Thursday 30 April 2015

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Darah Beku Di Kepala)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Darah Beku Di Kepala):

Assalammu'alaikum doktor. Saya mempunyai darah beku di kepala sebesar duit syiling 20 sen. Pada hari jumaat baru ini, saya telah pergi ke hospital untuk mengambil darah sebelum mngambil ubat warfarin & tahap kepekatan darah saya INR:1.49 tahap itu darah beku mungkin terbentuk. Saya juga ada menggunakan PMZ & SCT tetapi tiada perubahan. Untuk pengatahuan doctor, saya ada juga masalah kolestrol tinggi dalam tubuh badan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi masalah darah beku di kepala, solusi terbaik adalah berbekam. Nasihat saya, apabila anda menggunakan warfarin, sila baca berkenaannya dan bagaimana ia bertindak sebelum menggunakannya dan seterusnya berbincang dengan doktor anda. Elakkan makanan proses secara total. Elakkan juga bermain dengan gadget lebih dari sejam pada satu-satu masa. Wallahu a'lam, kesembuhan hanya dari Allah S.W.T, maka banyaklah muhasabah diri sendiri.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Darah beku terbentuk di dalam otak apabila tekanan darah tinggi memecahkan salur darah di dalam tisu otak. Bagi kebanyakan kes yang tidak menyebabkan tahap kesedaran menurun serta kelemahan anggota, darah beku tersebut dibiarkan untuk diserap oleh tubuh, dengan syarat tekanan darah diturunkan ke tahap normal. Ubat pencair darah (bagi pesakit jantung) mungkin dihentikan supaya darah beku tersebut tidak berkembang. PMZ dan SCT mampu mempercepatkan proses penyerapan tersebut serta menghalang tekanan kepada tisu-tisu otak di sekeliling darah beku dengan sifat anti-oksidan. Dapatkan konsultasi pakar bedah otak (neurosurgery) bagi mengetahui status darah beku dan rawatan khusus yang sesuai.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 22 April 2015

Testimoni Olive House : Ghout, Darah tinggi, Kencing Manis dan kerap masuk wad.

Testimoni Pengguna Dari Kunak, Sabah.

Nama Pengguna: Lamza Bin Ederic
Umur: 60 Tahun
Alamat: Quaters Guru, SMK Madai, Kunak.

Kerjaya: Pesara Guru

Masalah kesihatan yang dialami: Ghout, Darah tinggi,
Kencing Manis dan kerap masuk wad.

Produk yang diamalkan: Set lengkap (Olivie 30x, Cuka
Teen, Buah Teen)

Cara pengambilan:
*Olivie 30x 1sudu pagi sebelum sarapan dan 1sudu sebelum tidur pada waktu malam
* Cuka teen diamalkan setiap kali selepas makan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Kesan dari pengamalan: Mula-mula amalkan beliau sakit seluruh badan tetapi pengambilan tetap diteruskan. Perubahan ketara dan perkembangan baik selepas seminggu pengamalan produk Olive House. Alhamdulillah bengkak kaki semakin surut dan badan rasa ringan dan
bertenaga. Yang paling menggembirakan anaknya adalah beliau sudah boleh memandu dan berjalan.

Amalan masih diteruskan dan sekarang sudah masuk ke set yang ke-3
pengambilan set lengkap produk Olive House. Sekarang
tengah dalam pemulihan untuk luka di kaki akibat kencing
manis.

Usaha dan ikhtiar kesembuhan dari Allah swt. Menurut anaknya, bapanya (Cikgu Lamza) sudah terpikat pada Olive House kerana banyak produk yang telah dicuba tetapi tidak dapat mengurangkan
kesakitan yang ditanggung. Dengan set lengkap Olive
House,
harapan untuk sembuh semakin bersinar. In Shaa
Allah akan menjadi pengguna tegar produk Olive House.Sesungguhnya penyembuhan dari Allah swt.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Tuesday 21 April 2015

Olivie30x ganda power Profesor Joyeux

THE MOST POWERFUL OIL FOR YOUR HEALTH(OLIVIE PLUS 30x):
Terjemahan dari The Letter of Professor Joyeux:
MINYAK YANG PALING BERKESAN UNTUK KESIHATAN:

Semasa saya kecil, abang dan kakak saya selalu menemani ayah kami yang berasal dari Cevennes, berhampiran Uzes di Gard (Selatan Perancis), bagi mendapatkan minyak zaitun untuk keluarga. Minyak zaitun itu mempunyai warna hijau yang indah dan apabila ia mengalir ke atas salad/asparagus hingga titisan terakhir warna keemasannya, kami membuatkan minyak zaitun itu rasa gembira di istana perisanya. Ayah tidak mengetahui kebaikan mengenai minyak zaitun bagi kesihatan semua.

Minyak zaitun secara umumnya digunakan sebagai sumber utama pengambilan lemak dalam diet Mediterranean yang selalu dikaitkan dengan keju kambing/biri-biri. Kajian mengenai amalan pemakanan minyak zaitun yang diamalkan dalam ‘Mediterranean diet’ menunjukkan hasil yang positif untuk kesihatan di mana mereka kurang terdedah kepada penyakit dan minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun yang tidak ditapis.

Saya memberi tumpuan kepada polifenol, iaitu khazanah yang ditemui di dalam minyak zaitun dan berterima kasih kepada kemajuan dalam teknik analisis bagi mengetahui pelbagai komponen yang terdapat di dalam minyak zaitun kerana membolehkan kita untuk memahami dan memilih kualiti terbaik berasaskan kaedah perahan/ekstrak, cara budaya dan geografi.

Saya dijemput oleh rakan saya dari Fez, Dekan Fakulti Sains, Profesor Benlemlih untuk membuat prakata buku saintifik beliau yang cemerlang. Dengan itu saya memilih untuk melihat sendiri kebun zaitun di kawasan berbatu dan kasar di Morocco, Atlas.

Pokok zaitunnya ditanam di tanah berbatu, zon bebas pencemaran, dan zon bebas industri, di mana hampir tidak ada hujan. Tekanan haba melebihi suhu 50°C pada musim panas menjelaskan terhasilnya jumlah antioksidan (polifenol) yang luar biasa tinggi untuk membela dirinya. Kepekatan jumlah polifenol yang tinggi dalam penghasilan minyak zaitun membolehkan kita menggunakan untuk kesihatan kita.

