Sunday 7 June 2015

Soal Jawab Masalah Recurrent Pancreatitis vs Minyak Zaitun

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Recurrent Pancreatitis):

Assalamualaikum. Saya menghadapi masalah recurrent pancreatitis sejak 2006 dan ianya berlaku kerapnya setahun sekali dan terakhir pada 2014. Saya telah pun melakukan pembedahan membuang gallblader pada 2003 disebabkan batu dalam hempedu. Semasa di hospital pada 2014 saya telah melakukan ERSP dan Pakar mendapati ada 2 tempat pada saluran pankreas sempit. Pakar telah meletakkan stand dan ianya untuk sementara iaitu tempoh 3 bulan. Pada Mac 2015 sekali lagi melakukan ERSP bagi menggantikan stand yang baru. Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi, bolehkah masalah tersebut diatasi dengan meminum minyak zaitun dan yang mana satu MZ yang disyorkan, sama ada Olive Oil atau Olivie 30x? Sekian, terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Recurrent pancreatitis biasanya memang disebabkan oleh batu yang terdapat dalam saluran hempedu. Sayang sekali pundi hempedu telah dibuang kerana proses penyembuhan akan menjadi lebih kompleks namun tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T. Pada saya, untuk permulaan selama 2 minggu, elok amalkan EVOO dahulu kemudian ditambah bersama Olivie 30x sesudu sehari, dos boleh dinaikkan mengikut tindakbalas yang dirasai. Apa yang paling penting, amalkan gaya pemakanan yang betul, makan apabila lapar, tolong berhenti sebelum kenyang. Berhenti dari makan makanan proses yang penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan. Setiap penyakit ada puncanya dan seperti yang Rasulullah S.A.W telah khabarkan kebanyakan penyakit berpunca dari perut. Penghijrahan dalam pemakanan adalah suatu perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam hari ini demi kepatuhan kepada arahan Allah azza wajalla agar memakan makanan yang halal dan thoiyyibah. Tukar kepada beras organik, gula organik, garam bukit, minyak zaitun dalam masakan dan mengelakkan sebarang bahan perasa dalam makanan. Insya Allah, ibadah akan menjadi lebih khusyuk dan penyakit dapat diatasi. Sebenarnya kesembuhan itu 80% terdapat dalam perubahan gaya hidup dan hanya 20% daripada ubat. Namun kita hari ini lebih fokus kepada ubat, maka kesembuhan akan menjadi lambat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pankreas berfungsi untuk merembeskan hormon insulin/glukagon bagi menstabilkan kadar gula di dalam darah serta enzim lipase bagi memecahkan lemak. Pankreatitis berlaku apabila enzim ini diaktifkan sebelum ianya keluar dari pankreas menyebabkan radang pankreas. Ianya berlaku disebabkan penyempitan saluran yang pankreas menyebabkan enzim tersebut yang sepatutnya dirembes ke dalam salur pemakanan masuk semula ke dalam pankreas seterusnya merosakkan pankreas. Apa-apa jenis minyak termasuk minyak zaitun akan merangsang pengeluaran lipase maka risiko untuk penyakit ini berulang tetap wujud namun percubaan boleh di buat dengan mengambil dalam kadar yang sedikit. Jika simptom tidak berulang, tingkatkan pengambilan.

Sumber: Olive House Medic & Business.
www.facebook.com/QuranicFoods

0 comments:

Post a Comment

Certificates

Certificates

Peluang Jana Income di Coway Sebagai Dropship Coway / Agen Part Time Coway / Agen Full Time Coway



Best Jadi Agen Coway

-Tak Perlu Beli Stok (Syarikat Coway Sediakan Stok untuk anda)

- Penghantaran Produk Coway, Pemasangan, Servis semua dibuat oleh Syarikat)

-Tak Perlu Belian Maintain

-Komisyen Tinggi

-Masa kerja Fleksible

-Pelbagai Bonus/ Insentif


Jom hidupkan amalan QuranicFoods Makanan Sunnah.. Jom Like

_

Jom view | ||QuranicFoods!