ini menyebabkan dosa dan bersangka buruk dengan ciptaan Allah S.W.T. Hendaklah kita mengetahui bahawa doktor tidak pernah belajar ilmu pemakanan secara detail dan doktor juga tidak belajar ilmu tumbuh-tumbuhan.
Malah doktor diajar yang tumbuhan mempunyai bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati maka atas apa-apa jua yang akan terjadi pastilah doktor akan menyalahkan apa-apa jua ubatan lain yang diambil oleh pesakitnya dan menutup mata kepada kemudaratan dari dadah.

Jadi, kesimpulannya elakkanlah percampuran ubatan kimia sintetik dan produk kita.

Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam.
Olive oil dan fig vinegar untuk wanita mengandung.
Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua-dua bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang dikandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sebagai berbahaya.
Olive oil & fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya (morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin..
.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Thursday 23 March 2017

Betul ke Minyak Zaitun Tak Tapis Tahan 6 bulan sahaja?

Tanya: Betul ke Minyak Zaitun tak bertapis hanya baik untuk tempoh 6 bulan sahaja?
Jawab: Betul! 

Tanya: Bagaimana Olive House punya boleh letak tarikh luput 2 tahun dari tarikh pembuatan? Olive House punya kan tidak bertapis! UNFILTERED!

Jawab: Fakta itu betul tapi kurang tepat. Ada pengecualian. Lihat pada cara prosesnya pula. Ada teknologi "nitrogen filling" untuk kekalkan kualiti selagi belum dibuka penutupnya.
Sudah dibuka, habiskan dalam tempoh kurang 2bulan. Sebab itu premium gred punya botol 250ml sahaja. Satu sudu ± 5ml. 2sudu sehari = 10ml. 25 hari habis la.
Minyak yang bertapis, jika kualiti penghasilan tidak mengikut standard, pun sama akan terjejas. Apatah lagi jenis beli dalam tong drum, sampai di Malaysia baru dibotolkan semula.
Apabila sudah bertapis, 20-40% polyphenols sudah tiada. Kita ambil Minyak Zaitun kerana mahukan manfaat polyphenols tersebut. Kenapa ditapis?

Tanya: Bukankah kualiti Minyak Zaitun diukur dari kandungan asiditi? Jika tidak ditapis asiditi akan terjejas.
Jawab: Penentuan kualiti Minyak Zaitun ada 2 Mazhab. Mazhab barat (Olive Oil Council) berdasarkan nilai asiditi dan nilai peroxide.
Mazhab kedua datangnya dari Prof Dr Mohamed Faid. Kualiti Minyak Zaitun ditentukan oleh kandungan polyphenols; Tyrosol + Hydroxytyrosol + Oleuropein. Bahan ini yang memberi manfaat kepada tubuh. Yang bersifat antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial, dan lain-lain lagi manfaat kesihatan yang diperlukan oleh tubuh.

Penjelasan dari Al-Quran ada pada ayat 20 Surah Al-Mukminum. Penjelasan dari sudut sains jelas Minyak Zaitun tidak bertapis khasiatnya jauh melebihi yang sudah bertapis. Tinggal lagi cara pengendalian/proses untuk mengekalkan kualiti.
Terpulang nak pilih yang mana.

P/S: Ikut sukatan kulinari, 1sudu makan = 10ml
Kiraan di atas ikut sudu kat rumah ni 1sudu = 5ml.
Tapi memang jarang2 sangat guna sudu. Tegok je selalunya.
 .
.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Ubat dengan Jus Delima