Keadaan ini menjadikan ‘OLIVIE PLUS 30X’ adalah salah satu minyak zaitun yang terbaik untuk kesihatan. Kualiti dan harganya menjadikan minyak zaitun ini disebut sebagai penawar. Ia bukan minyak palsu yang sewenangnya anda boleh hidangkan dalam makanan anda. Minyak zaitun ini dihasilkan dalam keadaan yang sangat sukar, hasil yang rendah, tetapi mempunyai kualiti yang luar biasa. Rasanya adalah yang paling kuat kerana kaya dengan polifenol berbanding dengan minyak zaitun dari negara sekeliling Mediterranean (Itali, Sepanyol, Greece, Perancis, dan Tunisia).

Saya mengkagumi hasil pengeluarnya kerana telah menghasilkan pati minyak ini dalam bentuk yang pekat: Olivie Force/ Olivie Rich. Saya sering menyebut ketiga-tiga produk sebagai contoh dalam surat ini kerana mereka telah menjadi subjek banyak kajian. Tetapi saya ingin menekankan bahawa saya tidak menerima apa-apa komisen dan tidak mempunyai perjanjian dengan pengeluarnya. Keutamaan saya adalah untuk membantu anda mengetahui apa yang lebih baik untuk kesihatan anda dan bagi saya, "OLIVIE PLUS 30X" adalah minyak zaitun yang terbaik untuk kesihatan anda.

Komponen kecil minyak zaitun boleh membezakan, memberi rasa, warna, kestabilan, dan mengelakkan kemerosotan pada minyak zaitun. Alfa-tocoferol, vitamin E, dan minyak zaitun ialah antioksida yang melindungi kolesterol baik (LDL) dan minyak zaitun adalah minyak yang paling kaya dengan kandungan polifenol. Minyak zaitun mengandungi sequalene dan beta-karoten, yang memberi warna hijau dan kuning kepada minyak zaitun. Ia juga kaya dengan vitamin E. OLIVIE PLUS 30X mengandungi 5x ganda vitamin E berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Polifenol: Siapa Mereka Dan Di Mana Kita Menjumpainya?

Polifenol juga dikenali sebagai ‘biofenol’ dan bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan minyak zaitun. Ia juga adalah sebahagian daripada fenolik kompoun iaitu:
- Polimer (Tanin dan Atosianin yang selalunya terdapat dalam wain merah)
- Monomer fenolik yang didominasi oleh Oleuropin (sebatian fenolik utama daun zaitun)
- Fenolik alcohol (Hydroxytyrosol dan Tyrosol)

Hernirik dan Fritsche (2004) menganalisis 23 sample minyak zaitun extra virgin dari negara yang berbeza (Itali, Sepanyol, Greek dan Tunisia). Keputusannya menunjukkan perbezaan yang besar dalam jumlah kepekatan polifenol dalam minyak zaitun itu. Malahan, komposisi dan kepekatan kompoun fenolik dalam minyak zaitun dipengaruhi kuat oleh faktor ekonomi dan teknologi seperti kawasan geografi, iklim, musim menuai, indek kematangan buah zaitun, proses pengeluaran, dan pengairan. Oleh itu, sukar untuk mengetahui label komposisi terperinci yang terdapat pada botol minyak zaitun adalah tepat. Walau bagaimanapun, ia adalah baik untuk mengetahui segala komponen yang terdapat padanya.

Berikut ialah bukti bagi pakar dan semua orang yang ingin mengetahui apa yang baik dan berguna untuk kesihatan yang terdapat di dalam minyak zaitun. Satu ujian telah dibuat terhadap minyak zaitun dari pelbagai negara dan Olivie Plus 30x dalam makmal yang diperakui antarabangsa, analisis terperinci menghasilkan keputusan seperti jadual di bawah.

Di bawah disenaraikan perbezaan kepekatan kompoun fenolik utama Olivie 30x dan minyak zaitun biasa (4mg/kg);

OLIVIE PLUS 30X (Extra Virgin):
Komponen;
1) Jumlah polifenol =2840
2) Hydroxytyrosol =233
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =1360
4) Tyrosol =78

MINYAK ZAITUN BIASA (Extra Virgin):
Komponen;
1) Jumlah polifenol =236
2) Hydroxytyrosol =13
3) Oleopentandial (berasal dari oleuropeine dan Hydroxytyrosol) =51
4) Tyrosol =13

Kadar perbandingan Hydroxytyrosol daripada Tyrosol dan Oleopentandial dalam 22 sampel klasik minyak zaitun dari Itali, Sepanyol, Greece dan Tunisia membawa bukti bahawa OLIVIE PLUS 30X mempunyai sehingga 30 kali ganda lebih polifenol (hydroxytyrosol dan Oleopentandial) atau pada kepekatan 30 kali lebih tinggi daripada dalam apa-apa minyak di dunia (1360mg / kg).

*Oleopentandial adalah sebatian yang sangat bioavailable, mudah diserap dari usus ke dalam aliran darah. Ia juga lebih bioavailable untuk penyerapan usus kerana mempunyai kestabilan yang baik di bawah keadaan berasid di dalam perut. Selepas penyerapan di gastro intestine, terutamanya di dalam usus kecil, 100% hydroxytyrosol dan tyrosol serta merta muncul di dalam darah dan diedarkan di seluruh tisu badan termasuk otak, kerana kebolehannya memasuki barrier darah otak yang melindungi sel otak disebabkan molekulnya yang kecil. Hydroxytyrosol dan tyrosol dibuang sepenuhnya dalam masa 3 jam dari badan melalui proses urinary.

*Polifenol mempunyai kuasa antioksida yang berperanan sebagai pelindung dan pencegahan penuaan serta menghentikan penyebaran oksidasi.

*Antioksida dinilai secara saintifik oleh ORAC yang bermaksud "Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen" ialah keupayaan untuk menyerap dan menghapuskan radikal bebas. Bahan antioksida yang terbaik adalah polifenol dari minyak zaitun dan buah anggur, Vitamin C dan E, serta Glutathione (Raja antioksida). Perbandingan antioksida polifenol Olivie 30X diekspres kepada pakar dalam bentuk micromoles TE/ g (micromoles troloxequivalents (TE) bagi setiap 100g) memberikan keputusan berikut untuk molekul dalam makanan tumbuhan diet Mediterranean:

Hydroxytyrosol = 40,000
Resveratrol = 20,000
Kekacang = 13,000
Oleuropein = 11,000
Teh hijau epicatechin = 8,000
Setangkai ekstrak anggur = 6,000
Plum segar = 6,000
Wain merah Cabernet Sauvign
Delima segar = 4,500
Strawberi segar = 4,300
Granny epal segar bersama kulit = 3,800
Vitamin C = 2,000
Teh hijau (rendaman daun) = 1,200

Semua kajian eksperimen menggunakan sel darah merah, sel usus yang di culture yang masih terdedah kepada risiko oksidatif dan dilindungi oleh polifenol yang kaya di dalam minyak zaitun. Subhanallah.

