Tuesday 18 March 2014

Pati Asli Minyak Zaitun rawat Masalah Usus dan Kanser Usus

images kanser usus

Antara makanan yang disebut sebgai Quranic Foods ialah Pati Asli Minyak Zaitun..

Makanan Quranic Foods ini kini saintis dan sarjana barat sebut sebagai SUPER FOODS kerana kandungan Nutrisi didalamnya sangat baik untuk badan dalam merawat dan memelihara kesihatan badan..
Apabila Minyak Zaitun ini masuk ke dalam badan bersama Nutrisi2 terhebat didalamnya ia akan melakukan 3 proses utama :
1- Membantu badan dalam proses DETOX (penyingkiran radikal bebas serta bahan kimia sintetik yang tidak baik dari badan)
2-Membantu badan dalam menyerap zat2 baik serta sebagai pembekal zat2 baik ini kerana Nutrisi didalamnya.
3-Membantu badan merawat system serta organ.
4-Membantu badan membina antibody melawat penyakit dalaman dan luaran.

Kembalilah kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran… jom like www.facebook.com/QuranicFoods

Kanser usus meningkat

Anggapan diri masih lagi muda dan mustahil akan mendapat penyakit kronik seperti kanser usus harus dibuang kerana ia boleh menyerang sesiapa saja daripada umur 18 tahun dan ke atas.
Bahkan, ada juga di antara kita yang menghidapnya ketika berusia 16 tahun. Pesakit kanser usus juga pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal.
Oleh kerana ia dianggap normal, maka akan wujudlah orang yang menjadi doktor kepada diri sendiri dengan mengagak sakit perut itu disebabkan salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?
Untuk pengetahuan, kita tidak boleh bersikap sambil lewa apabila berhadapan dengan situasi seperti itu. Sekali dua ia berlaku tidak mengapa, namun jika anda selalu mengalami masalah berkenaan, dapatkan pemeriksaan secepat mungkin untuk memastikan puncanya sebelum ia semakin melarat.
Kanser usus atau turut dikenali sebagai kolorektal merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (1.5 meter) atau rektum (bahagian paling hujung usus berdekatan dengan dubur bersaiz 15 sentimeter).
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.

Di negara kita, sehingga 2002, sebanyak 2,778 kes dicatatkan dengan 59.6 peratus daripada jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina.
Kita tidak perlu membiarkan diri menderita manakala orang tersayang pula berasa sedih dengan penyakit ini kerana ia boleh dihindarkan jika dikesan pada peringkat awal.
Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee berkata, peningkatan jumlah pesakit kanser usus ada kaitan rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup kita hari ini yang banyak mengambil daging, makanan ringan dan kurang serat serta tidak disusuli dengan senaman.
“Walaupun tidak dilarang makan daging, namun biarlah pengambilannya secara sederhana. Kena perhatikan juga cara memasak daging. Kurangkan daging yang dipanggang, goreng dan daging proses seperti sate, burger dan sosej.

“Ini kerana proses pembuatan dan memasak boleh mengubah struktur kimia dalam daging yang menyebabkan ia menjadi karsinogenik iaitu bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan alkohol dan tabiat suka merokok juga menyebabkan risiko untuk mendapat kanser usus lebih tinggi.
“Apa juga jenis kanser, ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula dikesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit, bergantung pada saiz dan kedudukan sel kanser di dalam usus.
“Dalam sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus,” katanya.

Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas, kerap ke tandas, tetapi masih rasa tidak puas, masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman.
Ujar Dr Tan, usah bandingkan jadual ke tandas anda dengan orang lain kerana setiap orang ada keperluan berbeza. Walaupun kebanyakan orang ada jadual ke tandas setiap hari, ada juga yang hanya buang air besar seminggu sekali dan ia perkara normal bagi individu berkenaan.

Oleh itu, apabila jadual ini mula berubah dan anda kerap mengalami masalah buang air, itu tanda penting yang tidak boleh diabaikan.
Selain itu, kanser usus bermula dengan pembentukan polip (ketulan daging kecil berbentuk seakan tiub diselaputi lendir) pada dinding usus dan polip ini biasanya mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih untuk berubah menjadi kanser.
Dalam tempoh ini (ketika masih dalam bentuk polip), pendarahan tidak berlaku sehinggalah ia membesar menjadi tumor yang boleh menyekat laluan usus seterusnya menyebabkan kanser.
“Kanser usus peringkat pertama tidak mempunyai sebarang tanda dan kebiasaannya, tanda itu hanya akan muncul apabila kanser sudah memasuki ke peringkat kedua. Justeru, jika mengalami sebarang tanda atau gejala kanser usus seperti yang dinyatakan, ambillah tindakan segera.

“Saya suka menyatakan polip bukan kanser, tetapi ia boleh berubah menjadi kanser selepas satu jangka masa tertentu. Biasanya polip mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berubah menjadi kanser.
“Inilah sebabnya bagi individu yang ada sejarah kanser usus disarankan menjalani ujian kolonoskopi yang boleh mengesan kehadiran polip dan membuangnya,” jelas Dr Tan.

Nasihatnya, jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Belum terlewat untuk kita memulakan tabiat pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan makanan banyak lemak. Bagi individu yang mengalami masalah obesiti, mulakan langkah menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Lakukan sesuatu demi menjaga kesihatan diri sendiri.

Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.
2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Faktor risiko
1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.
3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti.
7) Alkohol.
8) Kurang bersenam.

Cara saringan atau diagnos
1) Barium enema – pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.

Rawatan
1) Pembedahan – barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.
2) Kolonoskopi – memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.
3) Kolostomi – pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.
4) Kimoterapi
5) Radioterapi

Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun
A) Ketumbuhan cuma di dinding usus – 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus – 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa – 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain – kurang lima peratus.

Kembalilah kepada perubatan semulajadi.. rawat tubuh dan kawal kesihatan serta suburkan kesihatan dengan amalkan www.QuranicFoods.com ia kini digelar saintis sebagai Super Foods. Mereka sudah kembali kita jgn terlewat memilih benda yg paling dekat dgn kita iaitu al Quran… jom like www.facebook.com/QuranicFoods
psakit-kanser_n2-190312

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!