UBAT DENGAN JUS BUAH DELIMA
Di pasaran kini terdapat banyak minuman kesihatan berasaskan jus buah. Produk minuman kesihatan ini terdiri daripada sama ada satu pati jus buah atau gabungan beberapa pati jus buah-buahan. Kesemua produk kesihatan berasaskan jus buah ini membuat tuntutan mempunyai kandungan antioksida dan berupaya meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun, adakah mengambil perahan jus buah atau mengambil produk minuman berasaskan pati jus buah ini boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor untuk tujuan rawatan penyakit?
Kita ambil contoh jus buah delima. Buah delima kerap dijadikan jus dalam produk-produk kesihatan dan masyarakat kita juga gemar untuk mengambil perahan jus buah delima ini secara asli.
__________________________________________
BUAH DELIMA
Pelbagai bahagian pada pokok delima diambil atau digunakan sebagai bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Namun yang paling kerap dan mengandungi khasiat yang ketara adalah jus daripada buah delima itu sendiri.
Jus buah delima ini digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit, namun sehingga kini, tiada bukti saintifik dan klinikal yang cukup untuk membuktikan keberkesanan jus buah delima dalam tuntutan merawat penyakit.
__________________________________________
BAGAIMANA JUS BUAH DELIMA BERFUNGSI.
Jus buah delima mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin mempunyai khasiat antioksida. Bahan dalam jus buah delima juga boleh mempengaruhi enzim-enzim di hati yang terlibat dalam metabolisma ubat-ubatan dalam tubuh.
Beberapa penyelidikan awal (kajian saintifik) menunjukkan bahawa bahan kimia dalam jus buah delima mungkin melambatkan perkembangan aterosklerosis (pengerasan arteri) dan mungkin boleh melawan sel-sel kanser. Namun sekali lagi diingatkan bahawa ia cuma kajian awal sahaja, masih belum cukup bukti kajian klinikal untuk membuktikan tuntutan kesihatan ini.
__________________________________________
INTERAKSI DENGAN UBAT YANG DIMETABOLISMAKAN DI HATI
Jus buah delima boleh berinteraksi dengan enzim yang bertindak dalam proses metabolisma ubat dalam tubuh. Enzim-enzim ini adalah cytochrome P450 2C9, 2D6, 3A4. Jus buah delima boleh mengurangkan kadar metabolisma ubat dalam tubuh (berapa cepat ubat diuraikan). Justeru minum jus buah delima dan mengambil beberapa jenis ubat-ubatan yang dimetabolismakan oleh enzim-enzim di atas boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut.
Ubat-ubatan terlibat:
Cytochrome P450 2C9 : celecoxib, diclofenac, fluvastatin, glipizide, ibuprofen, irbesartan, losartan, phenytoin, piroxicam, tamoxifen, tolbutamide, torsemide, dan warfarin.
Cytochrome P450 2D6 : amitriptyline, codeine, desipramine, flecainide, fluoxetine, ondansetron, tramadol
Cytochrome P450 3A4 : amlodipine, diltiazem, verapamil, indinavir, nelfinavir, ritonavir, saquinavir, alfentanil, fentanyl, midazolam, ondansetron, propranolol.
__________________________________________
INTERAKSI DENGAN UBAT MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Jus buah delima juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. Oleh itu pengambilan jus buah delima bersama-sama dengan ubat atau kombinasi ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi mungkin menyebabkan tekanan darah diturunkan ke paras yang lebih rendah dan menyebabkan rasa pening, penglihatan kabur, keletihan dan mudah pengsan.
Ubat-ubatan terlibat:
captopril, enalapril, lisinopril, ramipril, losartan, valsartan, diltiazem, Amlodipine, hydrochlorothiazide, furosemide.
__________________________________________
INTERAKSI DENGAN UBAT STATIN
Dalam jus delima terdapat bahan yang dikenali sebagai polifenol. Ia bertindak sebagai antioksida dan boleh menghalang pembentukan plak dengan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan seterusnya menghalang perkembangan penyakit arteri koronari.
Walaubagaimanapun mengambil ubat statin bersama-sama jus buah delima boleh meningkatkan paras statin dalam darah. Ini kerana jus buah delima mengandungi bahan yang boleh menghalang enzim hati dalam proses metabolima ubat statin.
Oleh itu, paras statin dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan risiko kesan sampingan yang serius, termasuk keracunan. Dalam sebuah kajian yang dilakukan mendapati bahawa jus buah delima digabungkan dengan rosuvastatin (ubat untuk mengawal kolesterol) boleh meningkatkan risiko rhabdomyolysis.
__________________________________________
INTERAKSI DENGAN UBAT WARFARIN
Sehingga kini tiada laporan yang diterbitkan menyatakan dengan sahih terdapat interaksi antara jus buah delima dan warfarin. Penyelidikan yang dilakukan ke atas haiwan dan kajian in-vitro menunjukkan potensi untuk jus buah delima menghalang proses metabolisma yang melibatkan enzim cytochrome P450. Oleh itu, kesan ini secara teorinya boleh disifatkan mempunyai interaksi dengan warfarin.
Terdapat laporan kes berkaitan seorang wanita enggeris berusia 64 tahun yang telah dirawat dengan warfarin untuk recurrent deep vein thrombosis. Beliau telah menerima dos warfarin yang agak stabil iaitu 4 mg/hari untuk beberapa bulan, dengan bacaan INRs (nisbah normal antarabangsa) yang stabil. Pada masa yang sama, pesakit telah mengambil jus buah delima 2-3 kali dalam seminggu.
Apabila pesakit tersebut berhenti minum jus buah delima, Bacaan INRs beliau menjadi subtherapeutic (paras tidak berkesan). Oleh itu doktor telah meningkatkan dos warfarin pesakit tersebut untuk meningkatkan semula bacaan INRs seterusnya mengekalkan fungsi warfarin untuk mencegah pembekuan darah.
Walaupun tiada tindakan rechallenge dengan jus buah delima dilakukan dalam kes tersebut, berdasarkan teori dan kajian kes tersebut mungkin ada potensi untuk interaksi berlaku antara jus buah delima dengan warfarin. Oleh itu perlu berhati-hati dalam pengambilan jus buah delima ketika menerima rawatan dengan ubat warfarin.
__________________________________________
NASIHAT
Melihat kepada potensi bahan dalam jus buah delima berinteraksi dengan enzim hati yang terlibat dalam metabolisma ubat-ubatan, secara teorinya ada keberangkalian untuk interaksi ubat berlaku apabila diambil bersama-sama dengan jus buah delima.
Oleh itu, sebelum seseorang pesakit yang sedang menerima rawatan ubat-ubatan ingin mengambil jus buah delima, berbincanglah dahulu dengan ahli profesional kesihatan seperti ahli farmasi dan doktor agar nasihat yang betul dapat disampaikan berdasarkan status kesihatan terkini pesakit tersebut.
Selain daripada itu oarang awam juga boleh membuat panggilan ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800 88 6722. Melalui perkhidmatan pusat panggilan NPCC ini orang awam boleh bertanyakan sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan dan mendapatkan informasi yang sahih daripada pegawai farmasi bertauliah
“ELAKKAN BERTANYA KEPADA PENJUAL PRODUK”

