Friday 25 December 2015

Cerita Gout

GOUT

Gout merupakan penyakit atau permasalahan yang berkaitan dengan kerana tingginya kandungan asid urik di dalam darah. Asid urik merupakan hasil pemecahan metabolisma (asid nukleat) tubuh yang sebahagian kecil berasal dari makanan. Sebahagian besar asid urik disaring di buahpinggang.

Manakala, di dalam darah, sebahagian besar asid urik dalam bentuk monosodium urik.

Bagi pesakit gout, penumpuan atau pengumpulan monosodium urik didapati sangat tinggi dalam bentuk campuran yang sangat pekat, sehingga berisiko terjadinya pengumpulan kristal urik pada jaringan yang kemudiannya menyebabkan:

- Tofi / tophi (nodul subutan akibat pengumpulan Kristal urik)
- Radang Sendi dan arthritis
- Masalah atau Penyakit Buah pinggang

TANDA-TANDA SERANGAN GOUT :

• Serangan mendadak, cepat, tiba-tiba, dan lazimnya pada malam hari
• Ibu jari kaki sakit secara tiba-tiba, bengkak, panas, kemerah-merahan.
• Dalam tempoh serangan 8-12 jam , rasa sakit akan semakin teruk.
• Bahagian lain yang berisiko untuk menerima serangan gout adalah pergelangan kaki, punggung tangan, jari- jari, tangan, dan siku
• Selain sukar berjalan, pesakit akan demam, menggigil, dan bisa badan.

KAEDAH MENCEGAH DAN MERAWAT GOUT

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk mencegah gout adalah :
1) Mengamalkan madu, Habbatus sawda’ dan kurma setiap kali sebelum sarapan
2) Banyakkan meminum air putih
3) Amalkan meminum air barli (biji/beras)
4) Melakukan aktiviti riadah
5) Lazimkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh, paling kurang sebelum tidur.

KAEDAH RAWATAN GOUT

1) Terapi Bekam

Kaedah untuk merawat gout dengan terapi bekam perlu melihat kepada tahap gout yang menyerang pesakit. Ini adalah kerana, bukan semua gout boleh dirawat dengan terapi bekam, malahan ada peringkat gout yang apabila dibekam akan membawa kesan yang lebih memudaratkan.

Kaedah merawat gout menggunakan terapi bekam perlu berhati-hati, kawasan tofi atau bengkak tidak b oleh dibekam kerana ianya akan menjadikan struktur Kristal Urik akan terganggu seterusnya menganggu sistem darah yang menjadikan asid urik akan menumpukan pengumpulan dibahagian sendi yang lain.

Secara ringkas, untuk melakukan terapi bekam kepada pesakit gout, pertamanya perlu mengenalpasti tahap gout yang dialami sama ada asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. (Diagnos awal insyaALLAH amat membantu)

Jangan ‘hentam keromo’, asal gout terus dibekam, prinsip perawatan perlu ada dalam setiap ikhtiar merawat penyakit.

Titik bekam yang perlu ditumpukan untuk masalah gout (setelah tahap dikenalpasti) bukanlah pada tophi (bengkak) tetapi pada titik peransangan metabolisma supaya asid nukleat dapat bekerja dengan baik dalam membahagi kolestrol yang diperolehi dari pemakanan khususnya.

Titik tersebut adalah : Qofa, Kahil, Bainul Katifain dan Qithon.

Masa untuk melakukan bekam kepada pesakit gout adalah Tengahhari, kerana darah sedang berada dalam kemuncak, maka secara tidak langsung asid urik di dalam darah akan turut sama dalam keadaan aktif (tidak tepu).

Penerangan lanjut berkaitan kaedah terapi bekam untuk rawatan gout boleh didapati dengan mengikut serta kuliah-kuliah bekam anjuran TIAF. InsyaALLAH.

2) Diet pemakanan

- Tenaga perlu sesuai dengan keperluan tubuh. Apabila berat badan berlebih atau berlaku kegemukan, penerimaan energi sehari dikurangkan secara berperingkat sebanyak 500-100 kkal dari keperluan tenaga normal sehingga mencapai berat badan normal. (Madu 3sudu + H/Sawda’ 1-3 sudu atau cubit sebelum sarapan)

- Protein yang secukupnya, iaitu 1,0-1,2 g/kg BB atau 10-15% dari keperluan tenaga keseluruhan. (Air Pati Delima 3 cawan sehari)

- Hindari bahan makanan sumber protein yang mempunyai kandungan purin > 150 mg/100 gram. (Elakkan minuman soya, oat dan kekacang)

- Lemak sederhana iaitu 10-20% dari keperluan tenaga penuh. Lemak berlebihan akan mendorong pengeluaran asid urik atau purin melalui urine (air kencing), hal ini membawa kepada risiko penyakit batu karang. ( Minum Air Barli)

- Karbohidrat dapat diberikan lebih banyak iaitu 65-75% dari keperluan tenaga penuh. Kerana kebanyakan pesakit gout artritis mempunyai berat badan berlebihan, maka digalakkan untuk menggunakan sumber karbohidrat kompleks. (Kurma 7 biji sehari – paling kurang)

- Vitamin dan mineral cukup sesuai dengan keperluan. (Madu + Minyak zaitun sebelum tidur)

- Cairan disesuaikan dengan urine yang dikeluarkan setiap hari. Rata-rata penerimaan cairan yang dianjurkan adalah 2-2 ½ liter per hari. (Minum air putih)

3) Terapi Alamiah

Antara terapi Alamiah yang boleh diikhtiarkan, adalah :

- Minyak Zaitun/Minyak kelapa dara + kapur sirih + cengkih (ditumbuk atau kisar halus) + Kulit Kayu Manis (ditumbuk atau kisar halus). 
Kesemua bahan ini disatukan ke dalam piring atau bekas dengan nisbah 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu kapur sirih, 1 sudu serbuk cengkih dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis.
Gaul sehingga sebati, kemudian disapu pada bahagian bengkak. InsyaALLAH Tohour.

- Getah betik muda + garam bukit. Sapukan garam bukit sekitar tempat bengkak dan seterusnya titiskan 3 atau 5 titik getah betik muda ke atas tempat bengkak, sebaiknya dilakukan pada waktu pagi. InsyaALLAH Tohour.

- Air Kelapa muda + Daun Pandan + Gula Batu + daun sirih. Air kelapa muda (sebiji) dicampurkan dengan daun pandan (sehelai) bersama-sama dengan 3ketul gula batu (ruas jari kelingking) dan sehelai daun sirih, digaul di atas api, sehingga isi kelapa rata bersatu dengan ramuan tadi, dan kemudian diminum pada waktu tengahhari. Ramuan ini juga amat sesuai kepada penderita kencing manis dan darah tinggi. InsyaALLAH Tohour.

DOA
Antara ayat amalan yang boleh disertakan bersama-sama dengan ramuan di atas adalah :
Istighfar 21x
Selawat 21x
Al Faatihah 3-7x
Ayatul Kursi 3x
Al Hasyr 21- 3x
Al Hasyr 22-24 1x
Al Ikhlas 3x
Al Falaq 1x
An Nas 1x

Paling penting adalah DOA. Mohonlah pada ALLAH akan kebaikan bagi setiap ikhtiar yang dilakukan, semoga ALLAH menyembuhkan penyakit yang diderita.

Semoga beroleh manfaat bagi sekalian sahabat.

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!