Tuesday 18 March 2014

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Manfaat Buah Tin :

 Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
 Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .
 Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
 Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
 Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
 Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
 Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
 Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.
 Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.
 Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
 Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
 Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

CARA MEMBUAT TEH DARI DAUN TIN

1. Petik daun tin yang sudah cukup tua, kira2 daun ke-lima dan seterusnya dari pucuk.

2. Tiriskan getah yang masih terdapat pada daun Tin dengan cara senderkan daun dengan batang   menghadap ke bawah sampai kurang lebih 1 jam di tempat teduh.

3. Jangan sampai getah yang menitis mengenai daun..

4. Cuci daun dengan air mengalir lalu tiriskan airnya.

5. Jemur daun di tempat yang terkena matahari sepenuhnya.

6. Cek keadaan daun setelah di jemur selama 3 jam, jika sebagian besar sudah boleh diramas dan hancur. Potong tangkai daun sampai sebatas daun.

7. Jemur kembali sampai benar2 kering dan dapat di ramas sampai hancur..

8. Setelah kering ramas daun hingga hancur, buang urat daun yang tidak hancur..

9. Daun teh siap di minum.

Muhamad Khalaf ,
Unit Artikel,
Exco Penerbitan dan Dokumentasi
PMM MOROCCO

Jom kembali kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran... jom like www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!