Monday, 24 October 2016

Madu dan Crystals mendapan

Isu Crystallized / Hablur / Granulated Madu

Sering menjadi salah anggapan/miskonsep dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.
Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara *beriklim sederhana*. ( Kyrgyzstan secara rasminya dipanggil Republik Kyrgyz, ialah sebuah negara di Asia Tengah. Dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, ia bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Republik Rakyat China.)
Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga , jika lebah mengambil nektar darinya,( Nektar atau sari bunga merupakan cecair yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan) madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.

Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi.
Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan

1. Ratio glukosa dan fruktosa
Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
( Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa  dan glukosa )
Fruktosa adalah sejenis monosakarida yang wujud dalam buah-buahan, madu dan gula.
Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.
2. Kandungan air dalam madu
Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan.
Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.
( *madu gunung kyrgystan 12.7%*)

Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.

Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C ( suhu bilik 25'c) – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.
Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.

#DasarDeMellarius
cc: tuan DASAR


0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!