Friday 27 March 2015

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Untut) QuranicFoods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Untut):

Assalammu'alaikum doktor. Mohon penjelasan tentang penyakit untut atau 'kaki gajah' dan bagaimanakah untuk merawatnya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit untut/elephantiasis adalah disebabkan oleh sumbatan pada saluran limfa dan menyebabkan beberapa masalah seperti jangkitan dan radang. Ianya mempunyai banyak sebab tetapi biasanya oleh jangkitan parasit terutamanya wuchereria bancrofti. Sebab-sebab lain adalah penyakit autoimmune yang menyerang saluran limfa atau radang saluran limfa kronik. Insya Allah, Quranic Food akan mengurangkan keterukan masalah ini. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Penyakit untut boleh terjadi disebabkan oleh salur limfa yang tersumbat yang kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan parasite Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori yang disebarkan oleh nyamuk.

Rawatannya ialah dengan mengelakkan gigitan nyamuk serta ubatan yang boleh membunuh parasite tersebut seperti albendazole dan diethylcarbamazine.
Quranic Food yang bersifat anti-microbial mampu membunuh parasite yang menjadi punca penyakit serta memulihkan semula salur limfa agar limfa tidak berkumpul dan membengkakkan anggota badan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 25 March 2015

Rawat sakit tekak dengan semulajadi

Minyak Zaitun Olive House

Sembuhkan Batuk dan Sakit Tekak Secara Semulajadi
Batuk dan sakit tekak merupakan satu fenomena yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia. Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari.
Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.
Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut.
Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.
Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.
Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut. Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik.
Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;
● Rehat secukupnya
Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.
● Minum banyak air
Air bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.
● Jauhi Asap
Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk
● Jangan banyak bercakap
Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit. Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.
Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak. Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Rawatan semulajadi

● Air garam + Sari Cuka Teen
Garam dan Sari cuka Teen bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu teh garam dengan 237 ml air suam dan 2 sudu besar Sari Cuka Teen untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.

● Madu + Sari Cuka Teen
Menurut kajian, madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam dan campurkan 2 sudu makan Sari Cuka Teen.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 24 March 2015

Minyak Zaitun : Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol & Dengung Telinga)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol & Dengung Telinga):

Assalammu'alaikum doktor. Seorang guru lelaki berumur 48 tahun mempunyai kadar kolestrol 4-8. Beliau mempunyai masalah berdengung telinga telah hampir 4 tahun dan juga telah menghabiskan wang perbelanjaan RM4500 untuk melakukan rawatan scan sehingga tidak dapat mengesan jenis atau punca penyakit. Mohon nasihat doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Waalaikumsalam. Masalah telinga berdengung atau pun tinnitus kebanyakannya adalah disebabkan kandungan logam berat dalam darah yang tinggi antaranya merkuri dan aluminium. Adakah pesakit mempunyai tambalan gigi amalgam kerana merkuri akan dibebaskan setiap hari dari amalgam itu ke dalam darah. Apa-apa pun, lakukan bekam di kepala 2 minggu sekali sehingga simptom hilang dan amalkan juga habbatus sauda kerana ia membantu menyingkirkan pencemaran logam berat dalam darah. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Pesakit yang menghidap masalah kolesterol yang tinggi untuk jangka masa yang lama biasanya mengalami masalah telinga berdesing/berbunyi kerana saraf telinga dilitupi kolesterol tersebut. Kebiasaannya, pada peringkat awal, jika berdesing hanya sebelah telinga, pakar telinga akan membuat ujian MRI bagi memastikan tiada kanser saraf telinga (acoustic neuroma). Jika tiada kanser, rawatannya hanyalah pada mengubah gaya hidup bagi merendahkan kadar kolesterol dengan pengambilan minyak tepu yang rendah, menggantikan minyak harian kepada minyak zaitun serta senaman yang berterusan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Sumber: International Facts of Olive Oil.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Bantu rawat Ketagihan dadah dan Quranic Foods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketagihan Dadah):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit yang ketagihan dadah? Jika tidak ambilnya, akan rasa ketar dan sejuk tubuh badan. Adakah MZ dan SCT dapat membantu dan mencegah ketagihan?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Ketagihan merupakan masalah psikologi yang tidak hanya boleh diubati dengan ubatan tertentu tetapi kehendak yang kuat serta minda yang fokus untuk berubah serta sokongan dari individu yang hampir.

