Sunday 2 April 2017

Quranic Foods vs Masalah Ketidaknormalan Enzim Hati

*Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketidaknormalan Enzim Hati):*

Assalamu’alaikum doktor. Saya ada satu kes, satu ibujari kaki beliau jadi gatal-gatal dan naik seperti kulit kering dan gatal-gatal, badan turut naik bintik-bintik dan gatal Telah melakukan ujian darah minggu lepas dan mendapatkan laporan pagi tadi. Keputusan ujian yang lain semua OK kecuali bacaan untuk hati. Bacaan hampir 100 yang sepatutnya tidak melebihi 40. Apa yang boleh saya cadangkan untuk beliau berumur 33 tahun (lelaki) dan tidak merokok. Mohon kaedah pemakanan terbaik untuk masalah saya ini doctor Salman.

*Jawapan Dari Dr. Salman:*

Wa’alaikumsalam.

*ADA APA DENGAN LFT (UJIAN FUNGSI HATI)?*

Ketidaknormalan enzim hati (Abnormal liver function test) dan kaitan dengan kadar kolesterol
yang tinggi (Hypercholesterolemia)

Enzim hati di rembeskan sebagai petanda berlaku gangguan kepada sel hati (hepatocyte) yang
berpunca dari banyak faktor. Di antara penyebab yang utama adalah pemendakan lemak pada hati
akibat   kolesterol   yang   tinggi   (fatty   liver),   jangkitan   virus   yang   menyebabkan   radang   hati
(hepatitis), nanah (liver abscess),perebakan kanser kepada hati (liver metastasis) dan banyak lagi.

Ujian kadar enzim hati (Liver function test-LFT) akan menunjukkan kadar beberapa bahan yang
di proses atau di rembes oleh hati. Berikut adalah bahan-bahan tersebut :

1- Bilirubin : Kandungan sel darah merah yang di musnahkan oleh hati dan di kumuhkan melalui
air kencing dan najis. Kegagalan hati untuk memusnahkan bahan ini akan menyebabkan penyakit
kuning (jaundice)
2- Albumin : Kadar protin yang di hasilkan oleh hati. Kekurangannya akan menyebabkan bengkak
air (edema) dan kekurangan zat,vitamin dan hormone yang di angkut oleh albumin
3- Aspartate Aminotransferase (AST)
4- Alkaline Phosphatase (ALP)

Kedua-dua di atas merupakan enzim yang terhasil akibat kerosakan sel hati.

Bagi mereka yang mempunyai enzim hati yang tidak normal serta simptom kerosakan hati seperti
di bawah di nasihatkan untuk merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan:

1- Lemah badan
2- Berat badan menurun
3- Mata dan kulit yang kekuningan
4- Bengkak air di kaki dan bahagian badan yang lain
5- Kencing yang berwarna gelap atau najis yang berwarna cerah
6- Sakit perut,muntah dan cirit-birit yang kerap

Menurut   satu   kajian   berkenaan   potensi   minyak   zaitun   dan   peranannya   di   dalam   mencegah
kemelaratan pemendakan lemak di dalam hati, ianya bertindak melalui beberapa langkah utama :

1- Merendahkan kadar Triglyceride(TG) selepas kemasukan makanan
2- Mengurangkan kadar pemendakan TG di dalam hati
3- Meningkatkan Glucose-transporter-2 reseptor pada hati
4- Merendahkan pengaktifan kappa-B
5- Merendahkan pengoksidaan LDL (Low density lipoprotein)
6- Merendahkan bahan yang terlibat dengan keradangan seperti tumour necrosis factor (TNF) dan
Interleukin-6
7- Menghalang kerintangan insulin (Insulin resistance) melalui tindakan menyerupai glukagon
Dalam satu kajian meta-analisis yang di jalankan menunjukkan di kalangan pesakit diabetik yang mengambil   pemakanan   tinggi   lemak   tetapi   dari   sumber   yang   mengandungi   MUFA (Monounsaturated fatty acid) menunjukkan penurunan kolesterol,TG dan LDL berbanding dengan mereka yang mengambil pemakanan tinggi karbohidrat.

Kajian lanjut boleh di muat turun di bawah bagi mereka yang berminat untuk melihat keperluan
mengubah  aspek pemakanan bagi penyakit   hati di samping rawatan   yang   di cadangkan oleh
doktor dan pakar perubatan.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2670406/pdf/WJG-15-1809.pdf

*Sumber: Olive House Medic & Business.*

More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!