Marilah beramal dengan pati MINYA ZAITUN OLIVIE PLUS 30x(Morocco) ini seisi keluarga. Dapatkan daripada kami!!!

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Friday 17 April 2015

Quranic Foods ; Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Keguguran

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Keguguran):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai pemakanan MZ untuk orang yang kerap keguguran. Bagaimanakah pemakanannya dan adakah dapat membantu proses pemulihan selepas keguguran. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Recurrent abortion(keguguran) yang kerap ditakrifkan sebagai keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut sebelum bayi bernyawa (24 minggu ke atas) dan berlaku pada 1% pasangan yang berkahwin. Terdapat banyak punca bagi keguguran yang kerap, di antaranya ialah masalah rahim/uterus yang tidak normal pada bentuk dan fungsinya, masalah pada kromosom bayi, masalah hormon yang tidak stabil (nisbah estrogen : progesteron), masalah pembekuan darah (thrombophilia), masalah imun daya tahan badan seperti antiphospholipid syndrome, thyroid antibody, NK cell, HLA serta histocompatibility, masalah kilang telur/ovary dan jangkitan kuman pada salur peranakan. Dicadangkan agar pesakit merujuk pakar perbidanan dan amalkan pemakanan Quranic Food bagi memperbaiki sistem tubuh badan dari dalam.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Banyak faktor yang menyebabkan keguguran dan bukan setakat faktor isteri malah faktor suami. Rahim akan secara semulajadi menyingkirkan benih yang tidak menjadi sekiranya telur atau sperma yang tidak berkualiti telah bersenyawa, maka hasil senyawaan itu akan gagal berkembang baik dan rahim akan automatik menggugurkannya. Dalam kes sebegini, biasanya sperma yang bermasalah kerana sperma dihasilkan setiap masa oleh lelaki dan faktor-faktor seperti kepanasan, gelombang elektromagnetik, pemakanan akan menghasilkan sperma yang 'cacat'. Jika sperma dan telur yang sempurna bergabung, kadang-kadang implantasi ke dinding rahim gagal berlaku secara sempurna akibat dinding salur darah rahim yang sangat lemah. Ini biasanya akibat tabiat pemakanan ibu yang menghasilkan banyak radikal bebas yang memusnahkan kapilari. Nasihat saya agar makan makanan asli tanpa pemprosesan, makan ikut gaya Rasulullah S.A.W dan kuatkan bersangka baik dengan Allah S.W.T. Berbekam dapat mengurangkan radikal bebas seterusnya membaiki aliran darah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 15 April 2015

Testimoni olivie30 Masalah kesihatan dan tibi

Nama Pengguna: Zainab bt Mohamad Shah
No kp: 680515 08 72**
No hp: 01246844**
Alamat: No 32 Taman Seroja Sik Dalam 08200 Sik kedah
Pekerjaan: Guru

Masalah Kesihatan Yang Dialami: Sakit Tibi. Sebelum ini sya mengamalkan ubat hospital,badan saya terasa sangat lemah ,sakit di semua sendi2 dan tak mampu melakukan kerja2 yg biasa sya lakukan,setiap kali blk mengajar sya hya terbaring.

Sejak Bila: Hujung tahun 2013 dan Dr sahkan saya mengidap Tibi Januari 2014.
Bagaimana Mengenali Produk Olive House: Melalui satu pameran yang diadakan disekolah .
Cara Amalan Produk: P.minyak Zaitun 2 sudu pagi.

1 sudu cuka teen selepas makan
Olivie 30 1 sudu sebelum tidur
Kesan Pengamalan: Alhamdulillah saya rasa sihat dan bertenaga dan tidak lagi mengamalkan ubat hospital.

Harapan dan Nasihat dari Pengguna: saya sgt berharap agar produk ini kekal berada dlm pasaran supaya mudah utk sya mencadangkan agar pesakit2 seperti sya beralih kepada pemakanan sunnah yg mna ia bukan sahaja mendapat pahala bahkan juga membantu kita menjaga kesihatan.

Bantu rawat Masalah fibroid dengan minyak zaitun dan cuka teen

MASALAH FIBROID -  09-04-2015

Soalan : 
Salam. Saya ada fibroid dan bercadang kecutkan fibroid dengan mengamalkan produk olive house tetapi saya tidak tahu caranya.Untuk pengetahuan , saya ada beli cuka buah tin dan minyak zaitun olive house yang berharga rm 39.90.Pihak tuan boleh beritahu cara yang betul kepada saya. Sekian, terima kasih.
[PELANGGAN]

Jawapan : 
Jawapan Dr Hafizah : 
Pertama sekali hendaklah difahami apa itu fibroid atau nama lainnya leiomyoma. Ia adalah sejenis ketulan yang terjadi di kawasan otot licin dinding rahim. Punca sebenar masih belum diketahui oleh sains moden namun apa yang logik, ia adalah akibat paras hormon yang tidak seimbang menyebabkan pembahagian sel terganggu dan pembentukan sel yang kurang sempurna berlaku. Rahim atau uterus adalah organ yang sangat penting bagi wanita dan seharusnya dipelihara dengan baik dan teliti. Sebagai langkah pertama puan haruslah menukar semua alatan pembersih seperti sabun, shampoo, losyen kepada jenama organik kerana banyak bahan kimia merbahaya dalam produk yang kebanyakannya ada di pasaran yang bertindak sebagai xenoestrogen ataupun estrogen sintetik bila masuk ke dalam tubuh. Alatan memasak juga haruslah menggunakan stainless steel atau cast iron yang kukuh. Elakkan menggunakan aluminium pot atau teflon coated pan yang sebenarnya merembeskan bahan merbahaya bila bertindakbalas dengan haba. Bekas bekas plastik juga harus dipastikan BPA free atau sebaik- baiknya menggunakan glassware.Makanan yang boleh membantu keseimbangan hormon adalah madu asli yang diambil secara terus tanpa air. Ambil 1 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan. Jus delima sekali sehari (boleh dibuat sendiri atau beli jus yang organik tanpa bahan pengawet atau xanthan gum), Kurma sekurangnya 7 biji sehari (direndam dalam air suhu bilik semalaman, dan keesokannya diminum). Minyak zaitun diambil seperti biasa secara asing atau dicampur dengan makanan. Sari cuka tin boleh dibuat sebagai minuman selepas makan 2 kali sehari. Harus diingat , niat mesti dibetulkan setiap kali mengambil makanan dan ubat kerana penyakit adalah ujian dari Allah. Maka hak Allah juga sama ada untuk memberi kesembuhan atau terus melatih kesabaran kita. Apa yang paling penting usaha kesembuhan wajiblah kepada ubatan yang halal dan thoiyyibah kerana Allah tidak menurunkan kesembuhan dalam perkara haram. Wallahu A'lam