Di antara kaedah Islam ialah pada menekan dan memaksa diri dengan bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di waktu siang agar tubuh badan menjadi letih di peringkat awal sehingga ketagihan tersebut dapat di atasi.

Kebergantungan badan pada dadah biasanya menyebabkan withdrawal symptoms iaitu tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik jika dihentikan secara mendadak. Kerana itu, kementerian kesihatan menubuhkan klinik methadone bagi membekalkan dadah methadone dengan dos rendah kepada penagih yang berniat untuk berhenti tetapi keberkesanannya memerlukan kajian lanjut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ketagihan dadah memerlukan sesuatu yang lebih dari Quranic Food. Quranic Food pasti boleh membantu namun apa yang paling penting adalah kasih sayang dan sokongan keluarga terdekat.  Amalan meminum cuka teen ketika sedang ketagihan insya Allah, boleh membantu. Air limau nipis juga turut membantu masalah ini dan bekam juga harus dilakukan di bahagian kepala. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Sunday 22 March 2015

Wabak Kala Azar (visceral leshmaniasis) vs Quranic Foods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Wabak Kala Azar):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah merawat dan mencegah wabak kala azar? Kala azar juga dikenali sebagai demam hitam@demam dumdum. Ia penyakit bawaan parasit yang boleh membawa maut jika tidak salah. Adakah Quranic Food dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kala azar (visceral leshmaniasis) disebabkan oleh parasit protozoa  Leishmania yang dibawa oleh sejenis lalat (sand fly). Apabila sistem tubuh lemah, parasit ini akan merebak ke hati, limpa dan sum-sum tulang. Penyakit ini asalnya jarang ditemui di Malaysia dan biasanya berada di India dan Afrika. Quranic Food memang menguatkan sistem imun dan di dalam kes ini, bekam adalah terbaik di samping pemakanan dalam al-Quran. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Ianya adalah penyakit parasit leshmania yang disebar oleh lalat menyebabkan ulser pada kulit yang terlibat serta pembengkakan hati dan limpa. Rawatannya adalah menggunakan amphotericin-B bagi membunuh parasit yang terlibat.

Amalkan Quranic Food bagi membina imuniti secara umum dan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan dari dalam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Friday 20 March 2015

Soalan ibu darah tinggi bayi iugr

Soalan
Seorang pelanggan. Sedang mengandung lapan bulan. Bayi menurut doktor - iugr . Ibu mengalami masalah darah tinggi. Rahim ibu tersebut bengkak. Sekali sekali keluar cecair spt keputihan kadangkala berwarna coklat atau seperti warna darah. Pohon nasihat doktor untuk masalah tersebut

Jawapan
Dr H Olive: Bila masalah  darah tinggi  bermakna ada masalah salur darah yg hubungkan  bayi dan uri...
Bila bekaan darah kurang...ada sel uri yg mati sikit2...mungkin itu darah yg keluar . ..
Kena hentikan makan mknn proses serta merta...kurma at least 7 biji sehari...
Minyak zaitun  2 sudu 3 kali sehari
Pati  delima 2 kali sehari
Bayakkan bangun malam...sujud lama...
Apa2 pun..bayi iugr lebih selamat berada dalam rahim berbanding dikeluarkan awal2...biasa doktor sakit puan suka keluarkan bayi awal...takut meninggal di dalam rahim...namun menurut  kajian  ini tidak terbukti...sekadar ketakutan doktor...
Lebih baik percaya kpd Allah  yg mengetahui segala yg berlaku di dalam rahim..

