Saturday 8 July 2017

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah


Tahukah anda Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah??

JIika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembap dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas. Terdapat dua jenis minyak zaitun untuk kecantikan iaitu minyak zaitun tulen dan minyak zaitun campuran. minyak zaitun tulen biasanya mudah didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.

Manakala, minyak zaitun campuran biasanya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain dan seringkali diguna pakai dalam pembuatan losyen, syampu, skrub badan, pembersih wajah dan juga ‘body mist’. Untuk rawatan kecantikan, selain daripada mendapatkan produk yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun yang digunakan dalam masakan. Caranya mudah sahaja, hanya campurkan minyak tersebut ke dalam masker, syampu atau pelembab kulit yang ingin digunakan.

Hendak tahu apa kebaikan minyak zaitun??
Minyak Zaitun Untuk Wajah

KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.

MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.
Kredit : http://www.wanista.com/2013/04/tips-cantik-5-tips-kebaikan-minyak-zaitun/


Lagi Info Minyak Zaitun berkaitan wajah.
Kandungan polifenol dan antioksida yang tinggi dalam minyak zaitun extra virgin mempunyai banyak manfaat kepada kulit kita.


ANTI BAKTERIA : Menurut beberapa penelitian, minyak zaitun bermanfaat untuk memerangi mikroorganisme seperti bakteri dan virus penyebab penyakit.
ANTI-KANSER:  Membantu mencegah barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia.
ANTI PENUAAN : Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria).Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).

Manfaat minyak zaitun sebagai zat antioksidan. Minyak zaitun mengandung polifenol, zat antioksidan yang mampu meneutralise kan radikal bebas. Radikal bebas merupakan zat aktif yang merosakkan sel sihat serta menyebabkan penuaan.
Minyak zaitun sarat akan vitamin penting yang membuat proses penyembuhan bekas jerawat menjadi lebih cepat.
Minyak zaitun juga sarat akan antioksidan seperti polifenol yang dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh, membantu menjaga kelembapan kulit, serta mencegah segala macam jenis infeksi.

Minyak zaitun memiliki kandungan antibakteri yang sangat baik untuk menyembuhkan jerawat yang diakibatkan oleh infeksi bakteri dan menghilangkan bekasnya.
Minyak zaitun juga memiliki sifat anti-inflamasi yang diperlukan untuk menyembuhkan jerawat dan bekas-bekasnya.

Minyak zaitun memiliki sifat non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori kulit), sehingga membuatnya menjadi obat yang ideal untuk jerawat.

1. Mengatasi Wajah Berjerawat
2. Mengangkat Kotoran Di Wajah
3. Merawat Kulit

Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.

minyak zaitun juga berkhasiat untuk mempertahankan bentuk serta kekencangan payudara. Sedangkan untuk tangan dan kaki, minyak zaitun dapat juga digunakan untuk mengurangi kulit yang menebal pada telapak kaki, mempertahankan kehalusan kulit, serta menguatkan kuku. Karena itu, tak ada salahnya untuk Anda menggunakan minyak zaitun pada kulit sehabis mandi agar kulit senantiasa lembap dan lembut.
minyak zaitun extra virgin 100% asli di rumah. Boleh lah guna untuk perawatan wajah secara alami dari rumah ^_^
Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu mengembalikan kesihatan kulit wajah.

Antara manfaatnya lagi adalah ..


================================================
Jerawat merupakan salah satu masalah pada wajah yang sangat ditakuti oleh para wanita. Selain rasanya yang kadang sakit, jerawat membuat penampilan kita menjadi terganggu. Bahkan beberapa orang menjadi tidak percaya diri ketika jerawat itu muncul di wajahnya, sehingga banyak wanita yang menggunakan berbagai macam produk untuk mengatasi jerawat. Namun, terdapat bahan alami yang dapat digunakan untuk mengurangi atau mencegah timbulnya jerawat, yakni minyak zaitun.

Cara mendapatkan manfaat minyak zaitun untuk wajah berjerawat cukup mudah. Pertama bersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan air bersih. Kemudian oleskan minyak zaitun pada bahagian wajah yang terdapat jerawat. Tunggu beberapa minit hingga olesan tersebut mengering. Setelah itu, bilaslah menggunakan air bersih.

Apabila kamu termasuk orang yang lebih banyak beraktiviti di luar rumah, kemungkinan kulit wajah anda terkena debu, kotoran, dan pancaran matahari lebih banyak. Oleh itu, kita harus memastikan perlindungan sebaiknya terhadap kesihatan kulit, khususnya pada wajah. Minyak zaitun diyakini memiliki kandungan yang dapat bermanfaat untuk mengangkat kotoran pada wajah.
Pertama, bersihkan atau usap wajah menggunakan air suam agar pori-pori pada wajah terbuka. Setelah itu, oleskan minyak zaitun pada wajah secara merata dan tunggu sekitar 5 minit hingga mengering. Kemudian, bilas wajah menggunakan air sejuk agar pori-pori kembali tertutup dan wajah terlihat lebih halus. Lakukanlah tips ini setelah beraktiviti di luar rumah.

Kulit wajah yang terlihat lebih kusam, kering dan banyak garis halus pada wajah boleh menvuba tips ini. Apabila perawatan wajah tidak segera dilakukan, maka dapat menyebabkan berbagai penyakit kulit. Perawatan secara rutin dapat memiminimakan risiko pada wajah untuk terkena bakteri atau kotoran lainnya. Minyak zaitun memiliki manfaat bagi kesihatan kulit.

Cara penggunaannya cukup mudah, yakni dengan mengoleskan minyak zaitun pada wajah secara merata sebelum beraktiviti dan sebelum tidur. Tujuan pemakaian sebelum beraktiviti adalah menghindari kesan buruk akibat pancaran sinar matahari, debu, dan kotoran lain pada kulit wajah. Selain itu, pemakaian minyak zaitun dapat membuat tekstur kulit lebih kenyal sehingga terlihat sihat, segar, kencang, dan halus ketika dipegang.


Untuk maklumat lanjut sila

Boleh Like dan mesej kami di facebook :https://www.facebook.com/QuranicFoods

Untuk maklumat lanjut sila
SMS/WhatsApp ->>
Ustaz Zaki : 017-5750810


Boleh Like dan mesej kami di facebook :https://www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!