Jawapan Dr Salman:
Fibroid merupakan ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya selama mana saiznya tidak membesar seterusnya menekan organ- organ lain atau menghalang proses mengandung.Ianya bergantung kepada hormon estrogen untuk membesar. Langkah pertama ialah mengelakkan sebarang makanan proses terutamanya ayam yang disuntik hormon serta dapatkan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan saiz fibroid tersebut tidak berisiko. Jika doktor tidak mencadangkan pembedahan,amalkan Pati Minyak Zaiton dan Sari Cuka Teen sebagai ikhtiar untuk menstabilkan kadar hormon estrogen di dalam badan seterusnya mengecilkan saiz fibroid tersebut. 
[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA / DR SALMAN AMIRUDIN]

Monday 13 April 2015

Komen Penyelidik Arab Sheikh al Mannsur

Perkongsian yg bagus.....
Komen seorang penyelidik arab tentang Olivie 30.🎁🎁🎁
Da nak share ni utk kita rasa bertuah diberi nikmat minyak zaitun.  Minggu lepas ada seorang researcher dr Arab Saudi dtg rumah sahabat baik Da utk mengkaji pemakanan sunnah iaitu madu.
Nama dia Sheikh Mannsur.
Dia dah buat research pasal minyak zaitun selama 2 thn ,now utk madu pula.
So nasihatkan suruh makan pemakanan sunnah spt myk zaitun, lalu kawan Da bawa  keluar olivie 30 plus.
Dia kata klu pasal  minyak zaitun x boleh tipu dia..2 thn dia kaji psl ni..dgn bau jer dia boleh tahu quality myk tu.  So dia sapu minyak ni dkt celah antara ibu jari dgn jari telunjuk then letak kat hidung dia yg tinggi tu 😁.  Hidu lepas hidu lepas tu dgn muka berkerut dia kata 'this is very different and unusual'.  Byk kali dia ulang..
'Got something inside..'.  Kami makin berdebar...  So kami ckp 'what r u trying to say Sheikh?'
Then dia kata...'This is very good...really pure n so far i never get this kind of olive'. 
Alhamdulillah, lega rasa kerana orang puji produk Olivie 30.  Tulah ..dia hidu berulang kali mcm minyak ni fantastic sgt...dekat Saudi pun x jumpa dia kata.  Kawan Da sampai rasa nak menangis.  Syukur dpt beli product ni.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Bagaimana Minyak Zaitun Dan Cuka Teen membantu SLE

Soalan Dari Pengguna(Penyakit SLE):

Assalam. Bagaimana MZ & SCT boleh membantu pesakit SLE?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

SLE adalah penyakit di mana sistem imun menyerang sel tubuh badan sendiri. Pada pandangan doktor barat, sistem imun telah 'mistakenly' menyerang sel sendiri tetapi pada pendapat saya pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada sel itu yang menyebabkan sistem imun tubuh ingin menyerangnya. Mungkin akibat mutations dari free radicals dan sebagainya. Dan mutations ini menyebabkan sel telah berubah menjadi 'sel asing'. Kebanyakan pesakit SLE yang saya temui memang kuat makan makanan proses terutamanya yang berasaskan gandum, seperti kek, burger, roti, pizza dan sebagainya.

Kunci utama dalam rawatan SLE mestilah berubah kepada pemakanan semulajadi. Elakkan chemical stabilisers, preservatives, additives, non dairy creamer, marjerin(ganti pure unsalted butter), minyak bunga matahari; canola; soya dan jagung. (ganti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak sawit asli (carotino). Pengambilan MZ amalkan dengan 40g sehari untuk permulaan dan kemungkinan memerlukan dos tinggi. Cuka Teen juga amalkan sebagai minuman dan campuran dalam makanan. Amalkan gaya hidup Islam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. SLE ialah penyakit autoimmune yang menyerang banyak organ dan menyebabkan kegagalan fungsi terutama kulit dan buah pinggang. Seperti biasa, rawatan autoimmune di hospital ialah steroid bagi mengurangkan inflamasi seterusnya mengelakkan kegagalan fungsi organ tersebut tanpa merawat secara total. Cadangkan overlap dengan Quranic Food dalam dos yang tinggi bagi penyakit yang menjadi misteri di dalam dunia perubatan ini. Menghentikan steroid secara mendadak boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal dalam kes ini.

Sumber: Olive House Medic & Business.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Masalah Thyroid dan Tumit Kaki

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid & Tumit Kaki):

Assalamualaikum doktor. Saya ada dua masalah;

1) Minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid. 2) Tumit kaki berasa sakit apabila pijak lebih-lebih lagi waktu pagi. Mengapakah doktor? Adakah MZ boleh hilangkan kesakitan ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali. 2) Sakit di tumit biasanya akibat lebihan tulang yang menumbuh dipanggil bone spur (calcaneus). Ini akibat mineralisasi tulang yang berlaku secara tidak seimbang dan MZ memang sangat baik untuk masalah ini, di mana MZ membekalkan khasiat di samping membantu dalam proses inflamasi. SCT juga harus diambil sebagai bekalan mineral tubuh. Wallahu'alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

1) Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik. 2) Untuk masalah sakit tumit mungkin disebabkan oleh radang selaput kaki (plantar fasciitis) atau tulang kalkaneum pada tumit yang mengalami ketumbuhan berlebihan (bony spur). Rawatan biasa ialah ubat tahan sakit dan pembedahan bagi membuang tulang yang lebih jika sakit berterusan oleh pakar ortopedik/tulang. Amalkan MZ bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat tahan sakit dan radang selaput kaki.

Sumber: Olive House Medic & Business.
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Beramal MZ & Demam

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Beramal MZ & Demam):

Assalammu'alaikum doktor. Saya Salimah dari Perak. Saya menghidapi penyakit tiroid(goiter), cyst di hati, pundi hempedu, gastrik, & resdung. Saya mula minum pati MZ Olive House pada bulan Disember 2013 (4-6 sudu/hari). Bermula bulan Februari 2014 hingga Jun 2014, saya minum 1 sudu setiap 3 jam. Pada bulan Julai 2014 sehingga sekarang, saya minum 4 sudu/hari. Sejak bulan November 2014, badan saya rasa lemah & mudah dijangkiti demam/selesema/ batuk. Mungkin cara saya merawat penyakit/diet harian saya tidak betul. Harap doktor dapat membantu saya. Selain itu, adakah dengan menitis pati MZ ke dalam telinga dapat membantu merawat resdung dibahagian tersebut? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam.

