Wednesday 11 June 2014

Fahami lemak dan minyak Zaitun

MASYA ALLAH HEBATNYA!!! MARILAH KITA AMALKAN !!!!

Lemak dan Kesihatan
Oleh Dr Hafizah binti Amanulla

Lemak adalah komponen yang penting dalam kesihatan. Setiap dari dinding sel manusia terdiri daripada lemak. Disebabkan sel manusia membahagi setiap saat, jadi komponen lemak amatlah penting bagi menjamin kemandirian sel dan fungsi organ.
Lemak boleh dibahagikan kepada lemak tepu (saturated fats) dan
lemak tak tepu (unsaturated fats). Lemak tepu biasanya berbentuk pepejal pada suhu bilik. Sumber lemak tepu adalah biasanya dari lemak haiwan. 

Lemak tepu jenis ini sering di kaitkan dengan penyakit jantung, jadi pengambilan lemak tepu sepatutnya diambil lebih dari sumber tumbuh-tumbuhan berbanding sumber haiwan. Lemak tepu mengandungi trigliserida yang penting untuk kesihatan kulit. Kekurangan lemak tepu dalam diet seharian akan menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kelemumur pada kulit kepala.Kelapa mempunyai lemak tepu yang sangat baik untuk manusia. Komponen lemak tepu dalam minyak kelapa adalah menyerupai lemak dalam susu ibu.

Lemak tidak tepu pula adalah lemak yang berbentuk cecair pada suhu bilik dan lebih dikenali sebagai minyak. Lemak mono tidak tepu adalah jenis lemak tidak tepu yang paling banyak harus diambil. Ianya merupakan molekul yang amat mudah diserap oleh sel. Ianya juga mempunyai peranan sebagai antioksidan dalam sistem tubuh. Lemak monotaktepu ini adalah
komponen lemak yang paling utama dalam minyak zaitun. Lemak politaktepu juga penting untuk kesihatan seperti omega 3 dan omega 6,masing-masing mempunyai peranan yang kompleks dalam tubuh. Begitulah ciptaan Allah, sehingga setiap sesuatu yang diciptakanNya mempunyai peranan yang penting walaupun sehalus mana.

Minyak zaitun telah Allah sebut kan 7 kali di dalam Al Quran, maka ini menunjukkan zaitun bukanlah tumbuhan biasa.
Dalam surah Al-Mukminoon ayat 20, Allah telah menyatakan yang pohon zaitun itu tumbuh dari minyak. Benar lah Al Quran itu suatu mukjizat kerana hasil dari penelitian khasiat minyak zaitun,komposisi jenis-jenis lemak yang terkandung di dalamnya adalah sangat sesuai untuk keperluan tubuh badan manusia. Nisbah lemak tepu dan lemak tidak tepu yang terkandung dalam minyak zaitun adalah memenuhi keperluan lemak harian tubuh. 

Pada zaman ini kebanyakan sumber lemak yang diambil tubuh adalah dari minyak yang telah ditapis dan juga asid lemak trans dalam marjerin dan pelbagai lagi makanan proses. Apabila lemak yang mempunyai struktur berbeza ini memasuki tubuh, maka tubuh akan mempunyai masalah untuk mencerna dan memanfaatkannya untuk tubuh.

Jadi majoriti manusia pada hari ini mempunyai pelbagai penyakit akibat kekurangan sumber lemak yang baik. Jadi dengan pengambilan sekurang -kurang nya 23g minyak zaitun yang tidak
ditapis setiap hari, akan memberikan nafas lega kepada setiap sel dalam tubuh dan mereka akan mendapat jaminan bekalan yang mereka perlukan untuk bekerja.

Percaya lah, tubuh manusia yang Allah ciptakan ini sentiasa berusaha untuk membaiki setiap kerosakan dan mengekalkan fungsinya setiap hari asalkan mereka menerima sumber nutrien yang baik dari makanan harian kita. Insya Allah makanan sunnah adalah penyelesaian masalah kesihatan manusia abad ini. Selamat beramal!

TAPI PASTIKAN dapatkan yg 100% asli serta Organic.
more info Sms, Whatsapp 017 5750810
www.QuranicFood.com or www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!