Thursday 29 January 2015

Minyak Zaitun bantu rawat Masalah Najis tak normal

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Najis Tidak Normal)

Assalammu'alaikum doktor. Mak saya telah mengamalkan MZ selama setahun. Bengkak kakinya telah sembuh dan rasa bertenaga. Dalam seminggu yang lepas, secara tiba-tiba mak saya berasa lemah tidak daya hendak berjalan. Mak saya telah dibawa ke hospital. Doktor telah membuat pemeriksaan penuh jantung, buah pinggang semuanya, ok. Pemeriksaan akhir adalah pada najisnya dan doktor mendapati najis mak saya tidak normal. Pada 11hb ini, doktor akan buat endoscope untuk mengetahui keadaan perut dan usus. Saya hendak minta pendapat dan pandangan mengenai keadaan mak saya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Najis tidak normal mungkin kerana terdapat gumpalan kecil darah (occult blood) yang menjadi petanda terdapat sesuatu yang tidak normal sedang berlaku di bahagian usus. Endoskop adalah kaedah memasukkan teropong sama ada melalui mulut (Oesophagogastroduodenoscope) atau melalui dubur (Colonoscopy) bagi mencari punca pendarahan perut sama ada radang, ulser atau kanser. Pengamalan olive oil mampu mengurangkan keseriusan radang atau ulser dengan membentuk lapisan pada selaput perut dan usus dari tindakan asid.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Najis bermasalah itu mungkin ada darah dalam najis (occult blood) dan doktor akan buat endoskopi untuk tengok sama ada punyai ulser atau radang dalam usus yang menyebabkan pendarahan. Pada pendapat saya, ibu mungkin mengalami anemia atau masalah kurang darah dan mungkin usus sedang dalam pembaikan. Boleh amalkan madu 2 sudu kecil setiap kali sebelum makan dan amalkan jus pati delima. Wallahu a'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!