Hyperthyroidism:
Masalah kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon berlebihan akan menyebabkan symptom seperti panas badan, jantung berdegup kencang, sentiasa berpeluh serta berat badan yang rendah. Pemeriksaan perlu dijalankan bagi memastikan kadar hormon tersebut berada di paras yang normal. Kanser tiroid juga perlu di pastikan tidak wujud. Rawatan biasanya ialah ubat yang mengurangkan pembentukan hormon tiroid. Amalkan juga pemakanan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi seperti olive oil dan cuka teen serta kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi iodin.

Gastritis:
Gastritis ataupun disebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut disebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus. Olive oil membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah. Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat.

Allergic rhinitis:
Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yg terlibat. Doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yg membawa kepada simptom di atas. Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Banyak masalah puan Salimah, namun penyelesaiannya mudah. Elakkan makanan proses terutamanya  dari gandum, gula dan susu. Apabila puan kerap selesema dan demam ini adalah petanda baik, jangan mudah bersangka buruk. Ini menunjukkan badan puan telah mula 'membuat kerja' mengeluarkan toksin keluar dari organ. Selama ini mereka sangat lemah dan tak mampu berespon. Teruskan sahaja usaha ini dan tambahkan amalan solat puan dan kuatkan keyakinan pada Allah S.W.T. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Minyak zaitun bantu atasi Keguguran rambut

Nama: Mohamad bin Abdul Kadir
No kp:571208 02 5231
No hp: 01251405**
Alamat: Km 22 Kg Alor Pudak Pendang.
Pekerjaan: Pesara kerajaan
Masalah Kesihatan Yang Dialami: Masalah keguguran rambut
Sejak bila: dah lama

Bagaimana mengenali produk: Melalui  Cg Fauziah Mohamad
Cara amalan produk: 1sudu olivie 30 dan 1 sudu pmz sekali sehari dan selepas makan kedua produk itu lebihan saya akan sapu di kepala pada bhgian botak

Kesan Pengamalan: Alhamdulillah sejak kenali  pmz ogos 2013 dan olivie 30 2014 dan mengamalkan secara istiqamah rambut sya tumbuh semula pada bahagian yg botak

Harapan dan nasihat dari pengguna: Marilah kita sama2 mengamalkan pemakanan Quranic Foods.

Thursday 9 April 2015

Masalah Kencing Tak Sedar Tak puas - Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Tanpa Sedar+Tidak Puas):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah cara untuk merawat masalah orang yang rasa hendak buang air sangat tetapi yang keluar hanya sedikit dan masalah lain juga untuk orang dewasa yang bermasalah buang air semasa tidur malam tanpa sedar. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Kencing tidak puas/lawas(BPH) bagi lelaki yang berumur merupakan simptom bagi benign prostate hyperplasia(BPH). Kelenjar prostate di pintu pundi kencing membengkak dan menghalang air kencing turun dengan lancar mengakibatkan ia sentiasa berbaki di dalam pundi kencing. Rawatan biasa ialah ubatan yang merendahkan kadar hormon lelaki seperti testosteron dan pembedahan melalui salur kencing bagi kes yang tidak sembuh dengan ubatan. Tiada kajian khusus berkenaan kesan PMZ atau SCT kepada BPH. Kajian herba yang dijalankan adalah pada ekstrak saw palmetto dan juga biji labu menunjukkan kesan yang positif.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Apabila rasa hendak buang air namun yang keluar hanyalah sedikit, kemungkinan pesakit menghadapi masalah otot pundi kencing yang terlalu aktif (overactive bladder) atau juga mungkin terdapat jangkitan salur kencing. Masalah ini patut berjumpa doktor kerana banyak faktor yang mempengaruhinya termasuk masalah stress, panik dan ibadah seharian juga patut diperbetulkan. Pengambilan kopi 3 dalam 1 atau pra-campuran juga menyumbang kepada masalah ini. Haruslah diingat, setiap manusia adalah berbeza dan mengikut genetiknya, dia akan bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang berlainan dan menghasilkan penyakit yang berlainan. Makanan al-Quran pasti membantu masalah terkencing sewaktu tidur, ia banyak perkaitannya dengan masalah psikologi dan lebih baik berjumpa perawat yang sepatutnya . Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

Wednesday 8 April 2015

Soalan : masalah kolestrol dan dengung telinga

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol & Dengung Telinga):

Assalammu'alaikum doktor. Seorang guru lelaki berumur 48 tahun mempunyai kadar kolestrol 4-8. Beliau mempunyai masalah berdengung telinga telah hampir 4 tahun dan juga telah menghabiskan wang perbelanjaan RM4500 untuk melakukan rawatan scan sehingga tidak dapat mengesan jenis atau punca penyakit. Mohon nasihat doktor.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Pesakit yang menghidap masalah kolesterol yang tinggi untuk jangka masa yang lama biasanya mengalami masalah telinga berdesing/berbunyi kerana saraf telinga dilitupi kolesterol tersebut. Kebiasaannya, pada peringkat awal, jika berdesing hanya sebelah telinga, pakar telinga akan membuat ujian MRI bagi memastikan tiada kanser saraf telinga (acoustic neuroma). Jika tiada kanser, rawatannya hanyalah pada mengubah gaya hidup bagi merendahkan kadar kolesterol dengan pengambilan minyak tepu yang rendah, menggantikan minyak harian kepada minyak zaitun serta senaman yang berterusan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah telinga berdengung atau pun tinnitus kebanyakannya adalah disebabkan kandungan logam berat dalam darah yang tinggi antaranya merkuri dan aluminium. Adakah pesakit mempunyai tambalan gigi amalgam kerana merkuri akan dibebaskan setiap hari dari amalgam itu ke dalam darah. Apa-apa pun, lakukan bekam di kepala 2 minggu sekali sehingga simptom hilang dan amalkan juga habbatus sauda kerana ia membantu menyingkirkan pencemaran logam berat dalam darah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Minyak zaitun Soalan Dari Pelanggan (Masalah Hiperlipedemia atau Dyslipidemia):

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Hiperlipedemia atau Dyslipidemia):

