Saturday 2 July 2016

Quranic Foods Funtional Foods Vaksin Non Vaksin

QuranicFoods.. Funtional Foods.. Prophethic Medicine.. Vaksin Vs Non Vaksin.. Perawatan Vs Pemakanan..

MAKANAN SUNNAH PENGGANTI VAKSIN ?

1. Assalamualaikum Warahmatullah semua.

2. Saya dari pendidikan Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar, tetapi jujur saya katakan sehingga kini saya tidak jelas apa maksud "makanan sunnah" secara akademiknya. Apa yang jelas dari pengajian Syariah ialah berkenaan makanan yang halal, haram dan syubhat. Jelas dari Al-Quran dan Hadis pecahan tiga ini. Sesuatu makanan itu boleh menjadi haram atau syubhat sama ada atas faktor ketaatan (perintah) kepada Allah atau memberikan kemudaran/penyakit kepada manusia.

3. Adapun selain itu, tidak ditemukan secara khusus berkenaan "makanan sunnah" atau nama seiras dengannya. Apa yang sering saya temukan (pastinya penemuan itu daripada bantuan pensyarah dan profesor-profesor yang saya kenali) adalah dari sudut tulisan-tulisan hebat atau journal-journal antarabangsa serta pembincangan ilmiah berhubung "Quranic Food "iaitu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Hari ini, Sains moden membuktikan kebaikannya dan sebahagiannya menjadi aspirasi kepada ciptaan ubat-ubat sintetik bagi industri ubat moden dan memberi sumbangan besar kepada dunia perubatan moden.

4. Begitu juga journal yang banyak berkaitan "Prophetic Medicine" penulisan dan kajian berhubung adakah perubatan yang dianjurkan Nabi itu kewajipan diikuti sebagaimana Syariat yang menjadi ibadat yang wajib dituruti atau sekadar saranan semasa mengikut perkembangan perubatan semasa yang berada pada zaman baginda? Panjang lebar perbahasan secara ilmiah dapat ditemukan satu persatu. Quranic Food dan Prophetic Medicine kata kunci penting.

5. Istilah "Quranic Food" dan "Prophetic Medicine" itu wujud bersama penjelasan saintifik. Hasilnya memberikan kebaikan kepada masyarakat seluruhnya. Adapun "makanan sunnah" ini saya agak kurang pasti. Terus menafikan istilah ini saya tidak berani, mungkin ada definasinya yang saya tidak tahu atau sememangnya ia hanya ucapan rawak yang diterima pakai oleh masyarakat. Ini kerana istilah "makanan sunnah" ini hanya berlegar di sempadan tanah air malaysia sahaja, tidak diketahui di negara selainnya. Terbaru saya bertemu Dr Mohamed Faid (hafal 30 juzuk Al-Quran) yang merupakan saintis serta tokoh nutrisi dunia memberikan komentar kurang senang dengan istilah makanan sunnah yang dikombinasikan pelbagai ramuan yang tidak diketahui "chemical reaction" hasil campuran. Juga apa kesannya kepada tubuh dan tidak pernah diuji tetapi langsung dijual. Kemudian disandarkan ia sebagai "makanan sunnah" yang kemungkinan membawa fitnah kepada agama. Itu komen beliau.

6. Saya lebih teruja dan tertarik dengan beberapa Profesor dari Universiti Al-Azhar (jurusan biology, chemistry, food sciense dan selainnya. Al-Azhar tidak sekadar mempunyai jurusan agama, terdapat kampus perubatan dan semua bidang ilmu. Beza kampus mereka dengan universiti yang lain hanya mereka diwajibkan hafal 30 juzuk Al-Quran). Maaf, kembali kepada apa yang ingin dikatakan oleh tokoh Al-Azhar, jika mahukan nama-nama mereka saya kena merujuk semula, tulisan tanpa rujukan sekadar apa terlintas di minda dan nama mereka tak dapat diingati buat masa sekarang🙈.

7. Kata mereka: Di dalam Al-Quran menyebut terdapat 5 pokok yang mempunyai kebaikan nutrisi yang hebat; zaitun, teen, kurma, delima dan anggur. Makanan ini pada Sains moden diiktiraf sebagai "Super Food" @ "Funtional Food". Bermaksud makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi kebaikan kepada tubuh manusia dan mesti diamalkan. Ditanya: Bagaimana pula dengan madu, habbas sauda dan lain-lain kenapa tidak dimasukkan di dalam senarai Quranic Food? Dijawab: Madu, Habbas Sauda dan seumpamanya dikategorikan sebagai ubat. Makanan dan Perubatan adalah dua tajuk yang berbeza. Soal makanan adalah soal diet, penjagaan kesihatan, pencegahan, memberikan nutrien yang cukup pada tubuh, gizi dan lain-lainnya. Adapun madu, habbas sauda, bekam dan selainnya, ini merupakan soal perawatan dan perubatan memerlukan pakar dan ahli yang layak untuk bercakap mengenainya. Bila orang awam mula masuk campur dan bercakap sesuka hati, disiplin ilmu yang tinggi bertukar menjadi sampah.

