Sunday 1 December 2013

Minyak Zaitun Vs Osteoporosis - Tulang Rapuh [ Olive House ]


Assalamualaikum.. tahukah anda Minyak Zaitun boleh membantu dalam perawatan tulang?
Penggunaan minyak zaitun nampaknya mempunyai kesan baik ke atas klasifikasi tulang dan mineral tulang. Minyak zaitun adalah lebih baik untuk diminum dan dimakan terus. Ia membantu penyerapan kalsium dan dengan itu memainkan peranan penting dalam tempoh pertumbuhan dan dalam pencegahan osteoporosis. InsyaAllah, cubalah amalkan dahulu perlahan-lahan.

* Sumber Olive Oil International. 
http://www.internationaloliveoil.org/web/aa-ingles/oliveWorld/salud11.html
*Kredit : Asy-Syakirin Enterprise

 


Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)

 

Apa Itu Osteoporosis?


Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.
*http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/apa-itu-osteoporosis.html



Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)


 

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!