Dr H Olive: Kadang2  saya terfikir . ..kehadiran ultrasound  ini banyak menyusahkan...mengganggu psikologi  ibu...dan mengurangkan kebergantungan  pada Allah...padahal psikologi adalah hal yg paling penting utk sihat...😪

Tuesday 17 March 2015

Quranic Foods dan Masalah Cerebtral Palsy

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Cerebral Palsy):

Assalammu'alaikum doktor. Mohon penjelasan doktor tentang masalah Cerebral Palsy di kalangan bayi/kanak-kanak. Apakah puncanya dan apakah rawatan yang sesuai mngikut kaedah perubatan Islam? Bagaimana Quranic Food boleh membantu. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cerebral Palsy mempunyai banyak punca tetapi ia adalah akibat otak mengalami masalah untuk berkembang lalu ianya terencat pada keadaan tertentu dan menyebabkan biasanya masalah motor dan pertuturan. Antara puncanya adalah lemas semasa lahir, akibat ubatan atau kesan trauma dari jatuh atau kemalangan semasa bayi. Insya Allah,  selalulah berlindung dengan Allah S.W.T. pada setiap saat kerana dunia hari ini penuh penipuan. Allah S.W.T. tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya tetapi hambaNya lah yang menzalimi diri sendiri. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Cerebral palsy merupakan penyakit system saraf motor (motor nervous system) yang mengawal pergerakan tubuh yang berpunca dari masalah perkembangan otak semasa dalam kandungan, jangkitan kuman kepada otak atau kekurangan oksigen semasa lahir serta genetik. Rawatannya ialah mengelakkan faktor di atas dengan penjagaan makanan ibu semasa mengandung seperti pengambilan vitamin dan Quranic Food seperti olive oil yang terbukti membina otak bayi yang sihat di dalam kandungan serta mengelakkan sebarang komplikasi semasa kelahiran bayi. Sentiasa memantau keadaan bayi jika demam kerana kuman mudah menjangkiti otak bayi. Bagi bayi yang telah di diagnose menghadapi cerebral palsy, sentiasalah merangsang pergerakan bayi dengan hadir sesi fisioterapi serta senaman di rumah.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 10 March 2015

Masalah Kudis atau Bisul lepas amal Quranic Foods?

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Timbul Kudis Membengkak):

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tolong jelaskan, kenapa sejak saya mengambil produk Olive House, MZ, sari cuka teen dan Olivie Plus 30x banyak timbul kudis yang membengkak seakan bisul? Sebelum ini saya amal produk Olive House, saya mngalami masalah resdung dan lelah sahaja.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ini adalah respon penyembuhan yang biasa apabila toksin akan dikeluarkan melalui kulit. Saya amat mengalakkan bekam sebulan sekali secara istiqamah. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kudis disebabkan oleh serangan kuman kepada bahagian yang luka. Ia juga boleh terjadi akibat kuman yang mengalir melalui darah dan menetap pada organ tubuh yang di lalui oleh darah tersebut. Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya, fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Bekam untuk wanita perlu atau tidak kerana sudah ada haid?

: Soalan lg :) sama x lelaki dan perempuan utk org yg sihat.. sbb kl tak salah Rasulullah ada mention perempuan dah ada kitaran haid utk buang darah kotor ?

[10/03 22:20] Kak Zai Agen Olive: 👍☺
isu yg tu..kmi ada brbincang dgn pngamal perubatan moden. haid utk wanita adalh lbh fokus kpd bhgian rahim..bkn keseluruhan tubuh. bgitupn, wanita msih sgt berisiko trhadap mslh ksihatan, terutama d bhgian rahim spt ketumbuhan cyst, fibroid & endometriosis..jg cervic cancer. ini d sbbkn kitaran haid yg tdk tratur yg d klasifikasikn sbg imbalance hormone...brpunca dr pmknan yg tdk sihat. mlihat kpd pningkatan mslh ksihatan skrg smua individu tnpa mngira lelaki mahupun wanita, perlu berbekam scara konsisten. lg pula tdk ada hadis yg jelas mnyebutkn hnya muslimin shj perlu brbekam...maafkn kak zai klu silap..wallahua'lam

Kekerapan berbekam berapa kali sebulan?