8. Kesimpulannya: "Quranic Food" (Makanan) dan "Prophetic Medicine" (Perubatan) adalah dua tajuk berlainan! Jangan pelik jika fakta kukuh membuktikan, larangan mengambil habbas sauda bagi pesakit buah pinggang. Bahkan disebabkan kejahilan dalam bidang perubatan, kesan pengambilan habbas sauda merosakkan buah pinggang. Ini sama sekali tidak menafikan hadis Nabi berkaitan kebaikan habbas sauda. Kita akan sedar ianya tidak bertembung apabila memahami prinsip pemakanan dan perubatan yang diajar oleh Syariat. Pemahaman secara lateral pada perkara keagamaan yang melahirkan extremes. Soal perawatan melibatkan banyak isu; kondisi semasa pesakit, metabolisme, dos dan lain-lain isu yang komplikated yang mana perawat dan ahli dalam bidang perubatan sahaja yang pakar dan mahir. Itupun ilmu tersebut masih berkembang bukan sudah sampai ke puncaknya. Bahkan Nabi secara jelas meminta para sahabat untuk urusan konsultasi perubatan kepada yang ahli walaupun bukan Islam seumpama Haris bin Kaladah.

9. Vaksin adalah soal perubatan moden. Kajian, analisa, penemuan, pembuktian dan lain-lain perkara berkaitan memenuhi dunia ilmu perubatan moden yang adakala atau kebanyakannya tidak difahami oleh masyarakat awam bahkan ahli perubatan itu sendiri kecuali yang pakar. Menjadi mengantuk saya kebosanan membaca perdebatan tidak keruan antara beberapa kelompok yang bercakap soal makanan sunnah dan soal vaksin. Tuan cik puan, sebelum "bertumbuk" masuk di dalam tajuk dahulu, terlebih dahulu tetapkan perbincangan agar hasil perbincangan dan konklusi perbincangan jelas. Seorang bercakap soal payung sumber penghalang hujan dari terkena tubuh dan seorang bercakap soal rumah sebagai pelindung, seumpama orang tidak waras perdebatan yang berlaku. Saya hanya analogikan rumah dan payung, hujan sebagai penyakit. Siapa payung siapa rumah, saya juga tak tahu cuma yang saya tahu, soal perubatan dan soal pemakanan adalah dua tajuk yang berlainan serta mempunyai disiplin ilmu yang tidak sama. Dicampur adukkan kedua tajuk, menjadikan lauk itu basi serta tidak boleh dimakan.

10. Menjadikan pemakanan sebagai hospital mutlak umpama ucapan orang sasau, manakala merawat tanpa mengambil berat soal pemakanan ucapan mentah yang tidak masak terzahir kedangkalan amat nyata di situ. Soal makanan yang baik membantu kesihatan yang optimun dalam masa yang sama tidak menjamin tidak diuji dengan penyakit. Sehebat apapun ilmu perubatan moden tidak menafikan pemakanan berperanan penting kepada penyakit yang dideritai, pengamalan makanan yang betul dan berkhasiat menjadikan para perawat dan ahli perubatan fokus kepada penyakit sebenar untuk diubati. Soal pemakanan dan kesihatan berkait rapat antara satu sama lain. Saling melengkapi bukan memusuhi. Ingat!!!!

11. Sekarang viral isu vaksin yang merupakan bidang perubatan. Terlalu banyak "evidence" yang boleh dikongsikan berhubung perkara ini untuk tatapan dan pembacaan bersama sokongan penerangan, bukannya semborono emosi yang tidak membawa konklusi keputusan menenangkan di akhirnya. Pro and cont pasti ada, jelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Ingin bertumbuk atau memberi petunjuk? Sebagaimana juga soal pemakanan terdapat "evidence" yang jelas secara saintifik untuk kita ketahui sama ada sesuatu makanan "sunnah" itu sekadar "bullshit" jeritan menggila penjual produk atau bersama bukti saintifik. Saya yakin dan percaya soal vaksin juga sama. Bahasa ilmiah ini boleh menjadi pedoman kepada yang mencari kebenaran. Kongsikan!!!

12. Adapun masyarakat awam, menjadi tanggungjawab negara/pihak berkuasa untuk meletakkan undang-undang yang sesuai demi kebaikan bersama. Mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti memahami perbincangan yang komplikated, mereka hanya perlu undang-undang yang baik untuk memelihara mereka. Semestinya negara/pemimpin telah difikir sehabisnya dan dipilih neraca paling baik untuk dilaksanakan termasuk implikasi undang-undang apabila diwajibkan atau diharuskan sesuatu undang-undang. Ini kaedah terbaik, bukannya perdebatan dengan awam yang sehingga kiamat tidak akan memahami hasil perbincangan.
....Us Aidil Azwal...

Jagalah Kesihatan Dengan Diet serta Sumber yang TERBAIK!
Rawatlah Penyakit anda dengan cara yang TERBAIK!

Jom jadikan Funtional Foods Super Foods amalan harian..
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
www.QuranicFoods.com

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!