Thursday 10 July 2014

Kenali Potasium dan khasiat cuka teen

TAHUKAH ANDA..!!

Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda??

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga di perlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah di jaga supaya berada di antara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah???

Potassium Rendah:

Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah. Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.

Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit yang berlebihan, dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.

Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
• Otot menjadi lemah
• Kekejangan
• Kebingungan
• Masalah dengan koordinasi otot
• Denyutan jantung menjadi tidak teratur
• Jantung gagal berfungsi

Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium. Ujian darah akan di lakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

Potassium Tinggi:

Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi, ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh. Potassium tinggi di kenali sebagai hiperkalemia. Keadaan ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).

Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah:
• Rasa mual
• Rasa lemah
• Rasa kebas atau sensasi kesemutan
• Denyutan menjadi perlahan
• Degup jantung tidak teratur
• Kegagalan jantung
• Kematian mengejut

:: Beramallah dengan Pemakanan Sunnah demi Kesihatan ::
QURANIC FOODS Membantu Kesihatan tubuh dalam banyak aspek. TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFoods.com or www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!