Wednesday 9 December 2015

Olive House : Soalan Dari Pelanggan (Masalah Heart Beat Irregular)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Heart Beat Irregular)

Assalamualaikum doktor Hafizah dan doktor Salman. Adik saya menghadapi masalah heart beat irregular dan mengambil drug blood thinner. Baru-bari ini dia menghadapi masalah polyp dalam colon menyebabkan pendarahan dan sedang dalam rawatan di SIMC. Adakah dan apakah makanan sunnah yang mampu membantu dalam penyembuhan kedua-dua penyakit yang dihidapinya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Rentak jantung yang tidak sekata berlaku dalam pelbagai bentuk samada masalah pada pencetus signal elektrikal jantung, sekatan pada S-A node atau pergerakan signal tidak sekata pada keseluruhan jantung. Kesannya ialah pada kuasa mengepam jantung menjadi rendah dan boleh menyebabkan pembentukan darah beku di dalam jantung seterusnya penyumbatan salur darah seluruh badan oleh darah beku tersebut. Di antara kajian yang dijalankan ialah menambahkan minyak zaitun kepada pesakit yang berisiko menunjukkan penurunan kadar penyakit jantung kepada 40%. Polyp pada usus memerlukan pemeriksaan tisu biopsy melalui kolonoscopi bagi memastikan ianya bukan kanser usus. Sila rujuk pakar bedah kolorektal.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Denyutan jantung yang tidak regular mempunyai banyak sebab. Ia boleh disebabkan masalah pada jantung itu sendiri atau pun akibat ketidakseimbangan hormon. Blood thinner diberikan untuk mengelakkan terjadinya gumpalan darah yang boleh mengakibatkan sumbatan pada saluran darah. Namun itu bukanlah ubatnya. Penghasilan polyps di usus mungkin juga boleh dikaitkan dengan kesan sampingan ubat atau mungkin masalah yang berlainan. Sila berjumpa pakar kesihatan untuk kepastian punca sebenar masalah ini. Apa yang paling penting untuk diingat adalah Allah mengurniakan penyakit dengan tujuan tertentu atau mungkin asbab untuk memberikan hidayah. Jangan lupa untuk muhasabah diri setiap hari dan betulkan cara hidup menurut Islam yang sebenar kerana inilah tujuan kita hidup, tidak sama dengan tujuan hidup orang bukan Islam.Wallahu A'lam.

 
Sumber: Olive House Medic & Business.

More info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!