Wednesday 9 August 2017

Cuka Teen - Elektrolit bantu kekalkan hidrasi tubuh

Elektrolit bantu kekalkan hidrasi tubuh

Oleh: MARY EASAW-JOHN

PERPELUHAN dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindakbalas untuk membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37oC.

Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh.

Elektrolit pada dasarnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita.

Anda boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh.

Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit.

Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:

* Natrium

* Kalium

* Kalsium

* Magnesium

* Klorida

* Fosfat

* Sulfat

Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba.

Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan andai berlaku sedikit perbezaan.

Adalah disarankan untuk kita menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.

Kepentingan elektrolit

Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.

Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.

Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel.

Selain itu – melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.

Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini menjelaskan alasan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot.

Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.

Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.

Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit.

Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot.

Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium jarang ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak.

Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.

Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh anda dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda.

Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium.

Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang.

Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah - masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.

Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan.

Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan anda.

Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat.

Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.

Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.

Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.

Mesejnya

Adalah penting bagi anda untuk mengekalkan tahap hidrasi (kelembapan) tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti yang ada di Malaysia ini.

Jangan tunggu sehingga dahaga ‘menguasai’ anda dan ingatlah elektrolit-elektrolit utama yang mesti anda ambil kira untuk kekal terhidrasi.

Ps*Sari cuka teen Organik adalah Antara pengawal eletrolit tubuh terbaik

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!