Assalammu'alaikum doktor. Nama saya Azlida. Seorang yang mempunyai masalah hiperlipedemia, on atorvastatin dan kini mengambil pati Minyak Zaitun Olivie Plus 30x, sudah masuk botol yang kedua. Soalannya, perlu atau tidak stop pengmbilan atorvastatin dan hanya mengambil pati Minyak Zaitun Olivie Plus 30x sahajakah?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Atorvastatin ialah ubat bagi menurunkan kadar LDL (low density lipoprotein) dan trigliceride di dalam darah dan pada masa yang sama, meninggikan kadar HDL (high density lipoprotein). Keadaan ini mengurangkan risiko bagi penyakit kronik yang lain seperti masalah jantung dan buah pinggang akibat tekanan darah tinggi. Masalah kolesterol tidak akan selesai dengan memakan ubat kerana ia memerlukan perubahan total dari segi gaya hidup seperti pemakanan dan senaman. Atorvastatin juga mempunyai kesan sampingan serta tidak selamat bagi wanita mengandung. PMZ(Pati Minyak Zaitun) yang terbukti secara saintifik mampu merendahkan tahap kolesterol tanpa mempunyai kesan sampingan dan perlu diamalkan secara berterusan bagi pesakit /hypercholesterolemia.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Hiperlipidemia menunjukkan dalam darah ada sangat banyak inflamasi dan kemungkinan besar akibat kemusnahan sel oleh radikal bebas. Atorvastatin bertindak menurunkan kolesterol dengan cara menyekat penghasilan kolesterol dalam tubuh dan ini menyebabkan banyak masalah kerana kolesterol penting untuk membuat hormon. Dan ini akan menganggu rembesan hormon dalam tubuh pula. Minyak zaitun bertindak membekalkan tubuh dengan bahan antioksidan dan anti-iflamatori agar radang akan berkurangan seterusnya mengurangkan sintesis kolesterol. Ini adalah cara yang lebih berkesan disebabkan 2 bahan ini bertindak berlawanan. Jika diambil sekaligus, akan melambatkan proses penyembuhan. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 7 April 2015

MASALAH RECURRENT PANCRETITIS Vs Minyak Zaitun Asli

MASALAH RECURRENT PANCRETITIS -  06-04-2015

Soalan :
Assalamualaikum wr. wbkth. Saya menghadapi masalah recurrent pancreatitis sejak 2006 dan ianya berlaku kerapnya setahun sekali, dan terakhir pada 2014. Saya telah pun melakukan pembedahan membuang gallblader pada 2003 disebabkan batu dalam hempedu. Semasa di hospital pada 2014 saya telah melakukan ERSP dan pakar mendapati ada 2 tempat pada saluran pankreas sempit. Pakar telah meletakkan stand dan ianya untuk sementara iaitu tempoh 3 bulan. Pada Mac 2015 sekali lagi melakukan ERSP bagi menggantikan stand yang baru. Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi, bolehkah masalah tersebut diatasi dengan meminum minyak zaitun dan yang mana satu Minyak Zaiton yang disyorkan, sama ada Olive Oil atau Olivie 30x ? Sekian, terima kasih
[PELANGGAN]

Jawapan :
Jawapan Dr Hafizah :
Recurrent pancreatitis biasanya memang disebabkan oleh batu yang terdapat dalam saluran hempedu. Sayang sekali pundi hempedu telah dibuang kerana proses penyembuhan akan menjadi lebih kompleks namun tiada yang mustahil bagi Allah..Pada saya untuk permulaan selama 2 minggu , elok amalkan Extra Virgin Olive Oil dahulu kemudian ditambah bersama olivie30 sesudu sehari, dos boleh dinaikkan mengikut tindakbalas yang dirasai.

Apa yang paling penting, amalkan gaya pemakanan yang betul, makan apabila lapar, tolong berhenti sebelum kenyang. Berhenti dari makan makanan proses yang penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan. Setiap penyakit ada puncanya dan seperti yang Rasulullah telah khabarkan kebanyakan penyakit berpunca dari perut.

Penghijrahan dalam pemakanan adalah suatu perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam hari ini demi kepatuhan kepada arahan Allah Azza Wajalla agar memakan makanan yang halal dan thoiyyibah. Tukar kepada beras organik, gula organik, garam bukit, minyak zaitun dalam masakan dan mengelakkan sebarang bahan perasa dalam makanan.

Insya Allah, ibadah akan menjadi lebih khusyuk dan penyakit dapat diatasi. Sebenarnya kesembuhan itu 80% terdapat dalam perubahan gaya hidup dan hanya 20% daripada ubat. Namun kita hari ini lebih fokus kepada ubat, maka kesembuhan akan menjadi lambat

Jawapan Dr Salman:
Pankreas berfungsi untuk merembeskan hormon insulin/glukagon bagi menstabilkan kadar gula di dalam darah serta enzim lipase bagi memecahkan lemak. Pankreatitis berlaku apabila enzim ini diaktifkan sebelum ianya keluar dari pankreas menyebabkan radang pankreas. Ianya berlaku di sebabkan penyempitan saluran yang pankreas menyebabkan enzim tersebut yang sepatutnya di rembes ke dalam salur pemakanan masuk semula ke dalam pankreas seterusnya merosakkan pankreas. Apa - apa jenis minyak termasuk minyak zaitun akan merangsang pengeluaran lipase maka risiko untuk penyakit ini berulang tetap wujud , namun percubaan boleh dibuat dengan mengambil dalam kadar yang sedikit. Jika simptom tidak berulang,tingkatkan pengambilan.
[DR HAFIZAH BINTI AMANULLA / DR SALMAN AMIRUDIN]

Olivie 30x vs Penyakit Kronik

Penyakit Kronik bagus amal Minyak Zaitun Unfiltered Turki atau Olivie 30 Morocco?

Adakah perlu diamalkan kedua-duanya MZ Turki dan OLIVIE PLUS 30x ini?

Ya. Paling bagus combine sebab masing2 ada keistimewaannya. Pati Minyak Zaitun Turki yang berharga RM39.90 sebotol  itu adalah kombinasi buah Zaitun hijau dan hitam..

Kalau dilihat di labelnya,
Buah Zaitun Hitam ; kaya lipid atau lemak baik, sangat bagus untuk badan
Buah Zaitun Hijau ; kaya polifenol iaitu antioksida yang terbaik,

**manakala Olivie Plus 30x berharga RM85.90 sebotol itu pula hanya buah Zaitun hijau dengan 30x ganda antioksida kerana ia dihasilkan dari pokok yang ditanam di kawasan yang memaksa pokok2 Zaitun membina antibodi berganda2 untuk hidup. Jadi, minyak dari buahnya mengeluarkan berganda2 antibodi dan antioksida seperti hydroxytyrosol yang sangat unik dan hebat.

Contoh kombinasi Pati Minyak Zaitun Turki + Pati Olivie Plus 30x Morocco:

Pagi ambil Pati Minyak Zaitun Turki sebanyak 1@2 sudu besar (tablespoon or 15ml)

Malam ambil Olivie Plus 30x 1sudu besar (tablespoon or 15ml)

Tambahan, Sari Cuka Teen 1 sudu besar dicampurkan dalam segelas air mineral (unboiled) atau jus buah2an  selepas makan 2 Kali sehari

Insya Allah akan datang kesembuhannya dengan izin Allah S.W.T.