[9:20AM, 12/12/2014] K.Bada: Salam zai tanya doktor. Sebaiknya badan kita boleh bekam brapa kali dlm setahun dan brapa kerap yg boleh.tq

[3:56PM, 12/12/2014] JBK Zai😷: Penjelasan dari Prof Dr Abd Aziz al Safi (Pakar Diabetic HUSM)..tempoh berbekam utk individu yg tiada mslh ksihatan ialah antara 3-4 bln skali rwtn. Tetapi skiranya individu trsebut brmslh, digalakkn brbekam 2 mnggu skali @ 1x sebulan mngikut keperluan..utk mndapatkan kesan pnyembuhan yg cepat..wallahua'lam

Monday 9 March 2015

PATI MINYAK ZAITUN OLIVE HOUSE UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

MINYAK ZAITUN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Minyak zaitun di kenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu.

Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang di jumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang di percayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang di simpan ke dalam aliran darah sehingga boleh di bakar. Dalam pencernaan, asid oleik di tukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa perut anda telah penuh.

Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitun di yakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi semasa perut kosong.

Kebaikan Minyak Zaitun
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apakah Jenis?
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis unfiltered ‘extra virgin’. Yang paling mudah, carilah produk ‪#‎OLIVE_HOUSE‬. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad.
Selamat mencuba
‪#‎IngatOliveOil‬
‪#‎IngatOLIVE_HOUSE‬..  



Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>

Ustaz Zaki : 017-5750810


Boleh Like dan mesej kami di facebook : https://www.facebook.com/QuranicFoodsatau lawati kami di : www.QuranicFoods.com

Gout atau Radang sendi jom bantu rawat dengan minyak zaitun dan cuka buah teen

RADANG SENDI / GOUT


RADANG SENDI / GOUT
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan).

Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout.

Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian lagi, 90% dari kes ini di sebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% di sebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang di sebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi, lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.


 
REMEDINYA :

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu di keluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Darah bertoksik dari buku lali.. selepas di bekam.
Darah bertoksik dari buku lali.. selepas di bekam

PATI MINYAK ZAITUN akan menolong mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun di sendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh di cuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar).

Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, SARI CUKA TEEN juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk. Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh di rendam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh di sapu terus pada sendi yang terlibat.
Saranan Daripada;
Dr. Hafizah Amanulla

RADANG SENDI / GOUT

Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>
Ustaz Zaki : 017-5750810


Boleh Like dan mesej kami di facebook : https://www.facebook.com/QuranicFoodsatau lawati kami di : www.QuranicFoods.com

Masam cuka banyak khasiat by Dr. Bahrain Samah




CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.

Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.

Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu sejenis alkohol.

Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.

Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.

Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya terdiri daripada asid asetik dan air.

Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air. Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.

Khasiat cuka

Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia:

Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.

Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.

Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.

Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.

Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.

Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).

Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.

Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.

Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.

Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bakteria) vagina).

Membantu menguatkan mata dan telinga.

Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.

Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.

Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.

Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.

Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).

Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.

Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:

1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.

2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.

3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas). Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes disebut penulis dalam buku berjudul Diabetes Jenis 2 terbitan Alaf 21.


Profil lipid

Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan risiko kanser. Cuka Kurosu iaitu cuka beras tradisional Jepun didapati dapat menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

Kibizu iaitu cuka tradisional Jepun yang diperbuat daripada gula tebu (bukan gula putih terproses) didapati berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel leukemia. Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser esophagus.

Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan tersebut membantu  mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.

Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.

Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas melakukan senaman atau kerja berat.

Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.

Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)
*http://www.sinarharian.com.my/rencana/masam-cuka-banyak-khasiat-1.293515

Dapatkan Sari Cuka Buah Teen whatsapp 0175750810

Sunday 8 March 2015

Soalan Gangrene vs Quranic Foods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Gangrene):

Assalammu'alaikum doktor. Suami saya mengidapi gangren, bagaimanakah rawatannya doktor? Adakah penyakit ini ada kaitan dengan diabetes/kencing manis?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Gangrene berlaku apabila salur darah ke bahagian organ tubuh badan terganggu menyebabkan ianya tidak mendapat oksigen dan nutrient seterusnya akan mati. Bahagian yang mati tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ianya menjadi punca pembiakan kuman dan perlu dibuang.
Antara kaedah alami yang dicadangkan ialah menyapu dan membalut kaki yang terlibat dengan madu asli yang bersifat antibiotic serta membuang lapisan kulit yang mati serta menumbuhkan kulit yang baru.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Gangrene adalah keadaan di mana sesuatu bahagian tubuh mengalami kekurangan bekalan darah yang progresif di mana akhirnya akan menyebabkan bahagian itu rosak dan mati. Namun, haruslah diingat, jika aliran darah ke bahagian itu dapat dibaiki, bahagian tersebut akan boleh hidup semula. Antioksidan yang tinggi yang terdapat dalam Quranic Food sememangnya akan membaiki komponen darah dan salur darah seterusnya menyembuhkan bahagian yang gangrene. Kencing manis sememangnya mempunyai kaitan dengan gangrene dan menyebabkan penyebab utama gangrene. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Wednesday 4 March 2015

Minyak Zaitun vs Batu Karang Kencing pekat berminyak

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Air Kencing Berminyak & Pekat):

Assalammu'alaikum doktor. Minta sedikit pencerahan berkenaan kesan selepas minum minyak zaitun. Saya telah amalkan sejak 2-3 bulan lepas dan hari ini, sedikit terkejut kerana melihat kencing saya berminyak dan pekat seolah-olah minyak tersebut keluar melalui pundi kencing tanpa diserap badan. Kenapakah ia boleh berlaku? Adakah ini tindakbalas penyembuhan? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Saya tidak pernah mendengar kes seperti ini dan adakah tuan perasan mengenai minyak ini apabila melihat ke dalam mangkuk tandas selepas buang air? Atau memang melihat minyak keluar dari urethra? Kadang-kadang, rawatan air yang terlalu tinggi kandungan klorin, karbon dan alum akan menyebabkan air kelihatan berminyak. Mungkin juga tuan menghadapi masalah batu karang yang mengeras(calcified renal stone, usually calcium oxalate stone, less with uric acid stone) yang mungkin selama ini tidak disedari dan apabila meminum MZ, ia diuraikan dengan banyak sehingga terlihat dalam urine. Wallahu a'lam, namun saya nasihat agar meneruskan pemakanan al-Quran ini.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kencing berminyak sebenarnya akibat kandungan fosfat yang tinggi (phosphaturia) yang berlaku akibat kekurangan air di dalam badan atau pengambilan protein yang berlebihan. Ianya bukan kondisi yang tidak normal kerana tubuh berada di dalam proses homestasis bagi menstabilkan kandungan air kencing.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 2 March 2015

Minyak zaitun bantu rawat Masalah haid

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Tidak Haid Hampir 3 Bulan):

