Monday 16 July 2018

Cuka bahaya untuk kesihatan? Jangan amal?

Saya berkongsi cerita dari rakan saya Dr Noorul Amin. Saya suka cuka tin.

BENARKAH CUKA MEMUDARATKAN KESIHATAN ?

Pengambilan cuka dikatakan boleh sebabkan gastrik yg teruk dan penghakisan dinding perut dan dinding esofagus yg boleh menyebabkan pendarahan perut.

Cuka juga dikatakan kononnya tiada bukti klinikal ianya bagus untuk kesihatan

Perhatikan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah (hadis nombor 3309 dalam kitab Sunan Ibn Majahh.

Ummu Sa'd ra berkata, "Saat Rasulullah SAW menemui Aisyah RA aku sedang berada di sampingnya, beliau bertanya: "Apakah ada makanan?" Aisyah menjawab, "Kita hanya memiliki roti, kurma dan cuka." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik lauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak dikatakan fakir rumah yang di dalamnya terdapat cuka."

Cuka adalah sebaik2 lauk menurut Nabi SAW dan ia juga merupakan lauk kepada para Nabi sebelum Rasulullah. Nabi SAW berdoa kpd Allah swt supaya cuka diberkati. Nabi SAW juga menjamin penghuni rumah yang ada cuka tidak akan menjadi fakir miskin.

Jadi apa isunya dengan cuka ? Kenapa ramai dapat gastrik dan pendarahan perut kerana pengambilan cuka ?

Jawapannya ialah cuka komersil (cuka kurma, epal dll) yang dijual di kedai2 mempunyai kandungan asid asetik yang sangat tinggi iaitu di antara 10% hingga 12%. Kandungan kadar asid asetik yang sangat tinggi ini boleh menghakis dinding perut dan menyebabkan gastrik dan pendarahan perut.

Tetapi sekiranya kita buat sendiri cuka di rumah (home made vinegar) paras asid asetiknya sangat rendah iaitu sekitar 4% hingga 5%.

Terdapat banyak kajian klinikal telah dijalankan membuktikan kehebatan kesan cuka ke atas kesihatan manusia. Dr Carol Johnston dan Dr Cindy Gaas dari Arizona State University, Amerika Syarikat membuktikan dalam kajian mereka bahawa cuka mempunyai kesan berikut :-
1. Cuka mempunyai kesan antibiotik semulajadi
2. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan tekanan darah
3. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko serangan jantung
4. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko kanser
5. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

Sekiranya anda tidak tahu cara membuat cuka di rumah, pastikan anda membaca label di botol cuka utk mengetahui kandungan paras asid asetik. Pastikan kandungan tidak melebihi 4-5%.

Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila doktor-doktor Muslim di Malaysia menentang penggunaan cuka oleh pesakit mereka tetapi Nabi SAW dan saintis/doktor Barat menggalakkan pengambilan cuka disebabkan oleh kesannya yang menakjubkan

Dr Noorul Amin Abd Rahman.
.
Salam...
Tempahan/Cod untuk dapatkan produk OLIVE HOUSE
014 2448 999
www.wasap.my/60175750810
cod percuma ALOR SETAR.
.
boleh juga terus ke PUSAT JUALAN OLIVE HOUSE ALOR SETAR - TESCO STARGATE.
*Terapi Bekam Sunnah dan Rawatan Resdung Gurah
Set Temujanji :
Lelaki   : 0135983088
Wanita : 0175424710
.
Blog Info Kesihatan
www.oliveasli.blogspot.com
Page Info Kesihatan QuranicFoods
www.facebook.com/QuranicFoods
Page Terapi Bekam & Gurah Resdung
www.facebook.com/BekamAlorSetar
.
Pengeposan ke Seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!