Wednesday 21 January 2015

TESTIMONI : ADA APA DENGAN MINYAK ZAITUN

ADA APA DENGAN MINYAK ZAITUN

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

WAHH... kali ni dibuka dengan potongan ayat Al-Quran dan hadis pulak hehe ... Tulisan ini adalah satu perkongsian pengalaman saya menggunakan minyak zaitun untuk merawat diri-sendiri. Ternyata ia adalah pengalaman yang bagus sekali dan oleh sebab itu saya tergerak hati untuk menulisnya di sini, kalau ia boleh bermanfaat kepada orang lain pula.

Tahun lepas tiba-tiba lutut saya ditumbuhi ruam kemerahan yang gatal, semakin digaru semakin merah, menggelupas dan akhirnya ia luka. Kadang-kala berdarah dan ia kekal di situ selama berbulan-bulan. Doktor cakap saya menghidap "mild psoriasis", penyakit kulit yang akhirnya saya ringkaskan sebagai kurap kot haha ... Tapi tompok psoriasis itu hanya satu itu sahaja dan tidak merebak ke bahagian badan lain. Ia sebesar dua kali duit 50 sen. Rawatan yang diberi hanyalah krim putih yang perlu digosok di bahagian terjejas setiap hari.

Ketika mak saya datang ke KL dia bancuhkan belerang dengan minyak masak untuk disapu di kulit itu, tapi saya hanya bertahan gunakannya beberapa hari saja sebab bau belerang tu ya ampun, boleh melekat di baju berminggu-minggu baunya. Jadi saya bergantung sajalah pada krim doktor itu. Maka kekallah psoriasis itu di kulit lutut saya jadi perhiasan yang sungguh membosankan, dan menjadikan saya tertekan terutama kalau gatal.

Alkisahnya 4 bulan selepas saya berada di Melbourne, saya menjalani regular check-up di klinik Monash Uni, melibatkan pemeriksaan kandungan gula, darah dan kolesterol. Keseluruhannya okey cuma bacaan kolesterol saya agak tinggi sikit daripada biasa. Walaupun doktor kata "no red alert, don't worry", tapi saya tetap tak selesa kerana saya tau bacaan kolesterol tinggi bukan petanda yang baik untuk sistem kardiovaskular badan manusia. Tambah-tambah saya duduk seorang di sini, jadi saya mesti berusaha sehabis baik menjaga kesihatan saya. Oh ya, dan saya tunjukkan kulit lutut saya itu pada doktor dan dia bagi satu krim putih bernama Advantan saja untuk disapu.

Tentang krim ini yang saya guna dari KL sampailah ke Melbourne, ia hanya berkesan menghilangkan gatal, kesan merah dan luka pada kulit saya dalam masa 24 jam. Ataupun tak sampai pun 24 jam. Setiap malam pasti tangan saya akan automatik menggaru-garu tempat itu, sampai kalau dah sedap sangat digaru jadi luka dan berdarah. Maka sapulah lagi krim itu. Begitulah setiap hari. Saya pun dah set dalam minda saya bahawa seluruh hiduplah saya akan habiskan dengan keadaan menggaru-garu setiap malam seperti itu.

Balik pada cerita kolesterol tinggi tu, saya pun buat carian di internet tentang rawatan semulajadi menurunkan kolesterol sebab doktor pun suruh saya kawal diet dulu, kerana dia tak mahu saya bergantung pada ubat pada usia yang masih muda begini. Jadi cari punya cari, saya jumpa sekian banyak artikel yang mensahihkan bahawa minyak zaitun adalah penawar terbaik untuk penurunan kolesterol. Saya tak pernah ambil tau pasal minyak zaitun selama ni, tetapi bila dah dilanda sakit barulah terhegeh-hegeh nak ambik tau. Pencarian ini membawa saya kepada penemuan hadis-hadis dan ayat Al-Quran sebagai dalil kepada sifat minyak zaitun sebagai penawar. Salah satu hadis yang saya baca menyatakan bahawa minyak zaitun boleh menjadi penawar kepada 72 jenis penyakit termasuk kusta.

Maka tanpa pengetahuan yang mendalam tentang jenama terbaik minyak zaitun, saya pun tawakal sajalah ke pasaraya esok harinya dan membeli sebotol Olive Oil keluaran Sepanyol. Saya ada baca di internet, katanya sebaik-baiknya beli yang keluaran Palestin atau Syria tapi saya tak jumpa. Jadi berdasarkan kepercayaan bahawa pokok zaitun di mana-mana pun sama, saya belilah produk ini yang saya main tangkap muat saja. Saya tengok botol mana yang lambang produknya paling cantik haha... (sebab rupa dan harga lebih kurang).

