Tuesday 23 June 2015

Bausir dan Pati Minyak Zaitun Asli

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Buasir):
www.facebook.com/QuranicFoods

Assalammu’alaikum doktor. Penyakit buasir perlu minum Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) ke? Bagaimanakah pengamalannya? Buasir telah mula keluar dan sakit hampir dua tahun lebih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit buasir, amalkan MZ & SCT macam biasa cuma tolong biasakan makan sedikit dan lebihkan serat dalam makanan. Buah Teen banyak serat. Elakkan minum susu, milo, soya, makan ayam bandar, gandum dan minyak habbatus sauda boleh disapu di bahagian dubur setiap kali lepas buang air besar.

Boleh juga amalkan 'sitz bath': ianya adalah untuk mengurangkan sakit pada dubur atau perineum. Ianya adalah dengan berendam dalam keadaan memeluk lutut, bahagian punggung dibiarkan terendam dalam air yang dicampur garam, soda bikarbonat atau cuka. Boleh juga amalkan herba-herba seperti witch hazel dan sebagainya.

Antara petua lain ialah tumbuk seinci halia dan letakkan si dubur selama 5 minit, buat sekali sehari sampai lega. Petua lain lagi: Boleh amalkan minuman cuka teen+madu+serbuk kayu manis, dibancuh dengan air suam dan diminum sebelum makan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Buasir/Hemorrhoid:
Buasir ialah pembengkakan salur darah vena di bahagian dubur. Ianya boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan salur darah bersama lapisan usus boleh terkeluar dari dubur menyebabkan kesakitan. Punca bagi buasir ialah sembelit yang kerap dan obesiti.
Olive oil membantu dengan melembutkan najis dan menghalang sembelit manakala fig vinegar mampu mengecutkan tisu yang bengkak. Tekapkan kapas yang direndam di dalam vinegar kepada tisu yang terkeluar melalui dubur. Ulang sehingga ianya mengecut.
Pastikan pengambilan air dan serat yang mencukupi melalui buah dan sayur. Elakkan meneran jika sembelit. Amalkan sitz bath iaitu berendam duduk di dalam air suam bergaram selama 15 minit 3 kali sehari.

Sumber: Olive House Medic & Business.

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!