Assalammu'alaikum doktor. Adik saya ada masalah haid yang tidak teratur sejak sekolah lagi. Sekarang, umurnya telah 21 tahun dan kadang-kadang, sampai 3 hingga 4 bulan tidak datang bulan. Fizikalnya agak berisi dan berat badan 63kg dan belum lagi pergi lakukan pemeriksaan doktor. Jadi, saya hendak minta pendapat doktor, adakah disebabkan berat badan berlebihan? Sebelum ini, adik ini pernah 3 bulan tidak datang bulan dan dia dapatkan rawatan di homeopati sambil mengamalkan ubat homeopati. Alhamdulillah, datang bulan seperti biasa cuma, baru-baru ini, masalah itu berulang lagi. Last period 28/10/2014 sehingga kini dan masih belum datang bulan lagi. Mohon penjelasan doktor dan apa rawatan sesuai? Adakah MZ & SCT dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Haid berlaku apabila ovum yang dihasilkan oleh kilang telur (ovary) tidak disenyawakan oleh sperma seterusnya menurunkan tahap hormone progesterone menyebabkan dinding rahim dikeluarkan dalam bentuk darah. Punca haid yang tidak teratur berpunca dari ketidakstabilan hormone estrogen-progesteron dan di dalam kes polycystic ovarian syndrome(PCOS) ialah penghasilan hormone testosterone (hormone lelaki).
Rawatannya ialah memastikan punca dengan mengambil darah untuk memastikan kadar hormone di paras normal. Hormon yang kurang akan digantikan secara terus melalui ubatan. Kaedah alami ialah mengambil herba yang mengandungi phyto-estrogen seperti makanan berasaskan soya serta flaxseed dan kekacang.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah haid tidak teratur dan obesity, ini adalah disebabkan masalah gangguan hormon dan badan terlalu banyak mendapat estrogen dari luar (phytoestrogen) menyebabkan masalah ini berlaku. Kemungkinan, ini adalah gejala PCOS(polycystic ovarian syndrome). Apa yang perlu dilakukan, amalkan extra virgin olive oil (EVOO) setiap hari pada dos yang kecil diikuti dengan kenaikan dos sehingga 2 sudu besar 3 kali sehari. Amalkan juga air beralkali dan berbekam sebulan sekali. Elakkan memakan ayam bandar, elakkan minum menggunakan botol plastik, tukar syampoo biasa kepada syampoo alami tanpa bahan kimia (boleh gunakan soapnut). Elakkan deodorant biasa dan gantikan dengan tawas. Bahan aluminium chlorohydrate dan paraben adalah sangat berbahaya untuk kesihatan payudara dan hormon. Banyakkan solat sunat rawatib dan panjangkan tempoh rukuk dan sujud ketika solat. Cuba dapatkan khusyuk kerana khusyuk adalah kunci kesihatan mental dan akal yang akan mengawal-atur semua fungsi tubuh. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods

Web www.QuranicFoods.com

Blog www.oliveasli.blogspot.com

Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Sunday 1 March 2015

Testimoni Minyak Zaitun dan Sakit Lutut

Testimoni sakit lutut kronik.

1.Hj Kamarudin bin Hj Osman          

2. 560206-09-50**   
3. No 108,Jln LG 3 1/45, Tmn Langat Utama 3, Bukit Canggang,42700 Banting,Selangor   
4.Pesara Tentera   
5. 01948058**

Saya mengalamai masalah sakit lutut yang agak teruk.. sampai Dr pernah mensarankan pembedahan di lutut. Saya telah cuba dan amalkan pelbagai jenis ubat dan terus mencari  rawatan alternatif yang sesuai. Alhamdulillah. Setelah mendapat maklumat melalui blog www.oliveasli.blogspot.com saya terus hubungi us zaki untuk mendapatkan Quranic Foods ini.   
MZ saya mkn slps solat subuh, FigVinegar sblm tidur.selawat, niat n yakin. (tgk tahap penyakit).     
*Mula amal 26hb Dis 2014-Msk botol ke-3.            
  *.Berhenti terus mengambil ubat2 cemical.daflon,cataflam n panadol extend setiap biji setiap hari klu sakit sgt 2 biji.jln pling jauh 50 meter ,diri pling lama 10 minit.      
skrng ni dah blh jln 1 km diri 1/2 jam.  
* gmbr ubat/gmbr saya nnti saya whatsapp.tk.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!