Testimoni Minyak Zaitun : Hidung Berdarah Kepala Berkuping

🌳NAMA PENGGUNA :  Muhammad Izzan bin Hazroamie.

🌳NO IC :  040221 02 02**.

🌳NO TEL :  01343992**

🌳ALAMAT :  No 435, Kg Muhibbah, 09800 Serdang Kedah.

🌳PEKERJAAN :  Pelajar.

🌳MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI : 
- Hidung berdarah.
- Kepala jadi berkuping.

🌳SEJAK BILA :  Dari darjah satu, sekarang dah darjah lima.

🌳CARA AMALAN PRODUK  :  Pati minyak zaitun 2 kali sehari, pagi dan petang.

🌳KESAN PENGAMALAN : 
     Tujuan makan minyak zaitun untuk nak bagi hilang hidung berdarah dan kulit kepala jadi berkuping,kemungkinan masalah resdung.
     Alhamdulillah setelah amalkan 2 botol pati minyak zaitun, hidung tak lagi berdarah dan dalam masa yang sama dia tidak dijangkiti sakit mata,sedangkan waktu itu semua ahli keluarga dijangkiti sakit mata. Pada masa itu dia seorang saja yang makan minyak zaitun.

🌳HARAPAN DAN NASIHAT DARI PENGGUNA : 
        Saya amat bersyukur di perkenalkan dengan minyak zaitun keluaran Olive House dan saya amat berharap agar insan di luar sana dapat memilih makanan sunnah untuk kesihatan keluarga mereka.

Olivie 30x vs Penyakit Kronik

Penyakit Kronik bagus amal Minyak Zaitun Unfiltered Turki atau Olivie 30 Morocco?

Adakah perlu diamalkan kedua-duanya MZ Turki dan OLIVIE PLUS 30x ini?

Ya. Paling bagus combine sebab masing2 ada keistimewaannya. Pati Minyak Zaitun Turki yang berharga RM39.90 sebotol  itu adalah kombinasi buah Zaitun hijau dan hitam..

Kalau dilihat di labelnya,
Buah Zaitun Hitam ; kaya lipid atau lemak baik, sangat bagus untuk badan
Buah Zaitun Hijau ; kaya polifenol iaitu antioksida yang terbaik,

**manakala Olivie Plus 30x berharga RM85.90 sebotol itu pula hanya buah Zaitun hijau dengan 30x ganda antioksida kerana ia dihasilkan dari pokok yang ditanam di kawasan yang memaksa pokok2 Zaitun membina antibodi berganda2 untuk hidup. Jadi, minyak dari buahnya mengeluarkan berganda2 antibodi dan antioksida seperti hydroxytyrosol yang sangat unik dan hebat.

Contoh kombinasi Pati Minyak Zaitun Turki + Pati Olivie Plus 30x Morocco:

Pagi ambil Pati Minyak Zaitun Turki sebanyak 1@2 sudu besar (tablespoon or 15ml)

Malam ambil Olivie Plus 30x 1sudu besar (tablespoon or 15ml)

Tambahan, Sari Cuka Teen 1 sudu besar dicampurkan dalam segelas air mineral (unboiled) atau jus buah2an  selepas makan 2 Kali sehari

Insya Allah akan datang kesembuhannya dengan izin Allah S.W.T.

Jagalah jantung Elak Arteri Tersumbat

Hargai Jantung Anda-Mati Mengejut Kerana Arteri Tersumbat:

JANGAN sesekali memandang ringan jika anda atau ahli keluarga terdekat mengalami simptom-simptom seperti sakit dada, sesak nafas, pening kepala dan mengalami palpitas iaitu denyutan jantung yang pantas, kuat atau tidak teratur.

Tanda-tanda tersebut merupakan siren awal yang memberitahu seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari.

Penyakit arteri koronari merujuk pada penyempitan dan penyumbatan arteri yang membekalkan darah kepada jantung melalui pengumpulan lemak dan kolesterol.

“Proses ini dipanggil koronari aterosklerosis yang menyebabkan peredaran darah lemah, miokardium anoksia dan juga miokardium nekrosis.

“Dalam kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba atau dikenali sebagai serangan jantung,” kata pakar runding kardiologi, Profesor Dr. Sim Kui Hian.

Tambahnya, seseorang yang menghidap masalah penyakit arteri koronari juga biasanya akan berasa sakit di dada seperti rusuk dihimpit-himpit dan tidak kurang juga yang sakit di bahagian tangan kiri, siku dan perut.

Kui Hian memberitahu, penyakit arteri koronari terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan lain dalam darah yang dikenali sebagai plak.

Pengumpulan Plak:

Apabila plak tersebut terkumpul ia dipanggil koronari aterosklerosis.

“Pengumpulan plak ini selalunya berlaku dalam tempoh yang lama dan apabila ia mengeras, arteri akan tersumbat lalu menyebabkan peredaran darah menjadi lemah.

“Keadaan ini dinamakan aterosklerosis. Penyempitan arteri koronari ini menyebabkan darah beroksigen yang dihantar ke otot jantung berkurangan mengakibatkan sakit dada atau angina pektoris,” ujarnya.

Menurut Kui Hian, jika plak tersebut menghalang arteri koronari sepenuhnya atau pecah, ia boleh membawa kepada serangan jantung (infarksi miokardium).

Faktor risiko penyebab utama penyakit tersebut ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, merokok, kencing manis, amalan gaya hidup sedentari dan sejarah keluarga.

Bagi mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, seseorang doktor itu akan melakukan beberapa diagnosis seperti elektrokardiogram (ECG), ujian senaman treadmill, ekokardiografi, Myocardial Perfusion Scan, Cardiac Computed Tomography (CCT), Cardiac Magnetic Resonance Imaging (CMR), Cardiac Catheterization dan Coronary Angiogram.

BAGI mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, doktor akan melakukan beberapa diagnosis.

“Secara umum, doktor akan memilih penyelesaian terapeutik mengikut keadaan penyakit dan keadaan kesihatan pesakit selepas membuat diagnosis yang tepat tentang penyakit arteri koronari.

“Perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok, pemakanan seimbang dan senaman yang mencukupi banyak membantu dalam pemulihan penyakit arteri jantung,” katanya.

Jelas beliau, pada masa sekarang, kaedah terapeutik yang digunakan untuk merawat penyakit arteri koronari ialah rawatan perubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG), percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti dan pembedahan pintasan jantung.