Bertanyalah kepada ahli profesional kesihatan yang tidak menjual apa-apa produk kesihatan.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
.
.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Wednesday 22 March 2017

Jangkitan kuman pundi vs Quranic Foods

*Soalan:*
*Assalamualaikum, pesakit berumur 85 tahun mengalami masalah jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing.*
*Juga ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan alami patah tulang paha.*
*Mohon bantuan & pencerahan.*
Terima Kasih.

*Jawapan:*
Paling asas untuk masalah jangkitan kuman pada pundi kencing, harus makan makanan yang boleh tingkatkan daya ketahanan tubuh badan serta detox alami.
Untuk minuman detox alami serta petua orang-orang lama, minum air kelapa muda tanpa ais dan gula serta amalkan minum air barli.
*Functional Quranic Food* juga tinggi nilai Antioksida, Detox Alami, Anti Keradangan serta Vitamin & Mineral yang pelbagai.

*MINYAK ZAITUN*
▶ *Hydroxytyrosol* iaitu Antioksida TERBAIK yang ditemui sehingga hari ini, terkedepan berbanding Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E serta kategori 'supplement lain'. Ia sangat bantu rawat dan cegah jangkitan kuman pada mana-mana bahgian dalam tubuh badan, hatta sehingga ke saluran darah paling halus di Otak (can cross Blood Brain Barrier).
*Hydroxytyrosol* juga bekerja pada Sel di Pankreas untuk baiki fungsi Pankreas yang kurang cekap hasilkan Hormon Insulin yang mencukupi bagi menghancurkan gula ke molekul lebih ringkas (pesakit ini ada penyakit Diabetes juga).
▶ Apabila berlaku jangkitan kuman, pasti akan berlaku *Inflammation/Keradangan.* Anti Keradangan hebat seperti *Oleocanthal* akan bantu rawat masalah keradangan yang berlaku. Tambahan pula, pesakit ini alami patah tulang paha. Ia juga akan bertindak di bahagian yang patah tersebut.
▶ *Omega 3 & 6* sebagai Anti Keradangan serta penjagaan jantung yang sihat dengan mengelak keradangan dan pemgumpulan kolestrol di salur darah yang memungkinkan berlakunya Tekanan Darah Tinggi juga.
▶ *Steroid Organik* yang pelbagai juga bantu rawat keradangan di pundi kencing serta bahagaian yang alami tulang patah.

*Sari Cuka Teen*
▶ Amalkan minum SCT setiap pagi dan malam.
▶ *Asid Asetik Organik* akan bantu untuk penstabilan paras gula dalam darah serta bantu rawat jangkitan kuman di pundi kencing.
▶ *Potassium* akan bantu stabilkan mineral 'Sodium-Potassium' agar dapat dikawal Tekanan Darah yang tinggi.

