Friday 25 December 2015

Quranic Foods Soalan Dari Pelanggan (Masalah Semput+Jantung Separuh Berfungsi)

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Semput+Jantung Separuh Berfungsi):

Assalamualaikum doktor. Saya mempunyai masalah jantung separuh berfungsi untuk mengalirkan air keseluruhan badan. Air tidak boleh diminum banyak, sehari cuma 500 ml sahaja. Juga tidak boleh cakap banyak-banyak nanti akan terjadi semput. Bagaimanakah Quranic Food dapat membantu?
 
 
Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Congestive cardiac failure atau penyakit jantung bengkak adalah komplikasi hasil dari tekanan darah tinggi pada tempoh yang lama menyebabkan sel-sel jantung meregang dan menjadi lemah. Kebiasaannya rawatan pada peringkat ini adalah ubat penurun tekanan darah, ubat penyingkir air melalui air kencing dan pengambil kadar cecair yang rendah. Olive oil bertindak untuk menurunkan kadar tekanan darah serta mengelakkan sel jantung yang masih berfungsi dari kehilangan fungsinya untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan jantung. Bolehlah diambil sesudu setiap jam selama 7 jam dan amalkan selama 7 hari untuk permulaan. Lihat kesannya selepas itu, sekiranya ada perubahan positif, dos boleh dikekalkan atau dikurangkan. Sangat penting untuk jaga pemakanan dan pola tidur anda. Jangan tidur selepas Subuh dan Asar. Amalkan Qailullah (tidur sebentar sebelum Zuhur). Malam tidur awal selepas Isya’ dan bangun awal pagi untuk beribadat. Posisi tidur hendaklah menghadap kiblat (umpama mayat diletakkan dalam kubur). Pengambilan air seharian, eloklah dicampurkan dengan cuka teen. Elakkan air R.O(Reverse Osmosis). Amalkan zikir asma ul husna sebanyak-banyaknya. Semoga kesembuhan menjadi asbab kepada amalan yang lebih baik dalam kehidupan.

Sumber: Olive House Medic & Business. www.OliveAsli.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!