Monday 23 February 2015

Minyak zaitun bantu atasi masalah Kandungan Songsang

Soalan Dari Pelanggan ( Masalah Kandungan Songsang):

Assalammu'alaikum doktor.  Kawan saya ada satu masalah iaitu dia mengandung anak pertama dan  mengamalkan minyak zaitun juga. Kandungan sekarang 37 minggu dan doktor mengesahkan yang kedudukan anaknya songsang dan uri terletak di bahagian bawah. Doktor hendakk tetapkan tarikh kemungkinan akan dibedah. Saya mahu tahu jika ada apa-apa kaedah lain yang perlu diikhtiarkan untuk mengelakkan pembedahan. Mohon nasihat dari doktor.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Uri di bawah (placenta previa) merupakan keadaan yang berbahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan apabila saluran peranakan mula terbuka dan menghalang penyerapan oksigen kepada bayi. Kes seperti ini biasanya akan dimasukkan di wad bersalin seawal 32 minggu dan hanya dibenarkan bersalin melalui kaedah pembedahan ceaser. Bagi anak songsang, kaedah memusingkan bayi dari luar (manual cephalic version) dilakukan oleh bidan dan sesetengah pakar sakit puan yang berpengalaman tetapi mempunyai risiko tali pusat terbelit pada leher bayi yang menghalang pengaliran oksigen kepada bayi serta tidak boleh dilakukan pada ibu yang mempunyai air mentuban yang sedikit (oligohydramnios). Banyakkan solat hajat dan berdoa kerana bayi masih boleh berpusing kepada kedudukan normal (kepala ke bawah) di dalam air mentuban yang mencukupi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sepatutnya, jika puan ada masalah uri bawah (placenta previa) doktor akan mengetahui perkara ini seawal 28 minggu dan memantau kandungan. Dan berkemungkinan akan dimasukkan ke wad selepas 32 minggu. Agak pelik apabila sudah 37 minggu baru dapat dikesan. Berkemungkinan juga keadaan bayi yang songsang menyebabkan rahim bahagian bawah kurang cekang dan menampakkan imej ultrasound seolah-olah uri berada di bawah menutupi bukan pintu rahim(os).

Apa yang puan patut buat sekarang adalah mengambil MZ dengan dos tinggi 2 sudu besar 3 kali sehari, jus delima 2 sudu besar 3 kali sehari dan  air rebusan kunyit bercampur madu sekali sehari. Tingkatkan solat sunat seharian dan solat dengan perlahan-lahan dan amati setiap pergerakan dan maksud bacaan. Insya Allah, akan dimudahkan Allah jika hati puan mengharapkan pertolongan Allah. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!