*Ceylon Cinnamon*
▶ *Cinnamaldehyde, Cinnamyl Acetate, dan Cinnamyl Alcohol* adalah Anti Keradangan yang juga dapat bantu rawat keradangan yang berlaku
▶ *Tryptophan dan Mangan* yang tinggi di dalam Ceylon Cinnamon adalah Mineral yang dapat beri ketenangan fikiran dan fungsi otak. Pesakit yang alami Tekanan Darah Tinggi akan kerap pening kepala serta alami 'stress'

Untuk masalah Kecing Manis & Darah Tinggi, saya sangat syorkan Berbekam dan Akupuntur untuk cepatkan perawatan. InsyaAllah.

Jaga Pemakanan, kurangkan makanan berdaging, berpewarna tambahan serta berproses yang tinggi kandungan Trans Fat & Sodium.

Cuba amalkan Gaya Hidup *Aafiyat* bersama Olive House 😊

www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Tuesday 14 March 2017

ITP Platelet kurang Quranic Foods membantu

*Soalan 124*
*Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)*

*Assalamualaikum, mohon pencerahan.*
*Seorang budak perempuan alami Sel darah kuning / Platelet kurang daripada 100, jantung berlubang serta Hidung Dan mulut kerap berdarah.*
*Pesakit tidak ambik sebarang ubat hospital.*
Adakah apa-apa cadangan yang boleh diberikan?*

*Jawapan:*
*Idiopathic Thrombocytopenic Purpura* boleh terjadi kepada dewasa dan kanak-kanak, keadaan di mana darah tidak membeku secara normal dan menyebabkan lebam dah pendarahan yang sukar berhenti, contohnya pada bahagian hidung dan dalam mulut.
Paras Platelet yang tidak normal menyebabkan darah lambat membeku dan mengakibatkan pendarahan dalaman atau pada permukaan atau bawah kulit. Kebiasaannya pesakit akan alami lebam-lebam berwarna ungu / purple = *purpura* pada permukaan kulut atau lapisan mukus dalam mulut.

*Idiopathic* ini sebenarnya membawa maksud unknown cause / tidak diketahui punca asalnya.
Walau bagaimanapun, ia sering dikaitkan dengan *Autoimmune Response* iaitu Sistem Imun mengesan Platelet sebagai Invader / Musuh luar, lalu dimusnahkan dan dikeluarkan daripada tubuh badan melalui Limpa.
Kesannya, Paras Platelet menjadi semakin kurang.
Pada kanak-kanak juga, ITP ini berlaku ekoran Jangkitan kuman seperti Selsema atau campak.

Pemakanan yang sihat, insyaAllah dapat bantu rawat & cegah situasi ini, dengan erti kata lain, makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan tubuh badan seharian.
*Kurangkan makanan berdaging, tetapi boleh diganti dengan sumber ikan*
*Lebihkan pengambilan Buah-buahan dan Pelbagaikan Menu Sayur-sayuran untuk menggalakkan anak rasa ingin & suka menjamahnya*

*Quranic Super Food* insyaAllah sangat membantu dalam situasi ini.

*Minyak Zaitun*
☑ Mengandungi Antioksida *Hydroxytyrosol* yang juga sebagai Anti Keradangan akan bantu rawat dalam situasi ini dengan bantu betulkan semula mekanisma Sel Imun tersilap mengecam Platelet sebagai musuh luar,
Serta membantu rawat keradangan yang sedang berlaku
☑ *Oleocanthal & Oleuropein* serta Lambakan Anti Keradangan lain juga akan turut bantu rawat.
Oleuropein dengan manfaat 400 kali ganda lebih daripada Vitamin C berperanan mengurangkan lebam-lebam serta merupakan komponen penting dalam Kolagen, iaitu yang akan bantu penghasilan Platelet.
☑ Beri Cadangan PMZ kepada pesakit, bukan Olivie Plus 30x

*Jus Delima*
☑ Khasiat Vitamin C akan bantu rawat ITP ini
☑ *Mineral Fosforus* merupakan mineral penting bersama-sama *Kalsium*, akan rangsang penghasilan Platelet yang baru.

