Tuesday 14 November 2017

KKM 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes

KUALA LUMPUR
Kementerian Kesihatan menganggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, separuh daripada jumlah itu atau kira-kira 1.8 juta belum didiagnos dan tidak pernah menjalani saringan kesihatan, lalu tidak menyedari kehadiran penyakit itu.

Melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan optimum boleh diberikan, katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Diabetes Sedunia 2017 pada Selasa.
“Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal,” katanya.



Beliau berkata peningkatan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu, risiko penyakit dan kepentingan saringan kesihatan diharap dapat mengubah tingkah laku rakyat Malaysia dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit itu seterusnya mengurangkan risiko kematian pra matang akibat komplikasi diabetes.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kira-kira 1.78 juta penghidap diabetes di Malaysia adalah kalangan wanita.

“Kementerian Kesihatan komited dalam memberikan akses penjagaan dan pengetahuan yang cukup supaya golongan wanita mampu mengawal penyakit itu,” katanya.
Wanita mengandung, kata beliau, akan diberikan fokus yang sama dalam soal mendapatkan saringan, didikan dan penjagaan sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.

''Bagi pesakit diabetes yang mahu hamil, mereka perlu menghadiri ‘pre-pregnancy counselling' supaya dapat mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan," katanya. - Bernama


0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!