Saya pun mulalah mengambil minyak zaitun, sehari dua kali. Sesudu pagi dan sesudu malam. Pada pagi hari keempat, tiba-tiba perut saya rasa memulas macam ditenyeh-tenyeh seluruh usus dan diikuti dengan kejadian saya pun masuklah bilik air. Haaa... susah juga saya nak cerita pengalaman dalam bilik air ni sebab "tak kesopanan dan kesusilaan" langsung hahaha... Tapi saya ringkaskan beginilah - itulah pengalaman pertama dalam hidup saya yang rasa sangat menakjubkan selepas keluar dari bilik air hehe... Memang rupanya minyak zaitun ini antara tindakannya mencuci usus kita dan membersihkan kotoran, mengikis saki-baki dan sisa-sisa pada dinding usus sampaikan bahan buangan yang keluar tu ... hmm... saya cakap beginilah ... bau dan rupanya macam longkang yang tak dicuci 10 tahun. Hehe ... jangan imagine ya... saya pun geli nak sebut tapi untuk perkongsian saya tulis jugalah dalam cara paling metaforik.

Saya pun mula seronok kerana ada hasil dan kesan yang bagus, jadi saya bertekad teruskan. Saya belum jumpa doktor lagi untuk melihat adakah paras kolesterol saya sudah turun tapi saya dapat rasakan perubahan seperti tidak ada rasa tidak selesa lagi pada bahagian tertentu di badan seperti selalunya. Pendek kata ada perubahanlah.

DAN yang paling magik, adalah - selepas lebih kurang 3 minggu mengambil minyak zaitun secara konsisten, tiba-tiba satu malam saya teringat, "eh, dah lama tangan ni tak menggaru lutut". Sekali saya tengok kulit pada lutut saya yang ada psoriasis tu, Masya-Allah, saya terkejut. Sembuh!

Serius! Sembuh!

Tak ada luka, tak ada warna merah dan yang ada sekarang hanya kesan kulit keputihan seperti tisu kulit nak kembali bersambung. SELAMA SETAHUN SAYA MENDERITA KEGATALAN DAN BERGANTUNG DENGAN KRIM HOSPITAL, TIBA-TIBA HANYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN 3 MINGGU - ......

Speechless betul saya melihat kulit saya tu. Sampai saya telefon suami dan emak saya. Rasa nak nangis pun ada. Rasa macam melihat keajaiban. Tak putus-putus ucapan syukur di mulut saya sebab psoriasis itu memang sangat mengganggu saya selama ini. Dan sehingga saya menulis blog ini, saya periksa lagi bahagian lutut itu dan memang sudah tak ada kesan luka dan merah merekah. Sembuh! Tapi takkanlah saya nak letak gambar lutut saya sebelum dan selepas hehe...

Syukur alhamdulillah dan saya bertekad, saya mesti tulis pengalaman ini di blog. Dan saya sudah pun beli sebotol minyak zaitun yang baru, kali ni jenama Itali. Dulu Spain sekarang Itali, walauponnn Itali kalah hahaha...

Tapi tujuan entri kali ini benar-benar adalah untuk berkongsi perasaan saya dengan anda semua. Saya bukanlah nak menidakkan ubat dari hospital kerana ilham perubatan sains itu datang dari Allah jua. Tapi betapa benarnya keajaiban zaitun yang disebut-sebut menerusi kalam Allah dan lidah Rasul ini, bukanlah sebelum ini saya tidak percaya tapi kalau kita tak pernah cuba maka kepercayaan itu hanya kepercayaan menurut-nurut sahaja. Tetapi apabila ia berkesan kepada diri saya sendiri, maka "nikmat Allah mana lagi yang mahu aku dustakan?"

Entri ini hanya perkongsian, mungkin berguna mungkin tidak. :)

More info  https://www.facebook.com/QuranicFoods
Web www.QuranicFoods.com
Blog www.oliveasli.blogspot.com
Sms.whatsapp 0175750810 [us Zaki]

*Sumber :http://daribawahbayu.blogspot.com/2012/07/ada-apa-dengan-minyak-zaitun.html?m=1*

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!