Cadangkan PMZ & Jus Delima sahaja kepada pesakit ini, di samping pemakanan harian yang sihat, dengan mengurangkan makanan berproses juga.
Mohon kesembuhan dariNya, jangan kesampingkan sudut ini.
Dia Maha Menyembuh..
.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Monday 13 March 2017

Mr Tg Asmadi - 7 sebab kenapa perlu ada minyak Zaitun dalam diet

7 Sebab Kenapa Perlu Ada Minyak Zaitun Dalam Diet Anda
- Mr Tg Asmadi -
.
Pemakanan sihat adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Pemahaman tentang makanan sihat amat penting untuk kita menjaga kesihatan sehingga akhir hayat. Pengetahuan tentang  lemak atau minyak sihat amat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak adalah tidak sihat.  Sejak 50 tahun dahulu, kajian sains, menunjukkan diantara minyak yang amat sihat untuk kesihatan kita adalah minyak zaitun. 
.
Oleh kerana inilah,kenapa perlu ada minyak zaitun dalam diet anda dengan pelbagai khasiat yang tidak dapat disangkal lagi.
Kenapa Perlu Ada Minyak Zaitun Dalam Diet Anda
Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar yang disapu pada kulit.Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.
.
Allah telah bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin didalam Surah At-Tin ayat 1 menunjukkan buah zaitun ini adalah satu buah yang hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang amat tinggi.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 11 : “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
.
1.Minyak Zaitun Ada Lemak Tepu Sihat
Kajian saintifik telah membuktikan khasiat kesihatan minyak zaitun ini dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik amat menyihatkan. Minyak zaitun terutamanya mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA)  yang menyihatkan, disamping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6. Minyak zaitun juga  mengandungi bahan anti oksidan  iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
.
2.Minyak Zaitun Bagus Untuk Sakit Jantung
Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan Utara Eropah. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research tahun 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof. Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok, kolesterol tinggi. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari dan penyumbatan saluran darah(thrombosis).
Kajian lain yang dijalankan  di  National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Peranchis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada tahun 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41%  risiko yang lebih rendah mendapat strok berbanding dengan seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.
.
3.Minyak Zaitun Cegah Kanser Payudara
Satu lagi kajian yang menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Satu pasukan ahli sains daripada Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkan dalam tahun 2010. Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel-sel kanser payudara secara spontan. Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun ini boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit yang merbahaya ini.
.
4.Menurunkan Paras Kolestrol
Dalam satu kajian oleh ahli sains daripada Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitortahun 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun kepada 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu akan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkat kolesterol HDL. Saintis berpendapat kesan ini adalah kerana kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E didalam minyak zaitun ini.
.
5. Tidak Tingkatkan Risiko Sakit Jantung
Terdapat juga kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal pada tahun 2012 menunjukkan pemakanan dengan mengoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Kajian ini melibatkan 40,000 orang peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, tetapi ianya tetap memberikan manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.
Baca Juga : Ini Anda Perlu Tahu Tentang Sekatan Jantung
.
6.Minyak Zaitun Cegah Alzheimer
Kajian yang khusus tentang penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya. Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer ini mempunyai kadar yang rendah dikalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding dengan wilayah lain diseluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada tahun 2013.
.
7. Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Terdapat pelbagai lagi kajian-kajian saintifik yang dijalankan diseluruh dunia yang menunjukkan kelebihan penggunaan minyak zaitun ini mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Kita boleh mengamalkan minyak zaitun ini dalam pemakanan seharian kita sebagai satu makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen  harian untuk membantu kita mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, Insyaallah.
.
Kongsikan Agar dapat sebarkan kebaikan kepada orang lain
.
Dapatkan Pati Minyak Asli Zaitun Olive House
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Wednesday 1 March 2017

Risiko Jantung, Diabetes, Buah Pinggang, Asma & Paru-paru Berair Minyak Zaitun

*Soalan 112*
*Risiko Jantung, Diabetes, Buah Pinggang, Asma & Paru-paru Berair*

*Seorang wanita berusia 70 mengalami  sakit jantung (bypass), kencing manis, buah pinggang, asma dan paru-paru berair.*
*Saya cadangkan minyak zaitun, tetapi doktor pesan tidak boleh minum banyak air sebab alami paru-paru  berair.*
*Perlukan penjelasan, terima kasih*

*Jawapan:*
Syafakillah, ujian kesihatan.
Cadangan *Minyak Zaitun* dan *Sari Cuka Teen* adalah paling asas untuk bantu stabilkan tahap kesihatan pesakit ini serta elak jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Risiko kesihatan yang berlaku pada pesakit ini adalah situasi yang hampir sama, iaitu *KERADANGAN.*
Anti Keradangan yang pelbagai di dalam *Minyak Zaitun* akan bantu rawat masalah kesihatan yang dialaminya.

*Sari Cuka Teen* akan bantu stabilkan paras gula dalam darah.

Kita bukan nak suruh pesakit minum air banyak, tetapi minum secukupnya.

Berbekam & Akupuntur sangat disarankan untuk pemulihan yang lebih baik, insyaAllah.
Jangan kesampingkan Doa padaNya.
Perawat / Penjual harus titipkan nasihat, mohon kesembuhan dari Yang Maha Menyembuh.
.
More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!