Terdapat pelbagai jenis sten yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu menggunakan bare metal stent (BMS), drug-eluting stent (DES) dan bio-engineered stent (BES).

Kebiasaannya, pilihan rawatan berdasarkan faktor yang ditentukan oleh gejala-gejala yang dialami pesakit.

Dalam kebanyakan kes, jika arteri tersumbat kurang daripada 70 peratus, maka ubat akan menjadi pilihan rawatan baris pertama.

Jika pembedahan diperlukan, BES ialah sten yang sesuai untuk semua pesakit.

Pemasangan sten menawarkan penyelesaian bagi kumpulan pesakit tertentu seperti mereka yang memerlukan pembedahan dalam jangka masa pendek, pesakit yang tidak boleh menggunakan Dual Antiplatelet Therapy (DAPT) iaitu rawatan perubatan yang membabitkan pengambilan agen pencairan darah seperti aspirin dan agen antiplatlet untuk jangka masa panjang dan warga emas.

Pesakit yang menjalani rawatan memasukkan sten boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuat senaman aerobik.

Namun begitu, pesakit arteri koronari harus melakukan ujian stres terlebih dulu sebelum memulakan program senaman bagi mengukur kemampuan mereka untuk bersenam.

“Mereka dinasihatkan supaya melakukan senaman ditemani orang lain dan tidak berseorangan selepas beberapa bulan pertama menjalani rawatan.

“Gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan senaman dengan kerap sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung,” ujarnya.

Dahulu, penyakit jantung hanya menyerang individu berusia, kini situasinya berbeza kerana golongan individu berusia bawah 50 tahun turut berdepan dengan risiko penyakit tersebut.

Gaya Hidup:

Menurut Kui Hian, keadaan itu berlaku akibat gaya hidup tidak sihat, tidak melakukan senaman, obesiti, merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

“Penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

“Bagi mengelakkan penyakit ini, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, kolesterol dan garam, jangan merokok, kurangkan tekanan dan selalu bersenam,” nasihatnya.

Dalam pada itu, Hindon Abdul Aziz, 55, tidak menyedari sama sekali bahawa dia menghidap penyakit arteri koronari sehinggalah beliau membuat pemeriksaan penuh kesihatan yang disarankan oleh tempat kerjanya.

Selepas melakukan ujian stres dengan treadmill, doktor memberitahu bahawa Hindon mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan menyarankannya menjalani rawatan angioplasti.

GAMBAR di atas menunjukkan bagaimana sten dipasang bagi membesarkan saluran darah yang tersumbat bagi membolehkan aliran darah mengalir dengan normal tanpa sekatan.

“Ahli keluarga saya ramai meninggal akibat penyakit yang berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi dan angin ahmar.

“Sebulan jugalah saya membuat keputusan untuk membuat angioplasti. Prosedur angioplasti ini mengambil masa lebih kurang satu jam,” katanya.

Selepas membuat pemasangan sten, doktor menasihatkannya membuat perubahan pada diet.

“Makanan laut tidak boleh makan kerana kandungan kolesterolnya tinggi, makanan berminyak dan bersantan selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok.

“Jika tidak berpantang, ada kemungkinan saluran tersebut tersumbat kembali. Apabila rakan-rakan tahu saya menghadapi masalah penyakit ini, ramai yang menyarankan supaya makan epal hijau, saderi, lemon dan teh hijau,” ujarnya.

Ditanya mengenai rawatan ubat tradisional yang banyak diamalkan oleh segelintir masyarakat, Hindon memberitahu doktor mengingatkannya supaya tidak mencampurkan pengambilan ubat doktor dengan ubat tradisional.

“Tidak dinafikan selepas didiagnosis menghidap penyakit ini, diet saya sekeluarga berubah dan jarang sekali makan di luar seperti sebelum ini.

“Sekarang ini, tengok sahaja orang makan nasi lemak sepinggan penuh saya sudah takut. Mula-mula dapat tahu menghidap penyakit ini, saya tidak lagi makan nasi lemak dan bertukar kepada capati,” katanya yang kini menyediakan makanan menggunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.

Secara peribadi, Hindon memberitahu, pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting.

“Lebih baik dapat tahu awal daripada tidak tahu langsung dan tiba-tiba sahaja mendapat serangan jantung.

“Sehingga hari ini, setiap hujung minggu sebaik sahaja selepas subuh saya dan suami akan berkebun untuk mengeluarkan peluh,” ujarnya yang banyak membawa artikel-artikel mengenai arteri koronari.

Sumber Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3WavnrNJq
Hakcipta terpelihara

Thursday 2 April 2015

Masalah sukar tidur dan kembung vs Quranic foods

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Sukar Tidur+Perut Kembung):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada satu masalah iaitu sukar hendak tidur. Apa yang berlaku pada saya apabila saya meletakkan kepala dibantal terasa satu gegaran pada kepala saya seperti berada di mesin massage dan apabila hendak mencapai tahap untuk memejamkan mata tiba-tiba keadaan terkejut melanda lantas tidak boleh tidur hingga ke pagi. Jadi, adakah ada kaitan dengan gastrik? Harap dapat membantu saya. Saya baru sahaja beramal dengan MZ dan SCT.
                                                                             
Selepas makan MZ, saya kerap ke tandas buang air besar/kecil dan rasa perut kembung. Selepas saya buat bekam lagi teruk. Apa yang sepatutnya rawatan sesuai untuk pesakit seperti saya ini? Sebelum ini, saya makan MZ sehari 2 kali dan Cuka Teen sehari sekali saja. Saya seorang lelaki dan berumur 46. Mohon pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Perasaan mendengar gegaran disebut pulsatile tinnitus dan biasanya berpunca dari salur darah otak yang menekan kepada urat telinga. Ia bukanlah simptom bagi penyakit gastrik yang biasanya menyerang dengan simptom panas ulu hati yang naik ke bahagian tekak. Jika simptom berterusan, sila dapatkan pemeriksaan lanjut dengan merujuk kepada pakar bahagian otak dan saraf (neurology).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Dalam kes ini, nampaknya pesakit mempunyai masalah usus yang teruk dan seterusnya mungkin inflamasi pada sesetengah bahagian otak. Pesakit haruslah bersabar dengan semua tindakbalas dan jangan bersangka buruk. Banyakkan beristighfar dan memohon ampun atas dosa-dosa dan terus istiqamah dengan perubatan Islam. Amalkan juga madu asli dan cuba berbekam lagi sehingga sembuh. Elakkan makanan proses secara total dan herba-herba yang bersesuaian juga boleh diambil. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business
More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]
.

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!